CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Jenayah] LATEST NEWS: Dedahan Che Det Berat! UMNO dan PRU 14

[Copy link]
Post time 2-4-2015 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm najib takkan jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kaseh80 replied at 2-4-2015 02:25 PM
jawab jgn tak jawab bijan

berani kerana benar


Yup.....itu yg kita nak.....

Sebagai PM, amat penting untuk bijan jawab segala tuduhan bagi mendapat kepercayaan rakyat marhean, untuk kelangsungan hayat politiknya dan secara tak langsung bagi hayat UMNO.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka tertulislah dlm sejarah...najibom punca bn & umno kecundang...

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:34 PM | Show all posts
ala next PRU korang undi najib jgk..,.pfftttt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:35 PM | Show all posts
banyaknya persoalan yg hendak di kupas...dont know where to begin...obviously the old man is not happy...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 2-4-2015 02:22 PM
chedet yg dikata nyanyuk maklumla age 80 lbh mampu tulis segala mala ni..
Yg tak nyanyuk takat mamp ...

Yg konon nyanyuk mampu bersoal jawap... Najibom yg x nyanyuk press conf mh370 pun tadak tulur Mau kasi soal jawap... Dgr je kekdahnya.. No soal2..otak lembab nak cari alasan jawapan on d spot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2015 02:36 PM | Show all posts
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


persoalan yg masih di tanya tanya rakyat...siapa yg mengarah pembunuhan altantuya?

aku rasa soalan ni pun dah berpage-page nak rungkai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:38 PM | Show all posts
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.


12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.


isu 1MDB...lagi la panjang nak sembang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 02:42 PM | Show all posts
macai2 tegar dzeck dan anak nogori...lai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:42 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 2-4-2015 02:44 PM

Tengku Adnan to play peacemaker in Mahathir-Najib rift, says Shahidan

BY EILEEN NG

Published: 2 April 2015 2:32 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor will be called in to mediate between Datuk Seri Najib Razak and Tun Dr Mahathir Mohamad, following the latter's blog posting slamming the Najib administration today. – The Malaysian Insider file pic, April 2, 2015.
Datuk Seri Shahidan Kassim will ask the Umno secretary-general to mediate between Tun Dr Mahathir Mohamad and prime minister Datuk Seri Najib Razak, after the former prime minister today delivered his harshest criticism yet against Najib.


"I care for him, and I will never stop loving him," said Shahidan Dr Mahathir, who is still revered by Umno members.

"But matters related to party should not be discussed openly but done behind closed doors. I will request the secretary-general to take the effort to resolve this ongoing polemic," he said at the parliament lobby today, referring to Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Shahidan, who is the minister in the Prime Minister's Department, said Dr Mahathir was usually very careful in his writings and always backed it with facts.

On his blog today, Dr Mahathir said Malaysians do not trust Najib and predicted that Barisan Nasional (BN) woud lose the next polls if he remained in power. – April 2, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.mIpeIl6x.dpuf



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:45 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 2-4-2015 02:46 PM

Shahidan syor Umno bincang tertutup dengan Dr Mahathir                                                                                                                                
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
                                                
Published: 2 April 2015 2:21 PM
               
                                                                                                                                                                                                
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir ada benarnya, perkara tersebut sepatutnya dibincangkan secara tertutup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 April, 2015.

Susulan kenyataan terbaharu bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad di laman blognya hari ini, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan perjumpaan bersama mantan perdana menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka kerana ia berkenaan parti Umno.

"Apa yang beliau kata mungkin ada betul, mungkin tidak. Tetapi sudah pasti, beliau berhati-hati masa menulis, dan tentulah beliau mempunyai kekuatan fakta.

"Nasihat saya, ini soal parti yang tidak boleh dibincang secara terbuka. Maka eloklah kita bincang secara tertutup.

"Maka saya syorkan supaya Ku Nan ambil daya usaha selesaikan polemik berpanjangan ini, dan bincang dengan cara adik beradik," katanya merujuk gelaran yang diberi kepada Tengku Adnan.

Shahidan berkata, kasih sayangnya terhadap Dr Mahathir akan terus kekal walaupun perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu berdepan pelbagai teguran.

Dr Mahathir di laman blog chedet.cc hari ini menulis, sekiranya Umno masih lagi di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU 14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," tulisnya.

Katanya, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini dilihatnya setia secara membuta tuli.

"Ramai juga ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.

"Saya juga setia, tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini," kata Dr Mahathir. – 2 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.aO8L9X7a.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:49 PM | Show all posts
peacemaker tu anak nogori la...kan dia byk sgt pengalaman bercerita di forum ni...
apa itu tengku adnan? tau bazir wang 3000juta bikin bangunan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:50 PM | Show all posts
hanya bangsa melayu shj tak tau malu...kalu bangsa korea dan jepun, dah lama bunuh diri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:55 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 2-4-2015 01:57 PM
Nyanyok sebab ko lupa ko tu dah letak jawatan.:

Sekaliapun Tun M dah letak jawatan tetapi kecintaan dia terhadap negara yg pernah dibangunnya tetap kekal dalam jiwa.  Atas dasar kecintaan itulah Tun M tak rela melihat ekonomi negara M'sia hancur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 02:56 PM | Show all posts
sirul perlu dedah siapa yg bagi arahan bunuh tuya...jgn jadi bodoh sirul...lu punya nyawa tarak sayang ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 02:59 PM | Show all posts
nanti najib jwb la....Tun merepek,so life goes on
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
semua skandal ni didorong oleh rosmah... Monster ... :
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:06 PM | Show all posts
mahader pon guna pendekatan mcm kuan yew..

And even from my sickbed, even if you are going to lower me into the grave and I feel that something is going wrong, I will get up
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:10 PM | Show all posts
dauswq replied at 2-4-2015 02:06 PM
sok dgr plak mb kedah disuruh letak jwtn
rejim najib bermula semula

kalu anak babah kene benti keje.
esok komfom babah jilat ludah balik

...tipikal umngok

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:11 PM | Show all posts
perang_candu replied at 2-4-2015 03:06 PM
mahader pon guna pendekatan mcm kuan yew..

sbb artikel tu 'dari madey' = teguran.
kalu artikel tu dari rapizi = ancaman pada negara.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.114188 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list