|
VACCINE dan ANTI-VACCINE: Betul kah persepsi anda?
[Copy link]
|
|
ipes2 replied at 26-7-2016 04:08 AM
Betul SM..
Hik Hik kena bash ek?
Takpe, SM kuat orang nya
Haha.. Kuat luaran, nnti diam2 nangis. Gembeng |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya akak x pernah terpikir ttg samada vaksin ni penting atau x
sbb bila akak dpt anak lbh kurang 23 tahun lalu akak just ikut apa yg Dr sarankan
then anak2 seterusnya pun sama gak
smplah tetiba isu vaksin dan anti vaksin ni timbul
ada bbrp kwn akak yg boleh akak panggil ibu muda yg bersepakat utk x vaksinkn anak2 mereka
hujah atau dalil mereka adalah xde dlm alquran atau hadis yg kita kena vaksinkan anak kita
pastu dia kata cuba tgk dah vaksin pun dpt penyakit cam demam, batuk selsema dan lelah
bila kita ckp camnie diaorg bls ikut cara lain plk
last2 akak pun kata suka hati koranglah sbb tu anak2 korang
cumanya klu nk dtg rumah akak tu hrp jgn bawa anak tu msk yea sbb anak2 akak mmg jns sensitif klu ada yg terbersin ke apa nnt cepatlah sinus diaorg trigger (mandai aje akak kata gitu tp kebetulan anak yg kuat sinus mmg camtu)
sbb naper akak kata gitu anak2 kwn akak ni asal akak jumpa aje manjang meleleh air hidung, sedih plk sbb kwn2 akak ni bukan jns dok ulu ke apa sebaliknya mereka ni golongan professional tp tuelah susah nk kata, sikit2 ikut mknan sunnah, anak2 akak walau divaksin ttp mkn mknan sunnah tp klu dah Allah nk uji sikit xkan nk salahkan vaksin tu juga
dan agak penat nk berdebat dgn diaorg so akak selalu kata baik argue dgn opponent lawyer kat court dr dok ckp dgn bijak pandai ttg benda ni
apa pun akak kesian kat anak2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ya fatehana..masalahnya, anak anak mreka nanti akan menjadi pembawa kepada penyakit yg tak divaksinkan itu, eg polio etc di dalam masyarakat.
Kalau nak kata ikut sunnah, RSAW pergi berperang dgn pedang...maka apakah kita akan masih pegi berperang dgn pedang.
RSAW dulu berpesan supaya lari dari sesetengah penyakit sejauh mungkin..itu adalah usaha masa itu. Usaha masa kita berbeza dah.
Bila Saad ibn Muaz cedera parah, pelbagai dibuat terhadapnya utk memulih kan beliau, namun beliau syahid juga. RSAW tidak pernah melarang org ramai dan nurse dimasa perang Khybar itu agar jangan cuba pulihkan Saad (RA). Inilah yg dinamakna Usaha. Bila sudah usaha, datanglah tawakkal.
Fatehana teruskan aja ckp pada mereka, kita tak tahu sentence mana yg mengubah seseorg
|
|
|
|
|
|
|
|
updates
Vaksin: menerima pendapat pakar
MALINA OSMAN | 01 Ogos 2016 6:06 PM
0 0 Google +0
SUNTIKAN vaksin mampu mencegah banyak penyakit. GAMBAR HIASAN
STATISTIK terkini oleh Kementerian Kesihatan mengenai penyakit difteria pada 27 Julai lalu mengesahkan lagi lima kes baru dengan satu kematian. Sejak kes difteria mula dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu dengan mencatatkan beberapa angka kematian, isu vaksin terus menjadi liputan utama dalam diskusi masyarakat kita.
‘Aura’ perdebatan mengenai vaksin ini telah pun berlegar sejak beberapa dekad lalu. Diskusi itu terus menjadi isu hangat di platform media alternatif yang akhirnya pada masa ini mereka yang menolak vaksin membentuk kelompok yang terus mencabar hebat polisi vaksin negara.
Kelompok antivaksin mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pola amalan yang mereka lakukan secara berasingan itu tidak lagi terbatas secara peribadi. Kewujudan media alternatif membo-lehkan apa sahaja yang dilakukan setiap individu dikongsikan untuk tatapan awam. Ini secara umum sangat mempengaruhi individu yang tidak mempunyai asas pengetahuan dan pengalaman saintifik. Sebahagian golongan antivaksin adalah mereka yang terpelajar serta individu yang dihormati masyarakat. Antara hujah mereka menolak vaksin ialah vaksin mempunyai komplikasi sangat bahaya, dianggap menyalahi hukum agama, agenda provokasi Yahudi serta ‘batu locatan’ pihak tertentu mengaut keuntungan.
Walau perspektif berbeza, kita perlu tahu mengapa vaksin itu wujud dan sangat disyorkan, bagaimana vaksin bertindak dalam tubuh kita serta bagaimana sesuatu vaksin itu disahkan selamat sebelum ia disahkan selamat untuk masyarakat awam.Vaksin adalah bahan yang menghasilkan antibodi dalam tubuh seseorang terhadap penyakit tertentu. Ia mengandungi komposit bahan yang dinyahaktifkan kandungan toksiknya, yang mana kandungan biologi itu diperlukan untuk mengaruhkan antibodi terhadap sesuatu penyakit secara semula jadi. Sebagai contoh, vaksin terhadap difteria mengandungi bahan terdiri binaan molekul tertentu dari kuman difteria yang telah dimusnahkan komponen toksiknya; yang mana binaan itu menyebabkan tindak balas tubuh menghasilkan antibodi terhadap penyakit difteria. Secara umum, penghasilan vaksin sama seperti penghasilan ubat yang digunakan dalam rawatan perubatan iaitu melalui ujian rawak klinikal yang sangat ketat serta didokumentasikan kesemua kesan sampingan yang berpotensi berlaku. Namun, pengetahuan mengenai rumitnya sesuatu ujian klinikal itu tidak difahami oleh golongan anti vaksin. Mereka secara umumnya mendefinisikan saintifik menurut acuan mereka tanpa asas pengetahuan yang benar. Justeru, fokus perbincangan mereka dalam mengemukakan hujah menolak vaksin menyimpang serta tidak mengikut terma dan syarat ilmu. Laman web Children’s Hospital of Philadephia memaparkan hasil kajian yang sangat menarik dalam membahaskan isu ini. Pembentangan mereka pada November 2015 itu yang bertajuk Mengapa maklumat anti-vaksin sangat persuasif? Analisis kandungan laman web yang menjelaskan perkembangan strategi promosi vaksin. Kajian tersebut menilai sebanyak 480 laman web antivaksin dan mendapati sebanyak 65 peratus daripada laman web itu mengatakan vaksin sa-ngat bahaya, 62 peratus darinya menyebut vaksin menyebabkan autisme, manakala 41 peratus darinya memberikan maklumat vaksin boleh menyebabkan kerosakan otak.
Untuk menyokong hujah itu, 65 peratus dari laman web itu menyebut ia daripada pe-nemuan saintifik tanpa perincian manakala 30 peratus dari laman web berkenaan bergantung kepada testimoni! Lebih menarik, laman-laman web itu bukan sahaja memberikan maklumat tidak benar mengenai vaksin, 19 peratus daripadanya mempromosikan perubatan alternatif dan 10 peratus daripadanya mempromosikan homeopati. Tambah mengelirukan apabila ada yang mempromosikan diet tertentu sebagai ganti kepada vaksin dan merawat autisme akibat vaksin. Kajian saintifik sebenarnya bukanlah mainan sesuatu hujah. Dalam mana-mana hasil akademik, tatacara penghasilan serta reka bentuk penyelidikan untuk mengesahkan keberkesanan serta selamat sesuatu bahan perlu diperincikan dengan menyandarkan kepada konsep validiti dan reliabiliti. Adalah tidak benar sekadar menyebut hujah penemuan saintifik namun apa dan bagaimana dilakukan tidak didedahkan. Dalam konteks penyelidikan saintifik, testimoni adalah bukti yang paling lemah untuk memberikan kesimpulan keberkesanan sesuatu bahan. Dalam isu yang mengaitkan vaksin dan autisme pula, tidak ada bukti saintifik yang mengaitkan vaksin dan autisme. Kajian pada 1998 yang melaporkan hasil penemuan 12 kanak-kanak yang didakwa mendapat autisme akibat vaksin telah ditarik balik oleh majalah Lancet pada 2010 selepas artikel didapati mengandungi data palsu. Penyiasatan lanjut akhirnya mendapati penulis kajian tersebut sebenarnya ditaja oleh kelompok tertentu yang mengemukakan saman terhadap syarikat vaksin tertentu. Pembohongan data kajian terserlah apabila penyiasatan mendapati lima daripada 12 kanak-kanak yang dilaporkan itu telah pun mendapat autisme sebelum mereka menerima vaksin! Namun, golo-ngan antivaksin terus membuat propaganda dan berbohong mengatakan kes tersebut sebenarnya telah disemak semula dan sebahagian data diperakui benar. Hal seperti inilah sebenarnya menjadi ‘duri dalam daging’ serta digunakan oleh mereka yang tidak kita pasti apa agendanya terus bertindak menentang polisi vaksin.
Kesimpulannya, terlalu ba-nyak skop dalam kehidupan kita yang masih tidak diketahui. Jika kita bukan ahli dalam sesuatu bidang, jangan pula memandai membuat kesimpulan. Tanyalah mereka yang lebih tahu.
PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN ialah Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Penyakit Berjangkit/ Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.H2t9LYtf.dpuf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin bertepatan dengan syarak
10 September 2016 6:17 PM
ISLAM menekankan umatnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta kerana itu merupakan perkara asas dalam maqasid al-syariah yang mesti diberikan perhatian.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Datuk Othman Mustapha, berkata, suntikan vaksin adalah salah satu daripada cabang menjaga kesihatan dan perlu diberi perhatian.
“Vaksin merupakan sejenis agen yang bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan bagi melawan bakteria atau virus yang menyerang. Kegagalan mengambil vaksin bakal mengundang kemudaratan yang besar pada masa akan datang, memandangkan seseorang itu terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya.
“Islam amat mementingkan umatnya agar sentiasa berwaspada dengan bahaya dan menyarankan kita mengambil langkah pencegahan ‘al-wiqayah’ dalam mendepani isu seumpama ini.
“Perkara ini juga selaras dengan hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayat oleh Muslim. Dalam usaha mengawal negara daripada wabak taun yang melanda ketika itu, baginda mengarahkan penduduk keluar dari kawasan yang telah dijangkiti wabak tersebut.
“Berpandukan hadis ini, maka tindakan mengambil vaksin merupakan satu kemestian bagi membendung segala penyakit berbahaya di peringkat awal,” katanya.
Tambahnya, terdapat sesetengah dakwaan mengatakan vaksin mengandungi bahan terlarang seperti najis. “Jika benar dakwaan tersebut, dan umat Islam pula tiada pilihan lain, maka vaksin diharuskan dan dikira sebagai darurat,” katanya.
Katanya, suntikan vaksin bukan sahaja bertepatan dengan nas-nas syarak, bahkan turut selaras dengan prinsip maqasid al-syariah dalam menjaga nyawa manusia daripada penyakit merbahaya,” katanya. Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Sheikh Mohd. Saifuddeen Sheikh Mohd. Salleh berkata, walaupun vaksin merupakan hak peribadi tetapi masyarakat harus mengambil kira apakah pilihannya itu membawa kepada masalah yang memudaratkan kepentingan awam.
“Ini sudah jatuh kepada soal tanggungjawab. Sebab itu, ada pandangan kata, kalau isu penyakit yang membawa mudarat kepada negara, maka adalah hak kerajaan untuk menjadikan ia mandatori,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/vaksin-bertepatan-dengan-syarak-1.380968#sthash.z1HePrl8.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Kos rawatan difteria 
cecah RM100,000 seorang
10 September 2016 6:22 PM
0 0 Google +0
Pesakit ini dijangkiti difteria yang boleh meragut nyawa, lebih-lebih
Pesakit ini dijangkiti difteria yang boleh meragut nyawa, lebih-lebih lagi jika seseorang itu tidak pernah menerima vaksin. SUMBER WWW.EMAZE.COM
KOS seseorang mendapatkan suntikan vaksin, misalnya bagi mencegah wabak difteria adalah antara RM60 sehingga RM100 untuk setiap suntikan dan RM180 hingga RM300 untuk suntikan penuh.
Sekiranya masyarakat mendapatkan suntikan imunisasi itu di hospital dan klinik kerajaan, kos adalah percuma.
Namun, tahukah anda, berapa kos bagi merawat pesakit yang terkena jangkitan difteria? Sekiranya seseorang itu pernah divaksin dan mengalami simptom biasa, kos rawatannya tidak begitu mahal.
Bagaimanapun, sekiranya mereka tidak pernah menerima suntikan vaksinasi, penyakit tersebut akan menghasilkan magnitud besar seperti yang berlaku dalam beberapa kes kematian difteria baru-baru ini.
Menurut Pegawai Perubatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr. Muhammad Na’im Abdul Razak, kos untuk rawatan menggunakan antitoksin boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi setiap pesakit. Itu belum dikira kos rawatan unit rawatan rapi dengan harga purata RM1,500 setiap hari.
“Penggunaan antitoksin bagi kes jangkitan difteria yang teruk boleh mencecah sehingga RM5,450. Jadi, secara umumnya, kos rawatan bagi kes kritikal menggunakan antitoksin dan antibiotik boleh mencecah RM10,000,” katanya kepada Utusan Malaysia Sabtu.
Itu tidak termasuk apabila pesakit terpaksa bergantung kepada ventilator atau alat bantuan pernafasan sekiranya keadaan bertambah kritikal.
Risiko jangkitan kuman lain akibat penggunaan ventilator juga akan menambahkan kos rawatan, termasuk penggunaan antibiotik dan ubat-ubatan yang mahal. Komplikasi yang berlaku menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan sampingan.
Secara keseluruhannya, kos rawatan untuk satu-satu individu yang dirawat akibat jangkitan difteria di hospital kerajaan boleh mencecah sehingga RM100,000.
“Rawatan hanya dilakukan di hospital kerajaan kerana hospital swasta tidak menerima kes jangkitan penyakit serius seperti ini,”katanya.
Kos tinggi juga diperlukan bagi rawatan jangkitan penyakit yang sama, jika berlaku di luar negara.
Jadi, mana yang lebih baik, mencegah atau merawat?
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kos-rawatan-difteria-8232-cecah-rm100-000-seorang-1.380966#sthash.U01WfDIP.dpuf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagi I, mereka ni menyusahkan orang.
ilmu tak tinggi tapi nak berdebat.
org yg berdebat adalah org yg sama level.
mereka inilah yg bila tgk palang palang besi bersilang seli kat jambatan, mereka akan komen, membazir nya, ambik la palang2 besi tu buat projek lain (dan jika kita dengar kata mereka ini, maka malang lah nasib kita semua)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 1-6-2021 12:48 AM
i potong 2000 credits you today.. sorry.
at the very end, i will leave you 5 credits.
if you want me to leave you more than 5, please delete your multiple replies.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak tahu apa lagi antivac perjuangkan lagi. Halal haram dan sunnah islam digunakan.. pernah debat dgn mereka.. Tak tahu nak terangkan macam mana lagi.. hurmmm.. Semoga anak2 kita terpelihara dari penyakit2 yang merbahaya.. amin. Tq for sharing mod..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|