kool fm @ 101.3 la tu...huhu...mostly DJ dr HotFM...
baik layan Sinar FM je la...
http://www.hmetro.com.my/node/119358
Kuala Lumpur: Rangkaian Radio Media Prima Berhad melancarkan stesen radio keempatnya, Kool Fm dalam majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara di sini, hari ini. Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seelan Paul.
Kool fm yang akan mula beroperasi Khamis ini (3 Mac) bakal dibarisi enam penyampai baru. Siaran itu boleh didengar melalui frekuensi 101.3FM di Lembah Klang dan 90.2FM di Pulau Pinang bermula jam 6 pagi.
Mereka terdiri daripada penyanyi Haiza yang akan berpasangan dengan AG dalam segmen pagi bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi; Ezaq (8 malam hingga 12 tengah malam); Liza (10 pagi hingga 3 petang) serta Ikhwan dan Farid (3 petang hingga 7 malam).
Stesen radio ini akan memfokuskan kepada lagu-lagu era 1980-an, 1990-an dan terkini merangkumi lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia.
|