CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freyza

rumah gpr ke 31..rumah syurga cinta...

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2010 02:28 AM | Show all posts
malam ni takde orang..
takpe, kroit merempit sesorang malam ni, wahahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 02:29 AM | Show all posts
hari itu,.. sangat indah.. aku bangun pagi mengeliat..
tingkap langsirku telah di singkap, dan daun tingkap telah dibuka.. pasti ibuku yang buka..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:31 AM | Show all posts
cahaya mentari pagi menyinari lantai marmar bilikku..
setiap pagi pabila ku membuka mata, pemandangan dari tingkapku adalah bukit yang hijau, daun halus yang menari pabila ditiup angin, kepulan awan yang bergerak perlahan dan langit yang membiru..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:31 AM | Show all posts
eh? eh?? EHH????!!!!!!!!!!! apa? tidaaaaakkkkkkkkkkkkkk?!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:33 AM | Show all posts
sinaran mentari pagi? apa yang aku dok merepek ni?! arghh!!
ku selongkar barangan di atas almari bukuku, mencari jam tangan..
arghhh!!! dah pukul 9 pagi?!! aku lambat lagii!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:34 AM | Show all posts
aku bergegas mencapai tuala dan berlari menuju ke  bilik air, mandi.
selepas itu, aku berus gigi dengan laju sekali ibarat telah dipasang 10 bateri cap Kuceng Laju.. buih keluar daripada mulutku, ku ludah semuanya.. tak sampai 2 minit, habis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2010 02:36 AM | Show all posts
alamak! kenapa tak kejut Udin?! dah lambat ni!
teriakku kepada adik2 ku yang sedang menikmati sarapan pagi dan menonton cerita kartun.
-Tadi Udin tido nyenyak, bila kejut Udin kata nanti, nanti.. tu yang biarkan tu..
Ha? Udin cakap camtu ke? Adoii, ni mesti ngigau ni.. eeeee!
gegas ku berlari ke blik
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 02:38 AM | Show all posts
ku sambar pakaian yang telah ku sediakan malam semalam..
selepas itu, golek2 deodorent di ketiak.. huhu, gelinyer, sejuk!
minyak rambut, sikat.. adeh, hari2 gaya sama sejak 10 tahun lepas.. sikat tepi..
pakai kasut, ambil topi keledar dan kunci motor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2010 03:26 AM | Show all posts
pergi dulu! kataku sebelum melangkah keluar rumah..
-Jamah le dulu kalau ye pon nak cepat. pesan ibu.
aku masuk dengan berjingkit kaki ke dalam rumah, kerana aku telah menyarungkan sandal ku. roti yang telah di sediakan oleh ibuku, aku ambil satu, gulungkannya dan terus memasukkan dalam mulut.. seperti makan kebab..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:28 AM | Show all posts
okey, pegi dulu! dah lambat ni!
- dah tau lambat bawak motor elok2!
ya!
enjin motor dihidupkan.. setelah 2 minit dipanaskan, aku menderam laju keluar dari kelompok perumahan.
"Dah lambat! Dah lambat!", itu yang berlegar di fikiranku semasa menunggang motosikal..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:36 AM | Show all posts
sebaik sahaja tiba di destinasi.. aku parkir motor dan terus berlari menuju ke kelas..
"Huh!.. Huh!.. Huh!..", mengahku menarik nafas selepas berlari menaiki tangga..
gila betul buat kelas tinggi-tinggi.. lif rosak,.. hampes.. fuhhh..
aku menarik nafas dalam-dalam.. peluh di sekitar dahi dan tengkuk ku, aku lap dengan sapu tangan ku coklatku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:38 AM | Show all posts
"Bertenang..", getusku dalam hati.
pintu kaca kelas diketuk.
- Masuk!
sambut guru yang sedang mengajar, matanya tajam merenungku.
pelajar lain yang sedang khusyuk belajar juga terganggu dengan kehadiranku yang lambat. mereka merenungku tajam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:41 AM | Show all posts
- Nama?
Err.. Muhammad A********N.. maaf lewat..
- hari pertama dah datang lewat. saya amat pantang jikalau pelajar saya lewat ke kelas! pelajar seharusnya menunggu kehadiran guru! bukan guru yang menunggu kehadiran pelajar!, cikgu itu separuh menjerit memarahiku. aku masih berdiri kaku. kakiku sedikit menggigil, bukan kerana takut! tapi kerana penat berlari menaiki tangga..
Maaf puan..
- Duduk, sambung kelas.
Aku menarik kerusi yang sudah sedia ada meja kecil itu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:45 AM | Show all posts
"Hari pertama pergi kelas dah kena marah.. Lambat pulak tu.. Potong betullah..", bebelku dalam hati sambil mencari buku catatan di dalam beg.
- So, that's why we must.. , suara guru sedikit tenggelam kerana bunyi degupan jantungku yang masih kencang akibat berlari tadi.
Nasib baik bilik kecik ni ada air-cond kuat!, bisikku perlahan sambil mengipas-ngipas diri.
Fuh.. panasnya badan.., aku dapat merasakan peluh mengalir turun dari ketiakku sehingga ke perutku.. tak selesa!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:49 AM | Show all posts
Aku menarik keluar pen berwarna biru yang sentiasa tersemat di kocek seluar kananku. Pesan guru silatku, pesilat sentiasa ada senjata. Semua benda di sekeliling kita boleh dijadikan senjata. Tapi adakah kita perlu sentiasa mengangkut senjata ke sana ke mari?
Pen adalah satu keperluan harian yang penting, oleh itu, pen adalah senjata yang paling mudah, fikirku..
Catatan demi catatan di tulis di atas kertas putih berbelang biru itu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 03:51 AM | Show all posts
dik kroit x tdo lagik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2010 03:51 AM | Show all posts
rajin nye adik ni...
ni mesti x pasan kaka masuk kn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:51 AM | Show all posts
kelas itu tidak lama, satu jam sahaja dan aku sudah terlambat beberapa minit.. jadi bagiku kelas itu berlalu sangat pantas..
murid-murid perempuan keluar berkumpulan.. ah, perempuan sungguh mudah berkawan. Pasti mereka sudah berkenalan sebelum kelas bermula.
pelajar lelaki yang lain sedang bersembang sambil berjalan. Mereka berasal daripada kwasan kejiranan yang sama dan dari sekolah yang sama, tidak hairanlah jika aku berseorangan di Institut ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2010 03:53 AM | Show all posts
da agak da mesti x pasan punye la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 03:55 AM | Show all posts
"Waktu sekolah rendah.. Tersisih.. Sekolah Menengah.. Tak ramai kawan.. Dah habis sekolah pun susah nak cari kawan! Apelah nasib..", fikirku kemudian mengeluh..
Haaahhhhh.. nafasku dilepaskan panjang..
sama seperti waktu sekolah, yang terakhir keluar kelas adalah aku, yang berjalan menuruni tangga berseorangan, juga aku.. sambil memerhatikan dan memasang telinga perbualan rancak dan gelagat mereka bergurau sesama rakan mereka..
Alangkah bagusnya jika aku seperti mereka? Eh? Astaga.. Aku patut bersyukur dengan keadaan diriku sekarang ini! Aku cuma perlu perbaiki diri!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.387329 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list