CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 27-12-2012 02:27 PM | Show all posts
kang terserempak lak ngan SHAZ lak camne tue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2012 09:18 AM | Show all posts
misssakura posted on 27-12-2012 12:52 PM
wah momod kne kasi k.ana kredit nih... 90 percent btol speku dia... tp sayangnya sakura blom lagi  ...

wakaka akhirnya permintaan ana agar ada cinta bersegi2 akan diadakan
banyak gak yg perlu dimasukkan and i know u really can do it, what sementara nie buat ajelah scene pasal aliff dan farah then pe kata wat farah antar MMS kat shaz untuk wat shaz sakit hati gak, wah bestnya banyak konflik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 10:06 AM | Show all posts
Takde lg ke sambungan cite ni TT????
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 11:01 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 31-12-2012 10:06 AM
Takde lg ke sambungan cite ni TT????

xde keeee....huhuhuhu...smbg la sikit lagiiii...buat penawar rindu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 11:04 AM | Show all posts
betul tu.....rindu sangat2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 01:31 PM | Show all posts
fatehana posted on 28-12-2012 09:18 AM
wakaka akhirnya permintaan ana agar ada cinta bersegi2 akan diadakan
banyak gak yg perlu d ...

tak suke konplik banyak2,,, sbb me bace ngan penuh perasaan.. merana taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2012 05:42 PM | Show all posts
cagOO posted on 31-12-2012 01:31 PM
tak suke konplik banyak2,,, sbb me bace ngan penuh perasaan.. merana taw

mohtippppp baca penuh perasaanalah kena banyak konpik maka akan terasa semua perasa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 06:15 PM | Show all posts
fatehana posted on 31-12-2012 05:42 PM
mohtippppp baca penuh perasaanalah kena banyak konpik maka akan terasa semua perasa

tak bolehhh,,, nanti xpepasal jadi moody ... cehh, fefeling diri ni jadi watak cerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2013 02:00 PM | Show all posts
sory sume lmbt hapdet... okey sakura sambung sikit lagi...

p/s: selamat menyambut tahun 2013 semoga tahun ini lebih baik dari thun2 lepas Last edited by misssakura on 1-1-2013 02:01 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2013 02:03 PM | Show all posts
Mata mereka saling bertentang antara satu sama lain... Aliff menanti butir bicara dari Farah. Dia tahu ada perkara penting yang gadis ini mahu sampaikan padanya. Mereka kini sedang melepak di restoren makanan segera Pizza Hut. Pesanan telah dibuat dan mereka sedang menanti hidangan yang dipesan tiba sahaja.

“so...apa yang penting sangat awak nak beritahu saya?” soal Aliff seterusnya mengungkit janji Farah yang mahu memberitahunya tentang sesuatu perkara. Farah menarik nafas dalam sebelum melontarkan segala kata-kata. Untuk kali terakhir dia mahu berusaha demi mendapatkan cinta dari hati Aliff. Dan sekiranya masih gagal, dia akan pasrah. Betul-betul berputus asa. Bukan tidak pernah diusahakan. Dah macam-macam dibuat. Malah kawan baik sendiri pernah menjadi korban demi merebut hati kekasih tercinta.

“awak...........” kata-kata dari Farah terhenti. Sekali lagi nafas di tarik. Oksigen berpusu-pusu masuk ke lubang hidungnya lalu meresap ke saluran darah. Sedikit ketenangan dan keyakinan mula bertapak dihati.

“betul ke awak akan bertunang dengan Shaz bulan 12 ni?” sambung Farah. Ada getar dalam bicaranya. Rasa sebak mula menguasai jiwa. Dia tidak sanggup untuk melepaskan Aliff kepada orang lain. Cintanya terhadap Aliff terlalu kuat malah dia yakin perasaan cintanya lebih menebal berbanding cinta Shazrina. Dia lebih berhak memiliki Aliff bukan Shazrina! Aliff merenung wajah Farah dengan renungan simpati. Pasti Farah kecewa dengan berita pertunangannya. Tapi apa boleh buat,ini semua untuk dia, Farah dan emaknya. Dia sudah berikrar untuk melunaskan segala dendam kesumat.

“yup Farah... nanti datanglah.” Jemput Aliff masih dengan riak tenang. Dia tidak mahu Farah menghidu rencana yang sudah diatur elok didalam benaknya. Hatinya yakin Farah pasti tidak setuju dengan rancangan yang dah dibuat.

“Shaz mesti tak suka kalo saya datang.” Farah membalas lemah. Sedikit sebanyak masih cuba untuk memcucuk jarum buat kali terakhir. Untung-untung lelaki ini berubah fikiran. Manalah tahu kan!

“dia mesti tak kisah punya.. lagi pon awakkan kawan dia... kawan saya juga.” Pujuk Aliff lembut. Tersenyum kecil kearah Farah untuk mengubat jiwa sahabatnya yang jelas berduka cita.

“walau pun dah macam-macam Shaz lakukan terhadap awak dan saya, awak masih boleh terima dia Aliff? Awak dah lupa ke hinaan yang pernah dibuat oleh Shaz terhadap awak dan mak cik Aini? Awak tak nampak ke Shaz tu perangai dia macam mana? Sampai saya yang pernah jadi kawan baik dia pon boleh dilayan macam musuh? Kenapa awak masih sukakan dia, masih boleh terima dia Aliff?” panjang lebar Farah bertanya. Suaranya sudah serak menahan tangis. Sengaja mengungkit keburukan Shazrina yang diada-adakan selama ini. Mahu Aliff ingat semula perasaan benci dan menyampah jejaka itu terhadap Shazrina suatu ketika dahulu. Aliff mengeluh lemah. Pandangannya menyapa wajah Farah. Lama renungannya terhenti disitu. Farah tidak perlu tahu apa yang direncanakan, itu sahaja yang didalam benaknya  kini.

“mungkin itu dulu Farah... sekarang saya nampak dia dah banyak berubah. Lagi pon saya tak boleh halang hati saya dari mencintai dia dan saya yakin dia turut mencintai saya. Mungkin dah jodoh saya dengan dia.” tipu Aliff dengan gaya yang bersahaja. Langsung Farah tidak sedar yang dia berperang perasaan sendiri untuk mengakui mencintai wanita yang amat dibenci.

“awak kata dulu Aliff? Awak tak nampak ke layanan dia terhadap saya sekarang? Kenapa dia perlu layan saya macam musuh sedangkan saya dan dia sebelum ni kawan baik?dengan perangai dia sekarang tak mustahil apa yang dia pernah buat terhadap awak dulu akan diulang lagi akan datang. Lagi pon, awak yakin ke cinta Shaz akan ada untuk awak sekiranya awak tak berjaya seperti sekarang? Kalo awak masih hidup seperti 10 tahun lepas belum tentu Shaz akan sukakan awak.. dia hanya cintakan awak kerana status awak Aliff.. bukan kerana diri awak!! Trust me Aliff.”

“dah la tu Farah... semua benda dah lepas... dah berlalu. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Mungkin masa tu dia belum matang dalam berfikir dan sekarang saya yakin dia dah betul-betul berubah.......” pujuk Aliff namun dia sedar segala butir bicara Farah adalah benar. Kalau bukan kerana dia sudah ada kerjaya yang stabil pasti Shazrina tidak akan memandangnya. Masih mengungkit status keluarganya yang miskin dan memandang hina hanya kerana dia anak penagih dadah.

“awak betul-betul sayangkan dia ke Aliff? Awak langsung tak ada perasaan cinta buat saya ke? Takkan sepanjang 10 tahun persahabatan kita awak langsung tak pandang saya, tak selami hati saya. saya cintakan awak.. sangat-sangat cintakan awak.Tak ada perempuan lain atas dunia ni cintakan awak seperti saya termasuklah Shaz.. kenapa awak langsung tak pernah cuba untuk mencintai saya. kenapa mesti jugak awak pilih perempuan macam Shaz tu selepas apa yang dia dah buat terhadap awak...” rintih Farah. Air matanya tidak segan silu untuk meluncur membelah pipi. Biarlah untuk kali terakhir dia luahkan segala yang terbuku dihatinya. Aliff menghembus nafas lemah. Tidak tahu bagai mana mahu membalas segala persoalan Farah. Dia bencikan Shazrina namun dalam masa yang sama perasaan dia terhadap Farah hanyalah kawan. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Kalaulah Shazrina tidak wujud sekalipon jawapan yang sama tetap akan diberikan kepada Farah.

“saya betul-betul cintakan dia Farah. Walau apa pon yang dia dah buat saya masih sayangkan dia dan saya yakin dia boleh berubah. Maafkan saya sebab tak berjaya balas cinta awak. Kita lebih sesuai berkawan baik. awak lupakan saya dan cari lelaki yang lebih sesuai untuk awak..” jelas Aliff setelah diam sejenak memikirkan ayat yang terbaik untuk membalas kata-kata wanita dihadapannya. Farah lebih sesuai untuk lelaki lain. Bukan aku yang tak pernah mencintai dia dan aku juga bukanlah lelaki yang baik. Aku seorang yang pendendam!

“kita lupakan je lah tentang apa yang kita cakap tadi... saya tak nak hubungan kita jadi keruh kerana topik perasaan macam ni.. kita teruskan persahabatan macam biasa yer Farah.” sambung Aliff lagi. berharap Farah mengerti yang hubungan mereka sekadar kawan rapat lebih baik berbanding berkasih. Mereka patut menghargai hubungan yang ada ini. Farah sekadar diam membukam. Bukan kerana dia merajuk dengan Aliff tetapi cukup terluka dengan sikap jejaka itu. Sampai ke sudah Aliff tidak mahu menerima cinta sucinya. Mungkin masa untuk dia mengalah dalam merebut cinta Aliff sudah tiba. Dia sudah penat mengejar cinta dari orang yang tak pernah peduli tentang cinta tulus darinya. Cukuplah 10 tahun cinta untuk Aliff disimpan dan dijaga.. sudah sampai masanya perasaan ini dikuburkan.

Last edited by misssakura on 1-1-2013 02:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2013 02:26 PM | Show all posts
“assalamualaikum.....”sergah satu suara dibelakang Shazrina ketika gadis itu baru sahaja mahu memboloskan diri kedalam kereta Myvi miliknya. Shazrina memusingkan badannya untuk mengadap pemberi salam. Tidak jadi membenamkan diri kedalam kereta.

“waalaikummussalam...”jawab Shazrina dengan raut wajah yang terkejut. Bulat matanya memandang lelaki yang tegak berdiri didepannya.

“Aliff...apa awak buat kat sekolah saya ni?” laju sahaja Shazrina menuturkan persoalan apabila melihat Aliff. Dipandang keliling sekolah yang sudah lapang. Jam sudah menginjak ke 11 pagi. Tiada pelajar mahu pun guru yang berada dikawasan sekolah memandangkan cuti sekolah telah pon tiba. Shazrina mengeluh lega apabila tiada pelajar mahu pun guru melihat kehadiran Aliff. Dia datang ke sekolah pon kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia bukan tak suka Aliff ke sekolahnya cuma tak manis pula dipandang.

“cari kekasih tersayang yang merajuk sampai tak nak angkat call, tak reply mesej..” jawab Aliff dengan senyuman manis. Hampir 4 hari Shazrina tidak menghiraukan sebarang panggilan mahupun smsnya. Dia tahu gadis itu masih marah kerana tuduhannya yang melulu baru-baru ini.

“siapa merajuk..” sedikit tinggi suara Shazrina. Mulutnya mencebik kearah Aliff. Masih ada rasa marah menapak dihatinya. Siapa tak sakit hati apabila dituduh yang bukan-bukan. Hanya kerana Aliff cemburu boleh la dia tuduh aku macam-macam?

“saya tahu saya silap... saya minta maaf yer. Saya janji lepas ni saya tak akan tuduh awak macam tu lagi.. saya minta maaf Shaz..” pujuk Aliff sambil menatap ke dalam mata Shazrina. Supaya Shazrina boleh melihat keikhlasan hatinya. Ikhlaskah dia? dia sendiri sudah tidak mengerti hatinya sendiri. kadang-kadang ikhlas kadang-kadang tidak... tapi dia lebih rela hatinya tidak ikhlas!

“mudah je kan minta maaf... lepas awak sakitkan hati saya lepas tu awak minta maaf.Then settle.. next time awak buat lagi yang makan hatinya saya. baru hari ni ke awak kenal saya? saya ni jenis perempuan yang suka scandal sana sini ke pada mata awak?” bidas Shazrina geram. Lepas Aliff menuduhnya merahsiakan status hubungan mereka kerana mahu menjaga hati Aqil yang konon berminat dengannya membuatkan hatinya cukup terluka. Semacam Aliff menunduhnya perempuan gatal dan tidak setia pulak.

“bukan macam tu maksud saya... saya cuma terlalu cemburu hari tu.. ye la awak layan sangat cikgu Aqil tu. Dah la cikgu tu hensem! Berminat dengan awak pulak tu..kalo awak kat tempat saya, awak nak tengok je ke perkara-perkara macam ni dengan hati yang tenang? Awak akan relek je ke? Tak cemburu?” Aliff mengutarakan soalan pula. Mahu Shazrina berfikir sendiri kalau berada ditempatnya. Shazrina terdiam sambil merenung mata Aliff yang masih menatapnya.

“kot ye pon awak jealous, patut ke awak marahkan saya? salah saya ke bila cikgu Aqil tanya yang bukan-bukan?”

“saya tahu bukan salah awak that why saya datang minta maaf. Saya tahu salah saya yang terlalu celupar hari tu. Saya tahu awak bukan perempuan suka berscandal sana sini.. saya minta maaf ye Shaz..” minta Aliff lagi. dia kalo boleh tak nak memanjangkan pergaduhan mereka memandangkan lagi 2 minggu tarikh pertunangan mereka akan tiba. Terdengar keluhan kecil dilepaskan oleh Shazrina.

“awak janji takkan tuduh saya yang bukan-bukan lagi?” Shazrina bertanya tegas. Berharap kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi.

“saya janji! Saya takkan buat awak sedih lagi lepas ni.” Janji Aliff sambil mengangkat tangan seperti berikrar. Cepat sahaja kata-kata ikrar dilafazkan demi mendapat kemaafan Shazrina.

“saya tak pernah ada peminat kat sekolah ni.. awak tak payah risau la.. sekali pon ada yang berminat saya tetap akan tolak mereka sebab cinta saya hanya untuk awak sahaja Aliff. Tak akan ada sesiapa pon boleh rampas takhta awak dihati saya ni. Tapi, kata-kata awak hari tu macam awak tak yakin dengan cinta saya. sebab tu saya kecewa sangat.” Luah Shazrina sedikit sebak.. wajahnya yang sudah berkaca ditundukkan.

“maafkan saya yer Shaz.. tetapi percayalah cinta saya hanya untuk awak.. tak pernah berubah dulu, kini dan selamanya. Saya akan percayakan awak lepas ni.. saya janji tak akan ragui kasih sayang awak buat saya.. trust me darling. I love you so much.” Bisik Aliff dengan nada yang romantik. Ada rasa ikhlas dalam setiap butir bicaranya namun keihklasan itu cuba dipadam oleh hati sendiri. Bermati-matian cuba mengingatkan diri supaya tidak lalai dalam misi sendiri. Shazrina mengangkat kepalanya lalu membalas renungan Aliff.

“i love you too sayang.” Tambah Shazrina perlahan. Dari jauh ada yang memandang adegan pujuk memujuk dengan hati yang remuk. Mula patah hati untuk meneruskan cinta yang diyakini pasti tidak kesampaian.

Last edited by misssakura on 1-1-2013 02:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2013 02:33 PM | Show all posts
Aliff merenung tv dengan pandangan kosong. Langsung cerita cerekarama tv3 itu tidak melekat pada benaknya. Pejam celik-pejam celik hujung minggu ini tarikh pertunangannya dan Shazrina bakal menjelma. Ada rasa debar, gundah dan ragu-ragu bertapak dihatinya. Tidak tahu apa yang ada dihatinya sendiri.

“termenung jauh nampak... kenapa ni Aliff.” Tegur puan Aini sambil melabuhkan diri disebelah anaknya. Bukannya dia tidak perasan sikap Aliff yang sering mengelamun apabila bersendiri sejak dua menjak ini. Naluri hatinya kuat mengatakan Aliff ada masalah yang cuba disembunyikan darinya.

“eh mak... tak tidur lagi ke?” balas Aliff sedikit tersentak...

“tak tidur lagi lah ni.. kalau tak tak adanya mak kat depan kamu nih.” Sela puan Aini kemudian dia ketawa kecil. Aliff turut ketawa senang dengan kata-kata emaknya.Kadang-kadang melihat wajah emaknya menambahkan semangatnya untuk menunaikan janji yang pernah diikrar di dalam hati. Shazrina perlu diajar dengan apa yang pernah dibuat terhadap dia dan emaknya... berani dia membodoh-bodohkan emak aku sesuka hati.

“cerita apa sekarang?” soal puan Aini sambil matanya melabuhkan pada kotak tv. Langsung dia tidak mengenali artis-artis zaman kini. Tidak pernah menarik minatnya untuk menonton. Buang masa sahaja.

“entah..”

“aik Aliff tengok dari tadi boleh jawab entah je... kenapa ni Aliff. Ada masalah ke?” puan Aini mula mengorek rahsia. Wajah anaknya yang kelihatan tenang dipandang. Aliff tersengih mendengar pertanyaan emaknya.

“tak ada apa-apa la mak... masalah kedai kek tu je la. Tengah cari idea nak buat kelainan untuk tahun depan.. itu jer.” Dalih Aliff selamba. Puan Aini tersenyum kecil. Dia tahu anaknya menipu. Anaknya yang sudah dijaga selama 27 tahun seorang diri, semestinya dia sedar sekiranya jejaka itu menipu atau tidak. Namun dia tidak akan memaksa Aliff meluahkan masalah yang terpendam. Sampai masanya nanti Aliff akan beritahu juga padanya. Cuma masa sahaja yang diperlukan kini.

“mak nak pergi bercuti tak?” Aliff mengalih topik perbualan.

“bercuti? Ke mana?”

“Aliff ingat nak bawak mak pergi jalan-jalan ke pulau Redang hujung minggu ni.. nak tak?”

“aik..lain macam je bunyi. Tak ada kerja ke kat kedai kek kamu tu?”

“kerja tu memang melambak sampai naik tension Aliff dibuatnya. Jom la mak.. kita pergi makan angin. Lama dah tak pergi bercuti.. boleh jugak release tension kat sana nanti.” Pujuk Aliff lagi.

“suka hati kamu la Aliff. Emak ikut je. Aliff tu yang selalu banyak kerja selama ni..tak pernah lekat kat rumah. Elok la jugak kita pergi bercuti ni... bolehlah Aliff rehat-rehat sikit kat sana nanti.” Sokong puan Aini. Aliff tersenyum riang mendengar persetujuan emaknya. Namun dalam diam masih ada rasa serba-salah untuk meneruskan rancangan yang sudah elok diatur.

Last edited by misssakura on 1-1-2013 02:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 06:48 PM | Show all posts
nak lagi.....selamat tahun baru....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah diduga akan niat jahat Aliff, sian kt Shaz yg menjadi mangsa keadaan
Shaz berubah dan menjadi diri dia xde hipokrit, x sama sprt aliff mahupun farah
Aliff dgn dendamnya
Farah pula dgn hasad dengkinya
Aqil ajelah jd pengganti si aliff, hah br padan dgn muka dia


BTW Selamat menyambut tahun baru buat sakura dan kawan semua
Semoga tahun ini akan terus menyinari kehidupan kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 09:33 AM | Show all posts
fatehana posted on 1-1-2013 09:19 PM
Udah diduga akan niat jahat Aliff, sian kt Shaz yg menjadi mangsa keadaan
Shaz berubah dan menjadi  ...

setuju kalau aqil ganti aliff baru dia menyesal x berlagu. biarlah aliff dgn farah baru dia tau

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 09:38 AM | Show all posts
redsentra posted on 2-1-2013 09:33 AM
setuju kalau aqil ganti aliff baru dia menyesal x berlagu. biarlah aliff dgn farah baru dia tau

...

tuelah rasa nak sakura wat ending camtue cuma sakura pernah bilang yg hero dan heroin akan bersatu setelah meraduk segala onak dan duri maka kita kenalah bertabah menunggu next episod dr sakura, bagaimana garapannya
dan yg pasti mmg aliff xkan menghadirkan diri masa pertunangan tue sbb nak malukan shaz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2013 09:56 AM | Show all posts
fatehana posted on 2-1-2013 09:38 AM
tuelah rasa nak sakura wat ending camtue cuma sakura pernah bilang yg hero dan heroin akan bersatu ...

berharap sangat yg farah hadir masa hari pertunangan yg bakal x jadi tu......biarlah dia tau apa yg jadi...nak tengok mcm mana gediknya lg dia

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:06 AM | Show all posts
redsentra posted on 2-1-2013 09:56 AM
berharap sangat yg farah hadir masa hari pertunangan yg bakal x jadi tu......biarlah dia tau apa y ...

ana pun nak benda tue ada sbb nnt akan bertambah berperanglah si shaz dgn farah dan kelukaan hati shaz akan dirawat oleh aqil dan ana nak jugak akan ada kegedikan si faraj utk ngorat si aliff dan aliff pulak akan rasa cemburu melampaui rasa dendam pada shaz dan akhirnya bila semua benda terbongkar makanya nasi telah menjadi bubur


maap yea sakura sbb imaginasi ana nie mmg terlebih sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 10:47 AM | Show all posts
misssakura posted on 1-1-2013 02:33 PM
Aliff merenung tv dengan pandangan kosong. Langsung cerita cerekarama tv3 itu tidak melekat pada ben ...

Sudhnya alif xkan pi majlis tunang tuh...dah pi cuti2 malaysia lak ngan mak dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:12 AM | Show all posts
fatehana posted on 2-1-2013 10:06 AM
ana pun nak benda tue ada sbb nnt akan bertambah berperanglah si shaz dgn farah dan kelukaan hati  ...

amboi2 k.ana.... jauh berangan tuh.. x lrt kot sakura nk mengarang penuh onak duri gtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087968 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list