CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: shida81

mandi ais

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2015 04:14 PM | Show all posts
starcity replied at 9-2-2015 02:52 PM
Pusat mandi ais cvt ada kat shah alam. Sebelum mandi ais kena rendam dalam kolam renang yg di campur ...

cancer yg dia ckp tu betul ke? and boleh sembuh ke klu wat treatment nie? perawat tu ckp ramai org sekang yg kena cancer tp x perasan.. disebabkan radiasi dr laptop/pc... telephone....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 9-2-2015 04:14 PM
cancer yg dia ckp tu betul ke? and boleh sembuh ke klu wat treatment nie? perawat tu ckp ramai org ...

Setahu saya perawat CVT tak akan sebut apa penyakit kita masa dia diagnose. Dia cuma akan cakap organ kita ie energy level kita kat organ tu lemah. Contoh masa dia diagnose organ tulang & tangan kita jatuh masa dia diagnose, maknanya energy level kita utk organ tulang ada problem. Tapi sakit apa, tu dorang tak akan sebut. Mungkin gak athritis, kanser. So sy rasa kalau nak btl2 check ada kanser ke tak kena gi hospital. Sebab dorang boleh buat test
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 04:41 PM | Show all posts
starcity replied at 9-2-2015 04:38 PM
Setahu saya perawat CVT tak akan sebut apa penyakit kita masa dia diagnose. Dia cuma akan cakap or ...

perawat sy tu dia ckp saya sakit ape.... tu yg terganggu perasaan nie..... nk g hospital gak tp pas treatment next week.. tgk mcm mn.. dia ckp mandi dlm 2 atau 3 x da ok... tp depends on individu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang ada radiasi. Punca dari alam sekitar, emosi, gajet, manusia lain etc. Radiasi ni macam energy negatif la. Tak elok utk kesihatan kita ie salah satu punca penyakit. Tu yg dorang suruh rendam dalam kolam renang garam & mandi ais
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 9-2-2015 04:41 PM
perawat sy tu dia ckp saya sakit ape.... tu yg terganggu perasaan nie..... nk g hospital gak tp pa ...

Dia tak ada bagi apa2 ubat utk awak makan ke? Pelik gak saya kalau dah diagnose ada kanser tahap 3 tapi tak bagi ubat. Tapi sebenarnya mandi ais memang bagus untuk tulang, saraf & immune system. Jangan risau sangat la ya. Kalau masih nak kepastian awak gi je x ray tulang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 04:55 PM | Show all posts
starcity replied at 9-2-2015 04:50 PM
Dia tak ada bagi apa2 ubat utk awak makan ke? Pelik gak saya kalau dah diagnose ada kanser tahap 3 ...

me blum wat treatment lagi.. smlm baru check je sbb ramai org so me kn wat appointment dulu... my appointment next week.. so mggu nie me and hubby hati x tenteram....
thanks ya for the explanation....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2015 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mandi ais tu bagus utk  naikkan aura positif kita tp utk diagnose penyakit tu aku tak tau la pulak boleh... dulu aku biasa berubat cara mandi ais ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 9-2-2015 04:55 PM
me blum wat treatment lagi.. smlm baru check je sbb ramai org so me kn wat appointment dulu... my  ...

Uoll pi yg kat greenwood tu ke? Perawat dia pompuan kan?
Ioll pernah mandi ais banyak kali juga. Mmg best. Lepas mandi ais terus tido nyenyak. Tp masa mandi ais tu iolls sakit2. Bisa gitu. Tu yg ada feeling malas nak mandi ais skrg. Tp lps mandi biasa perawat tu urut. Ioll mandi ais kalau stress2. Tp lately jarang dah buat. Nanti nak try mandi ais semula.

Pasal cvt tu pun pernah cuba. Ok jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 9-2-2015 01:33 PM
aku pernah mandi ais..mmg bagus..11 thn lps aku menyewa kt kondo di tgh2 kl...slalu kena kacau dgn m ...

Maaf bertnya... Mcm mana mandi ais sendiri? Pastu x sakit ke atau terkujat ke badan berendam dlm ais...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 02:26 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 10-2-2015 01:52 PM
Maaf bertnya... Mcm mana mandi ais sendiri? Pastu x sakit ke atau terkujat ke badan berendam dlm a ...

kalau mandi sndr senang jer..letak ais 1 baldi campurkan dgn air..pastu masukkan bbrp titik aromatherapy yg dibeli kt cvt..pastu mandila..jirus pelan2..mula2 mmg terkujat gak la sbb terlalu sejuk..lama2 dh biasa..lps mandi tu mmg rasa best sgt..badan rasa ringan...konon2nya aura2 negatif semua dh xde..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:12 PM | Show all posts
mamapea replied at 10-2-2015 02:26 PM
kalau mandi sndr senang jer..letak ais 1 baldi campurkan dgn air..pastu masukkan bbrp titik aromat ...

mandi ais ni untuk rawat penyakit ke untuk rawatan halau jin? Yg cvt tu mandi ais jugak ke camana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:22 PM | Show all posts
Edited by mamapea at 12-2-2015 05:28 PM
elle_april replied at 12-2-2015 05:12 PM
mandi ais ni untuk rawat penyakit ke untuk rawatan halau jin? Yg cvt tu mandi ais jugak ke camana? ...


Daripada Thauban daripada Nabi S.A.W sabdanya:-Apabila kena sesaorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu sepotong daripada api neraka, maka padamkanlah ia dengan air. Maka berendamlah dalam sungai yang mengalir, hendaklah berhadap pada pengaliran air (ke hulu), maka bacalah:
(Dengan nama Allah, Ya Tuhanku sembuhkan hamba-Mu dan benarkan Rasul-Mu), selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari. Maka selamlah ke dalamnya 3 kali selama 3 hari; jika tidak sembuh selama 3 hari maka 5 hari; jika tidak sembuh selama 5 hari maka 7 hari; jika tidak sembuh 7 hari maka buatlah 9 hari; maka bahawasanya hampir tidak melampaui sembilan hari dengan izin Allah.


7 Kombinasi Asas Dalam Rawatan Hidroterapi Ais (Dari Sudut Sains Fizik)


1. Air / Ais
Air mengesan getaran / tenang, reda.
Air dirakam dengan frekuensi diamond (berlian) / segi tiga(1-7 Hertz).
Unsur atom air paling cepat mengesan gema dan paling cepat bergetar.
Air unsur yang paling tepat mengesan ukuran gelombang sesuatu unsur yang lain.
Ais dengan tekanan akan menyebabkan unsur yang berat akan termendap ke dasar kolam.
Unsur-unsur yang berat jisimnya tidak terampai / terapung yang boleh menyerap masuk semula (merbahaya).

2. Kapur punca ais cepat cair
Fungsinya:
Meningkatkan suhu di dalam darah.
Merendahkan suhu di dalam tulang.
Menguatkan semula struktur tulang.
Tulang dan kapor satu kombinasi yang sama.
Rahsia tulang adalah rahsia kapor.
Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat.
Membersihkan kulit untuk deria sentuhan,tekanan persekitaran.
Kapor harus disapukan pada seluruh tubuh.


3. Garam
Fungsinya:
Proses pemanasan darah / menambahkan oksigen dalam darah.
Mencairkan darah yang beku.
Melancarkan aliran darah.
Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air.
Memanaskan tubuh di dalam air.
Menambahkan tekanan dari dalam.
Mengeluarkan gas karbon dioksida yang teperangkap di dalam aliran darah.
Memecahkankan gula yang teperangkap di dalam aliran darah.
Memelihara kandungan sel dalam darah.
Garam pengalir yang baik di dalam air.

4. Minyak Pati Bunga (Aromatherapy Vibration)
Fungsinya:
Rakaman gelombang dalam frekuensi rendah yang merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual,sistem imun,melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut,telinga,mata dan hidung.
Minyak Pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan reaksi spektrum (molekul stuktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah.
Menyimpan kesan-kesan bunyi yang stabil.
Cepat mengesan niat rahsia doa,rahsia Nitrogen 7 (kemujaraban).
Keseimbangan/ keheningan.
Mengawal suhu.
Tekanan perasaan.
Mengawal emosi.

5. Sistem penyaman udara.
Tempat rawatan perlu pergerakan angin yang bebas.

6. Cahaya lampu UV( ultraviolet)
Penggunaan cahaya UV untuk memastikan bakteria tidak aktif.

7. Gelombang gerakan air.
Air harus ada pergerakan agar garam bertindak mengecas semula ion ion negatif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:30 PM | Show all posts
Kredit : Utusan

Mungkin pembaca .com sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... i-ais#ixzz3RWOdFWrb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:33 PM | Show all posts
Edited by mamapea at 12-2-2015 05:34 PM

Mandian Ais

Terapi semula jadi yang mengkagumkan dan paling selamat, ringkas dan efektif. Berkesan untuk:

mencetuskan ketenangan, ketenteraman dan keselesaan.
mengimbangi tekanan dalam dan luaran.
mengimbangi suhu dalaman dan luaran.
merangsang penghasilan enzim dan kadar metabolisme.
merendahkan tekanan dibahagian perut dan usus kecil.
meningkatkan penyerapan oksigen dan nitrogen yang lebih cekap, berkesan serta menyeluruh.
membina sel-sel tubuh dan pertahan badan daripada serangan kuman dan virus.
memusnahkan sel-sel yang abnormal dan penghasilan sel-sel baru.
meningkatkan kadar metabolisme, menambahkan aktiviti sel dan menguatkan sistem imuniti.
membersihkan darah dan menambah ion-ion sodium dan kalsium.
mengawal dan memperbaiki denyut nadi pada saraf agar mempunyai gerak balas yang konsisten dan tepat melalui sistem jantung.
memecahkan darah beku.
menegangkan semula sistem cakra dan urat yang teranjak.
meredakan kebangkakan.
melembutkan semula pengerasan tisu yang luar biasa.
menyingkirkan dan membunuh kuman, kulat, bakteria dan virus.
berkesan dalam terapi penyakit berkaitan kardioraskular.
meringankan kesakitan angin dan memperbaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
mengecilkan dan menghapuskan ketumbuhan barah dan leukemia.
berkesan terhadap penyakit rheumatiod dan arthritis.
berkesan terhadap penyakit saraf seperti Alzheimeris dan Parkinson.
Penyembuhan melalui deria-deria luaran mata ketiga iaitu reseptor kulit dan bulu roma. Kombinasi warna-warna semulajadi 7 jenis pati aroma dan hidroterapi ais dalam rawatan yang paling mudah, ekonomi dan efektif.

Tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan tiada risiko yang memungkinkan terjadinya kesilapan teknikal

http://almuntadzar.tripod.com/servis-mandiais.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 05:35 PM | Show all posts
blh tgk kt sini jugak http://www.colourvibrationtherapy.com/hidroterapi.html

mak saya mmg regular customer sini tp branch kt penang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 10-2-2015 02:26 PM
kalau mandi sndr senang jer..letak ais 1 baldi campurkan dgn air..pastu masukkan bbrp titik aromat ...

Gituh.. Thks.. Nanti ada masa nak try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040317 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list