|
Originally posted by katabatik at 17-1-2006 03:10 PM
nak tanya kalau ikut resepi sifu suria tu kena perap 1/2 jam tapi kalau perap lama boleh tak mcm kita uli waktu mlm pagi esok baru goreng ?
sebaiknya jangan perap terlalu lama, sebab takut rasanya masam pula ada campuran yis dan sebagainya... Diana tak pernah pula perap semalaman selalunya buat masa tu dan goreng masa tu juga
tapi boleh juga goreng setengah masak, bila dah kembang donut tersebut goreng sekejap dan angkat. Esok nak hidangkan baru goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Insyallah rasa masih lembut dan sedap.
[ Last edited by DianaA at 30-1-2006 10:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by speedial at 17-1-2006 03:40 PM
goreng separuh tu maksud dia goreng biar dia kembang masa putih2 lagi tu pastu angkat ker maklang??
...den tak ponah buat....ini mcm kalu senang lah den nak wat bekpes lenkali....
betul tu speed, bila dah perap dan donut tu pun dah naik goreng sekejap asal bentukkan maintain dah boleh angkat, sejukkan dan simpan dalam bekas tupperware dan boleh letak dalam peti sejuk. Bila nak hidang, keluarkan dari peti sejuk kasi dia lembut sikit pasa suhu bilik dan goreng sehingga kekuningan.
Waktu perap donut nih Diana letak kat dulang yang tabur tepung, jadi mudah untuk angkat dengan jari bila nak menggoreng. Jadi bentuknya pun maintain sebab ada juga yang bertanya kenapa donut mereka yang dah kembang kempis dan shapenya tak menjadi bila digoreng, jadi bila dah kembang tu angkat dengan hati2 penuh keayuan gitu :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katabatik at 17-1-2006 03:52 PM
kalau dah goreng separuh msk nak simpan mcm mana kena tutup dalam bekas or tutup sket2 ke mcm letak bwh tudung saji je ke cehh byk pulak soklan aku nih
dah goreng boleh letak bawah tudung saji jika mahu, untuk digoreng esok pagi... tapi jika nak freezekan simpan dalam tupperware... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by xette at 17-1-2006 03:58 PM
bg aku...donut suria ni utk org2 yg nak cepat....nak cepat siap..dan nak cepat makan..ahakss..
so donut suria ni adalah donut yg paling suitable for me..yg dok sokmo mengejar masa ni..
haah ek ...
xette api tu biar sederhana, jangan minyaknya terlalu panas nanti donut cepat coklat luarnya dan dalam belum masak betul.
Jadi warna donut serata dan boleh goreng setengah masak dalam 2 -3 minit dah boleh angkat bila bentuk donut dah confirm bila angkat tak akan kempis. boleh faham tak cara Diana terangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maisya at 18-1-2006 08:41 PM
petang tadi buat Curry Donuts. Guna resepi donut suria tapi bubuh inti kat dlmnya ( lebihan inti murtabak semalam ). Salut dgn breadcrumbs dan goreng....sedap woo...lembut jer...yummy!
[IMG]http:/ ...
sedapnya Maisya, terasa dah kat tekak... hmmm projek donut nak buh inti savoury plak :cak:... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Index at 26-1-2006 03:47 PM
Nak tanya kat kengkawan2 donut ku sekelian...
Mcm mana nak atasi masalh donut tak cukup masak di bhg tengah tu? Dua ari lepas buat donut resepi suria..ingat maleh ler nak buat lubang sebab nak i ...
Index, sebaiknya bila dah dibulatkan atau diterap biar ia naik dua kali ganda jadi dalamnya tak mampat adunan. Goreng api sederhana. Kalau kita buat bulat jangan terlalu tebal atau terlalu besar nanti lambat pulak belah dalam masak tapi belah luar dah warna kekuningan. Harap info yang tak seberapa nih dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eonis_balqis at 26-1-2006 04:01 PM
teringin tul nak buat donat..
tp eon takut x jd laa..
shida guna resepi sape? eon takut tul kalu bab uli m'guli.. den x reti laa..
eon, try buat resipi donut suria, kalau tak ada BM uli dengan tangan dalam 10 minit pun dah boleh lembut dan sebati... cubalah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 26-1-2006 08:38 PM
Shida, miker pakai cokelat bar ker?
Then ada campur haper haper lagi tak kat cokelat bar tu?
Dianak kalau buat donut celup coklat selalu guna 100 gram coklat masakan dan letak dalam 20 gram mentega. Coklat tak boleh terlalu pekat..
Jadi just nice bila celup angkat dan letak kat wire rack tabur choc rice, warna warni ke etc... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by magnolia at 27-1-2006 08:20 AM
bagus le disket..akak wat donut suria aritu pon ramai member yg mintak resepi...sedap banget
kak mag, lupa nak habaq.. Diana pernah buat donut suria letak serbuk koko jadi donut tu warna cokelat macam kat dunkin donuts tu. lepas tu goreng dan celup dengan coklat dan letak almond nibs. fuhhh sedap ehhhh.
Kalau nak lagi rasa coklat cecair tu campur sikit coklat emulco pun sodap... :cak:
nak donut rasa strawberi, campur strawberi paste dalam air tu kemudian uli dengan tepung semua |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
Originally posted by DianaA at 30-1-2006 10:27 PM
kak mag, lupa nak habaq.. Diana pernah buat donut suria letak serbuk koko jadi donut tu warna cokelat macam kat dunkin donuts tu. lepas tu goreng dan celup dengan coklat dan letak almond nibs. ...
thanx diana..idea baek nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Minum petang hari nih Diana buat Donut Suria letak inti Black Pepper Chicken dan juga Coklat. Resipi ada kat bawah. Diana berikan juga gambar jika nak goreng donut ini setengah masak dan ghopernya selepas waktu perap selama 30 minit. Bila donut ini diperap dengan sempurna dan digoreng dengan kepanasan yang sederhana, nak tahu kalau ia jadi sempurna lihat rongga2 isi belah dalam donut kalau ia kembang betul sewaktu digoreng haaa dah jadilah donut tersebut. Jika donut yang dihasilkan agak mampat dan tidak berongga tetapi donut elah masak kuning pada bahagian kulit luar, mungkin api perlu dikecilkan sedikit waktu menggoreng.
PERHATIAN: Kalau buat donut dengan filling coklat, lepas masak harap hati2 ya takut anak2 kecil sekali NGAP alahai intinya masih panas dan jenis yang cair. Jadi sejukkan dulu. Selamat mencuba
Donut sedang diperap dan donut yang digoreng setengah masak
Donut Blackpepper Chicken dan Donut Chocolate Filling
BLACKPEPPER CHICKEN FILLING
Bahan-bahannya
200 gm isi ayam - dipotong dadu
1 cawan sayur campur
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepong gandum
1/2 cawan atau lebih sikit susu segar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk lada hitam (yang crack fresh punya lagi sedap)
,garam dan gula secukupnya
Cara-caranya
Perapkan isi ayam dengan serbuk lada hitam, garam dan gula. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Masukkan sayur campur. Kacau dan angkat.
Dalam bekas lain, cairkan mentega. Taburkan tepong gandum. Kacau hingga menjadi pes. Api jangan terlalu besar, nanti hangus. Masukkan susu segar, kacau hingga menjadi pekat. Kemudian masukkan campuran ayam tadi, gaulkan dan tambah garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sejukkan. Sedia untuk digunakan.
COKLAT FILLING
Bahan-bahannya
100 gram coklat masakan
75 gram whipping cream
1/2 sudu teh mentega
Cara-caranya
Caranya mudah saja masak whipping cream dengan api sederhana bila dah mendidih buble-buble kecil, padamkan api, masukkan chocolate yang telah dipotong kecil-kecil. Kacau sehingga ketulan chocolate tu cair. Biarkan ia sejuk dan sebaiknya sediakan satu hari lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Bila isi dalam donut filling dah agak keras sikit jadi mudah kalau tidak cair susah nak isi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 31-1-2006 06:06 PM
Minum petang hari nih Diana buat Donut Suria letak inti Black Pepper Chicken dan juga Coklat. Resipi ada kat bawah. Diana berikan juga gambar jika nak goreng donut ini setengah masak dan ghopern ...
Cantik molek jer bulat dan licin donut Diana. Berkenan la plak nengok filling blackpepper chicken..buleh dak kalo buh sengkuang?? |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
diana bg idea best kat akak nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 26-1-2006 04:02 PM
eon ni kan..........aku geget jugak dia ni. shida guna resepi suria le. ala..........uli je. bukannya lama mana sangat pun. ko lenyek2 je tepung tu.
haha! alamak ratu kek n donut nak geget:cak:
kalu sng nanti eon buat ye yg! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 18/1/2006 11:04 AM
eon, senang. BM ku yang menguli :cak:
shida..
kalu guna BM..tekan butang dough..
dia akan uli for 28 mins
then masa perap dia 1 hour..
kan ker?
masa tu semua dia dah set kat BM tu..
jadik kalu buat donut suria..
uli2 terus terap then biarkan naik half an hour then
goreng...
camna tu?
rasa n texture tak berubah ker kalu guna BM?
kalu nak dibandingkan ngan resipi suria yang asal? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by coyotemawi at 1-2-2006 10:09 AM
shida..
kalu guna BM..tekan butang dough..
dia akan uli for 28 mins
then masa perap dia 1 hour..
kan ker?
masa tu semua dia dah set kat BM tu..
jadik kalu buat donut suria ...
coyote, kan ada dough yang instant tu. shida uli je kat dalam BM. dah habis uli, shida peram kat luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 1/2/2006 10:15 AM
coyote, kan ada dough yang instant tu. shida uli je kat dalam BM. dah habis uli, shida peram kat luar.
BM i tak dak la rasanya..
dia ada button dough tapi mmg dah siap 1 jam 28 mins |
|
|
|
|
|
|
magnolia This user has been deleted
|
Originally posted by Index at 31-1-2006 07:44 PM
Cantik molek jer bulat dan licin donut Diana. Berkenan la plak nengok filling blackpepper chicken..buleh dak kalo buh sengkuang??
boh le nk boh aper pon index..janji leh telan..hahaha..akak gurau jer...
akak pon dok tingin nie |
|
|
|
|
|
|
| |
|