|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
oh ni ke Margaret Fowler..lebih cantik dari Mrs. Chandler tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan..kalau sg Lane Cove as 'pembunuh'. sepatutnya pasangan lesbian tu pun terkena juga bahana gas H2S ni. Apa pun, banyak kemungkinan yang berlaku.
Ok, next case please
|
|
|
|
|
|
|
|
pasangan lesbian tu jalan2 cari purse je kot, tak buat seks. so..peratus sesak nafas tu kurang la kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Puas merempit..best thread ni..tahniah tt! |
|
|
|
|
|
|
|
Swingers ke Chandler couple ni?
Aku rasa pembunuh ni mcm someone unknown to them.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 2-1-2017 01:27 AM
KEAJAIBAN ATAU PENIPUAN? (THE WATSEKA WONDER)
Watseka, Illinois pd abad ke-19
Lurancy Vennum adalah seorg gadis berusia 13thn yg periang dan normal – tinggal bersama kedua ibu bapanya di bandar kecil Watseka, 50 batu dari Chicago. Mary Roff pula, yg juga tinggal di Watseka dgn keluarganya, merupakan seorg remaja yg mengalami gangguan perasaan. Dia meninggal dunia di hospital mental ketika Lurancy masih bayi. Pada Januari 1878, dua org gadis yg tidak pernah mengenali satu sama lain akan terlibat dlm satu kejadian aneh. Dan kejadian ini akan dikenali sbg salah satu kes rasukan roh paling sukar disangkal dan lengkap didokumentasi.
Pada Julai 1877, Lurancy telah beberapa kali tidak sedarkan diri secara tiba2. Dia akan turut meracau2 dlm suara yg berlainan. Bila ditanya, Lurancy mengatakan dia tiada ingatan langsung. Menurut gadis tersebut, waktu itu dia sebenarnya pergi ‘melawat’ syurga dan bertemu dgn malaikat. Dia juga bertemu dgn adik lelaki dan kakak yg meninggal dunia sebelum kelahirannya. Keadaannya itu berlaku berbelas2 kali dlm sehari dan paling lama mengambil masa sehingga 8 jam.
Pada Januari 1878, ibu bapanya Thomas dan Lurinda Vennum yg bimbang bersetuju membenarkan Dr. E Winchester Stevens, seorg ahli spiritualist, memeriksa anak mereka, Dr Stevens mengesahkan Lurancy telah dirasuk oleh beberapa roh yg berniat jahat, dan dia bukanlah mengalami sakit jiwa spt yg diperkatakan oleh org sekeliling. Dia mengesyorkan kpd Lurancy utk menerima satu roh yg baik dan mesra ‘memasuki’ tubuhnya buat sementara waktu, sehingga dia sendiri kuat dan mampu utk mengawal keadaan. Roh yg baik hati itu adalah Mary Roff.
Apabila Mary menjelmakan diri dlm tubuh remaja itu, personaliti Lurancy terus hilang serta merta. Walaupun dia berkelakuan sopan dan berbudi bahasa dgn pasangan Vennum, tetapi dia kelihatan tidak selesa tinggal di situ, dan beberapa kali meminta agar dia dibenarkan ‘pulang ke rumahnya’. Akhirnya pd Februari 1878, pasangan Vennum menghantar Lurancy/Mary ke rumah Roff walaupun kedua2 keluarga itu masih lg saling tidak mengenali. Gadis itu dikatakan sgt gembira sewaktu berjumpa ‘keluarga sebenar’nya sekali lagi, dan tiga bulan seterusnya dia menjadi anak pasangan Roffs.
Rumah Keluarga Vennum Sekarang
Rumah Keluarga Roff pd 1895
Pada ketika itu, keluarga Roff sgt kagum dgn betapa tepatnya Lurancy/Mary mengenai maklumat kehidupan seharian keluarga itu. Dia memanggil org dgn nama timangan yg jarang2 dipakai – Kakaknya bernama Minerva, tetapi Lurancy memanggilnya sbg ‘Nervie’ – Nama manja yg lama dilupakan sejak kematian Mary, mempunyai pengetahuan lengkap ke atas sejarah keluarga itu, termasuk peristiwa yg berlaku sebelum keluarga Roff berpindah ke Watseka; dan remaja itu juga mengenali barang2 peribadi kesayangannya semasa masih hidup dulu. Dia mudah mesra dan menunjukkan kasih sayang dgn setiap ahli Roff dan rakan2 mereka, malah mengingati semua kenangan yg berlaku lama sebelum kelahiran Lurancy. Sekali sekala suami isteri Roff akan menguji ‘anak’ mereka, setiap kali itu jugalah dia berjaya memberikan jawapan.
Pada satu hari, Puan Roff menemui aksesori rambut Mary yg berwarna merah velvet. Dia lantas meletakkannya di atas meja dan berlalu pergi begitu saja. Apabila Lurancy masuk ke bilik itu, dia terus mengenali aksesori tersebut dan berkata,”Oh ini yg saya pakai ketika rambut saya pendek dulu!” Selain itu, dia juga mengingati kolar yg pernah dikaitnya, menunjuk dgn tepat di mana anjing keluarga itu mati, dan mengenang semula perpindahan mereka ke Texas pd thn 1857. Oleh itu, pasangan Roff sangat yakin bahawa di dlm tubuh Lurancy Vennum adalah memori, personaliti dan roh Mary, anak mereka yg sudah lama meninggal dunia.
Pada Mei 1878, dgn linangan air mata Mary memberitahu keluarga Roff bahawa sudah tiba masanya utk dia pergi, menurutnya malaikat mahukan dia balik ke syurga, dan juga memandangkan roh Lurancy sudah cukup kuat utk mengawal tubuh badannya sendiri. Setelah berpelukan dan mengucap selamat tinggal, Lurancy pun mula sedar. Gadis itu melihat keadaan sekeliling dan bertanya,”Di mana saya berada?” Sejurus keluarga Roff menerangkan segala2nya, Lurancy lantas menangis teresak2 dan memberitahu keinginannya utk pulang ke rumahnya, rumah keluarga Vennum..
Lurancy dihantar pulang semula ke pangkuan pasangan Vennum dan apa yg menarik dia tidak lagi melalui siri rasukan. Walaupun remaja itu gagal mengingati waktu dia hidup sbg Mary Roff, dia masih lg berhubungan dgn keluarga itu dan berasa amat terhutang budi terhadap Mary, yg dianggap oleh Lurancy sbg penyelamatnya. Sbg tanda berterima kasih, setiap kali melawat keluarga Roff dia akan membenarkan roh Mary utk memasuki tubuhnya, dan berkomunikasi dgn ibu bapanya.
Perjanjian aneh ini berlanjutan selama beberapa tahun, iaitu sehingga Lurancy berpindah ke Rawlins County, Kansas bersama suaminya. Mereka membeli sebuah ladang di situ dan membesarkan 11 org anak. Lurancy akhirnya meninggal dunia pd lewat 1940an ketika melawat salah seorg anaknya di California.
Lurancy Vennum bersama suami dan keluarga mereka
Lurancy (duduk) dan anaknya Dortha pd awal 1920an.
Pasangan Roff pula terpaksa berdepan dan melayan pertanyaan serta menerima beratus2 surat drpd peminat spiritualism dan pewaham (skeptic) setelah kisah itu dipaparkan pd muka depan akhbar2 utama. Penat dgn perhatian masyarakat dan kejian jiran2, mereka berpindah ke Emporia, Kansas. Tujuh tahun kemudian, pasangan Roff kembali ke Watseka dan hidup bersama Minerva dan suaminya. Mereka meninggal dunia akibat sakit tua dan dikuburkan di bandar itu juga.
Keluarga Vennum masih tinggal di Watseka utk beberapa tahun lg, tetapi selepas kematian Thomas Vennum, Lurinda berpindah ke ladang anaknya dan tinggal bersama keluarga wanita itu hingga ke akhir hayat.
Dr Stevens menjelajah ke seluruh US, bersyarah mengenai ‘Watseka Wonder’ selama 8 thn sebelum dia meninggal dunia di Chicago pd 1886.
Para pewaham, dari zaman itu hinggalah sekarang, gagal membuktikan kisah Lurancy/Mary sbg satu penipuan. Kes itu digambarkan sbg kes rasukan yg terbaik dlm rekod yg tiada siapa yg dpt persoalkan. Lurancy Vennum dan Mary Roff telah mengukir nama mereka dlm sejarah negeri Illinois dan juga sejarah kajian paranormal, apabila kedua2nya ‘bersatu’ mencipta keajaiban di Watseka.
Wikipedia
Sumber 1/2/3
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks umaidebab
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha'ah... swingers. Zaman tu dia org baru kenal erti revolusi kebebasan seks
|
|
|
|
|
|
|
|
you're welcome, Ipo. Glad you enjoyed the post
Dr Stevens dikatakan menggunakan kepakaran spiritualism nya hypnotized Lurancy, soh dia cari~ di alam nan satu lg kalo ada spirit yg baik hati utk merasuki tubuhnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow. Sir Arthur Conan Doyle minat spiritualism. Gaya penulisan dia mcm dia terer n phm science of reasoning. aku suka buku2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT. Lamenye senyap. Ade cerita baru x? |
|
|
|
|
|
|
|
Hai cuppy... Sori dh lama tak update. Laptop cabuk ai tengah di repair, file semua corrupted. Mungkin ambik masa kot nak post citer baru. Sekarang guna ipad jah hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah. Iols tunggu. Take your time, TT.....
|
|
|
|
|
|
|
|
masih setia nunggu update TT |
|
|
|
|
|
|
|
TT ada tak info pasal kes bunuh family di Geylang Bahru, Singapore.. kes tahun 1979 . xsilap 4 orang budak,aged between 5 to 10 years dijumpai mati dalam bilik air rumah dorang... sampai sekarang kes ni remain unsolved . |
|
|
|
|
|
|
|
fairy_fairy replied at 24-11-2016 06:04 PM
TT, pernah dengar pasal the little red girl Taiwan? Pasal one group of hikers yang mengambil gambar ...
Nie penah tengok movie Taiwan tue..tapikan ada jugak part yg i rasa macam blur |
|
|
|
|
|
|
| |
|