CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Kekurangan dana, pembiayaan PTPTN dikurangkan

[Copy link]
Post time 6-11-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptptn potong je or ambik je EPF DLM account mereka ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ogata posted on 6-11-2014 12:15 PM
Ptptn potong je or ambik je EPF DLM account mereka ni...

Yg takvdpt ptptn tu eloklah kwsp allow ambik suit EPF mak Bapak. Anak kerja ambik balik masuk EPF parents
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:27 PM | Show all posts
baguslah... kurangkan budaya berhutang....

makpak sila beringat menabung utk anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:35 PM | Show all posts

.. baguslah anak2 yg parents pendapat >rm8000 dapat 50% dari jumlah pinjamanptptn ..selama ni tak dapat kan? kesian hak mereka dinafikan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 10:58 AM | Show all posts
PTPTN kurang dana
16 November 2014 12:42 AM


LENGGONG 15 Nov. - Kira-kira 50,000 pelajar ba­­ha­ru institut pengajian tinggi awam (IPTA) pada sesi pengambilan November ini tidak akan dapat menikmati pembiayaan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) kerana agensi itu mengalami kekurangan dana.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah penjimatan terpaksa dilakukan dengan pembiayaan kepada pelajar terbabit termasuk politeknik dikurangkan sebanyak lima peratus manakala bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pula dikurangkan 15 peratus.

Tambahnya, langkah tersebut diambil berikutan peminjam terdahulu gagal melunaskan pinjaman masing-masing.

“PTPTN terpaksa mengambil langkah ini sebagai penjimatan. Ini bagi membolehkan PTPTN memberi peluang pembiayaan kepada semua pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Sekiranya langkah pengurangan ini tidak dilakukan, kira-kira 50,000 pelajar baharu tidak akan dapat menikmati pembiayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada penerima bagi kawasan Parlimen Lenggong, Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Gerik di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pengurangan kadar pembiayaan itu adalah langkah sementara sehingga dana mencukupi.

Menurut beliau, PTPTN telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Bank Negara bagi mendapatkan pandangan mengenai kaedah terbaik untuk peminjam membuat pembayaran balik pinjaman.

Beliau berkata, perbincangan juga terarah kepada kemampuan PTPTN untuk melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan pinjaman pembiayaan kepada pelajar.

Dalam masa sama, pelbagai usaha dilakukan untuk membolehkan pembayaran pinjaman dilakukan termasuk menyenaraikan nama mereka dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 08:41 AM | Show all posts
bukan skg ni dah ramai mula byr utang ke disebabkan CCRIS?..aku baca kat mana tah katanya kutipan PTPTN meningkat 100%..selama ni ramai x bayo utang tak plak dikurangkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.325226 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list