CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ilahkhatibrani

Kisah Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani-VI-

  [Copy link]
Post time 23-8-2010 02:03 PM | Show all posts
ala jgn camgitew..best chalet nie..lagi2 ada panel cermin kat lantai bilik tidur.dan bilik ...
ilahkhatibrani Post at 23-8-2010 11:22



    risau kalau dok tenung air tu tetiba nampak orang tgh nyelam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2010 02:05 PM | Show all posts
dua ketul jer lah...erk ilah wat dua ekor ker..he..he....salah taip tu
ilahkhatibrani Post at 23-8-2010 12:38



    hehehe.. yang atas ilah taip 2 ekor.. bawah 2 ktul.. kalau 2 ekor memang terer la.. hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:17 PM | Show all posts
hehehe.. yang atas ilah taip 2 ekor.. bawah 2 ktul.. kalau 2 ekor memang terer la.. hahaha ...
dinosour_27 Post at 23-8-2010 14:05



    ilah dah betulkan dua ketul instead of dua ekor...terima kasih yek dino....

mana leh abis kalau dua ekor ayam..kalau burung puyuh dua ekor ..haaa tang tu boleh kot..he..hee..lagi kalau goreng tepung bercili sos plum dan tiram
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:24 PM | Show all posts
ilah dah betulkan dua ketul instead of dua ekor...terima kasih yek dino....

mana leh ab ...
ilahkhatibrani Post at 23-8-2010 14:17



    hehehe.. sama2.. ye la dino plik la gak.. sampai 2 ekor.. jin ape yang makan.. hehee.. dino pun selalu kene macamtu.. kene sembunyik barang.. tapi selalunye dino ni mulut macam haram sket.. maki jer.. bodo la bangang la.. then nanti jumpe balik.. tak tau la dia dengar ke or memang sendiri yang letak merata..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:27 PM | Show all posts
aik ilah....ada lagi ke bulan ramadhan ni? dia tak kene ikat ke?

patutla smlm...kitaorg lalu jala ...
zaramarissa09 Post at 23-8-2010 13:47



    dear..

kena faham betul2...

Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.
...

kalau dear faham maksud hadith diatas...dear dpt jawapannya....fahami betul2...errmm ilah tak pandai nak berhujah..tak pandai..cuma mampu tepekkan hadith nie untuk penerangan selanjutnya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:30 PM | Show all posts
Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan Syaitan itu ‘diikat’ dalam bulan Ramadhan? Apakah benar Syaitan itu tidak muncul dan berkeliaran pada bulan Ramadhan?
Sebelum membentangkan pula penjelasan mengenai perkara ini, perlu saya tegaskan bahawa tidak semua Syaitan yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadis itu membawa maksud Syaitan (seperti Iblis dari keturunan Jinn). Syaitan pada dasar pengetahuan umum, pastinya digambarkan sebagai makhluk Allah yang dilaknat olehNya yang berwajah hodoh dan busuk serta kerjanya hanya mengganggu hamba-hamba Allah yang lain supaya lalai dari patuh kepada perintah Allah s.w.t. Sebenarnya tidak semua yang disebut Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih yang menyebut syaitan menggambarkan syaitan dalam bentuk ini. Saya akan kemukakan beberapa contoh sebagai kefahaman bagi kita untuk memahami apa maksud sebenarnya cuba disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya berkaitan syaitan ini. Yang pertama ialah sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan kepada semua muslimin dan muslimat membaca doa sebelum memasuki tandas. Maksud doa tersebut adalah seperti di bawah :


Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan
jantan dan betina.


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam beberapa hadisnya bahawa antara tempat tinggal syaitan dari kalangan Jinn ini termasuklah tempat pembuangan sampah, lautan luas, di atas air, dalam hutan, bukit bukau, gunung ganang dan termasuk juga dalam tempat-tempat pembuangan najis terutamanya tandas. Hadis di atas bukan sahaja membawa maksud berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memelihara kita dari gangguan Syaitan yang ada dalam tandas tersebut, malahan ianya turut membawa maksud memohon kepada Allah daripada serangan penyakit yang diakibatkan dari pathogen-pathogen (bakteria-bakteria jahat) yang banyak terdapat didalam tandas tersebut. Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau kuman-kuman penyebab penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Maka melalui hadis ini, kita mengetahui bahawa secara tidak langsung, yang dimaksudkan syaitan itu ialah syaitan dari kalangan Jinn dan juga ‘syaitan’ dalam bentuk kemudaratan penyakit akibat jangkitan pathogen-pathogen yang banyak terdapat di dalam tandas.


Hadis berikut pula menunjukkan bahawa Syaitan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. bukanlah syaitan dari kalangan Jinn yang dimaksudkan.

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tutuplah bejanamu, tutup tempayan, kunci pintu dan padamkan lampu (ketika hendak tidur), kerana syaitan tidak pandai membuka tutup tempayan, dan tidak pandai membuka pintu, dan idak pandai membuka tutup bejana. Jika kamu tidak mempunyai penutup segalanya, bolehlah bentangkan sepotong kayu sambil menyebut nama Allah. Lakukanlah dmikian, kerana si penjahat kecil (tikus dan sebagainya) dapat menyalakan api sehingga membakar rumah mereka.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. dengan syaitan melalui hadis di atas ialah penyakit yang membawa kemudaratan. Ini kerana Allah s.w.t. telah pun berfirman dalam Al-Qur’an bahawa Jinn terutamanya dari kalangan Ifrit mempunyai kekuatan luar biasa sehinggakan dapat memindahkan singgahsana Putri Balqis dari negeri Saba’ ke Palestin dalam masa yang sangat singkat. Dalam Al-Qur’an juga telah Allah s.w.t. jelaskan kepada kita bahawa Jinn-Jinn ini mempunyai kemahiran bertukang dan mampu melakukan berbagai-bagai kerja lagi. Petikan ayat-ayat Al-Qur’an ini telah pun dimuatkan dalam bahagian satu artikel ini. Maka disini, sangat jelas bagi kita bahawa, Syaitan dalam hadis tersebut merupakan penyakit-penyakit atau kuman-kuman yang memudaratkan kesihatan. Sangat mustahil untuk mengaitkan syaitan dalam hadis tersebut dengan syaitan dari golongan Jinn kerana ianya bertentangan dengan apa yang Allah s.w.t. jelaskan dalam Al-Qur’an. Penutup-penutup bejana, tampayan dan pintu itu bukanlah halangan bagi syaitan dari kalangan Jinn untuk mengalihkannya. Yang tidak mampu mengalihkannya ialah ‘syaitan’ dari kalangan pathogen-pathogen (bakteria-bakteria jahat) yang memudaratkan. Bagi membuktikan hujah saya ini, saya kemukan satu lagi hadis yang menjelaskan perkara yang serupa.


Dari Jabir r.a. katanya dia terdengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tutuplah bejana, tutup tempayan kerana pada suatu malam dalam setahun penyakit menular berjangkit. Setiap bejana atau tempayan yang dilewatinya tidak tertutup, nescaya bibit penyakit itu akan hinggap ke dalam bejana itu,"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sangat jelas di sini bahawa syaitan yang disebut dalam hadis yang awal tersebut itu ialah panyakit-penyakit bawaan bakteria jahat yang memudaratkan manusia dan bukanlah syaitan dari kalangan Jinn. Jadi secara tidak langsung kita juga mengetahui bahawa perkataan syaitan itu juga membawa maksud segala apa yang membawa akibat buruk, jahat, celaka, penyakit, kepayahan dan kemudaratan.

Berkenaan perihal syaitan yang dikatakan ‘diikat’ dalam bulan Ramadhan setiap tahun, apakah benar yang dimaksudkan syaitan itu ialah syaitan dalam bentuk makhluk halus yang dilaknat Allah sebagaimana tanggapan ramai umat Islam diseluruh dunia? Tanggapan ini bermula dari silap fahaman terhadap beberapa hadis Rasulullah s.a.w. dalam kategori sahih yang yang ditafsirkan dengan pendekatan literasi. Berikut hadis-hadis dari Rasulullah s.a.w. yang menyatakan pada setiap Ramadhan syaitan akan ‘diikat’.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bila bulan ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu syurga, dikunci pintu neraka, dan dibelengu semua syaitan,"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila Ramadhan telah datang, maka dibukakan pintu rahmat, dikunci neraka Jahannam, dirantai semua syaitan,"
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis tersebut ialah keupayaan nafsu Jinn dan manusia untuk mencetuskan keinginan melakukan perkara-perkara terlarang dan tidak disukai Allah akan dapat dikawal (diikat) serta dilemahkan dengan berpuasa dibulan Ramadhan. Ini kerana demi menjaga pahala puasanya supaya tidak dikurangkan, maka setiap Jinn dan manusia yang berpuasa akan memastikan setiap perkara yang boleh membatalkan serta merosakkan puasanya dijauhi sedapat mungkin. Disamping itu dengan berpuasa juga nafsu dilemahkan dengan perut yang kosong serta akal yang dicerdaskan. Percayalah.. ketika berpuasa dan perut kosonglah akal manusia berada dalam keupayaan paling optimum dan cerdas. Hanya terdapat satu cara sahaja untuk meningkatkan keupayaan akal dan otak, iaitu dengan banyak berpuasa dan zikrullah. Cubalah... terutamanya kepada student seperti saudara Syafwan dan kawan-kawan di Jerman sana. Perut yang kenyang hanya mengundang kemalasan dan kelembaban otak sehingga meningkatkan keupayaan nafsu. Bila keupayaan nafsu sudah mengatasi akal yang semakin lembab disebabkan kekenyangan, maka dorongan untuk melakukan pekara yang dibenci dan diharamkan Allah s.w.t. akan semakin memuncak. Ini kerana punca kekuatan nafsu itu tadi tidak ‘diikat’ dan dibiarkan saja kekuatannya bertambah dari masa ke semasa. Dengan berpuasa, ianya tidak secara langsung membelengu dan mengikat keupayaan nafsu untuk melakukan kejahatan dan perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Dari ’Abdullah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai, para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi,"
(Hadis Riwayat Muslim)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-8-2010 02:30 PM | Show all posts
Jelas sekali hadis ini membuktikan bahawa puasa itu dapat mengikat dan membelengu nafsu berahi untuk melakukan dosa. Untuk memberikan kejelasan supaya kita meyakini bahawa yang dimaksudkan dengan ‘syaitan yang diikat’ dalam bulan Ramadhan itu bukanlah syaitan atau Iblis dari kalangan Jinn, saya bentangkan sebuah firman Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an:

Al An'aam ayat 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Allah s.w.t. dengan jelas menunjukkan dan menyatakan kepada kita bahawa syaitan ini bukan sahaja terdiri dari kalangan pengikut Iblis dari kalangan Jinn, tetapi juga dari kalangan manusia. Manusia juga sebahagiannya merupakan angkatan-angkatan tentera bagi syaitan yang sentiasa cuba menjauhkan serta menyusahkan mukminin dan mukminat untuk beribadat serta menjalani kehidupan yang diredhai Allah s.w.t. Sekiranya semua syaitan dibelengu dan diikat sebagaimana dakwaan majoriti Muslim yang memberikan tafsiran kelabu terhadap hadis Syaitan di bulan Ramadhan tadi, maka kenapa pula si George Bush masih boleh bergelak ketawa semasa tentera pengganasnya menyerang negara-negara Islam semasa bulan Ramadhan? Begitu juga dengan Salman Ruhdie dan Hirsi Ali yang terus bebas menghina Allah dan Islam sepanjang tahun dalam kehidupan mereka dan mereka juga tidak diikat dalam bulan ramadhan? Kenapa pula si Benjamin Stephen itu masih bebas menghina agama Islam tanpa dibelengu? Bukankah mereka ini juga merupakan syaitan-syaitan yang Allah s.w.t. maksudkan dalam surah Al An’aam 112 tadi? Kenapakah pula si pembunuh Nurin itu masih bebas dalam bulan Ramadhan sekiranya semua syaitan dibelengu? Jika syaitan terbelengu mengikut tafsiran kelabu tadi, mengapa pula pada Ramadhan yang baru berakhir ini, ramai remaja ditahan oleh pihak polis dan jabatan agama kerana tidak berpuasa dan melakukan maksiat dan jenayah? Tak percaya..pergilah ke balai dan rujuk statistik mereka. Saya dan isteri yang berurusan dengan balai polis semasa Ramadhan lepas, melihat dengan mata kepala saya sendiri ramai orang masuk keluar lokap dengan tangan yang bergari kerana jenayah yang dilakukan mereka. Majoritinya melayu Islam. Terdapat juga pasangan yang ditangkap berkhalwat yang ditahan di balai tersebut semasa saya menunggu untuk berurusan dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil. Jadi apakah yang menghasut mereka sekiranya syaitan itu semuanya terbelengu jika menurut tafsiran kelabu terhadap hadis tersebut. Sangat jelas bahawa yang dimaksudkan oleh hadis itu tadi ialah keupayaan nafsu Jinn dan manusia untuk mencetuskan keinginan melakukan perkara-perkara terlarang dan tidak disukai Allah akan dapat dikawal (diikat) serta dilemahkan (dibelengu) dengan berpuasa dibulan Ramadhan. Bagi yang tak berpuasa, syaitannya dan nafsunya tetap berkuasa penuh ke atas dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:31 PM | Show all posts
credit to BLOG SATUHALA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply 400# ketotmerah


salam merah..

sama2 merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply 399# hex4geno


    salam hex4geno..
terima kasih ^-^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2010 02:40 PM | Show all posts
err ilah tak habis baca pun kat blog tu..kepala pening lah..time nie..err sajer tepek tuk kekawan yg kerap bertanya pasai naper jumpa makhluk halus dibulan ramadhan....ilah tak panai explain ..biar yg bijak pandai jer yg explain ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:57 PM | Show all posts
Reply 411# ilahkhatibrani


    Terima kasih ilah ... mmg ramai yg bertanya pasal istilah 'jin/syaitan kena ikat '..mula2 start bulan puasa mmg peberet pertanyya standard dari budak2 psl ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 02:58 PM | Show all posts
thx ilah.citer yg best n info yg berguna.
slamat berpuasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply  ilahkhatibrani


    Terima kasih ilah ... mmg ramai yg bertanya pasal istilah 'jin/syait ...
ea208964 Post at 23-8-2010 14:57



    org besar cm kita pon ramai tanya jugak..tu la kena slalu p dengar ceramah ugama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply 414# mrs_smith


    org besar senang boleh cari sendri ..untuk budak2 nak kena explain betul2 tapi jgn mengkonpiuskan ..lama2 soklan dorang akan mmerangkap kita sednri klu pandai2 reka jawapan setakat nak habiskan conversation tersebut .. ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2010 04:20 PM | Show all posts
welcome2... bebaloi menanti cita baru2... huhuhuu menanti dgn jiwa tenang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 11:14 AM | Show all posts
SALAM...

naga tak penah ilang apa2 lagi kat hotel...
kat umah mayb ada ilang......
paling latest ilang remote kipas....

pagi td mimpi antuuu.....
dari dalam mimpi baca kursi same tersedar hati masih baca kursi...
seram sejukkk jek terjaga tu....
xnampak rupa hantunya...
dalam mimpi dia masuk bawah paper yg naga duduk....
macam angin kuat selak paper....
tersedar tu sebab rasa macam kain selimut terselak...
abis baca kursi..... tgk kain selimut tak terselak pon...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 11:25 AM | Show all posts
SALAM ILAH....soklan SM ada kat page 14.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2010 12:33 PM | Show all posts
salam sumer....selamat pagi....




    yg kakak2 ipar SM amik pun kat pakcik jiran kat kg...jg ...
suatumasa Post at 16-8-2010 08:59



   Salam SM..

ilah tidak boleh menentukan sama ada minyak tersebut ada khadam atau tidak ilah tidak tahu.....sebab nya ilah tak pandai scan..tidak kiralah scan jarak jauh atau sebagainya...sebab ilah bukan perawat..dear..

mengenai ayat pengasih pula.....terdapat banyak..dan salah satu drpdnya adalah yg disebut oleh SM....yang nie pula kalau tak pandai buat dan hanya pandai baca sesuka hati...kemungkinan akan datang khadam ....khadam ini akan jadikan bacaan ini sebagai makanannya... dan kelama-lamaan menjadi saka..


Sm...ilah tak galakkan sm mengamalkan wirid2 dan zikir sebegini...kalau nak juga amalkan cukuplah satu sahaja...dan boleh ditambah dengan zikir asas....tetapi kalau nak juga..pergilah belajar dengan berguru..sebab zikir sebegini bukan sewenangnya diamalkan....sebab ada isi..

nanti ada yg "datang" tanpa diundang..dan "tinggal" bersama tanpa disedari.

seperti ilah pernah nyatakan terdahulu,..zikir sebegini eloklah belajar dan menuntut dengan tok guru atau syeikh yg banyak ilmunya...ilah tak layak dear...

ilah bukan syeikh ,tok Guru atau alim ulama untuk berhujah lebih khusus mengenai zikir sebegini..sebab ilah pun masih belajar...dan ilah juga perlukan tunjur ajar daripada kengkawan ..mana yg salah tolong tunjukkan...

minta maaf bebanyak sebab tak dapat memberikan penjelasan yg jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 12:57 PM | Show all posts
adeeeehhh...
semput nk abs kan thread ni..
xpa2..sikit la...
upp jie up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049525 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list