CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 14-2-2012 02:40 PM | Show all posts
Reply  HangPC2


    Apek Cina depan tu..apek tak takut ke?
nobito Post at 14-2-2012 13:16



ini masa pameran MIHAS 2010 dekat booth Kopi Cap Hang Tuah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2012 05:37 PM | Show all posts
Tak...mungkin segelintir...kebanyakkan graduan dr oberseas sendiri mengutuk orang Malaysia ...
nobito Post at 12-2-2012 02:54




Pada majlis sama, Timbalan Pengarah ATMA yang juga panel penilai sesi pembentangan itu, Prof Dr Teo Kok Seong, menyuarakan rungutan pelajar berhubung sikap rakyat Malaysia yang kurang berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan rakyat asing.

“ Saya banyak menerima rungutan daripada pelajar yang menghadapi masalah mempraktikkan bahasa Melayu di Malaysia kerana rakyat di sini lebih gemar berbahasa Inggeris. Rakyat Malaysia kurang sabar dan berasa leceh untuk berbual dalam bahasa Melayu dengan orang asing, ” katanya yang berharap rakyat Malaysia menghakis sikap buruk itu kerana ia akan menjejaskan usaha mengembangkan bahasa Melayu ke persada dunia.



Sources : http://www.bharian.com.my/bharia ... akapMelayu_/Article



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:57 PM | Show all posts
Jawi, Jawah, Javadwipa



Oleh Salim Md Zain   





BATU Bersurat Terengganu



TULISAN Melayu huruf Arab yang telah digunakan sejak kedatangan Islam di Nusantara dikenali dengan nama tulisan “ Jawi ”. Nama “ Jawi ” merupakan kata adjektif perkataan “ Jawah ” yang berasal daripada bahasa Arab. Berkemungkinan besar perkataan “ Jawi ” atau “ Jawah ” ini berasal daripada perkataan “ Javadwipa ”, iaitu nama bagi sebuah daerah di Asia Tenggara pada zaman purba. Ini dibuktikan dengan catatan oleh Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah yang menggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Orang Arab hanya mengambil bahagian kata “ Java ” yang digunakan bagi merujuk seluruh Asia Tenggara, manakala kata “ dwipa ” ditinggalkan. Oleh itu, kata “ Jawah ” atau “ Jawi ” bukan sahaja merujuk pada orang Jawa, iaitu penduduk yang berasal dari Tanah Jawa, tetapi merujuk pada semua bangsa dan kaum peribumi Asia Tenggara termasuklah seluruh rumpun bangsa Melayu, Aceh, Banjar, Bugis, Campa, Jawa, Lombok, Mandailing, Minangkabau, Patani, Sunda, Filipina dan lain-lain. Oleh sebab itu, kebanyakan ulama dari Asia Tenggara sering menggunakan kata “ al-Jawi ” di hujung nama mereka sekalipun berlainan suku bangsa seperti Syeikh Abdul Samad al-Palembani al-Jawi, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani al-Jawi, Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi.




Hikayat Abdullah




Seni khat memaparkan keunikan tulisan Jawi  


Kini, istilah “ tulisan Jawi ” dikenali di Malaysia, Singapura, Selatan Thai dan  Brunei Darussalam, manakala di Indonesia tulisan ini dikenali sebagai “ tulisan Melayu huruf Arab ” atau “ tulisan Melayu Arab ”. Pada zaman kegemilangannya, tulisan Jawi telah digunakan secara meluas oleh orang Melayu dalam pelbagai bidang penulisan dan kesenian. Banyak bukti sejarah yang menunjukkan tulisan Jawi telah digunakan sekian lama. Contohnya, batu bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu  bertarikh 702H (1303M); mata wang (emas dan perak) yang diukir dengan nama raja Melayu yang memerintah seperti Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain; surat  raja-raja Melayu yang menggunakan tulisan Jawi termasuk surat kepada raja-raja bukan Melayu seperti Portugal dan Inggeris ; surat-surat perjanjian raja dan negara di Nusantara ; catatan pemilikan dan perdagangan ; piagam dan teks pemasyhuran ; ukiran pada batu nisan ; surat khabar dan majalah seperti Alamat Lankapuri, Jawi Peranakan, majalah Bustan Arifin dan Al-Imam. Kitab dan buku merupakan bentuk penulisan yang paling banyak terdapat sama ada dalam berbentuk manuskrip (tulisan tangan) atau cap batu. Kitab muktabar seperti Sayr as-Salikin, Hidayatus Salikin, Sabilal-Muhtadin, Tajul Muluk dan banyak lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi.   





Kitab Sayr as-Salikin




Kitab Hidayatus Salikin  


Malangnya, senario penggunaan tulisan Jawi di Malaysia kini seolah-olah mengalami “ zaman kepupusan ” . Semakin ramai anak Melayu yang gagal menguasai tulisan Jawi, malah berasa asing terhadap lambang jati diri bangsa sendiri. Kelemahan kemahiran menulis dan membaca Jawi dalam kalangan generasi muda bukan lagi senario yang luar biasa dalam masyarakat Melayu kita, walaupun terbukti dalam sejarah tamadun bangsa bahawa tulisan inilah yang menjadi wahana kemajuan negara bangsa khususnya di Kepulauan Melayu.   

Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang memartabatkan bahasa Melayu dengan ketetapan tulisan Rumi, secara tidak langsung menyempitkan lagi ruang dan peluang untuk mengembangkan semula tulisan ini apabila ramai penerbit tidak lagi berminat dengan penerbitan bertulisan Jawi. Kedudukan tulisan Jawi semakin parah apabila kitab-kitab agama juga diterbitkan dalam tulisan Rumi. Justeru, bagi memupuk kembali kesedaran terhadap pentingnya memelihara warisan khazanah bangsa yang sangat berharga ini, semua pihak harus memainkan peranan bersama.






Akhbar dan slogan yang memartabatkan tulisan jawi


Usaha Pendeta Za’ba mengumpul perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sejak tahun 1918 sehingga terhasilnya buku Rahsia Tulisan Jawi pada  tahun 1931 dan diikuti kejayaan menghasilkan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi perlu disegarkan semula. Kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan dan seharusnya Jawi mampu bergerak seiringan dengan tulisan perdana yang lain. Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan program J-Qaf (Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain) sejak tahun 2005 merupakan langkah yang harus dipuji. Justeru komitmen dan sokongan padu semua pihak, terutama golongan masyarakat Melayu sangat dituntut demi mempertahankan tulisan Jawi sebagai tunjang kekuatan intelektual, nadi dan jantung bangsa yang tiada galang gantinya.



Sources : http://klikweb.dbp.my/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 07:17 PM | Show all posts
Keris Raksasa Semenanjung Hulu Tapak Kuda

















Sources : http://cardovacreative.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2012 11:30 AM | Show all posts
Busana Cik Siti Wan Kembang





Busana Puteri Perak





Baju Kurung Berdagang Luar





Baju Kebaya Labuh





Baju Kebaya Sulam







Sources : http://kualalumpurcity.olx.com.my/users/faz2281




Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 09:37 PM | Show all posts
Sapa yg ajar ni.... semua orang yang amik subjek finance, economy, Human resource tahu pasal ni ...
nobito Post at 13-2-2012 00:07


aku pon study ekonomi gak... tp ape yang aku jumpe dlm kajian aku dan kajian pakar-pakar ekonomi(rujukan aku) berbeza dengan pendapat saudara ni... singapore ni hakikatnya mustahil boleh maju sampai mcm skrng klau xde tangan luar yang tlg... sebenarnya singapore dijadikan hub asia tenggara bagi satu kuasa besar ni... die pum duit n caturkan ekonomi yang merangkumi seluruh dunia untuk singapore... china??? dah sah2 x ngam dengan barat... tp knp cina kt singapore blh ngam dng kuasa barat??? pelik x???

1st sbb mmg dieorg mulut manis... masuk kandang lembu mengeboh masuk kandang kambing mengembek... untuk terus survive dlm dunia nusantara ni, dierg terpaksa korbankan kedaulatan dieorg pada kuasa barat ni... korban ape??? benarkan negara mereka jadi pangkalan bg kuasa barat di asia tenggara... tujuannya??? untuk kawal bangsa nusantara yg beragama islam ni...

korea n jepon??? same je macam singapore ni... sbb kuasa barat gak yang pum duit and ilmu pada dierng... balasanya kene benarkan mereka buat pangkalan di negara mereka... x puas hati dng kenyataan aku ni??? ok baik lah... katekan korea tu rajin dan bijak pandai... abis knp korea utara tu x maju mcm korea selatan??? sedangkan mereka dari satu bangsa yg sama...

sebabnya mmg kuasa barat ni ada kuasa untuk memajukan dan mengekang sesebuah negara tu... aku nk bg contoh paling bais kuasa barat  buat pada kita... malaysia beli kapal terbang pejuang f18 hornet... spek ikut ape yg kite nk... singapore pon same gak, belik kapal terbang yang sama... bezanya singapore boleh beli peluru berpandu r77 yang paling canggih dlm klas die, sedangkan kita tidak dibenarkan untuk memiliki peluru itu walaupon mampu... penyudahnye??? malaysia beralih ke rusia sebagai prospek baru...

negara china mmg kuasa ekonomi dunia... tapi kite kne tengok jurang ekonomi antara rakyat mereka... besor boh... malaysia ni x parah pon... makin baik adela aku tngk... contoh paling mudah... orang melayu mampu beli rumah walaupon berhutang... nk fight dengn cina malaysia mmg susah... sebab??? korang tngk bangunan-bangunan lama kat bandar-bandar... ade catat tahun bangunan tu dibina... perasan??? ade yang seawal tahun 1890an... dah seratus tahun dieorg main peranan dlm ekonomi kite ni, mcm mne nk kejor weh...

nk kejor mmg lambat, tp nk hentikan mereka mmg cepat... mcm mne??? boikot je dieorg... tp rencat la ekonomi malaysia untuk tempoh tertentu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2012 09:45 PM | Show all posts
aku pon study ekonomi gak... tp ape yang aku jumpe dlm kajian aku dan kajian pakar-pakar ekonomi ...
AnokPahang Post at 14-4-2012 21:37



   Kalau betul Malaysia hebat kenapa mereka terlalu bergantung kepada globalisasi..sehingga mengabaikan nasionalisme?
Cuba la tengok orang Melayu snediri tak menguasai ekonomi macam mana nak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa bisnes (bahasa bisnes Malaysia English okeyy)...dan bahasa Ilmu (bahasa ilmu Malaysia pon English, Mahathir pon setuju)

Memang x da motif la orang belajar bahasa Melayu melainkan setakat menguasai ilmu2 dukun dan bisnes kampung

Singapura lain kes...mereka negara kecil yang bergantung kepada pelabuhan dan pelabur luar...lagi pon mereka pelbagai bangsa maka tak haIran la mereka mengunakan sekolah pendidikan Inggeris untuk membentuk negara bangasa....

Bukan seperti Malaysia yang pelbagai bahasa dan pelbagai bangsa tapi pd masa yg sama mengaku 1 bangsa iaitu Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 10:05 PM | Show all posts
Kalau betul Malaysia hebat kenapa mereka terlalu bergantung kepada globalisasi..sehingga me ...
nobito Post at 14-4-2012 21:45



    bahasa bisnes kt mane tu??? dalam negara or luar negara??? klau dlm negara rasanya kite gune bahasa melayu sebagai pertuturan... annual report??? blh dpt dwi bahasa... kerajaan??? 100% bahasa melayu lagi aku rasa... cuma ade buat penambahan bahasa asing untuk memudahkan penduduk yg x reti bahasa melayu...

klau sdare ade contoh, bagi satu negara yg x bergantung dengan kuasa barat tapi maju dan rakyatnya pon kaye raye... hurm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2012 10:09 PM | Show all posts
bahasa bisnes kt mane tu??? dalam negara or luar negara??? klau dlm negara rasanya kite gu ...
AnokPahang Post at 14-4-2012 22:05



   Orang bergantung pada Barat tapi ada ka sampai hilang jati diri?
Bahasa bisnes kat dalam negara pon bergantung kepada taukeh dia...kalau Cina maka Mandarin la...apa motif nak pakai bahasa Melayu di Syarikat milik Cina Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 10:52 PM | Show all posts
Reply 429# nobito


    kita dah hilang jati diri ke??? contoh mcm mne tu???
yeke gune manderin??? aku rasa sampai skrng bahasa melayu... lain la klau semua pekerja die org cine...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:06 PM | Show all posts
Reply  nobito


    kita dah hilang jati diri ke??? contoh mcm mne tu???
yeke gune manderin???  ...
AnokPahang Post at 14-4-2012 22:52



   Yeke????
Pergi la kat bod CI...ada yang bincangkan pasal tu

Melayu je mudah hilang jati diri...bangsa lain tak hilang pon...tu la sebabnya ada Melayu yang takut bila China muncul menjadi kuasa besar
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 11:22 PM | Show all posts
bukan takut sdare... cume bangsa kite mmg x ready... kang bile lebih2 ckp psl melayu, ade org kate asobiah plak... dah guane??
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 04:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2012 06:21 PM | Show all posts
Pedang Jenawi Patani



Origin : Pattani (Sultanate Patani / Ayutthaya Period)
















Sources : http://www.konrakmeed.com



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 12:38 PM | Show all posts
Keris Sheikh Ahmad Qomi










Sheikh Ahmad Qomi (1543-1631)

Sheikh Ahmad Qomi, was an Iranian expatriate who lived in Thailand for 26 years. He was a merchant, a religious figure and the architect of cultural relations between Persian And Siam. He was also one of the pioneers of promoting Islam in East Asia.

Sheikh Qomi was born in Iranian holy city of Qom in 1543 and moved to Bangkok in 1605 at the age of 62. He lived in Siam for 26 years until his death. He was trusted in Siam royal court and undertook top positions in government hierarchy of Siam thanks to his insight and intellect.




Sources : http://www.konrakmeed.com/


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:07 PM | Show all posts
Nak tanya, dalam bahasa melayu org panggil apa benda ni? Dalam English panggil fire piston. Yang men ...
ra5101 Post at 24-8-2011 09:37



DI SUMATERA PUN NI ADA LAH.... KALU TEMPAT AMBE , MEDAN DELI, ORANG MELAYU DELI SEBUT NI "TOLOP"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 06:15 PM | Show all posts
Melayu Sumatera Timur...


Datok Badiuzzaman Sri Indera Pahlawan, Penguasa Kedatukan Hamparan Perak. Salah satu dari 4 Raja Urung Kesultanan Deli, Raja Urung ni berdarah Batak Karo yang sudah Melayu.
tengok, senjata beliau Badik Tumbuk Lada.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:17 PM | Show all posts
Melayu Sumatera Timur...


Datok Badiuzzaman Sri Indera Pahlawan, Penguasa Kedatukan Hamparan Perak. Salah satu dari 4 Raja Urung Kesultanan Deli, Raja Urung ni berdarah Batak Karo yang sudah Melayu.
tengok, senjata beliau Badik Tumbuk Lada.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:17 PM | Show all posts

Panglima Laksamana Askar Kesultanan Aceh , agaknya beliau ni Orang dari India atau Malabar lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:20 PM | Show all posts


Sultan Amaluddin Sani Perkasa Alam, Sultan Deli ke X. Bersenjata Keris Khas Diraja Melayu Deli, Keris tu kalu tak silap ambe disebut "Keris Sani" (Sani bemakna Kedua, dari bahsa arab)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.551062 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list