CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] Tabung Haji sudah bankrup...siapa ade simpan di TH?

[Copy link]
Post time 26-1-2016 08:47 AM | Show all posts
ermmmmmmmmm.....entah laa.....tinggal nama je laa lepas nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 08:51 AM | Show all posts
"Walaupun tahun 2015 adalah mencabar......."

Rakyat yg tercabar ada la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. cmne ni.. kna kluarkn ke cmne.. byk duit dlm tu.. rugila cmni.. xda bonus dividen xpe lg.. jgn kaco duit asal tu je..
nk simpan kt mna lg ni?
ASB pun nyusahkan.. adoi..

Joli katak abiskan semua duit pstu bunuh diri.. puas hati ku..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 08:58 AM | Show all posts
mana ada nak bankrap, sabotaj ni, takutkan pendeposit, pendeposit pakat2 keluarkan cash, bila cash tabung haji menyusut mendadak, akan ada masalah aliran tunai, utk cover masalah tunai kurang tabung haji kena buat pinjaman, ni yg blh buat tabung haji bankrap. sama mo dgn 'sabotaj' 1mdb tu. melayu muslim senang2 je kena tipu.

tahniah la sbb sepanjang masa kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 08:59 AM | Show all posts
syukur lah tabung haji beli tanah 1mdb...apa2 hal leh jual balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:00 AM | Show all posts
surat zeti tu bertarikh hujung disember 2015, maknanya dia refer dgn akaun tabung haji fye 2014, dlm financial report tu yg reserve -ve bhg tabung haji saja tp dicover dgn reserve syt2 yg bergabung dgn tabung haji, mana ada negatifnya. banker bila buat analisis akaun ni mmg kadang2 menyakitkan hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2016 09:00 AM | Show all posts
Bukan bangkrap tp tak boleh bagi dividend. Dulu TH bagi dividen tinggi sgt. Aku pun terkejut bank boleh dividen sampai 11-12% setahun setiap tahun. So it was fake dividend.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:05 AM | Show all posts
Bell replied at 26-1-2016 09:00 AM
Bukan bangkrap tp tak boleh bagi dividend. Dulu TH bagi dividen tinggi sgt. Aku pun terkejut bank bo ...

tunggu financial result utk 2015, patut xde masalah nak bg dividen, cuma kalau nak jaga reserve, kena bagi ikut kemampuan, jgn sampai makan reserve byk sgt.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 09:11 AM | Show all posts
baru plan nak bukak akaun Tabung Haji untuk anak. takpe la. tunggu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:12 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 26-1-2016 08:58 AM
mana ada nak bankrap, sabotaj ni, takutkan pendeposit, pendeposit pakat2 keluarkan cash, bila cash t ...

Macam mana pula dengan kenyataan BNM: "amalan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit yang secara puratanya melebihi keuntungan semasa, ....menyebabkan parasa rizab terus merosot.....nilai rizab LTH menjadi negatif...."
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:12 AM | Show all posts
adoi apapun tak boleh..saba ajelaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2016 09:16 AM | Show all posts
apabila TH di tadbir sebagai satu entiti utk meraih undi...ini lah jadinya, nak popular punya pasal, sampai aset pun di makannya..TH should be run as a business entiti...bukan utk meraih undi jemaah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:17 AM | Show all posts
bwh tabung haji ni byk syt2 lain cthnya syt investment2, etc, etc, profit dpd syt2 ni semua akn digabungkan dlm group account, jd tlg la tengok bhg group account bkn bhg individual account, mcm kat bwh ni, reserve bhg tabung haji fye 2014 -ve tp dicover semula dgn reserve anak2 syt lain sampai jd +ve amt, tengok amt 1.149 bilion tu, ok?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:17 AM | Show all posts
Gila ke haper ni.. aku ada RM120K dlm TH dan baru berhasrat ni tutup ASB then transfer semua duit ke TH
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:22 AM | Show all posts
Kata pengerusi mamak nya....

Tabung Haji tiada masalah bayar dividen, bonus tahun ini

http://www.themalaysianinsider.c ... -umum-masa-terdekat

OLEH NABIHAH HAMID Published: 25 January 2016 6:53 PM

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membidas mereka yang mengkritiknya mendakwa ia berdepan masalah membayar dividen kepada pendepositnya untuk tahun lepas, mengatakan pihaknya boleh melakukan demikian selewat-lewatnya sehingga Mac.

Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tidak timbul isu mengenai pembayaran dividen bagi tahun 2015 kepada kira-kira 9 juta pendepositnya, sambil menambah pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Azeez berkata demikian mengulas persoalan dibangkitkan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pagi ini yang menuntut TH memberi penjelasan adakah lembaga berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.

"Kata pada dia (Mujahid), kita akan umumkan dalam masa terdekat ini, jangan risau.

"TH tiada masalah (bayar dividen). Seperti biasa, kita ada masa sampai bulan Mac (untuk umumkan). Boleh tengok rekod sebelum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Meskipun begitu, Azeez enggan mengulas lanjut persoalan lain yang dibangkitkan Mujahid dan meminta pendeposit menunggu TH membuat pengumuman dividen.

Beliau turut menyarankan kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.

Katanya, kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama tahun semasa, iaitu antara Januari dan Mac.

Tambahnya, pihaknya perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.

Katanya, tiada apa yang luar biasa kerana pada tahun-tahun sebelum ini, TH pernah mengumumkan bonus tersebut pada hujung Februari dan awal Mac.

"Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal," katanya.

Oleh itu katanya, para pendeposit seharusnya tidak mengambil serius berita spekulasi itu yang akan mencetuskan kebimbangan.

Mujahid hari ini mempersoalkan kemampuan TH membayar dividen kepada pendeposit kerana mengikut Klausa 22(2)(i) Akta TH, penabung tidak layak menerima dividen jika nilai aset lebih rendah daripada liabiliti.

Katanya, kecenderungan TH menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanannya terkini.

“Dividen TH kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas, namun TH tidak melakukan demikian,” kata Mujahid. – 25 Januari, 2016.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:23 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 26-1-2016 09:17 AM
bwh tabung haji ni byk syt2 lain cthnya syt investment2, etc, etc, profit dpd syt2 ni semua akn diga ...

2014 bro. Yang 2015 xder ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 09:24 AM | Show all posts
Celkalehnat, hampir kesemua tunai aku simpan dalam TH....baru dok berangan nak tidur berbantal dan bertilamkan gumpalan duit bonus TH 2015....ayakkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau beruk mamak yg urus, mmg hncur la kena songlap semua duit smpai lunyai. Baik simpan celah pepet jah kalau cmni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:33 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 26-1-2016 09:17 AM
bwh tabung haji ni byk syt2 lain cthnya syt investment2, etc, etc, profit dpd syt2 ni semua akn diga ...

patut ko je jadi gabenor ganti zeti tu......zeti sure x nampak semua ni kan main bagi je letter ke TH
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:34 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 26-1-2016 09:17 AM
bwh tabung haji ni byk syt2 lain cthnya syt investment2, etc, etc, profit dpd syt2 ni semua akn diga ...

Kalaulah prestasi anak syarikat adalah baik, soalannya adakah duit pada anak syarikat boleh diambil utk kaber duit syarikat induk. bkn syarikat induk hanya akan dpt dividen sahaja? kalau diambil pun aku takut akan menyebabkan operasi anak syarikat terganggu. So aku assume prestasi kewangan yg dimaksudkan bknla akaun yg disatukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053816 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list