CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 26-4-2005 08:22 AM | Show all posts
PERIHAL KEHIDUPAN ORANG-ORANG SOLEH

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.



Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka dia akan mengorek-ngorek mulutnya hingga muntah-muntah kemu-dian dia akan berkata,"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atas ku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah bergaul dengan perut panjang."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 26-4-2005 08:25 AM | Show all posts
SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB:


Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.

Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan duaj jenis lauk hingga menemui Allah.



Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika orang pernah membilang tampungan di bajunya dan didapati ada 141 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah.

Apabila berlaku satu perkara dengan orang Islam dia sangat mengambi! berat dengan urusan itu hampir-hampir beliau binasa.



Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat.  Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, "Aku terlambat kerana bajuku ini berbasui1 sedangkan aku tidak ada baju selain ini."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 26-4-2005 08:27 AM | Show all posts
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya.

Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulitnya menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang.


Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum muslimin beliau  tidak  lagi   makan  daging,   minyak  sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minya hingga Allah memberi kelapangan pada kaum muslimin.

Apabila beliau membaca ayat-ayat Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga dia terjatuh dan menangis kemudian tinggal sahaja di rumah. Tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit.



Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, "Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya."

Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam.

Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beliau menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja kemudian mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.



Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu tidak diberinya dengan berkata,"Siapakah yang akan menanggung dosaku di hari kiamat kelak?"


Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya,"Apa hal engkau ya Amirul Mukminin?"

Beliau menjawab,"Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 28-4-2005 12:18 PM | Show all posts
Soalan: Kalau amal ibadah atau perjuangan seseorang tidak sampai kepada Allah, tidak ada gunanya. Bagaimana untuk mengetahui apakah amal kita diterima Tuhan?

Abuya: Dalam Islam, untuk menuju Tuhan, tidak boleh dilakukan sendiri-sendiri. Contohnya di zaman Rasulullah, yang menyampaikan ilmu adalah Rasulullah, bersumberkan wahyu yang dia dapat.

Katalah ada Sahabat yang yakin begini, 揝aya terima Rasulullah itu sebagai Rasul. Dalam keyakinan saya, ilmu Rasulullah itu betul, saya terima tetapi saya hendak amal sendiri-sendiri. Saya tak nak ikut Rasulullah. Hendak ambil ilmunya sahaja. Sekadar yakin. Bolehkah begitu? Katalah dia memang banyak sembahyang, sedekah, naik haji, tetapi dia tidak ikut Rasulullah. Jawapannya, amalanya tidak sampai kepada Allah.

Selepas Rasulullah adalah Saiyidina Abu Bakar. Katalah di zaman Saidina Abu Rakar pun ada orang yang berfikir macam tadi. 揝aya yakin Saiyidina Abu Bakar tetapi saya nak ambil ilmunya sahaja, kemudian saya nak amal sendiri. Itu antara saya dengan Tuhan. Yang penting ilmunya tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2005 12:58 PM | Show all posts
Oooooo.........

Macam tu ka ......
:ah:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 29-4-2005 09:48 AM | Show all posts
SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A:


Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran setelah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari.

Beliau bersangatan malu (pemalu) hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakaian tidak pernah meletakkan di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya.

Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur sedikit di awal-awal malam.
Banyak kali mengkhatam Ouran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya
.

SAYIDINA ALI K.W:


Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam terus Sayidina Ali menadah tangan dan berkata:"Telahku lihat para sahabat Nabi S.A.W, tetapi sekarang tidak lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri sembahyang malam seraya membaca kitab Allah dan mempergantikan tapak dan kening di tanah.

"Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata berciciran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai semalaman."



Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.

Cerita seorang Majusi dengan Nabi Ibrahim. Seorang Majusi meminta bertemu kepada Nabi Ibrahim maka jawab  Nabi lbrahim,"Kalau engkau masuk Islam maka aku terima sebagai tetamuku."


Kemudian Majusi itu pun meneruskan perjaianannya. Lalu Allah S. W.T mewahyukan kepada Nabi Ibrahim.


"Kenapa engkau tidak mahu menjamunya tanpa dia mengubah agamanya? Sedang Kami telah 70 tahun menjamunya di dunia walaupun dia kafir? Kalau engkau bawa dia menginap semalam ini apa salahnya?"

Nabi Ibrahim pun bergegas menyusul Majusi itu lalu membawanya kembali dan menjamunya. Majusi lalu bertanya tentang sebabnya berlaku perubahan sikap Nabi Ibrahim.



Nabi Ibrahim pun menceritakan keadaan yang sebenar-nya. Mendengar itu Majusi pun berkata,"Begini Allah memperlakukan diriku. Tolonglah tuan huraikan pada saya tentang lslam."

Dan Nabi Ibrahim pun menceritakan tentang Islam dan akhirnya Majusi itu pun memeluk Islam.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 2-5-2005 12:29 PM | Show all posts
Ibrahim Al Athrusy bercerita: Suatu hari kami tengah duduk-duduk di pinggir Sungai Dajlah di Kota Baghdad bersama Maaruf Al Kharkhi sedang melihat sebuah sampan yang penuh muatan muda-mudi berpesta ria, memukul gendang dan sambil minum tuak.

Melihat itu kami pun berkata kepada Maaruf Al Kharkhi, "Lihatlah mereka berterang-terangan melakukan dosa. Doa-lah pada Tuhan agar mereka dihukum."



Maaruf Al Kharkhi lalu menadahkan tangannya lalu berdoa,"Ya Tuhanku, sebagaimana Engkau telah gembira-kan mereka di dunia maka berikanlah mereka kegembiraan di akhirat."

Kami segera menyampuk,"Kami minta didoakan ba!a untuk mereka."


Dan jawab Maaruf,"Bila Allah mahu menggembirakan mereka di akhirat, Dia akan sudi mengampuni mereka."

Hatim Al Assam berkata:

Janganlah terpedaya oleh satu daerah yang baik kerana tidak ada tempat yang lebih baik dari syurga sedangkan di situ Nabi Adam a.s masih menemui kesusahan yang dideritainya.



Jangan terpedaya oleh banyaknya ilmu kerana Balaam adalah seorang ulama' yang mengenal rahsia nama Allah yang paling agung (ismullah Al Azam) tetapi cuba kaji penderitaan yang dideritainya.

Jangan terpedaya pula kerana pernah melihat orang-orang soleh dari dekat. Tidak ada peribadi yang lebih mulia tempatnya di sisi Allah dan Rasul pilihan sedangkan banyak kerabatnya dan musuhnya yang tidak mendapat manafaat dari berjumpa dengan baginda.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 2-5-2005 11:01 PM | Show all posts


KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR:


1. Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

2.Moga-moga aku jadi  pokok kayu yang direntas kemudian dimakan.

3.Dia berkata kepada para sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku.



KATA-KATA HIKMAH  SAYIDINA  UMAR:



Jikalau tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan dengan membawa seekor kambing untuk dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.


2.Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak dapat dilihat marahnya. Dan barangsiapa takutkan Allah, tidak sia-sia apa yang dia hendak.


3.Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, teiah lanjut umurku, telah lemah kekuatanku dan telah bertebusan rakyat aku. Genggamkan (matikan) aku kepada-Mu tidak manusia dan tidak melampaui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2005 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-4-2005 12:58 PM:
Oooooo.........

Macam tu ka ......
:ah:


Terima kasih kerana menyebarkan ilmu dari minda abuya.

Harap teruskan lagi usaha anda...

semoga dirahmati Allah. Amin.


Abuya ku.....:hug::hug::hug:

[ Last edited by syeikhbelalang on 3-5-2005 at 11:20 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 4-5-2005 09:59 AM | Show all posts
SAYIDINA ALJ KARRAMALLAHU WAJHAH:

1.Memadai aku merasai mulia bahawa Engkau sebagai Tuhan bagiku dan memadailah aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai maka berilah aku taufik bagi apa yang Engkau cintai.

2.Hendaklah kamu lebih ambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal maka sesungguhnya sekali-sekali tidak sedikit amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.



3.Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

4.Tiada kebaikan ibadah yang tiada ilmu padanya dan tiada kebaikan ilmu yang tidak faham padanya dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian padanya.



UMAR IBNU AZIZ:

1 .Orang yang bertaqwa itu dikekang.

2.Sesungguhnya syubahat itu pada yang halal.

3.Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 6-5-2005 08:23 AM | Show all posts
. SUFFIAN AS THAURI:

1.Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu bapa pada perkara syubahat.

2.Sesungguhnya seorang lelaki itu ada harta di sisinya sedangkan dia zuhud di dunia dan sesungguhnya seorang itu adalah takir sedangkan dia gemar dengan dunia.

3.Menuntut ilmu lebih utama daripada sembahyang sunat.



Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 7-5-2005 12:07 PM | Show all posts
. IMAM  MALIK:

1..Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.

2.Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.

3.Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahawa dia memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.



. ABU HANIFAH R.A:

1.Tidak aku bersembahyang sekali-sekali melainkan aku doakan untuk guruku "Hammad" dan setiap orang yang aku belajar ilmu daripadanya atau aku mengajar padanya (murid-muridnya).

2.Aku menggauli manusia sejak 50 tahun tidak aku dapati seorang pun yang mengampunkan dosaku dan tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutusinya dan tidak ada yang menutup keaiban aku dan tidak aku amankan diriku akannya apabila dia telah murka. Maka berbimbang-bimbang dengan mereka itu adalah dengan yang besar.

3.Telah sampai kepada aku sesungguhnya tidak ada lebih mulia dari seorang alim yang warak.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 9-5-2005 10:13 AM | Show all posts
昜color=Red] IMAM  AHMAD:

1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di atas ilmunya.

. SUFF1AN BIN UYAINAH:

1..Dua perkara susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2.Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.

3.Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.


4.ilmu itu jika tidak memberi mantaat padamu maka dia akan memberi mudarat padamu.

5..Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-5-2005 08:58 AM | Show all posts


Surat dari Ibu Aisyah r.a untuk Khaiitah Muawiyah berbunyi begini:


"Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mengusahakan keredhaan Allah sampai dikesali manusia ia akan disokong Allah dalam menghadapi manusia. Dan siapa yang membelakangkan Allah agar disenangi manusia nasibnya akan diserahkan Allah pada manusia.


Oleh itu tetaplah hati tuan dalam takut pada Allah kerana bila tuan takut pada Allah, Dia akan menyokongmu terhadap manusia. Tetapi kalau tuan takut pada manusia mereka tidak akan dapat menolongmu terhadap Allah sedikitpun."


bersambung
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-5-2005 09:05 AM | Show all posts


2.Khalifah    Umar   Ibnu   Aziz   menasihati   gabenor-gabenor di daerah pemerintahannya dengan katanya:


"Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkanmu untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara.



Ketahuilah bahawa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat akan hilang lambat laun bekasnya dari mereka tetapi tetap bekasnya untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahawa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya."


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 12-5-2005 at 09:06 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 12-5-2005 09:19 AM | Show all posts
3.Luqmanul Hakim menasihati anaknya:

"Wahai anakku dampingilah selalu para ulama' dan engkau jangan banyak berdebat terhadap mereka agar jangan dibenci oleh mereka itu."


"Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan (belanjakan) lebihan hasil usahamu untuk akhirat. Dunia jangan ditolak habis agar engkau jangan jadi "parasit" (orang yang hidup menumpang pada orang lain dan tidak membalas apa-apa) yang memberati manusia (orang) lain."


"Selalu-selalulah berpuasa untuk menundukkan nafsumu, tetapi janganlah sampai meletihkan badan sehingga merosakkan acara sembahyang kerana sembahyang lebih utama dari puasa.



Janganlah engkau berteman duduk dengan orang yang bodoh sombong dan jangan dirapati orang yang bermuka dua.
"


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 10:22 AM | Show all posts
UNSUR-UNSUR YANG MENCORAK MANUSIA

Tarikh 25.03.04

Pagi


Basmallah.

Kerana kesuntukan masa, tanpa mukadimah yang panjang, Abuya terus saja kepada maksud. Dunia ini atau kehidupan manusia dicorak samada baik atau buruk, memberi manfaat atau mudharat, yang boleh mendatangkan kasih sayang atau mengharu-birukan, ada tiga maksud Tuhan yang kita tidak nampak yang ada dalam diri anusia yang sangat memainkan peranan dan mendorong lahiriah manusia ini. Mendorongkan kaki, tangan, mata, telinga, tindakan dan sebagainya membentuk kehidupan manusia.

Tiga maksud Tuhan itu ialah akal, nafsu dan roh. Jadi, yang tiga inilah menentukan hidup manusia baik atau buruk. Makhluk yang tidak nampak. Bersifat rohani atau naknawi. Yang tiga inilah yang memperalatkan kaki, tangan, mulut, mata, telinga dan lain-lain untuk bertindak. Anggota lahir ini tidak faham apa-apa hanya menjadi alat semata-mata. Diperalatkan oleh akal, nafsu dan roh.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 10:25 AM | Show all posts
Sambungan...

Begitulah dunia ini dan begitulah kehidupan manusia. Ada orang terlalu yakin dengan ilmu dan akal fikirannya. Ini adalah fahaman falsafah.  Apa saja yang hendak dibuat, ditanyakan kepada akal. Maksudnya, ditanyakan ilmunya dulu. Kalau akalnya mengatakan sesuatu itu baik, dia akan buat. Kalau akal kata tidak baik, dia tidak buat. Dia tidak bersandar dengan nafsu atau roh.

Cuma, oleh kerana akal ini lemah, walaupun dia berniat baik tetapi kadang-kadang dia tidak sedar yang dia didorong atau dikudakan oleh. nafsu. Sebab dia tidak bersandar dengan Tuhan. Kebaikan itu berdasarkan akal atau logik sahaja. Jadi, akal ini tidak dapat melihat semua kebalkan atau kejahatan. Yang mudah-mudah itu memang dapat dilihat dan dinilai. Yakni yang lahir-lahir. Tetapi benda-benda yang tersirat dan yang batin, akal sudah tidak mampu untuk melihat.

Tetapi oleh kerana orang akal yakin dengan akalnya. seperti ahli-ahli falsafah, maka dia menggunakan akatnya untuk bertindak. Baik buruknya sesuatu perkara itu dinilai oleh akalnya semata-mata.

Jadi manusia yang benar-benar bersandar dengan akal, inilah manusia yang dikatakan bersifat kemanusiaan. Orang yang kemanusiaannya tinggi hasil dia bersandar kepada akalnya semata-mata. Abuya buat beberapa contoh yang mana kadang-kadang dia (orang akal) tidak sedar yang dia tersilap juga. Dia tidak sedar dia telah dikudakan oleh nafsunya. Sebab dia tidak dapat kekuatan dari Tuhan.

[ Last edited by Akasyah on 13-5-2005 at 10:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 10:28 AM | Show all posts
Sambungan....

Contoh, orang yang sangat menggunakan akal. Kalau bergaul dengan masyarakat, nampaknya baik. Waktu bergaul dengan masyarakat dia kata "Saya tidak mahu mengumpat orang kerana saya fikir, risikonya besar. Orang marah. KaIau orang marah, nanti jadi bergaduh
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 10:31 AM | Show all posts
Sambungan...

Contoh lain, seseorang pergi be!ajar ke luar nageri. Di sana sama-sama belajar dengan seorang perempuan, yang samada satu bangsa atau negara. Kerana hendak menunaikan tuntutan fitrah naluri manusia dia fikir, "Kalau aku tidak kahwin, aku manusia juga. Perlu menunaikan tuntutan biologiku. Yang perempuan pun berfikir begitu juga. Tetapi kalau aku kahwin, hendak menunaikan tanggungjawab. belum mampu lagi. Kalau kahwin, perlu menunaikan tanggungjawab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083944 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list