nota kaki- cerita ini di ceritakan oleh bapak aku. waktu ni bapak aku masih bujang. dan bapak berasal dari Sayong, Kuala Kangsor.
lewat 70an macam tu la cerita bapak aku. dia bukak cerita ni selepas kami semua pulih.
Sebab aku pernah bertanya. kenapa bapak cam rilek2 je time kakak kene ( cuma sekali je die KO. terbaring depan tv.
die cakap terkejut.org tua kan. hehe)
Dia cakap. dulu kampung dia penah ada org menuntut ilmu penanggal.orang minyak pun ada kejap.
tahun 2005 cam tu. dia cerita benda ni dekat aku. 3 hari dia cerita kat aku. dan dia akan bercerita di kedai kopi fames di
teluk intan. selalu bila aku balik. dia akan ajak g teluk intan. untuk pegi beli pasar.baja. dan lain. dan bila singgah di kedai
kopi tu. dia start cerita.. 3 hari berturut aku ikut bapak aku ke pekan.
saya mempersembahkan karya terbaru saya. hahahahahaha sengaja tulis macam ni. nak membiasakan diri untuk menulis buku.
( puiiii)
PENANGGAL ( kisah benar dari pengalaman sendiri)
Sayong merupakan kampung kecil yang terletak di persisiran sungai dan terkenal dengan pembuatan labu sayong ( hingga kini)
ketika itu. aku mengambil upah menggali tanah liat. untuk di bekal kan kepada pembuat labu. upahnya rm8
zaman itu rm8 boleh buat engkau kaya dan makan kenyang.
susah. susah untuk mencari tanah liat yang betul padu dan kurang air.
kadang pembuat labu agak cerewet tentang tanah2 liat ni.
nak yang hitam2. dan yang pejal.
jadinya.
kadang aku terpaksa masuk ke ceruk2 kampung dan kadang2 ke Ipoh menaiki bus
untuk ke bekas2 dan lombong bijih yang ada di sekitar ipoh ketika itu
ketika aku dan kawan2 aku
Junid , Mat Topo dan Linggam sering kali berjalan sama untuk ke Ipoh
kadang2 kami menghabis duit gaji ke panggung wayang Lido.
tonton cerita hindustan.
satu malam
selepas aku pulang dari Ipoh dengan menumpang lori bawak ayam.
aku turun di pekan Kuala. dan kebetulan. aku sudah menyuruh Linggam menunggu aku di bas stesen
Linggam ketika itu boleh di label anak orang kaya. bapaknya doktor. tetapi Linggam suka menjadi orang biasa.
malas hendak ke London untuk stady.
jadi nya Lnggam ada motosikal.
sampai di kampung. kira2 jam 10 malam
memang gelap.
elektrik ketika itu tiada di kampung
semua pakai lampu tanah.
malam itu sedang aku tidur.
kedengaran bunyi canang ( sejenis alat muzik dalam dikir barat ada, bunyi dia ala2 bunyi besi di ketuk tu)
sebab tu ada kata bidalan. bercakap takkan la nak pukul canang.
org kampung faham
bila dengar bunyi canang ni
selalu ada hal2 emergency. ( bapak cakap dulu penah sekali bunyi canang. ada rumah org terbakar. tertumpah mnyak tanah)
nenek dan org kampung yang lain. memng masing2 menyimpan canang di dalam rumah
senang kalau jadi apa2.
cepat aku bangun. terpisat. dan kelihatan bapak ( datuk penulis) sudah keluar memegang parang.
torchlite ada ketika itu. tapi nak dapatkan bateri payah.( susah jugak org dulu2 kan. huuuuu)
cepat mereka berkumpul di depan rumah Ketua Kampung , nama nya Tok Aziz , jadinya aku namakan dia sebagai ( TA )
TA ni bekas guru silat dan di percayai penah mengajo anak2 Sultan Perak silat dan mengaji.
Ilmu nya tinggi, dan banyak mitos dan cerita pasa TA ni.
time tu aku duduk di barisan belakang.
malas nak ke depan. nanti di marahi org2 tua
duduk di
TA berdiri.
aku tersengguk2 kepala ketika itu. mengantuk.
sebab tak lene dalam lori ayam , pemandunya india. memasang lagu India sepanjang perjalanan.hehheeh
siap menyanyi
"Encik2 semua. kampung kita ni di landa musibah. bla bla bla bla." kata TA
aku dengar tak dengar. mamai.
tetapi tiba tiba telinga aku menangkap sesuatu dari mulut TA
"...nampak nya. ada yang menuntut Ilmu Penanggal dekat kawasan kita ni..."
serta merta aku celik.!
ketika itu. aku tak tau Ilmu penanggal itu apa.
kalau terdengar bunyi orang mengilai2 tu.
pernah la jugak semasa kami di lombong mengambil tanah liat.tapi tak nampak banyangan atau kelibat.
aku segera mendongak kan kepala.
"hati hati semua. amalkn ayat suci QUran. dan jangan takut. mungkin benda itu hanya lalu di sini sahaja." ujar TA.
rupanya.
anak Lebai Leman, Ros.ternampak penanggal di hujung tingkap rumah.
kebetulan Ros ketika itu bunting pelamin
dan suaminya berkeja di Ipoh.
menjerit dan kata Lebai Leman. dia pun nampak benda itu
hanya kepala yang bergantung2 di awangan.
orang kampung ketika itu.bercakap2 mendengar penjelasan Lebai Leman.
"sudah. balik. aku terpaksa memanggil kamu semua malam ini.nanti esok pagi masing sudah tiada. ke tempat kerja,aku bagitau untuk korang berjaga2. mana tahu." pesan TA
kami balik.
dan malam itu. Kampung kami sunyi...tiada ada apa yang berlaku.
dan sejak hari itu.
untuk 2 bulan seterusnya.
seluruh kampung di dalam ketakutan................
AKAN BERSAMBUNG
*ini baru trailer je hehehe*
Last edited by theflash on 11-1-2013 09:40 AM
|