|
Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
rebecca_nur replied at 13-12-2016 11:55 AM
Ok akak balik nanti jonm la lepakk.. nak dgr live cerita hantu
Kalau saya ada kat Perak on je kak. Saya boleh berbual kat mamak 7jam in a row. Modal air milo ais je |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 02:58 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 07:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
sesukaje replied at 14-12-2016 04:58 AM
sila beli fon baru untuk memuaskan hati kami yang tak sabo2 ni
Saya ni selagi tak roboh, memang takkan tukar phone tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 07:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 07:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
nuril86 replied at 14-12-2016 07:06 AM
tadi ade scroll kat fb.. pasal ban pecah...kat area mane tu ye di perak... perak ni mmg banyak kisah ...
Tak pasti lah sis. Saya ni sekarang setahun sekali baru bukak FB
Oh yeke ada filem macam tu. Tak tengok lagi. Tapi biasa lah, banyak lagi kawasan hutan yg belum diteroka. Sebab tu susah nak jumpa rumah bertingkat kat Perak ni. Tanah kosong masih banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 07:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
eenhemo2 replied at 15-12-2016 07:58 AM
Kalau kawan tt mandi sekali, means.. kawan tt tu 1 batch la ye ngan anak RN. Sebab bdk form 1 time ...
Ye ye ye..mrsm pasir salak mmg nmpk seram......
Hujung thn lepas akak gi anta anak sulung amik exam kemasukan kat pasir salak
Mase msk tu......mmg da nmpk seram....huhu...da la atas bukit
Pastu ade pokok2 besar lak tu...mmg bole rasa......
Tp anak akk tk msk situ...msk...nun kat pontian...haha...
Aritu pun dia ade cite dia kene kacau.....tp sbb ni cite perak...so..cite akak tk releven |
|
|
|
|
|
|
|
AnggunSophea replied at 15-12-2016 02:20 AM
Kalau awak bukan UNISEL, saya tak kenal awak lah. Ex kawan saya yg luar poli, saya kenal yg study ...
ohh yekee? hahahha nasib tak kenal ehehehe.. nnt kite pm nama ex.. |
|
|
|
|
|
|
|
seeri_7843 replied at 15-12-2016 01:18 PM
Ye ye ye..mrsm pasir salak mmg nmpk seram......
Hujung thn lepas akak gi anta anak sulung amik ex ...
Betul tu kak. Waktu ewn masuk tu, dengar cerita mrsm tu tak ready lagi nak terima student tapi sebab dah mrsm lain dah terlalu ramai, jadi diorang terpaksa masukkan kami kat pasir salak.. waktu datang tu memang terasa sangat horror dia tu.. walaupun sekolah baru tapi entah lah.. rasa macam horror semacam..
Pekan terdekat kg gajah tapi tak ada apa sangat kat sana waktu tu.. sekolah lain yang terdekat pun sekolah agama raja nazrin..
Kawan saya ada yang kena dapatkan rawatan dengan dekat pusat rawatan islam sebab kena kacau kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 04:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by AnggunSophea at 15-12-2016 03:41 PM
Kisah 10 : SIHIR ( Episod I )
Dalam thread aku sebelum ni ada aku sebutkan tentang 'sihir pemisah'. Tapi macam tak sesuai kisah pasal sihir menyihir ni nak diletakkan dalam thread tu. So oleh kerana ramai yang bertanyakan pasal kisah tu, aku dengan berbesar hati nya akan ceritakan dalam thread ni di kisah 10.
Cerita ni agak panjang juga ye. Sebab mood mengarang aku dah sampai. Explaination confirm panjang berjela. Korang tahan mata je lah membaca. 2tahun punya gangguan in a row. Harap anda semua bersabar menanti sambungan demi sambungan dari aku.
Macam yang aku pernah bagitahu dulu, BF aku (Remy) sebelum bergelar BF adalah kawan biasa je. Kawan kawan melepak. Tapi aku tak tahu pulak Remy ni simpan perasaan kat aku. Geng geng kitorang tak menggalakkan Remy usha (terma lain mengorat) aku. Apatah lagi untuk dibuat calon bini. Tak sesuai kata diorang.
Geng aku terdiri dari macam macam jenis orang. Ada anggota kerajaan, ada penanam anggur tegar, anak orang kaya, mamat kelab kereta, mat motor banyak masalah cinta, penjaja kecil, sehinggalah ke kakak dan abang yg dah beranak pinak. Semua ni aku kenal masa Dataran KTM tengah meriah dulu. Ada air pancut, aktiviti rollerblade, scooter, solo-wheel, skateboard, buih gergasi, pejaja kecil gerai makanan, liveband dan anak muda yang tengah hangat bercinta. Malangnya masa tu hoverboard tak wujud lagi ye. Harap maklum.
Sehinggalah zaman aku dah slow-down dgn segala aktiviti tu, barulah Remy mula menzahirkan perasaan beliau. Biasalah, kalau benda tu yang dihadap hari hari lama kelamaan akan jadi bosan. Awal percintaan kitorang, memang aku minta dirahsiakan dari geng kitorang. Kalau diorang tahu confirm kena bambu A sampai Z. Bukan cuma Remy, aku pun terpalit sama nanti. Malu beb. Sebab kitorang dikenali bukan jenis jiwang jiwang punya orang.
"Weh, aku suka kat hang ni. Hang sudi tak jadi awek aku?"
Tak romantik langsung Remy propose aku jadi awek dia.
Namun, hubungan kitorang berjaya dihidu oleh geng kitorang yang kepochi ketika baru sebulan couple. Disebabkan Remy ni dah tak lagi mampu menyembunyikan watak caring beliau. Port kitorang melepak tu keliling ada gerai makanan. Nak makan dia tanya aku, nak beli air dia tanya aku, selama ni tak pernah pun. Sendiri makan, sendiri bayar je. Sebab tu lah kantoi!
After few months lepas kitorang couple, Remy kena pergi rekrut kat KL. Selama Remy rekrut, aku memang langsung tak melepak dengan geng kitorang. Sebab aku juga dah stay dengan kakak aku, kerja dengan dia. Kakak aku dan husband dia government. Takda masa nak jaga bisnes dan staff diorang. Memandangkan aku memang graduan bisness, diorang amanahkan aku jaga kedai tu. Thats why aku stay dengan diorang.
Remy hanya dapat phone selepas sebulan rekrut. Itupun sekejap je, dari 12tengahari then pukul 6 dah kena return balik kepada pengurusan. Masa tu dia kurus ya rabbi. Sudah lah kurus, kepala botak, kulit sunburn jangan kata lah. Hilang terus muka lembut dia. Remy ni seorang yang serius, tapi muka dia lembut. Selama dia rekrut, kitorang contact macam biasa. Macam awal couple. Sweet sweet gitu. Remy janji, balik rekrut kitorang kena plan untuk majlis pertunangan kitorang.
Lepas je dia balik dari rekrut, pun kitorang still tak jumpa lagi. Sebab dah lain lain negeri. Kitorang hanya jumpa masa bulan puasa, lepas sebulan dia balik rekrut. Itu pun sebab aku nak surprise birthday dia dengan geng geng kitorang kat Ipoh.
Happy gila dapat jumpa dia lepas berbulan bulan tak jumpa. Tapi satu masalah besar nya dalam pertemuan kitorang selepas dia balik rekrut adalah keserasian dah hilang. Ni baru tahun pertama kitorang couple ye. Hari hari bergaduh. Benda benda simple pun boleh bergaduh. Sebelum rekrut ada juga bergaduh, tapi takda teruk macam selepas rekrut. Bergaduh jenis yang menengking nengking.
'Kau salah, aku betul'
'Menyesal aku kenal kau'
'Bodoh!'
'Perangai macam setan!'
Tu semua terma baru yang wujud dalam pergaduhan aku dan Remy selepas dia balik rekrut. Dahsyat kan? Hakikatnya sebelum aku kenal Remy, aku seorang yang tak reti nak tinggi suara dgn BF. Aku hormat diorang. If gaduh pun, aku je ditengking, tapi sikit aku tak balas. Aku diam je.
Dengan Remy aku jadi lain. Aku yang lebih lebih tengking. Sampai dia yang terdiam. So fishy perubahan dalam hubungan kitorang. Aku benci Remy. Benci gila! Padahal tinggal 6bulan lagi nak bertunang. Kalau boleh aku nak putus je. Tak payah teruskan lagi relationship kitorang. Tapi Remy kuat, dia sedaya upaya selamat kan hubungan. Kitorang gaduh besar almost everyday. Gila betul.
Beberapa bulan lepas Remy balik rekrut, hubungan berjalan macam biasa. Dalam seminggu mustahil tak bergaduh. Mesti ada paling kurang sekali. Aku selalu teman Remy bila dia shift malam. Remy ni kerja shift. Aku pulak kerja dengan family sendiri masa tu, senang lah nak tidur lewat ke apa.
Aku ada satu habit yang aku tak pasti orang lain wujud ke tak. Aku tak suka tidur atas katil. Aku rasa tinggi, gayat, tak selamat. Sebab bilik aku katil bujang je. Pengalaman pahit aku masa kecik, rumah aku katil semua satu tingkat je. Aku tidur malam atas katil queen size biasa. Bangun pagi katil tu dah jadi double decker. Kelam kabut aku menyusup keluar. Rupanya masa tidur aku jatuh tergolek dan termasuk bawah katil. Entah macam mana boleh tak sedar pun tak tahu lah. Sejak tu lah aku suka tidur atas lantai beralaskan tilam je.
Rumah tu double storey ada 4bilik dan 3bilik air. Dua hall. Satu hall utama iaitu ruang tamu di tingkat bawah dan hall kedua, mini hall di tingkat atas. Tingkat bawah juga ada satu bilik dan satu bilik air dan juga dapur terletak bersebelahan antara satu sama lain. Di dalam kawasan hall yakni dibawah tangga ada satu common bilik iaitu stor. Turun dari tangga jumpa hall utama. Naik je tangga pulak akan terus jumpa mini hall. Sebelah kanan adalah master bedroom, dan sebelah kiri ada dua buah bilik. Dua buah bilik sebelah kiri ini dihubungkan dengan sebuah bilik air. Consider dua buah bilik ni berkongsi bilik air lah ye.
( Sorry terpaksa explain layout rumah ni sebab setiap bilik dan penjuru ni ada cerita nya. Penting untuk aku explain supaya memudahkan korang faham nanti )
Malam tu aku tidur awal. Atas lantai beralaskan tilam macam biasa. Masa ni hall takda karpet lagi. Kakak aku belum letak karpet, dia letak alas tikar je. So if korang berjalan sekitar hall, apatah lagi di malam yang sunyi suara tapak kaki korang berderap atas tikar tu sangat jelas kedengaran. Sebab taman tu atas bukit, hanya resident je lalu kat situ. So malam malam takda pun kereta lalu sekitar rumah. Tersangat lah sunyi nya.
Aku terjaga. Aku capai handphone dan melihat jam digital di screen. 00:30. Iaitu 12:30tengah malam. Aku seorang yang sangat mudah terjaga bila dah dewasa ni. Tidur aku malam tu diganggu dengan derapan kaki orang dekat mini hall. Yakni depan bilik aku. Kepala aku betul betul sebelah pintu. Bilik aku tu bersegi segi, situ je lokasi yang sesuai untuk aku hampar tilam so jadi lah kepala aku dekat dengan pintu.
Dalam rumah tu ada 4 orang je. Aku, kakak aku, abang ipar aku yakni suami kakak aku dan anak tunggal diorang masa tu berumur 4tahun. Derapan kaki kakak aku dan suami dia berbeza sangat. Kakak aku kakitangan hospital dan suami dia mamat celoreng hijau. Abang ipar aku kalau berjalan tempo setiap tapak tu laju dan bunyi derap dia kuat. Kakak aku pulak berjalan lembut dan tempo setiap tapak tu sederhana. Anak buah aku senang je, bunyi derap dia perlahan, so kita tau dia tu budak kecik lah kan.
Malam tu aku dengar bunyi derap kaki yang annoying. Dia seolah olah tengah buat kerja kehulu kehilir sekitar hall. Dari kadar kelajuan derapan dan hentakan, dapat aku simpulkan pemilik kaki yang annoying itu adalah kakak aku. Dia ni kerja shift. Esok dia shift pagi, rumah kitorang agak jauh dari hospital dia, so pukul 6pagi dia dah kena keluar dari rumah. Dia ni akan iron uniform dia waktu malam. Tak kisah pukul berapa, janji malam.
Kebetulan, iron board dan segala perkakas untuk iron baju ada di mini hall. So aku assume dia sedang iron uniform dia lah tu. Sebab takut lambat esok pagi. The problem is, beliau tak berhenti henti berjalan berdasarkan bunyi derap kaki tu. Takkan lah iron baju sambil berjalan? Hall tu panjang kot. Sepanjang dua buah bilik. Mana mungkin tali iron sampai sepanjang tu. Lagi pulak kalau difikirkan logik, berjalan sambil iron baju pada pukul 12:30malam adalah tindakan bodoh apatah lagi jika anda perlu bangun pukul 5:00pagi nanti.
Bilik aku tu ada gap sikit antara lantai dan kayu pintu. Aku meniarap dan cuba intai di celah lubang pintu tu, tapi tak nampak sebab rahang aku tinggi sangat. Mata aku tak tercapai kat lubang tu. Aku cuma nampak kelibat orang berjalan diiringi bunyi yang menjengkelkan je kehulu kehilir. Tak terfikir nak bukak pintu untuk intai, sebab takda mood nak menegur orang. 10minit kemudian, Aku lupakan je pemilik kaki tu dan sambung tidur. Aku terfikir, esok je lah baru aku tanyakan hal tu pada kakak aku.
Macam yang aku maklumkan kakak aku bekerja shift. Aku selalu selisih dengan dia. Kadang dia balik, aku kerja. Kadang aku balik, dia pulak kerja. So setelah dua hari berlalu, aku berjaya bersua muka dengan beliau. Aku pun tak sabar nak bertanyakan perihal tindakan dia yang annoying dua malam sebelum tu.
"Kaklong ada iron baju ke 2hari lepas?"
Kakak aku anak sulung, so it is the best panggilan is.
"Hari hari kaklong iron baju. Pukul berapa ko maksudkan?"
Kakak aku loyar buruk sikit.
" 2 malam lepas. Pukul 12:30malam. Sophea dengar kaklong iron baju kat hall. Tapi dalam pada kaklong iron baju tu, kaklong tak berhenti berjalan kat hall. Dah lah bising bunyi derap kaki tu. Kehulu kehilir lintas depan bilik banyak kali macam tengah buat kerja. So annoying ok!"
Aku berlaku jujur. Sememangnya mulut aku selalu jujur dalam berkata kata.
"2 malam lepas? Aik. Kaklong kerja tengahari. Manada kaklong iron baju tengah malam!"
"Kalau kaklong iron baju, buat apa kaklong nak berjalan kehulu kehilir lagi. Bukan sampai pun tali iron tu"
"Malam tu kaklong tidur awal. 10:30malam lagi kitorang dah masuk tidur"
Jawapan lengkap dari kakak aku.
So sad. Sebab pemilik kaki tu memang seakan akan dia. Diorang ada bilik air sendiri dalam bilik, so tak logik diorang nak keluar bilik lagi dah. Kakak aku menafikan malam tu dia yang berjalan jalan di hall, apatah lagi suami atau anak dia. Its okay. Maybe you was mengigau thats night Kaklong! Aku lupakan je kejadian tu. Its normal sebab benda dah berhari hari, maybe dia pun dah lupa dia ada iron baju malam tu. Husnudzon.
Aku ni pulak sejenis yang suka buat kerja lambat lambat. Please dont try this at home. Aku sampai rumah pukul 8malam approximately. If kakak aku kerja tengahari, suami dan anak dia pergi pick up dia di hospital, so aku sampai rumah, rumah kosong. Kakak aku tak dibenarkan memandu sendirian dek kerana diragut once upon a time. Disusuli kes accident beberapa kali, suaminya seakan tak percaya kan dia dah, maka pergi balik kerja akan di hantar dan ambik oleh abg ipar aku.
Balik kerja aku mandi dan makan then qadha solat maghrib je dulu. Lepastu kemas kemas apa yang patut. Pukul 11lebih baru nak solat isyak. Teruk kan. Aku kalau sorang sorang malas nak rushing. Suka buat kerja bercinta. Terhegeh hegeh.
Port aku solat adalah di penjuru bilik. Bersebelahan pintu toilet. Sejadah aku tak jauh sangat dari hujung tilam yang aku hampar atas lantai dan menghadap pintu bilik. Aku suka solat betul betul depan dinding. Kiranya takda ruang lah kat belakang aku. Punca aku jadi macam tu sebab masa bujang, kakak aku pernah cerita kat aku satu kes masa dia di universiti. Dia tengah solat sorang. Masa rukuk dia nampak ada orang tengah solat belakang dia. Macam makmum pulak dah. Sedangkan dia memang solat sorang je. Kawan kawan dia takda kat bilik. Sejak tu dia solat mesti dinding je kat belakang. Dengan aku sekali terikut. So, Kelakar ke seram?
Memandangkan bilik aku tu keliling tingkap, so port aku solat tu memang tak lari dari tingkap lah. Aku solat di pertengahan penjuru 90darjah. Keliling penjuru tu adalah tingkap yang tinggi sampai ke atas. Tak bahaya pun tingkap tu sebab ada grill dan juga ada tinted. Grill untuk elak pencuri dan tinted untuk dapatkan privacy. Langsir is always terselak.
Masa aku di rakaat kedua nak rukuk, aku dengar bunyi ketukan di cermin sebelah kiri aku. Jantung aku automatik bergerak laju.
TOKK TOKK TOKK...
3 ketukan in a row. Macam yang biasa kita buat lah kan. Takkan nak ketuk 2 kali je. Macam pelik pulak. Aku tak boleh nak confirmkan bunyi tu sahih datang dari tingkap aku, sebab rumah tu banyak tingkap dan tingkat bawah pun keliling ada sliding door.
So tindakan spontaneous aku adalah melajukan sedikit rentak solat dan terus meluru ke tingkat bawah untuk cari tahu mana datang bunyi ketukan tu. Kakak aku dah balik kerja, so semua ada kat tingkat bawah.
"Rayyan ada main kat sliding door ke tadi?"
Aku soal kakak aku. Sebab anak buah aku ni kecik lagi, mana lah tahu dia main ketuk ketuk ke kan.
"Takda pun. Dia dari tadi dok mengadap youtube je atas sofa"
Kakak aku yang duduk di meja makan membalas soalan aku.
( Meja makan terletak betul betul bersebelahan sliding door kedua rumah tu. Sliding door bahagian tepi rumah )
"Tadi ada orang ketuk pintu sliding macam ni tak?"
Aku cuba menggayakan bunyi 3 ketukan yang aku dengar di tingkat atas tadi. Mana lah tahu bunyi tu datang dari tingkat bawah ke kan.
"Ish, manada. Kaklong duduk sini dari tadi. Tak dengar apa apa pun"
Kakak aku menafikan mendengar bunyi yang aku maksudkan.
Dengan perasaan yang bercampur baur aku kembali ke tingkat atas seorang diri. Aku terhendap hendap macam orang bersalah nak masuk ke bilik. Aku selak daun pintu perlahan dan intai ke dalam bilik. Nothing. Takda apa pun. Aku hidupkan lampu dan berdiri di sebelah tingkap tadi. Aku perhatikan keliling tingkap tu, takda apa apa kesan pun.
Aku cuba knuckle cermin tingkap tu. Aksi biasa bila kita buat ketukan menggunakan tangan. Sebijik! Sama dengan bunyi tadi! Bilik aku tu tingkat dua. Macam mana boleh ada orang ketuk tingkap pulak???
Berderau darah aku tiba tiba time tu! Seram sejuk semua ada. Terus aku baringkan diri kat tilam. On aircond dan berselubung dalam selimut sampai subuh. Nak taknak kena jugak duduk dalam bilik tu. Dah bilik aku sendiri kan.
Disini mari aku revealkan secara terperinci macam mana aku boleh seram sejuk sampai berselubung malam tu.
1. Bilik aku di tingkat atas. Luar tingkap tu tak ada sebarang tempat untuk berpijak. Aku dah cuba buat bunyi ketukan dengan gaya yang sama. Memang sebijik bunyi aku buat tu dengan bunyi yang sebelum nya. Confirm bunyi tu datang dari ketukan menggunakan tangan, bukan orang baling batu ke apa.
2. Bahagian lot tepi rumah aku tu sangat luas dan dikelilingi pagar rumah aku. Boleh bina 2 buah lagi rumah kat halaman tepi tu complete dengan tanah corner lot sekali. Boleh bayangkan luas nya tak? Jarak bilik aku ke pagar tepi jauh gila. Apatah lagi rumah jiran! So nak anggap tingkap bilik jiran yang diketuk pun adalah amat tak munasabah.
3. Nak kata pencuri pun agak mustahil. Sebab taman aku tu guarded. 4 orang satu shift. Keliling rumah aku disuluhnya time meronda. Rumah kitorang kalau alarm pintu berbunyi pun pakguard datang tanya kenapa. Padahal aku silap masuk kunci, sebab tu dia berbunyi. So boleh imagine jugak betapa dekat rumah aku dengan pondok guard kan. Pencuri takda chance nak memanjat dinding dah kena trace.
4. Masa kitorang duduk situ, dapat dilihat yang penduduknya bukan lah terdiri dari mereka yang mesra alam. Semua suka buat hal sendiri. Even ko selisih sebelah menyebelah pun, korang akan keep on your mouth shut. Jadi amatlah mustahil jika nak anggap jiran ketuk tingkap nak ajak berbual, time ko tengah solat pulak tu! Bukan nya macam cerita Do Re Mi ada ahli mesyuarat tingkap. Jiran ketuk tingkap ajak berbual. Baik dia ketuk pintu sliding bawah tu je senang, dari sibuk dok panjat tingkap bilik aku.
Masa tu aku suka tidur lewat layan TV sorang sorang tengah malam. Tapi sejak aku selalu nampak kelibat, aku dah jarang tengok TV. Aku lebih suka memerap dalam bilik je layan Youtube. Kelibat tu selalu aku nampak dari arah bilik air ke dapur. Warna hitam dan terapung. Aku cakap terapung sebab dia tinggi kat siling. Kadang kadang nampak bayang orang kat tangga, tapi tunggu punya tunggu tak sampai sampai pun.
Bersambung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 05:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-12-2016 05:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninaaa replied at 15-12-2016 05:50 AM
ohh yekee? hahahha nasib tak kenal ehehehe.. nnt kite pm nama ex..
Okok okok |
|
|
|
|
|
|
|
TT comel bila nak sambung nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|