CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acun

[Penulis] Novelis Noor Suraya

[Copy link]
Post time 27-4-2009 12:04 PM | Show all posts
belum jumpa lagi ke yaya?
kat alamanda tu takde yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 12:10 PM | Show all posts

Balas #441 teratai_kristal\ catat

dh g ari tu, tp tnye kat dak yg jaga tuh die ckap xpasti laa..then die cm g tgok2 kat rak tuh...pstu ckap xde stok la kak...then, sy mntak die carikan...xtau la cmane..nnti nk g tnye lg...hrrmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:42 PM | Show all posts
dah bc NTS tu.. mmg best. byk sungguh koleksi pantun kaksu. dlm BUC pun byk pantun. cuma yg tak syok pada miss citer percintaan SNK ngan Dr. ZA selepas dia bercerai ngan AA kurang berkembang... terlalu pendek
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:27 PM | Show all posts

Reply #443 MMISS's post

aku rasa buku NTS tu, fokus kisah dia more to aqmar aziz dengan syarifah nuur khalida.. sebab tu aku suka approach cerita tu, sebab interwoven dengan kisah cinta kepada Khalik

teringat di akhir novel "Dia hanya mencintai agamanya, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya"
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by yaya_owez at 27/4/09 12:10
dh g ari tu, tp tnye kat dak yg jaga tuh die ckap xpasti laa..then die cm g tgok2 kat rak tuh...pstu ckap xde stok la kak...then, sy mntak die carikan...xtau la cmane..nnti nk g tnye lg...hrrmm


cuba cari kat office CESB bangsar, naik lrt bangsar.. deret belakang building yang tgh construction tu ada office CESB.. shop lots
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:34 PM | Show all posts

Balas #445 limau_nipis\ catat

limau,

dekat je ke ngn lrt bangsar tu???kalo jalan kakai je bleh eh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2009 02:09 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 27-4-2009 13:27
aku rasa buku NTS tu, fokus kisah dia more to aqmar aziz dengan syarifah nuur khalida.. sebab tu aku suka approach cerita tu, sebab interwoven dengan kisah cinta kepada Khalik

teringat di akhi ...


aku pong sker. kalulah dapat hb cam AA tu bertuahkan kita. AA membuatkan aku rasa kerdil sekali . cintanya pada yg Esa tak dapat ditandingi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by yaya_owez at 27/4/09 13:34
limau,

dekat je ke ngn lrt bangsar tu???kalo jalan kakai je bleh eh...


aa boleh je.. aku pun jalan kaki jer gi situ, office dia kat shoplots, sebelah maybank yang ditutup (maybank tu corner lot). shoplot 2 tingkat, pejabat dia tingkat atas..

kalau naik lrt bangsar, turun ke arah building uoa bangsar yang tengah construction tu.. belakang building yang tgh construct tu akan nampak shoplots.. kat situ la cesb office

[ Last edited by  limau_nipis at 27-4-2009 15:14 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 03:12 PM | Show all posts
review NTS aku buat dolu-dolu...

Novel ini saya kira wajib baca untuk kita mengenal erti cinta, yang berlandaskan agama dan bersempadankan adat. Dinobatkan novel terbaik CESB 2006 (dan berasal dari e-novel), kisah yang mudah, tetapi dilatarkan dengan kerjaya kedoktoran menjadikan novel ini agak berat.

Syarifah Nuur Khalida, watak utama novel Nyanyian Tanjung Sepi merupakan seorang pelajar perubatan tahun kedua di USM. Beliau telah menarik hati seorang doktor bernama Aqmar Aziz ketika Khalida menjaga sepupunya di hospital.

Bahagian pertama menfokuskan kepada Khalida yang belajar di USM, dan kehidupannya sebagai seorang pelajar, sebelum 'dipaksa rela' berkahwin dengan Doktor Aqmar Aziz (dan terpaksa melupakan seseorang yang pernah diminatinya secara sembunyi). Jarak usia 11 tahun antara Khalida dan Aqmar tidak menghalang pernikahan mereka, dek kerana perjanjian keluarga yang mengikat mereka semasa kecil. Khalida harus pasrah kerana menghormati kehendak arwah ayahandanya, sama seperti ketika dia pasrah meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran, atas wasiat ayahnya jua.

Doktor Aqmar Aziz, watak yang sangat penyabar, dan lebih mengutamakan Yang Khalik daripada segala-galanya. Maka seharusnya perkahwinan ini menggembirakan beliau, kerana Khalida merupakan pilihan hatinya, tambahan pula direstui sebagai pilihan keluarga.

Bahagian kedua pula menfokus selepas Khalida tamat belajar. Imbasan-imbasan kisah bagaimana beliau jatuh hati terhadap suaminya sendiri, atau kisah dia menangis di malam pertama (agak menggelikan hati) menyebabkan kita sebagai pembaca memahami mengapa Khalida mencintai Aqmar.

Lalu kebahagiaan ini diserikan dengan cahaya mata mereka, Nuur Hannah, yang mereka tunggu-tunggu selepas 3 tahun bernikah. Tetapi, akan terjadi sesuatu terhadap Nuur Hannah, yang menggoncang keyakinan Khalida. Aqmar masih lagi bersabar dengan dugaan dari Yang Esa itu.

Kisahnya pantas, dan tidak menfokus kepada perasaan kecewa yang Khalida atau Aqmar alami. Malahan, jodoh mereka tidak pun panjang dek kerana terjadi suatu konflik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hujung kisah Khalida-Aqmar, kita masih dapat merasakan ketulusan hati Aqmar. Mereka bercerai secara baik, dengan Khalida masih mencintai bekas suaminya sedalam mungkin.

Lalu kisah ini mempunyai kesudahan yang indah bagi Khalida dan Aqmar sendiri. Khalida bernikah dengan Doktor Zainur Arief, cinta pertamanya yang disimpan di dalam hati, dan Aqmar berjaya mendidik Tunku Dara Aida menjadi muslimah sejati.

Penghujung kisah, mata saya masih basah menghayati keagungan cinta Aqmar terhadap Yang Esa (Khalida sendiri berkata: "Dia hanya mencintai Islam, dan kita bukanlah apa-apa bagi dirinya").
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 03:49 PM | Show all posts
jelesnyew haku ngn reviewmu itewww
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 04:15 PM | Show all posts
sangat tersentuh dgn bab bila bertemu semua khalida dgn tunku dara aida.
masa tunku dara kenalkan anak-anak dorang..

rasa sangat cinta Aqmar tu sangat kuat kat khalida.

dan detailnya ttg kawasan2 sekeliling USM..dan keadaan semasa itu..
terus rasa berada dlm USM..
zaman Ali Setan tuh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 04:25 PM | Show all posts

Reply #445 limau_nipis's post & #446 yaya_owez's post

Sori ya CIk Limau
and juga Yaya

NTS dh kehabisan stok..
dan takkan diulang cetak lg...
Dan kt OPIS CESB pun sama....dah LICIN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 04:33 PM | Show all posts
up

up


awayyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 07:42 PM | Show all posts

Balas #452 dyea\ catat

mujur saya sudah selamat memiliki karya indah ini... harus takmo bagi sesiapa pinjam!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 11:10 PM | Show all posts

Reply #454 nazurah's post

nazurah, samalah ngan saya, sayang ooooooooo novel ni NTS...takleh ker JS usahakan untuk ulang cetak...mesti dapat sambutan....

gi satu nazurah....tq arrrrrrr...tandatangan novel hehehehe.....mungkin awak tak kenal kita tapi kita sempat snap gambor awak hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 01:29 AM | Show all posts
dh lama cari NTS ni tak jumpa2 jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 08:39 AM | Show all posts

Balas #452 dyea\ catat

dyea,

dyea myampaikan satu brite sedih utk aku pg ini..huhuuu, sedih bangat..
knape xdiulang cetak???yaya ase pmintaan tggi tuk NTS ni, ulang laa...ulang laa...huhuuuu ;-(

sblum ni JS ke yg buat reprint???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 08:41 AM | Show all posts

Balas #454 nazurah\ catat

KakNaz n Songket,

xbaek wooo kedekut2...nnti jadik cm aji bakhil..bg r pnjam..huhuu

agak2 ade x lg pluang kat mane2 nk dpat buku ni????hrrmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 08:58 AM | Show all posts

Balas #458 yaya_owez\ catat

yaya... kalo nak pinjam baca, akak rasa ada 2-3 forumer kat sini yang ada kedai sewa buku...

MMISS dengan sape lagi sorang ekk.. lupa arr akak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2009 09:11 AM | Show all posts

Balas #455 songketenun79\ catat

siapakah songketenun79 ini... hmmm....

kena kawtim dengan CESB la camne nk dptkan hak... macam sasterawan kita nak dptkan balik salina tu...

tp kan... kalau novel yang baik, indah, bermutu.... ada 100 buah aje pun takpe kot...
macam barang antik, rare... sampai satu masa... orang sanggup bayar beribu ringgit utk dapatkan benda tu....

sejarah tidak hanya tercatat sebagai buku paling banyak terjual, tetapi bagi NTS... mungkin sejarahnya lebih manis macam saya sebut kat atas tu...

[ Last edited by  nazurah at 28-4-2009 11:32 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.163819 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list