|
Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)
[Copy link]
|
|
Lebih 400 masuki Mesir dari Gaza

Orang ramai meninggalkan Semenanjung Gaza dengan menyeberangi lintasan sempadan Rafah ke Mesir kelmarin. — Gambar AFP
ISMAILIA: Tujuh puluh enam rakyat Palestin yang cedera dan 335 warga asing atau mereka yang memiliki dua kewarganegaraan telah dibenarkan merentas dari Semenanjung Gaza yang dilanda perang ke Mesir kelmarin, kata seorang pegawai Mesir di lintasan sempadan Rafah.
Ia merupakan rentasan pertama orang awam yang dibenarkan masuk ke Mesir dari Gaza sejak Israel melaksanakan “pengepungan menyeluruh” di wilayah Palestin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.
Setakat 4.30 petang kelmarin, ambulans telah mengangkut 76 rakyat Palestin yang cedera ke Mesir dan enam bas yang membawa 335 pemegang pasport asing, kata pegawai itu kepada AFP, yang dihubungi melalui telefon di Ismailia.
Pihak berkuasa Mesir berkata mereka akan membenarkan 90 rakyat Palestin yang cedera dan sekitar 545 warga asing dan orang dwi kewarganegaraan lagi untuk menyeberang.
“Terminal Rafah akan dibuka semula pada Khamis untuk memberi laluan kepada lebih ramai warga asing dan orang dwi kewarganegaraan,” kata sumber keselamatan kepada AFP.
Empat rakyat Itali adalah antara warga asing yang meninggalkan Gaza kelmarin, kata Menteri Luar Itali, Antonio Tajani di platform X.
“Saya baru sahaja bercakap dengan empat rakyat Itali pertama yang meninggalkan Semenanjung Gaza. Mereka letih tetapi dalam keadaan sihat, dibantu oleh konsul Itali di Kaherah. Kami terus berusaha untuk mengeluarkan semua orang,” tambahnya.
“Kumpulan pertama” lima rakyat Perancis juga antara yang dibenarkan meninggalkan wilayah yang dikepung, kata kementerian luar Perancis.
“Kami meneruskan usaha kami supaya semua rakan senegara kami, kakitangan kami, dan keluarga mereka yang ingin berbuat demikian boleh meninggalkan Gaza secepat mungkin,” tambahnya, sambil meluahkan kebimbangan mengenai sekitar 50 lagi rakyat Perancis dan keluarga mereka.
Pada Selasa, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken memberitahu Kongres bahawa dianggarkan 1,000 orang, termasuk 400 rakyat AS serta saudara terdekat mereka, terperangkap di Gaza dan sedang mencari jalan untuk dipindahkan. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... uki-mesir-dari-gaza |
|
|
|
|
|
|
|
Ribuan PATI Afghanistan tinggalkan Pakistan

Wanita Afghanistan yang berpurdah memanjat trak setibanya dari Pakistan di sempadan Torkham Afghanistan-Pakistan di wilayah Nangarhar kelmarin. — Gambar AFP
PESHAWAR: Ratusan ribu pendatang asing tanpa izin (PATI) Afghanistan yang tinggal di Pakistan diancam penangkapan dan pengusiran bermula kelmarin, apabila tarikh akhir yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mereka keluar dari negara tersebut telah mencetuskan penghijrahan besar-besaran.
Islamabad telah memberi tarikh akhir sehingga 1 November kepada 1.7 juta rakyat Afghanistan, yang dikatakan menetap secara haram di negara itu, untuk keluar secara sukarela atau mereka bakal diusir secara paksa.
Beribu-ribu menyertai barisan berliku-liku yang terbentang sejauh tujuh kilometer di titik sempadan paling sibuk, dengan pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 29,000 orang menyeberang ke Afghanistan sehari sebelumnya.
“Sejak 1 November, proses penahanan dan pengusiran ke atas PATI telah bermula. Bagaimanapun, kepulangan mereka secara sukarela juga akan diteruskan dan digalakkan,” kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.
Lebih 140,000 orang telah meninggalkan Pakistan sejak awal Oktober apabila perintah itu dikeluarkan oleh kerajaan sementara yang tidak dipilih menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Januari.
Empat puluh sembilan pusat pendaftaran imigresen dibuka di seluruh negara kelmarin bagi memproses dan menghantar pulang rakyat Afghanistan, kata media kerajaan.
“Hati saya sebenarnya tidak mahu kembali ke Afghanistan tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain,” kata Irfanullah, 32, ketika dia menunggu untuk dihantar pulang.
“Polis mengasak kami, mereka pernah tidak menghormati mana-mana lelaki dan wanita dengan menceroboh masuk rumah kami. Sebab itu kami pulang, untuk mengelakkan daripada dihina lagi.”
Berjuta-juta rakyat Afghanistan telah memasuki Pakistan sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini, melarikan diri daripada beberapa konflik ganas, dan dianggarkan 600,000 PATI masuk sejak kerajaan Taliban merampas kuasa pada Ogos 2021 dan mengatkuasakan undang-undang Islam dengan pelaksanaan yang tegas.
Pakistan berkata pengusiran itu adalah untuk melindungi “kebajikan dan keselamatannya” selepas peningkatan mendadak dalam kejadian serangan, yang dipersalahkan ke atas militan yang beroperasi dari Afghanistan.
Pihak berkuasa di bahagian sempadan Afghanistan terkedu dengan skala penghijrahan ketika cuba memproses mereka yang kembali – sebahagian daripadanya menjejakkan kaki ke Afghanistan buat kali pertama dalam hidup mereka.
Samiullah Samoon, yang mengetuai pendaftaran imigresen di Torkham, berkata lintasan itu menghadapi “situasi kecemasan”.
Selepas melarikan diri ke Afghanistan, Benafsha yang berusia 35 tahun dan mengandung empat bulan sedang menunggu untuk diproses sebelum berpindah ke wilayah asalnya, Kunduz, bersama keluarganya.
“Di Kunduz, kami tidak mempunyai tanah, atau rumah, atau kerja,” kata wanita itu, yang tidak pernah memiliki dokumen di Pakistan walaupun tinggal di sana hampir sepanjang hayatnya.
“Kami tidak mempunyai apa-apa di sana.”
Kerajaan Taliban menggesa Pakistan memberi lebih banyak masa kepada rakyat Afghanistan yang tidak mempunyai dokumen di negara itu tatkala tekanan memuncak di pusat sempadan.
Peguam dan kumpulan hak asasi manusia telah menuduh kerajaan Pakistan menggunakan ancaman, penderaan, dan penangkapan untuk memaksa pencari suaka dari Afghanistan untuk pergi, dan rakyat Afghanistan telah melaporkan pemerasan dan penangkapan sewenang-wenangnya dalam beberapa minggu ini.
“Perlembagaan Pakistan memberikan setiap orang yang berada di tanah ini hak untuk perbicaraan yang adil, tetapi pelarian ini telah dinafikan hak itu,” kata Moniza Kakar, seorang peguam hak asasi manusia yang berpangkalan di Karachi.
Beribu-ribu keluarga kelmarin tiba secara sukarela di sebuah pusat tahanan di Landi Kotal, yang terletak berhampiran sempadan Torkham, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, di mana majoriti PATI Afghanistan menetap.
Di bandar lain, van polis yang membawa rakyat Afghanistan yang ditahan dilihat tiba di pusat tahanan bandar.
Pihak berkuasa juga telah menyasarkan rumah dan perniagaan yang mereka anggap haram, serta rakyat Pakistan yang dituduh melindungi PATI Afghanistan. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... tinggalkan-pakistan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai gembira menaiki 'kereta api terapung' Thailand
November 5, 2023 @ 5:54pm

Pelancong yang menaiki 'kereta api terapung' yang popular mengambil gambar di sepanjang landasan kereta api. - Foto AGENSI
LOPBURI, THAILAND: Beratus-ratus penumpang mengambil kesempatan menaiki kereta api 'terapung' Thailand dan berswafoto sebaik saja gerabak berhenti di atas laluan jambatan yang sempit, yang menjadi antara pengalaman menarik.
Ketika ini, pengembaraan kereta api semakin popular di Thailand di mana pelancong ingin menikmati satu pengalaman berbeza, berbanding kebiasaannya.
Hari Sabtu kini menjadi hari pertama perkhidmatan Kereta Api Negeri Bangkok ke Empangan pertama Thailand Pasak Jolasid, "Rot Fai Loi Nam", bagi menandakan berakhirnya musim hujan.
Beratus penumpang akan menaiki kereta api di Stesen Hua Lamphong yang berusia berabad di Bangkok sebelum matahari terbit dan sepanjang laluan, mereka menikmati pemandangan yang menarik.
Selepas tiga jam perjalanan dari Bangkok, kereta api Jepun yang sudah diperbaharui itu melintasi takungan Pasak Jolasid melalui beberapa jejambat dan berhenti selama 20 minit untuk penumpang berswafoto.
Seorang peminat kereta api dan penulis blog pengembaraan, Richard Barrow, berkata sebelum ini kelihatan lembu meragut di bawah jambatan tetapi dari Oktober hingga Januari, air tinggi di kedua-dua belah kawasan yang memberikan gambaran bahawa kereta api itu seolah terapung di atas air.
"Saya sudah menempah tiket dan melakukannya tiga kali lagi musim ini, tetapi hebahan ini hanya dilakukan dalam bahasa Thai, jadi ramai pelancong asing terlepas pengalaman unik itu," katanya.
Pelajar pertukaran universiti Taiwan, Wei Wu, 21, berkata ia adalah satu keseronokan untuk bergambar di landasan kereta api.
"Ia sangat menarik dan kali pertama saya menaiki kereta api di Thailand.
"Kebanyakan pelancong hanya akan melihat stereotaip Thailand," katanya.
Kemudian beberapa penumpang melawat Empangan Pasak Jolasid di mana empangan itu digunakan untuk pertanian dan pencegahan banjir selain menjadi tarikan pelancongan dengan perjalanan kereta api yang popular bermula dari November hingga Januari. - AFP
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Abu Hatab mati syahid bersama beberapa anggota keluarganya

Saudara-mara dan rakan sekerja mengusung jenazah Abu Hatab yang mati syahid bersama beberapa anggota keluarganya apabila rumahnya musnah dalam pengeboman Israel di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza kelmarin. — Gambar AFP
SEMENANJUNG GAZA: Seorang wartawan bertugas untuk rangkaian televisyen bagi Pentadbiran Palestin kelmarin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, lapor pihak rangkaiannnya, ketika peperangan semakin tegang antara Israel dan Hamas.
“Rakan sekerja kami Mohammed Abu Hatab mati syahid bersama dengan beberapa anggota keluarganya dalam pengeboman Israel ke atas kediamannya di Khan Yunis di selatan wilayah, kata stesen penyiaran Palestine TV.
Sumber perubatan di hospital Nasser di Khan Yunis melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dalam serangan itu.
Sejak Israel mula mengebom Semenanjung Gaza susulan serangan Hamas pada 7 Oktober, beratus-ratus wartawan Palestin terpaksa melarikan diri ke selatan dari Bandar Gaza serta bertugas dengan ketakutan bagi nyawa mereka dalam keadaan yang dahsyat semasa serangan udara Israel melanda wilayah itu.
Kesatuan wartawan Palestin melaporkan 27 anggotanya terkorban di wilayah itu sejak 7 Oktober.
Para wakil media di Gaza, termasuk AFP, pernah bekerja dari pejabat-pejabat di Bandar Gaza.
Namun pengeboman sengit oleh Israel, yang memusnahkan banyak bangunan, memaksa beberapa organisasi media untuk menghantar pasukannya ke selatan, malah ketika tentera Israel menyerang sasaran di sekitar wilayah secara keseluruhan.
Konflik menjadi tegang pada hari ke-27 kelmarin selepas serangan Hamas pada 7 Oktober, kata pihak berkuasa Israel.
Sejak itu, tentera rejim Israel telah menyerang tanpa henti wilayah Palestin dan mengerahkan pasukan tentera daratnya. Kementerian Kesihatan di Gaza yang ditadbir oleh Hamas melaporkan 9,061 orang telah terkorban, termasuk 3,760 kanak-kanak. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... ngan-israel-di-gaza
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Australia didakwa atas kematian tiga individu disyaki makan cendawan beracun

Seorang lelaki dilihat berjalan melintasi mahkamah di mana seorang wanita didakwa atas tiga tuduhan membunuh dan dua cubaan membunuh selepas memasak hidangan cendawan beracun di Latrobe Valley, timur Melbourne semalam. — Gambar AFP
SYDNEY: Polis Australia mendakwa seorang wanita dengan pembunuhan kelmarin selepas hidangan cendawannya menyebabkan tiga orang maut dan seorang pendakwah tempatan dalam keadaan kritikal.
Erin Patterson, 49, berdepan tiga tuduhan membunuh dan dua cubaan membunuh, kata detektif negeri Victoria dalam satu kenyataan.
Dia telah menafikan sebarang salah laku.
Tuduhan dikemukakan hanya beberapa jam selepas detektif menahan dan menggeledah rumahnya di pekan kecil luar bandar Leongatha, tenggara Melbourne.
Sebagai tambahan, polis menyatakan mereka telah mendakwa Patterson dengan tiga tuduhan lain bagi cubaan membunuh dalam tiga lagi insiden awal sebelum itu pada 2021-2022 apabila seorang lelaki berusia 48 tahun “jatuh sakit selepas memakan hidangannya.”
Ia merupakan siri terkini dalam satu kisah panjang yang membelenggu negara itu.
Patterson dikatakan menghidangkan daging lembu Wellington pada 29 Julai kepada kedua-dua mentuanya, Don dan Gail Patterson, serta paderi utama Baptis Ian Wilkinson dan isterinya Heather.
Pada lewat malam itu, dua pasangan itu telah dibawa ke hospital dengan simptom keracunan makanan ketika tahap kesihatan mereka memburuk dengan cepat.
Dalam masa seminggu, tiga daripada mereka meninggal dunia. Hanya paderi berusia 69 tahun, Wilkinson, terselamat selepas menjalani rawatan di hospital selama dua bulan. Dia dibenarkan keluar pada 23 September.
Paderi itu muncul di khalayak ramai buat kali pertama pada awal Oktober ketika majlis penghormatan untuk isterinya, dengan akhbar tempatan melaporkan dia “kelihatan lemah” dan “menggunakan bingkai berjalan”.
Polis telah menyatakan simptom mangsa adalah konsisten dengan akibat berpunca daripada memakan cendawan butang beracun yang sangat berbahaya, walaupun mereka tidak melakukan rujukan dengan bahan dalam kenyataan terbaru mereka.
“Tuduhan pada hari ini adalah hanya langkah seterusnya dalam apa yang merupakan satu siasatan yang sangat kompleks, berkaedah dan menyeluruh oleh detektif Skuad Homisid,” kata Inspektor Detektif Dean Thomas dari skuad homisid polis Victoria.
“Saya fikir ia adalah sangat penting bagi kita agar terus memikirkan bahawa di tengah ini, tiga orang telah kehilangan nyawa mereka,” katanya.
Dalam komuniti yang lebih kecil, satu tragedi seperti ini boleh bergema selama beberapa tahun akan datang, tambahnya.
Polis telah menamakan pengarang surat berita komuniti Patterson sebagai suspek sejurus selepas hidangan beracun itu.
Patterson berkeras menyatakan dia tidak bersalah, dilaporkan memberitahu pada Ogos bahawa dia telah membeli cendawan itu dari sebuah kedai runcit Asia dan kejadian keracunan itu tidak disengajakan. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... an-cendawan-beracun
|
|
|
|
|
|
|
|
195 korban serangan udara Israel di kem pelarian Jabalia: Hamas

Sekumpulan pemuda Palestin mengangkat jenazah seorang kanak-kanak selepas serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza pada Rabu. — Gambar AFP
GAZA: Kerajaan Hamas di Gaza kelmarin berkata 195 orang terkorban dalam serangan Israel pada minggu ini di kem pelarian Jabalia, yang terbesar di wilayah kecil Palestin.
“Korban dalam pembunuhan beramai-ramai pertama dan kedua di Jabalia telah melebihi 1,000, termasuk yang mati syahid dan tercedera,” menurut kenyataan dari pejabat media kerajaan Hamas, merujuk kepada serangan pada Selasa dan Rabu.
“Kami merekodkan 195 kematian, 120 hilang di bawah runtuhan dan 777 tercedera,” katanya.
AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas jumlah tersebut.
Kementerian Kesihatan yang diuruskan oleh Hamas berkata 8,796 orang maut, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan udara dan darat secara besar-besaran selepas serangan Hamas pada 7 Oktober. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... arian-jabalia-hamas
|
|
|
|
|
|
|
|
32 terkorban dalam kebakaran di pusat pemulihan dadah Iran

TEHRAN: Angka kematian akibat kebakaran di sebuah pusat pemulihan dadah di utara Iran meningkat sehingga 32 orang, lapor media tempatan kelmarin, pertambahan daripada kiraan awal seramai 27 orang.
“Seramai 32 orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pusat pemulihan dadah di Langarud, sebuah bandar di wilayah utara Gilan,” lapor agensi berita ISNA memetik timbalan gabenor wilayah Mohammad Jalai.
Jalai berkata 16 orang lagi tercedera dalam kebakaran itu, empat daripadanya “dalam keadaan kritikal”.
Laman sesawang berita pihak kehakiman Mizan Online pada mulanya melaporkan 27 kematian dan 12 kecederaan.
Punca kematian masih belum jelas namun ketua hakim wilayah Esmail Sadeghi telah membuka siasatan, menurut Mizan, menjelaskan kapasiti pusat itu adalah untuk 40 orang.
Sadeghi berkata beberapa suspek telah ditangkap termasuk pengurus pusat itu.
Rakaman kebakaran yang disiarkan oleh ISNA menunjukkannya menerangi langit malam dan kepulan asap tebal.
Pada Ogos, satu kebakaran berlaku di Grand Bazaar di Tehran, mengakibatkan beberapa kedai rosak namun tiada korban nyawa.
Pada Januari 2017, kebakaran di pusat beli-belah Plasco setinggi 15 tingkat di Tehran, membunuh sekurang-kurangnya 22 orang, termasuk 16 anggota bomba. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... emulihan-dadah-iran
|
|
|
|
|
|
|
|
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan sebelum PRU
November 5, 2023 @ 7:53pm

Lee Hsien Loong. - Foto AFP
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Lawrence dan pasukan 4G (Generasi Keempat) telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Mereka telah memikul tanggungjawab yang besar, dan sedang bersiap sedia untuk mengambilalih kepimpinan.
"Mereka telah membuktikan kemampuan mereka semasa COVID-19 dan sekarang sedang melakar agenda nasional. Mereka bersama-sama dengan warga Singapura dalam melangkah ke hadapan bersama gerakan Forward SG," kata Lee ketika Majlis Anugerah dan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2023 di sini, pada Ahad.
Lee yang juga adalah Setiausaha Agung PAP berkata, Lawrence telah memaklumkan kepadanya bahawa "beliau sudah bersedia."
"Pasukan 4G juga sudah bersedia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Lawrence dan pasukannya. Tidak ada sebab untuk menangguhkan peralihan politik itu nanti," katanya.
Lee yang berusia 71 tahun pada tahun ini, berkata disebabkan COVID-19 beliau tidak dapat melaksanakan peralihan itu pada hari lahirnya yang ke-70 seperti diharapkan.
"Tetapi jika semuanya berjalan lancar, saya akan menyerahkannya menjelang ulang tahun ke-70 PAP tahun depan," katanya. PAP diasaskan pada 21 Nov 1954.
Lee dilihat tidak dapat menahan sebak di akhir ucapannya selama satu jam.
"Adalah suatu penghormatan buat saya untuk berkhidmat kepada negara, pertama dalam SAF (Angkatan Bersenjata Singapura), dan kemudian dalam parti dan kerajaan, sepanjang hidup saya.
"Saya telah menjadi PM (perdana menteri) selama hampir 20 tahun," katanya.
Lee berkata, Singapura dan PAP telah berubah secara menyeluruh, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, tetapi ada beberapa perkara yang kekal tidak pernah berubah.
"Kami masih memakai pakaian serba putih, dan kami masih bersapa satu sama lain sebagai rakan seperjuangan. Kami tetap berdedikasi kepada Singapura, kami masih berasa terpanggil untuk berkhidmat kepada rakyat, kami masih mempunyai kewajipan kepada generasi akan datang untuk memastikan negara ini berkembang maju dan selamat."
"Perkara ini tidak berubah di bawah pengawasan saya, dan ia juga tidak akan berubah di bawah 4G," katanya.
PRU Singapura kali terakhir diadakan pada Julai 2020. - BERNAMA
Kredit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Empat maut pesawat ringan terhempas di Austria

Gambar serahan daerah Lungau kelmarin menunjukkan anggota bomba semasa operasi menyelamat dan pesawat ringan Cirrus SR20 selepas ia terhempas di rupa bumi yang berceranggah di Sankt Andrae im Lungau berhampiran Lintsching sehari sebelumnya. — Gambar AFP
VIENNA: Empat orang maut selepas pesawat ringan terbang dari Croatia ke Salzburg terhempas di tengah Austria, kata polis kelmarin.
Pesawat Cirrus SR20 meninggalkan Zagreb pada tengah hari Khamis untuk ke Salzburg dan terhempas di rupa bumi yang berceranggah berhampiran Lintsching, kata polis.
Punca nahas masih belum diketahui dan bedah siasat telah diarahkan untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Penyiaran awam Austria ORF berkata penerbangan di Salzburg “sangat sukar” pada Khamis akibat angin kuat dan awan tebal. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... erhempas-di-austria |
|
|
|
|
|
|
|
Gempa bumi di Nepal ragut lebih 60 nyawa

Gambar menunjukkan salah sebuah rumah yang musnah selepas gempa bumi melanda kampung Pipaldanda di daerah Jajarkot semalam. — Gambar AFP
KATHMANDU: Lebih 60 orang terkorban apabila gempa bumi cetek sekuat 5.6 pada skala Richter melanda wilayah terpencil di Nepal, menurut pihak berkuasa pada awal semalam.
Gegaran melanda di barat negara Himalaya itu pada lewat kelmarin dan diukur oleh Agensi Kajian Geologi AS (USGS) hanya sedalam 18 kilometer.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan penduduk tempatan menggali melalui timbunan runtuhan dalam keadaan gelap untuk mengeluarkan mangsa yang masih hidup dari serpihan rumah dan bangunan yang runtuh.
Beberapa pondok lumpur telah roboh atau rosak ketika mangsa terselamat merangkak keluar untuk menyelamatkan diri, di tengah-tengah bunyi siren kenderaan kecemasan.
Gempa bumi itu telah dirasai sehingga sejauh ibu negara India, New Delhi, hampir 500 kilometer dari pusat utama gempa 42 kilometer selatan Jumla.
“Di sini 26 orang maut dan ramai yang tercedera,” ketua daerah Jajarkot, Suresh Sunar memberitahu AFP.
“Hari masih malam dan sukar untuk mendapatkan semua maklumat,” tambah beliau. “Jumlah kematian mungkin akan meningkat.”
Hospital daerah telah dipenuhi dengan ramai penduduk yang membawa mangsa yang tercedera.
Sekurang-kurangnya 36 orang maut dan 85 lagi tercedera di wilayah berhampiran Rukum West, menurut ketua polis di kawasan itu, Namraj Bhattarai.
“Kami sedang melakukan usaha menyelamat,” jelasnya.
Nepal terletak pada rekahan utama geologi di mana plat tektonik India menolak plat Eurasia, membentuk Himalaya, dan gempa bumi merupakan kejadian yang kerap berlaku.
Kerajaan telah mengerahkan pasukan keselamatan untuk membantu usaha menyelamat.
“Kami menerima maklumat bahawa terdapat kerosakan fizikal dan manusia di dua daerah itu akibat gempa bumi, dan pasukan keselamatan telah dikerahkan untuk kerja menyelamat,” kata jurucakap kementerian dalam negara Nararyan Prasad Bhattarai.
Jumlah itu masih belum disahkan, tambahnya.
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal menyuarakan “perasaan sangat sedih bagi kesan terhadap manusia dan fizikal berpunca daripada gempa bumi itu.”
Hampir 9,000 orang maut dan lebih 22,000 tercedera pada 2015 ketika gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Richter melanda Nepal, memusnahkan lebih setengah juta rumah dan merosakkan hampir 8,000 sekolah.
Beratus-ratus monumen dan istana diraja – termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lembah Kathmandu – yang menarik ramai pelawat dari seluruh dunia turut musnah, menjejaskan industri pelancongan.
Jumlah kerugian ekonomi akibat bencana itu dianggarkan sehingga AS$7 bilion.
Enam orang terbunuh pada November tahun lepas ketika gempa bumi sekuat 5.6 pada skala Richter melanda daerah Doti, berdekatan Jajarkot.
Pengguna media sosial India melaporkan telah merasai gempa bumi kelmarin di beberapa bandar utara di Lucknow dan Patna.
Ia telah disusuli beberapa jam kemudian oleh gegaran di kawasan yang sama dengan kekuatan 4.0 pada skala Richter, kata USGS. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/ ... agut-lebih-60-nyawa
|
|
|
|
|
|
|
|
Lapangan terbang Hamburg ditutup selepas lelaki rempuh premis, lepas tembakan ke udara

HAMBURG (Jerman): Polis Hamburg, Jerman percaya bahawa pertikaian hak penjagaan anak mungkin menjadi punca seorang lelaki bersenjata menyerbu lapangan terbang antarabangsa Hamburg, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan bahawa lapangan terbang antarabangsa Hamburg terpaksa ditutup kepada semua penerbangan keluar dan masuk selepas seorang lelaki merempuh penghadang keselamatan dengan kenderaannya dan meluru ke arah landasan, sebelum melepaskan dua das tembakan ke udara.
Menurut maklumat yang diperoleh setakat ini, kanak-kanak yang bersama lelaki itu berada dengan ibunya pada Sabtu.
Polis percaya bapa berkenaan "mengambil anak" daripada ibunya, mungkin secara paksa, sebelum memandu ke Hamburg dan ke landasan lapangan terbang itu, kata jurucakap polis pada petang Sabtu ketika ditanya mengenai kejadian itu.
Pasukan petugas khas polis dan ahli psikologi polis berada di tempat kejadian.
Lelaki berusia 35 tahun itu dilaporkan membawa seorang kanak-kanak berusia empat tahun di dalam kenderaan terbabit.
Lapangan terbang Hamburg telah dikosongkan sepenuhnya. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... s-tembakan-ke-udara |
|
|
|
|
|
|
|
Aksi hampir tiga jam

Djokovic meraikan kejayaannya menumpaskan Rune pada peralwanan suku akhir Kejohanan ATP Masters Paris. — Gambar AFP
PARIS: Novak Djokovic menumpaskan Holger Rune semalam untuk membalas dendam atas kekalahannya dalam final Paris Masters tahun lalu dan mara ke empat terakhir, sementara Stefanos Tsitsipas mengatur pertemuan dengan Grigor Dimitrov.
Pemain nombor satu dunia Djokovic terlepas mata perlawanan pada set kedua tetapi akhirnya meraih kemenangan 7-5, 6-7 (3/7), 6-4 ke atas Rune dari Denmark selepas berbalas serangan hampir tiga jam di gelanggang di Bercy Arena.
Bintang Serbia itu beraksi dalam acara Jelajah ATP pertamanya sejak menjulang rekod gelaran Grand Slam ke-24 di New York pada September.
Djokovic, juara rekod enam kali, akan menentang sama ada Alex de Minaur atau Andrey Rublev untuk mengunci tempat ke final Paris Masters kesembilannya.
“Ia perlawanan yang agak serupa dengan perlawanan akhir tahun lepas, ia perlawanan yang boleh menyebelahi sesiapa sahaja dalam setiap set,” kata Djokovic.
“Saya bermain tie-break yang teruk pada set kedua, mungkin yang paling teruk tahun ini. Tetapi sekali lagi, saya memberi pujian kepadanya kerana kekal kuat dari segi mental dan bermain mantap.
“Kami mempunyai corak permainan yang sama. Bergerak dengan baik, bertahan dengan baik dan pemain serba boleh.”
Pemain berusia 36 tahun itu meraih kemenangan kedua dalam kariernya menentang Rune, yang kini bekerja dengan bekas jurulatih Djokovic, Boris Becker, selepas dia mengalami dua kekalahan berturut-turut oleh pemain nombor tujuh dunia itu.
Djokovic menyambar set pembukaan yang sebahagian besarnya didominasi oleh servis dengan mata perlawanan pada permainan ke-12.
Dia melepaskan mata perlawanan semasa Rune menghantar servis, apabila mendahului 5-4 pada set kedua, sebelum pemain berusia 20 tahun itu terus menghasilkan beberapa mata cemerlang dalam tie-break untuk memaksa perlawanan ke mata penentu.
Tetapi Djokovic lebih klinikal pada set ketiga dan satu mata perlawanan pada permainan ketiga sudah cukup untuk memberinya kemenangan.
Djokovic kini telah memenangi 16 perlawanan berturut-turut sejak tewas kepada Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir Wimbledon.
Dia telah memenangi kesemua lapan perlawanan separuh akhir Paris Masters sebelum ini. — AFP
https://www.utusanborneo.com.my/2023/11/05/aksi-hampir-tiga-jam
|
|
|
|
|
|
|
|
ASIA
Pencemaran udara masih tinggi, sekolah kekal ditutup

Keadaan di India yang berjerebu. - FOTO AFP
New Delhi: Sekolah rendah di ibu kota India akan kekal ditutup sehingga 10 November berikutan tahap pencemaran yang tinggi, kata seorang menteri kerajaan Delhi dalam satu catatan di platform media sosial X.
"Memandangkan tahap pencemaran terus kekal tinggi, sekolah rendah di Delhi akan ditutup sehingga 10 November," kata Menteri Pendidikan Delhi Atishi Marlena.
Bagi Gred 6 hingga 12, sekolah diberi pilihan untuk beralih ke kelas dalam talian, tambahnya
New Delhi kekal dalam senarai masa nyata bandar paling tercemar di dunia yang disusun oleh IQAir.
Indeks kualiti udara (AQI) bandar raya itu pada Ahad ialah 471, meletakkannya dalam kategori "berbahaya". Ia diikuti oleh Lahore di Pakistan pada "sangat tidak sihat" sebanyak 261.
Udara toksik pada Sabtu telah memaksa Sri Lanka membatalkan sesi latihan mereka. Pasukan itu sedang berlatih untuk pertembungan Piala Dunia pada Isnin menentang Bangladesh di ibu negara India yang sangat tercemar.
AQI 0-50 dianggap baik, manakala tahap 400-500 memberi kesan kepada orang yang sihat dan berbahaya kepada mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.
Disiarkan pada: November 5, 2023 @ 4:29pm
Kredit: HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing obesiti meraung setiap malam akibat sakit sendi

KRUGETS, anjing jalanan obesiti berumur lima tahun. FOTO Agensi
Moscow: Jarang sekali seekor anjing mencapai berat 100 kilogram (kg) tetapi tidak bagi Krugets dari bandar Nizhny Novgorod, Rusia yang mengalami obesiti hingga tidak boleh bangun.
Oddity Central melaporkan, sukarelawan di Nizhny Novgorod, Rusia, baru-baru ini menemui Krugets, anjing jalanan yang sangat gemuk sehingga meraung kesakitan setiap malam, dan hampir tidak dapat bangun kerana mengalami sakit sendi yang teruk.
Krugets mempunyai berat 99.9 kg dan tiada siapa yang dapat memahami bagaimana ia boleh menjadi begitu berat.
"Ketika ini, anjing itu sudah diperiksa oleh pakar pemakanan, kami mengambil ujian darah, tetapi banyak lagi ujian diperlukan kecuali patologi endokrin," kata salah seorang sukarelawan yang menyelamatkan Krugets.
Mereka berpandangan anjing itu kemungkinan mengalami obesiti melampau kerana berkeliaran di pasar yang sibuk dan orang ramai sering membuang sisa makanan anjing.
"Hampir mustahil untuk menjalankan pemeriksaan penuh terhadapnya," tulis sukarelawan, VK dalam hantarannya.
"Ujian imbasan sinar-X diperlukan, tetapi untuk melakukannya anjing itu mesti menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 50 kg, kerana sinaran itu tidak akan menembusi sendi," katanya.
Meletakkan Krugets di hospital veterinar adalah satu isu, kerana kemudahan itu tidak mempunyai sangkar yang cukup besar untuk memuatkannya.
Pembiayaan semua ujian, diet yang diperlukan dan semua ubat penahan sakit ditanggung sepenuhnya oleh sukarelawan.
LIFE melaporkan Krugets masih memerlukan ubat penahan sakit setiap hari.
Walaupun berat badannya sudah mula turun dan boleh bangun sendiri, Krugets masih tidak boleh bergerak serta perlu ditolak dengan kereta.
Krugets sangat penyayang, suka dibelai, dan tidak menunjukkan tingkah laku agresif terhadap penjaganya.
Disiarkan pada: November 5, 2023 @ 2:26pm
Kredit: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat malam
 |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Drama tebusan di lapangan terbang berakhir

TERMINAL 1 Lapangan Terbang Hamburg dibuka semula selepas pihak berkuasa berjaya menyelesaikan insiden tebusan itu. FOTO Reuters
Hamburg: Seorang bapa yang bersenjata menjadikan anak perempuannya berusia empat tahun sebagai tebusan, memaksa penggantungan penerbangan di lapangan terbang Hamburg, sebelum dia menyerah diri pada Ahad, selepas beberapa jam rundingan, kata polis Jerman.
Lelaki Turkiye berusia 35 tahun itu dan kanak-kanak itu berada di dalam keretanya dekat pesawat Turkish Airlines pada petang Sabtu, menuntut untuk dibenarkan menaiki pesawat.
Dia memandu keretanya dan merempuh kawasan keselamatan ke apron tempat pesawat diletakkan, melepaskan dua das tembakan ke udara dan melemparkan dua botol terbakar keluar dari kenderaan itu, kata polis.
"Situasi tebusan berakhir," polis tempatan menyiarkan di X, sebelum ini Twitter, pada Ahad.
"Lelaki itu meninggalkan keretanya bersama anak perempuannya dan dibawa untuk disoal siasat oleh pasukan keselamatan tanpa tentangan," katanya sambil menambah kanak-kanak itu "kelihatan sihat."
Polis membawa ahli psikologi dan pasukan perunding serta unit tindak balas pantas ke lapangan terbang di utara Jerman itu.
Pihak berkuasa berkata, pertikaian mengenai hak penjagaan kanak-kanak itu dipercayai punca kejadian itu, dengan isteri pemandu membuat panggilan kecemasan memaklumkan polis mengenai penculikan anaknya.
Polis berkata, lelaki itu mengalami masalah psikologi dan menculik anak perempuan itu di rumah ibunya di bandar berhampiran Stade pada Sabtu, sebelum pergi ke lapangan terbang Hamburg.
Mereka menggambarkan rundingan panjang dalam bahasa Turki dan mengumumkan bapanya dipercayai "memiliki senjata yang dimuatkan dan mungkin bahan letupan."
Lelaki itu pada mulanya menuntut untuk dibenarkan terbang ke Turkiye bersama anak perempuannya.
Semasa rundingan, polis berkata, gadis itu kelihatan sihat dari segi fizikal, tetapi tidak akan mengulas mengenai keadaan mentalnya.
Bapa itu disiasat selepas menculik anak perempuannya pada Mac 2022 dan membawanya ke Turkiye. Ibu itu menemuinya di sana, menurut polis.
Penumpang yang menaiki pesawat Turkish Airlines selamat dipindahkan.
https://www.hmetro.com.my/global ... an-terbang-berakhir |
|
|
|
|
|
|
|
Verstappen menang kali ke-17

VERSTAPPEN meraikan kemenangan di Sao Paulo, Brazil. FOTO Reuters
Sao Paulo: Max Verstappen meraih kemenangan ke-17 musim ini selepas mengatasi cabaran awal Lando Norris di Grand Prix Sao Paulo, awal pagi tadi.
Juara dunia tiga kali dari Red Bull itu menamatkan perlumbaan dengan 8.277 saat (s) di depan pemandu McLaren, Norris manakala jaguh Aston Martin, Fernando Alonso berada di tangga ketiga dengan hanya 0.053s meninggalkan seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez.
Alonso dan Perez bertarung sengit sebelum pelumba Sepanyol itu memintas seteru dari Mexico itu di pusingan terakhir.
Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berakhir di tangga kelapan untuk Mercedes sekali gus penamat terburuk pasukan itu tahun ini dengan seorang lagi pelumba mereka George Russell terkeluar di pusingan ke-11.
Bagi Verstappen, ia kemenangan ke-52 dalam kariernya, mengatasi juara empat kali Alain Prost dalam senarai pemenang terbanyak sepanjang zaman.
"Sangat-sangat bagus," kata Verstappen. "Perlumbaan menepati apa yang dirancang pasukan, pit stop yang sempurna dan dilakukan dengan cemerlang. Saya mempunyai dua permulaan sangat bagus dan sangat penting dan kemudiannya penggunaan tayar yang tepat."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-menang-kali-ke-17 |
|
|
|
|
|
|
|
Musk sepadukan xAI dengan platform media sosial X

Bilionair, Elon Musk, sepadukan platform media sosial milinya, X, dengan kecerdasan buatan (AI). - Foto REUTERS
BENGALURU: Bilionair, Elon Musk memantapkan platform media sosial X yang dimilikinya dengan kecerdasan buatan (AI) pemula, xAI, katanya dalam satu hantaran semalam.
Katanya, xAI itu bukan saja disepadukan ke dalam platform X tetapi juga tersedia sebagai aplikasi kendiri.
Bilionair itu berkata, xAI mengeluarkan model AI pertamanya, bot bernama Grok, selepas menawarkannya kepada semua pelanggan X Premium+, Jumaat lalu.
Syarikat pemula itu bertujuan mencipta alat AI yang 'membantu manusia dalam usaha pemahaman serta pengetahuan' dan Grok direka untuk menjawab soalan dengan sedikit 'kebijaksanaan'.
Musk, yang sebelum ini mengkritik usaha AI Big Tech yang kenakan banyak tapisan, pada Julai lalu melancarkan xAI.
Ia diperkenalkan sebagai 'pencari kebenaran maksimum AI', yang cuba memahami sifat alam semesta untuk menyaingi Bard Google dan Bing AI Microsoft.
"Grok mempunyai akses masa nyata kepada maklumat melalui platform X, yang mempunyai kelebihan besar berbanding model lain," katanya.
X, firma media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter dan dimiliki Musk, adalah firma berasingan daripada xAI, tetapi syarikat-syarikat itu menjalinkan kerjasama rapat.
Selain itu, xAI turut bekerjasama dengan pembuat kereta elektriknya, Tesla dan syarikat lain.
Minggu lalu Musk memberitahu Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, menyuarakan pandangannya bahawa AI adalah 'kuasa paling mengganggu dalam sejarah'.
Teknologi itu akan dapat 'melakukan segala-galanya' dan menjadikan sektor pekerjaan, seperti yang diketahui hari ini, sebagai perkara yang sudah berlalu.
Musk membuat spekulasi itu pada Sidang Kemuncak Keselamatan AI global yang pertama, di Bletchley Park, England.
Pada 2015, Musk mengasaskan OpenAI, syarikat di sebalik pengoperasian ChatGPT, yang mencipta 'kegilaan' untuk teknologi AI generatif di seluruh dunia, tetapi beliau mengundurkan diri daripada lembaga pengarah pada 2018. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia ... form-media-sosial-x |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|