CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
Post time 9-8-2010 12:10 PM | Show all posts
Reply 388# Adilla


    jaga diri dan rajiin makan ubat ye....
cam ada aura istimewa ko dgn fatin...
sbb dia pun baru lepas baik deman panas ...
smlm baru kebah dan leh jalan2 dah...
lepas kuar hosp. khamis lepas tu ...jumaat dia deman dan sabtu makin panas...
runtin harian tu asyik berulang ke hosp. je la...
sib baik dah ok.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2010 10:23 PM | Show all posts
BAB 8

“Kau okey ke?” tanya Kelly sambil menghulurkan sepaket keropok lekor yang telah diletak kuah lada. Aku menyambutnya dan membuang pandang kearah laut yang sedang berhempas ombak. Kerepok lekor itu masih tidak ku jamah. Walau kuah ladanya sering ku hirup tanpa menghiraukan kepedasannya tetapi tidak kini. Aku hanya menekan-nekan menjadikan kerepok itu mengembang dan basah.

“Okey atau tidak terpaksa aku harungi jua Kelly.” Keluh ku sambil melepaskan nafas yang berat. Airmata yang bersisa segera aku bersihkan. Aku tidak mahu balik dengan muka yang sembab dan mata yang merah. Ini akan menimbulkan pertanyaan di fikiran mak dan abah.

“Aku pun tak tahu nak bagi pendapat apa pada kau. Tapi kalau kau nak merasa kebahagiaan untuk diri sendiri, kau teruskanlah.” Pinta Kelly dan ayat yang keluar dari mulutnya membuat aku memandangnya lama.

“Kau cakap senang Kelly. Aku yang menanggungnya. Aku yang berhadapan dengan mak aku hari-hari. Dalam rumah itu hanya aku, mak dan abah saja. Dari kecil itulah ruang aku membesar.” Luah ku sebak. Keropok lekor yang di tangan aku pandang tanpa rasa selera.

“Memanglah. Itu aku akui tetapi kau pun merana samakan. Kalau kau ikut kata mak kau hati merana. Tak ikut pun kau merana juga dan abang Zamrie ikut merana sama.” Kelly pula mengeluarkan pendapat.

“Tapi Kelly itu mak aku. Insan yang membesarkan aku. Insan yang menyuap makan dan minum aku masa kecil. Insan yang menjaga lena ku setiap malam. Tiada seekor nyamuk boleh menjamah tubuh ku. Insan yang menjaga segala kebaikan untuk aku membesar. Tanpa dia, aku tak ada disini bersama dengan kau.” Bentak aku. Memang aku akui, hati ini teringin untuk mencapai impian tetapi bila aku toleh kembali kebelakang aku bagaikan terpandang mak meratap pilu pada sebuah kekalahan.

“Orang tak tahu apa yang ada dalam hati aku ini. Siapa yang tak kasih pada lelaki macam abang Zamrie tu. Aku rasa bertuah ditemukan dengan abang Zamrie kerana dia menepati cirri-ciri yang aku hendak pada pembimbing ku disana. Kasih sayang dia, sikap ambil beratnya tidak pernah luak pada aku. Dari dulu hingga kini Kelly. Dari dulu!” Luah ku sambil mengesat airmata yang tiba-tiba menitis.  Memang tidak dinafikan sikapnya yang ditunjukkan itulah membuat aku terpaut. Bukan sekejap abang Zamrie mencuba mendekati hati ini malah hampir setahun jejaka itu berusaha untuk itu. Baru kini hati terbuka menerimanya setelah aku melihat kesungguhannya. Tetapi bila cinta baru memekar, badai pula melintasi kasih sayang kami.

“Susah aku hendak bagi pendapat pada kau lagi. Kalau aku suruh ikut Zamrie, mak kau macam mana pula. Dan kalau kau ikut kata mak kau, Zamrie pula merana. Aku pun sama-sama buntu.” Keluh Kelly. Aku rasa bersalah melihat wajahnya yang turut muram dalam membincangkan masalah ini.

“Aku minta maaf kerana masalah ini kau terjebak sama. Aku sekarang berada dipersimpangan. Ibarat ditelan mati mak dan diluah mati kekasih.” Rintih ku.

“Kitakan kawan maa!, tak jadi hal. Kalau susah sangat, kau minta pada Tuhan kau tunjukkan jalan.”  Nasihat Kelly pada ku. Pandangannya telus pada aku yang sedang gundah gulana ini.

“YA ALLAH, kenapa aku boleh terlupa ni. Ampunkan aku YA ALLAH. Lalainya diri ini. Orang lain dan bangsa lain pula yang mengingatkan aku.” Bisik ku sendiri. Diri terasa malu dengan Kelly dan lebih-lebih lagi Si Pencipta. Astaqfullahhilhazim!!!

“Terima kasih Kelly.” Aku menggenggam tangan Kelly kejap. Akan Ku serahkan diri ini pada si DIA kerana DIA lah yang lebih mengetahui dan DIA yang mengaturkan takdir ku selama ini.

“Aku nak tanya ni?.” Tanya Kelly.

“Tanya apa?” jawab ku tanpa memandang Kelly. Hati terasa lega sedikit. Tatapan mata ku kini adalah sudut-sudut kenangan yang aku dan abang Zamrie tinggalkan pada setiap pertemuan kami disini. Gambaran satu persatu ditontonkan di mata ini dan membuat aku tersenyum. Cara lelaki itu berbicara. Cara lelaki itu bersenda. Cara lelaki itu menatap jiwa ku. Cara lelaki itu membelai kasih ku. Semuanya berlari dan melambai di hati ini.

“Hah! Ni tersenyum bagai orang gila kenapa? Atau kawan aku ni dah mereng otaknya.” Usik Kelly. Tentu amoi ini hairan dengan tingkah aku yang tenggelam dalam dunia sendiri.

“Sedap je mulut kau cakap aku begitu kan. Aku okeylah, cuma terkenang pada abang Zamrie. Tadi kau nak tanya apa?” terang ku.

“Nasib baik kau okey. Ni aku nak tanya bagaimana rancangan nak kerja di Penang tu?” Kelly mengalih topik perbincangan kami. Mungkin perempuan ini tidak mahu aku terus bersedih. Melihat aku tersenyum tadi sempat amoi ini menarik nafas lega.

“Kenapa pula?” aku pula bertanya.

“Mak aku dah benarkan aku pergi. Tetapi kalau boleh dia suruh ajak kau kalau betul nak kerja disana. Kalau tidak aku pergi sendiri. Aku tak boleh tunggu kau sebab poket aku ni dah hampir kering.” Luah Kelly. Aku akui yang hidup aku dan Kelly hampir sama saja.

“Jadi?” tanya ku pelik.

“Aku akan berangkat cukup bulan ni. Jadi kalau kau nak ikut dipersilakan.” Perlawa Kelly. Aku hanya mengeluh. Entahlah, fikiran aku seakan beku tak dapat nak membuat keputusan buat masa sekarang.

“Nantilah aku fikirkan.” Keluh ku. Ombak yang berlari-lari menghempas pantai menjadi santapan mata ini. Leka dan tenggelam dalam dunianya. Tidak mengendahkan apa orang kata dan apa pandangan orang pada ombak dan pantai ini.

“Kalau kau rasa nak pergi, kau cakaplah je lah. Si apek tu dah standby tempat untuk kau. Jadi bila-bila masa je kau boleh join kami.” Terang Kelly sambil menghadiahkan senyuman ikhlas pada ku. Aku membalas lantas mengalihkan pandangan ke tengah lautan.

“Sebagai apa?” tanya pendek. Ada sedikit rasa ingin mengetahui tentang apa yang telah dirancangkan oleh Ah Fai untuk kami berdua.

“Tea Lady.” Selamba Kelly menjawab. Otak menjana kuasa sekejap. Takkanlah si apek tu sanggup membiarkan aku menjadi pembuat teh saja sedangkan aku punya sijil yang boleh juga dibanggakan. Walaupun tak sepopular tetapi cukup-cukup makanlah.

“Oii! Kau main-mainkan aku kan.” bentak ku setelah menyedari Kelly sengaja bergurau.

“Hahaha!” anak dara ini terus ketawa. Tangan ku pantas mencubit lengannya.

“Sakitlah!” akhirnya berhenti ketawanya bila terasa apa yang aku buat tadi.

“Tu lah! Padan muka. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Rajuk aku.

“Alah sayang…alah bucuk, merajuk ke? Aku guraulah.” Pujuk Kelly sambil mengosok-gosok bahu ku berulang kali. Aku jegilkan mata dan menjarakkan diri. Terasa geli geleman pula.

“Kepala kau krek ke?” tanya ku.

“Apa krek-krek, masih ok lagi.” Kelly pula mengetus geram dengan gurau ku.

“Iyelah, gatal semacam je.” Luah ku terus terang. Cara Kelly mengosok ku membuat aku terkenang cerita pondan malam tadi. Pondan yang lembut sekali.

“Hello! Cakap biar betul sikit ek. Ingat aku ni apa. Sorry iyer. Aku tulen tau.” Marah Kelly.

“Hahaha!” kali ini aku pula ketawa dan ketawa melihat muka Kelly yang sudah bertukar warna. Amoi yang putih gebu dan bertukar warna coklat. Tiba-tiba Kelly merenung ku lama.

“Nape?” tanya ku hairan. Renungannya bagaikan ada maksud yang hendak disampaikan.

“Aku suka kau gelak camni. Dah seminggu aku tak dengar suara gelak kau. Kalau kau sedih aku pun sedih sama tau.” Luah Kelly jujur. Aku terkedu.

“Entahlah, aku pun tak tahu mana perginya rasa gembira tu.” Terang ku pula.

“Dahlah, jangan fikirkan sangat. Semua akan okey nanti.” Pujuk Kelly sambil menepuk bahu ku berulang kali.

“Errmmm…” hanya itu saja jawapan ku.

“Si Fai dah letakkan kau under dia kalau kau jadi kesana. Dia akan ajar kau tentang tender, projek dan clients.” Kelly bersungguh-sungguh menerangkan segalanya.

“Ohh! Okey.  Habis kau.?” Pantas aku bersuara.

“Aku??..mestilah jadi bos besar.” Jawab Kelly sedikit angkuh. Berlagaknya amoi ni.

“Perasannya diaaa!!!” dengan menyampah aku menjeling tajam.

“Hahaha.” Gelak jahat Kelly kedengaran.

“Sukalah tu.” Getus ku geram. Dengan muka amoi itu yang bergelak sakat menambahkan lagi rasa geram ku.

“Aku memang suka nak mengembirakan kau.” Ejek Kelly.

“Terima kasih amoi.” Ucap ku sambil bangun menyapu pasir yang melekat kat punggung.

“Jom balik. Dah lama sangat ni. Nanti mak aku risau.” Ajak ku. Kelly turut bangun dan mengambil kunci keretanya yang terletak di tunggul kayu mati.

“Takkan merajuk kot. Tak rocklah camni.” Kelly masih mengusik.

“Apa rock-rock. Tengok jam dah pukul berapa. Aku belum asar lagi ni.” Terang ku sambil mengambil plastic keropok lekor yang ku letakkan ditepi tadi. Ku tarik satu batang kerepok yang telah kembang itu lantas menyuap kedalam mulut ku yang telah ku buka.

“Errmmm….sedapnya.” aku memejam mata sambil menikmati keasyikan dan kesedapan keropok tersebut. Kelly hanya memandang dan sempat ku lihat leher amoi itu menelan air liurnya

“Hahaha!” gelak gempita aku akhinya bila melihat telatahnya. Kelly yang menyedari aku mentertawakannya terus menepuk bahu ku berulang kali. Ketawa ku pecah lagi dan akhirnya gelak kami bersatu. Ku tinggalkan rasa kecewa itu buat seketika dan aku akan kembali menghadapinya setelah aku menyerah pada Si Pencipta.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 11:56 PM | Show all posts
salam Sya,
selamat berpuasa & bersahur..
kasihan mereka..
harap2 keputusan mereka menggembirakan
semua pihak, tapi macam sukar saja jalannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 08:48 AM | Show all posts
salam Sya,
selamat berpuasa & bersahur..
kasihan mereka..
harap2 keputusan mereka menggembirakan
...
cmf_azure Post at 11-8-2010 23:56



   wsalam azure, selamat berpuasa jg utk mu. memang kasihan tetapi apakan daya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:49 AM | Show all posts
akhirnya ada n3 dr sya....
nak lg boleh????
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:07 AM | Show all posts
mekasih akak 4 d n3.... mcm mana agaknya kisah cinta diaorg ni... byk sungguh dugaan..harap2 bahagia di hujungnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2010 11:56 AM | Show all posts
tq u kak....hehehe..tp rin nak lagi boleh hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 02:20 PM | Show all posts
thank sya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2010 03:10 PM | Show all posts
BAB 9

Malam itu aku termenung sendiri mengenangkan nasib yang menimpa diri. Selesai makan malam tadi, aku membawa diri kedalam bilik. Terasa diri terasing di rumah sendiri. Tiada senda gurau dan senyuman dari bibir mak. Segalanya makin hilang ditelan kepayahan pada sebuah kenangan. Dimana letak kebahagiaan yang ku impikan. Abah pula dalam dilemanya sendiri. Dikanan kekasih hati yang sehidup semati dan dikiri pula bunga cintanya hasil kasih sayang antara dia dan kekasih hatinya. Aku tahu abah tidak betah dalam situasi begini. Walau kami bertiga sahaja dalam rumah ini tetapi kebahagiaan sentiasa menjengah diri. Gelak tawa dan gurauan sentiasa memenuhi ruang-ruang rumah yang diibaratkan syurga.

“Ya ALLAH! Aku serah diri ini pada MU untuk menilai dan memutuskan apa langkah ku seterusnya.  Diri yang kerdil ini tidak bisa menidakkan kehadiran ibu ku yang telah banyak berkorban untuk ku. Hati ini pula tidak dapat melupakan insan yang cuba berkongsi kehidupan masa depan dengan ku. Andai lelaki itu tuan empunya tulang rusuk ini, aku berharap biarlah tidak waktu ini. Aku tidak mahu hati kedua orang tua ku terguris dan terluka. Dan andai kata sebaliknya, aku redha untuk melepaskan insan yang aku cintai selepas MU.”

“Ya ALLAH Ya Tuhan ku. Aku mohon pada mu kuatkan semangat ini untuk berhadapan dengan dugaan ini. Tabahkan hati kedua ibu bapa ku ketika ini. Berilah kesihatan yang baik pada mereka berdua. Pulihkan kembali kasih sayang kami seperti dahulu. Isilah keceriaan dalam rumah ini kembali. Aku rindu dengan suasana kasih sayang itu. Aku mohon Ya ALLAH. Kembalikan ibu bapa ku dalam dakapan ini. Aku mohon sungguh-sungguh YA ALLAH. Penuhilah permintaan ku ini YA ALLAH.”

Telekung yang putih bersih basah dengan air mata. Deras mengalir dan deras juga bibir ku memohon pada yang Esa. Aku kalah dalam belenggu kekesalan. Kasih sayang mak dan abah membuat aku pasrah akan segalanya. Biarlah aku beralah dari hilang kasih sayang yang sejati. Biarlah aku kalah ketika ini. Mungkin ada nikmat disebalik airmata ini.

Abang Zamrie, maafkan Min kerana terpaksa mengambil keputusan yang tidak menyebelahi diri abang. Apakan daya Min, segalanya telah tersurat. Kasih sayang mak dan abah tetap teguh sepanjang jalan dan kasih sayang abang mungkin tidak kesampaian selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 03:16 PM | Show all posts
huhuhu
kesian min
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 03:23 PM | Show all posts
kesian Min
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 03:28 PM | Show all posts
kesian min...
cinta x kesampaian...
ada hikmah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:38 PM | Show all posts
akhirnya...
thanks kak sya..


siannye min... moga2 dia tabah menghadapi dugaan yg diharungi,,,
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:53 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:54 AM | Show all posts
da ada n3 pn
thanks sya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:54 AM | Show all posts
tggal jejak dlu
jap g d bca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 09:33 AM | Show all posts


hari ni ade n3 ke sya ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 09:40 AM | Show all posts
morning semua.... cian min harap bersabar mgkn ada hikmah di sebaliknya untuk org2 yg bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 09:27 AM | Show all posts
salam n morning sumezz
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 09:55 AM | Show all posts
cinta x kesampaian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066172 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list