CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Amirah

Rita Rudaini Kelu, Anak Minta Daddy Baru Pandai Main Bola

[Copy link]
Post time 3-12-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 3-12-2018 02:54 PM
kemaruk sangat kan dia ni......... tapi hujung2 maratap meratib si edel juga akhirnya
pastu bebal ...

Dia kan kata dia jenis berterus terang. Masa jopun tu senyap je. Ada jugak karat setan ni pun menggalakkan. Tapi fake id. I ada baca dia kata sapa tak terima poligami akan terkeluar dari islam.

Sampai macam tu sekali dia psiko orang. Nasib jopun pun angkat kaki. Jopun tutup tepon. According to komen tak ingat kat mana dia dah serupo oghe tak betul tak dapat call jopun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 3-12-2018 06:16 PM
Damansara lain tu pentipu jah. Damansara sebenar benarnya damansara is area bukit damansara dama ...

Ibarat yg sorang ni lah...  Profile DAMANSARA okeh.....  Ye ke dia duduk damansara dulu?  Ke damansara damai jer???  Hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Rita Rudaini dedah sikap sebenar Aidil
20 JUN 2014

"Apa yang saya beritahu sebelum ini semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Kalau bukan dia yang cakap isterinya itu yang sekat aplikasi Whatssapp dan Wechat, mana mungkin saya boleh tahu dan berkata sedemikian.  Aplikasi Whatsapp itu disekat sebelum mereka berkahwin dan Wechat itu pula selepas berkahwin.

"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.

"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak.  Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain.  Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.

"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini.  Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.

"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan," jelas Rita.


Bersumpah

Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.

"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak.  Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.

"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya.  Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya.  Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya.  Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).

"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.  Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.  

"Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat.  Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya.  Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya," ujar Rita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersambung...

Sebab Tak Balas Mesej

Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.

"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.

"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak.  Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.

"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumah Filipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.

"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya.  Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam.  Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil.  Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya," ujarnya lagi.


Sikap Zarema

Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.

"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain.  Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.

"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.

"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan.  Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.

"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan," ujar Rita lagi.

Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.

"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya," kata Rita.

Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.

"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya.  Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri.  Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia," ungkap Rita lagi. - MH Online
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih canang kat wartawan.. mcm mana la edel x tutup mulut. Skrg ni hek pun takde. Huk pun takde. Edel senyap seribu bahasa. Silent killer kata rita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 09:32 PM
Bersambung...

Sebab Tak Balas Mesej

xboleh percaya semua yg dia ckap tu..

ada bai dan jemah sebut psl bluewave.. mgkin sana kot garit jmpa edel sblm edel kawin tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 09:36 PM
Gigih canang kat wartawan.. mcm mana la edel x tutup mulut. Skrg ni hek pun takde. Huk pun takde. Ed ...

Habih semua dia cerita.. Ni kira cerita realiti ke imaginasi...?  Sbb byk sgt bukti dia ni suka berfantasi.. Paling kelakar tu...  Edel nak uturn ke dia... Hahahahhahaa....  Fantasi sgt tu...  Pastu sekarang..  "kami x penah gaduh" haahahha another lies....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 3-12-2018 09:43 PM
xboleh percaya semua yg dia ckap tu..

ada bai dan jemah sebut psl bluewave.. mgkin sana kot ga ...

Tepek la sini convo bai n zz.. zz x approve lama da request
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungi mStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat.

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun.

Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online:

Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?

Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.

Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia  tak boleh SMS atau telefon saya terus?

Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.


Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak?

Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.

Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 09:53 PM
Tepek la sini convo bai n zz.. zz x approve lama da request

haha xpndai nak tepek gmbar..  mls nak blajar juga..  mcm ada yg tepek dah kat blkg2
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts

Sebagai ibu kepada ana-anaknya,  dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?

Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.

Kesal dengan tindakan Rita?

Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis.

Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.


Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.

Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja.


Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini?

Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik si zarema tak amik tindakan pun..dia bolayan kan ajer si rita ni. Kalau pompuan lain mau berbalas juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 10:02 PM
"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan

PETALING JAYA: Pemain bola sepak keb ...

ada bini mcm garit ni mmg bkin gila..  masa raya bila tu edel nak ambik anak bli baju raya.. tapi garit tipu kata dah balik kg..  sgkn dia masi d rumahnya..  garit mrh sbb edel nak bli baju raya tinggal seminggu dah nak raya dna garit suda pun buat persiapan x dpat tunggu edel katanya..  edel kata dia sibuk latihan.. tapi mn garit terima alasan tu..  mmg buat gila smpan bini gini..  kalau somi lagi bz..  apa slh bini p bli je xpyh nak mrajuk ke mrh..  tolernsi je la..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 10:05 PM
Sebagai ibu kepada ana-anaknya,  dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-ana ...

hahah p tag kat ig garit ni..  tgk apa pla kata karat..  tgk pula plot twist dr garit..  edel dah mgalah tu hak pnjgaan..  apa lagi garit mau..  nak ambik bw bermlm pun susa bnyak syarat..  asek nak kpla garit je kna ikut..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 3-12-2018 10:09 PM
ada bini mcm garit ni mmg bkin gila..  masa raya bila tu edel nak ambik anak bli baju raya.. tapi  ...

Kat sini nampak la aidil komited dgn keje. Bagus sebenarnya kan. Cuma kena faham la training penat kot.

Rasanya rita takkan pernah puas. Semua aidil buat semua salah. Kalau aidil tak salah pun akan konar jugak bg salah.

Sebab tu edel frust n give up. Baik tak yah buat apa2. Senyap je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 10:06 PM
Baik si zarema tak amik tindakan pun..dia bolayan kan ajer si rita ni. Kalau pompuan lain mau berbal ...

karat tu klu kna hadap ex mcm garit mgkin dah mlwan dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 3-12-2018 10:15 PM
Kat sini nampak la aidil komited dgn keje. Bagus sebenarnya kan. Cuma kena faham la training penat ...

garit ni smbah karat dan wartawan..  pnh juga edel kata knapa asek pnggil wartawan..  balik dr treneng pun dh tercongok wartawan tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
perembes replied at 3-12-2018 10:17 PM
garit ni smbah karat dan wartawan..  pnh juga edel kata knapa asek pnggil wartawan..  balik dr tre ...

Patut la wartawan baik dgn dia.. dia bg juicy news kat wartawan. Sejenis batak glamer ni. Semua nak tunjuk.

Rimas la si aidil tu. Dia nampak low profile.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bai ada buka seisi soal jawab kat igs dia... seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
jlocute replied at 3-12-2018 10:22 PM
Bai ada buka seisi soal jawab kat igs dia... seronok baca

Dah baca. Salute kat dia. Tenang n lapang dada je baca ayat2 dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.670507 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list