|
Berbakat you tulis. Nak tau papa cerita apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
munchkin replied at 3-1-2016 03:21 AM
Eiiii. Apa pun i takut walau komedi. Arghhh
Lagi lucu part beli pau. Hahahahaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
munchkin replied at 3-1-2016 03:25 AM
Berbakat you tulis. Nak tau papa cerita apa.
Dah siap taip. Lenguh tangan. Hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hari tu hari Jumaat. Aku ingat lagi, aku pergi kerja sorang-sorang kerana Wani tak sihat lagi. So merempitlah aku sorang-sorang pergi kerja. Sampai kat office, aku bukak pc dan terus pergi sarapan. Masa tu, akak cleaner yang sound system problem tengah makan. Dia pandang aku dan angguk.
"Kawan tu dah sihat?" dia bertanya.
"Belum kak. Demam lagi." jawabku sambil membuat air.
"Lemah semangat sangatlah tu." jawabnya.
Dia bangun dan terus pergi ke sinki untuk mencuci tangan. Aku nampak dia mengambil buku kecil di poket bajunya. Dia menulis sesuatu dan memberi kepada aku.
"Esok datang rumah akak. Ada kenduri sikit." katanya.
Aku mengangguk dan tersenyum. Dia meninggalkan aku sendirian. Selesai makan dan berasap, aku pergi ke meja. Aku terdengar ada orang memanggil nama aku dari bilik mesyuarat. Aku pun pergilah. Oh, ada papa, En. Bos, En. S dan En.K.
"Ada meeting ke? Kejaplah nak ambik buku nota jap." kata aku.
"Tak adalah. Duduk sini sekejap. Ada benda nak cakap." kata En. Bos.
Aku pun duduk, pintu bilik mesyuarat ditutup. Aku padang muka sorang2. Macam serius je. Papa menarik nafas. Berat sungguh bunyinya. Dan masa itulah papa menceritakan apa yang diaorang alami sebelum ni.
Berikut adalah diceritakan papa. Aku taip apa yang aku ingat je. Dan aku dalam watak kat bawah ni adalah papa.
Kisah papa.
Aku ingat lagi. Masa tu syarikat sibuk nak buat preparation untuk proposal projek petronas. So memang stay sampai malam lah. Semua engineer kena stay back. Kadang tu pukul 12 tengah malam pun masih kat pejabat lagi. Memang tak ada apa masalah pun sebab stay back ramai-ramai. Enjoy. Tak ada apa yang menakutkan. Sampailah pada suatu hari ni, tinggal aku dengan En. Bos je yang tinggal. Yang lain dah balik. Masa tu pukul 1.00 pagi. En. Bos dalam bilik dia. Aku pulak kat meja aku. Meja aku ni kan hujung sekali. Dekat dengan pantry dan jamban yang satu lagi. So, kalau apa-apa suara datang dari situ, memang jelaslah kedengaran. Tengah aku kusyuk memeriksa drawing, tiba-tiba telinga menangkap suara flusj jamban ditarik. Aku fikir mungkin En. Bos kat dalam tu kot. Lepas 5 minit, bunyi flush ditarik lagi. Aku pun jenguklah kat bilik En. Bos. Tak berapa nampak. Jadi aku buat-buat lah bercakap.
"Aku nak hisap rokok kat pantry, kau nak ikut nak En. Bos."
"Boleh lah Sar(nama samaran papa). Aku dah jem otak ni." En. Bos menjawab.
Aku menelan air liur. Aduh. Siapa pulak tu. Aku melihat En. Bos keluar dari biliknya. Kami berdua beriringan pergi ke pantry untuk merokok. Aku pun buat-buat pergi kencing. Bilik air kering. Itu memang buat aku terkejut. Tapi aku tak naklah menunjukkan yang aku tengah takut. Aku pun buat tak tahu. Hisap rokok dan berborak dengan En. Bos pasal drawing. Tengah borak2 ni, tiba-tiba flush berbunyi lagi. Kali ni, En. Bos memandang muka aku. Dan tak sampai seminit bunyi flush ditarik lagi. Masa tu, aku dan En. Bos terus padam rokok dan blah dari pantry.
"Sar, balik jelah. Isnin depan. Lagipon kau punya drawing dah siapkan. Nanti kau check kat rumah je lah." kata En. Bos.
Aku pun tak banyak cakap, terus save kerja dan shut down pc. Bawak laptop balik rumah dan ambil pendrive. Aku terus pergi ke tangga sambil menunggu En. Bos. Masa aku berada dekat tangga, aku perasan ada bayang perempuan berbaju merah memimpin tangan seorang budak masuk ke dalam pantry. Lutut aku dah lembik dah. Hampir-hampir aku nak terduduk. Rupanya En. Bos pun nampak apa yang aku nampak. Apa lagi, dia cuba bagi aku berdiri. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun dan menuruni anak tangga. Kami berdua tak ada nak jumpa pak guard dah. Terus blah macam tu je. Rupanya guard ada kat luar, tengah hisap rokok.
"Dia kacau ke?" tanya guard.
Aku dan En. Bos hanya angguk dan pergi ke kereta masing-masing. Aku duduk dalam kereta hampir 30 minit. Semua gara-gara lutut aku masih lemah. Masih tak larat nk drive kereta.
Sekian cerita papa.
********
Selesai papa bercerita, aku memandang muka En. Bos. Dia mengangguk.
"Siapa perempuan tu? Mesti ada sejarah pasal dia kat sini? Yang saya nampak tak ada pulak bawa anak? Dah tu yang dok ketuk-ketuk kibod tu siapa pulak?" persoalan aku hanya dibalas gelengan kepala oleh mereka. Aku mengeluh.
Dan lepas daripada itu, aku tak ada nak stay back dah. Sampailah aku habis contract. Aku tak stayback dah. Aku tak nak lagi alami lagi kisah tu. Dan aku ingat gangguan aku berakhir di situ. Rupanya tidak. Aku sekali lagi diganggu bila aku kerja di PJ, pejabat legal firm. Dan kali ni lagi teruk aku rasa. Nanti aku story2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Oh. Baru ingat, masa kat rumah akak cleaner tu dia ada cakap, kalau nak stay back, pasang ayat Quran. Insya Allah, tak kena kacau. Eee.. I tak sanggup dah uols nak stay back kat pejabat mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
MrsZaza replied at 3-1-2016 03:51 AM
Dah siap taip. Lenguh tangan. Hahahaa
Teruskan. Syok baca. I like |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 04:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lepas habis contract dekat XYZ, aku balik kampung dan bercuti 2 minggu. Seronok gile rasanya. Namun sebelum balik kampung selama 2 minggu, aku kemas habis-habisan rumah. Siap aku curah air dekat ruang tamu. Nak pastikan rumah betul-betul bersih. Dan seperti amalan aku kalau tinggalkan rumah untuk tempoh lebih dari 3 hari, aku akan naikkan tilam (berdirikan tilam). Settle misi membersihkan rumah, aku bersiap untuk bertolak awal ke LCCT. Ikutkan flight aku keesokan paginya, tapi aku plan nak pergi tengah malam tu jugak. Lepas aku pastikan rumah bersih dan clear, aku pun pergi ke airport.
Aku sampai kat kampung, seperti biasalah. Aku akan ukur jalan habis-habisan. Kalau nak cerita kisah mistik kat kampung aku, kena tunggu aku taip siap2 kat word lah kot. Apa yang aku nak ceritakan sekarang ni adalah pasal rumah sewa yang aku tinggalkan selama 2 minggu ni. Habis je cuti 2 minggu, aku kembali ke KL. Aku sampai dekat rumah jam 12 lebih tengah malam. Masa tu dah penat sangat.
Aku pun main terjah je rumah. Tak bagi salam, tak baca apa pun. Masa tu aku rasa angin kuat gile menerpa muka aku. Masa aku masuk kat dalam rumah, aku dah perasan, ada rambut-rambut dekat atas lantai. Aku pergi kat bilik, bilik aku tak ada pulak rambut. Aku pergi bilik Wani, atas tilam.penuh dengan rambut.
******** Bersambung. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 04:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Der, kau tak naikkan tilam ek?" soal aku.
Wani menggelengkan kepala. Oh lupa nak bagitahu, Wani ikut aku balik kampung sekali. So memang sah bukan rambut dia. Aku ambiklah sehelai rambut. Kasar, tebal, hitam dan panjang. Sah memang bukan rambut aku dan Wani. Rambut aku paras bahu, nipis dan blonde (aku dye). Rambut Wani pulak memang kasar, hitam, tebal tapi pendek. Wani call lah mak dia ada balik ke. Last-last jawapan mak dia sangat memeranjatkan. Mak dia tak balik pun rumah kitaorang selama 2 minggu kitaorang tak ada. Kerana terlalu takut, aku dan Wani tidur sebilik. Aku siap pasang bacaan surah Yasin dari notebook. Namun, aku tak dapat tidur. Masa tu Wani dah berdengkur. Mujurlah bilik aku Master room, bilik air kat dalam. Aku bangun kencing. Masa tu aku dengar ada bunyi orang berborak dari tamu rumah. Aku tak faham sepatah haram apa yang mereka borakkan. Aku kejut Wani. Tapi dia tak bangun. Kerana tak sedap hati, aku ambik air dan lap muka Wani. Dia terbangun.
"Kau dengar." aku berbisik.
Wani diam dan memasang telinga.
"Suara siapa." tanyanya.
Aku hanya mengangkat bahu. Aku cakap dengan Wani, aku tak dapat tidur. Aku takut. Masa tu dia dah macam nak lelapkan mata. Aku tahu dia terlalu mengantuk. Nak tak nak, aku terpaksa menghubungi Rizal. Aku menyuruh dia untuk memghantar ubat tidur kepada aku. Aku menceritakan perkara itu kepada Rizal. Rizal pun bersetuju. Tapi dia akan membawa adik perempuannya sekali. Aku menyuruh Rizal untuk pergi ke tingkap bilik aku untuk memgambil kunci rumah. Aku tak berani nak keluat membuka pintu. Masa Rizal sampai, suara bercakap terus hilang. Masa itu aku nampak Rizal mengutip semua rambut-rambut yang ada dan meletak dalam sehelai kain putih. Aku melihat Rizal pergi ke empat penjuru rumah dan membacakan sesuatu. Dia menabur sesuatu di setiap 4 penjuru rumah.
"Jangan sapu dulu rumah. Untuk seminggu ni je. Aku balik dulu. Insya Allah dah tak ada apa-apa. Tak payah makan pil tidur. Sekejap lagi sampai rumah aku call kau. Kita gayut sampai kau tertidur."
Rizal balik dan aku terus masuk ke bilik. Memang betul, suara tadi dah tak ada. Dan aku tertidur tanpa sempat bergayut dengan Rizal. Bangun pagi esok tu, aku nampak aku 36 misscall dari Rizal. Hahahahaha.. Aku lupa nak set handphone ke General rupanya. Aku silent handphone sebelum tu sebenarnya. Aku terus send sms kat Rizal, say sorry sebab aku tertidur mati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sure panic en. Rizal bila u tak angkat-angkat phone..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 07:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
grilledmushroom replied at 3-1-2016 07:33 AM
sure panic en. Rizal bila u tak angkat-angkat phone..
Bukan saja panik. Kena bebel. Bernanah telinga. Bebel mengalahkan perempuan. Dia kata dia siap pergi rumah ketuk cermin tingkap. Tapi sebab takut dituduh penceroboh, dia datang sekejap je. I kalau tak tidur, memang tak ingat. Hahahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh seram. Ni opis oil n gas kat area damansara height ke apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Best2. Tak macam tered wartawan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
MrsZaza replied at 3-1-2016 03:00 AM
Tak boleh nak bagitahu sebab ofis tu masih ada dan masih beroperasi lagi. I da janji dgn one of th ...
Diorg semua da retrancement. Ramai kena buang. Bgtau je hehe |
|
|
|
|
|
|
|
seram...part yng perempuan pakai baju merah tu...
tentu ada misteri di sebalik kemunculan perempuan baju merah tu..
cuba korek...
|
|
|
|
|
|
|
|
rizal tu bakal suami ke? hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
park siap2...menarik citer tt.. sambung lagi yerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
baha_delarocha replied at 3-1-2016 07:57 AM
Pergh seram. Ni opis oil n gas kat area damansara height ke apa ni
Hahahahaaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
din_atos replied at 3-1-2016 10:45 AM
Diorg semua da retrancement. Ramai kena buang. Bgtau je hehe
Uik.. Huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-1-2016 03:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
naleeya replied at 3-1-2016 11:35 AM
rizal tu bakal suami ke? hihihi
Tak. Rizal tu BFF. Dia memang akan ada bila iols dlm kesusahan. Hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|