CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alongim

Anak comelku Autistic Spectrum Disorder

[Copy link]
mama_hafiz This user has been deleted
Post time 31-5-2007 11:55 AM | Show all posts

Reply #419 jihah's post

saya nak tahu ada tak kat mana-mana jabtan / sekolah / institusi/ persatuan yang memberikan kursus kepada ibubapa cara mendidik anak2 autism. anak saya(boy) baru 3 1/2 thn dan disahkan autism. saya berminat nak attend especially di sekitar Batu Pahat, Muar dan Melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2007 05:42 PM | Show all posts

Reply #459 yatiedin's post

ari tuh ngk documentary kat tv about autism..kire dia pakai slide mcm nih lebih kurang...my son pun ngk rancangan tuh sampai tak berkelip mata..kire parents yg ada anak mcm nih mmg kene tinggi tahap kesabarannya..yg best pasal talent derang..kalo yg pandai drawing mmg cantik sgt lukisan derang..ada sorang nih dah jdk prof in veterinar..siap buat alat utk tolong bebdk nih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 08:40 AM | Show all posts
Thread ni dah up balik.  Lama tak masuk sini.

Nak share sesuatu yang akak rasa interesting  jumpa kat internet.  Rajin bacalah....

Treatment Protocol for ASD.
http://www.collegepharmacy.com/AMTrx/Images/Extended%20Klinghardt%20Protocol.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 31-5-2007 05:42 PM
ari tuh ngk documentary kat tv about autism..kire dia pakai slide mcm nih lebih kurang...my son pun ngk rancangan tuh sampai tak berkelip mata..kire parents yg ada anak mcm nih mmg kene tinggi ta ...


tahap kesabaran time cuti sekolah nie betul2 teruji la..
kalau time sekolah, they have lots of activities..cuti sekolah, mula la boring..
cam my son..2-3 hari cuti, still ok..nie dah seminggu..dia dah mulalah menampakkan keboringan dia..
yg tak tahan nya..bila dah tiba tahap boring dia..abis barang2 dia jahanamkan as part of his playing time..sakit otak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:23 AM | Show all posts
Homeschooling autistic child?

http://homeschooling.gomilpitas.com/weblinks/autism.htm
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 09:36 AM | Show all posts
Kalau sesiapa perlu speech therapy ideas dan jugak information pasal language learning bolehlah visit website ni

http://www.spdsupport.org.uk/therapy.html  

- website semantic pragmatic disorder support.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2007 12:12 PM | Show all posts

Reply #461 mama_hafiz's post

try link ni...

http://www.eipautism.com/
Reply

Use magic Report

mama_hafiz This user has been deleted
Post time 19-6-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #467 losyen's post

thank you so much!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2007 09:16 PM | Show all posts
lama dah tak jenguk di sini..

norsha nak cari private tutor..kepada sesiapa yg kenal any private tutor for autism kid kat kuching, let me know yer..

nie cikgu my son recommend kan..she recommends my son private tutor sb bila masuk pra sekolah khas, dia lebih advance dr budak2 lain..even kadang2 cikgu dia masukkan ke kelas khas untuk aged 7 (thn. 1), he's still advance dr budak2 lain...tapi at the same time, mmg dia tak boleh masuk normal class sb budak2 camnie u know yourself, takkan buat apa2 nya...

so, the teacher suggest kita org ambik private tutor tapi at the same time masukkan ke normal class..tapi OKU holder card boleh ask for exemption in terms of years for each tahap, not necessarily 1 thn..so, i ingat nak buat camnie if i leh jumpa any private tutor..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:33 AM | Show all posts
nak tanya ye, pada umur berapa thn budak2 autistic ni lancar pertuturannya? macamana nak ajar anak ni menulis. saya dah ajar cara pegang pensil, tapi genggaman dia tak kuat. even kopek kacang pun tak lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 10:54 PM | Show all posts
hi..i baru bukak this site yesterday and i read all the stories from pg 1 to 19 and there's so much info and it's really interesting..i'm very excited and relieved that there are others who are in the same boat as mine..and hopefully we can share infos regarding our children..
my son= autistic=5yrs old..now in nasom
baru masukkan dia early this yr..his progress sejak masuk sana=boleh bawak bicycle, bile pegi playground baru nak naik see saw .. b4 this memang tak nak naik..asyik naik main slide je..tulis boleh ikut dotted line(beli buku yg ada dotted line utk disambung tu..)tapi kalau yg ada alphabet tu kadang e jadi o..sebab gross motor skill dia tak brp ok lagi..pastu kalau bawak pegi makan kat luar boleh dah duduk diam..tak macam dulu2 asyik berlari tak tentu hala..sampai kite macam kena main galah pjg ngan dia kat tpt makan..
anak i ni umur 2 1/2 thn dah recognize and hafal a-z and 1-20..tapi skang ni dia tak nak dah recite benda2 tu..dulu pun dia penah hafal buku2 citer pendek..english stories..tapi skang ni tak nak dah bile kite suruh..nak pegang buku pun payah..
pasal makan subhanallah..memang payah..dulu nak makan nasi ngan lauk..tapi tetibe dia refuse nasi dah 2 bulan dah..skang ni asyik makan ayam goreng, roti canai, vico, ribena, chipsmore..
i nak dengar lagi citer2 u all..pls share..
pls share your stories with me..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 10:59 PM | Show all posts
losyen, anak i dulu i biar je letak pensel color kat meja tulis dia ngan kertas kosong..biar dia conteng..sampai skang pun actually dia menyonteng je kerjenye..tapi kalau i bagi buku yg ada dotted line tu dok sebelah dia..kite kena jaga supaya dia tak conteng buku tu..cakap kat dia buku tu tak leh conteng..kalau dia conteng kite padam je..anak i lama i biarkan dia conteng kertas sorang2..sejak umur dia 3 thn lebih..baru2 ni je dia nak nulis dgn betul sket..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 11:07 PM | Show all posts
yg paling tension bile dia mengamuk kat umah..suka betul cari pasal kat rumah ni..heran betul..nak lagi time malam..dan pagi bile bangun tdo..bile malam je sibuk pasal lampu..dia akan kata bukak lampu(ada lagu dia) dan ulang2 cakap camtu..tak pun merengek tak tentu hala..sambil terlari2 dalam rumah..kadang tu menangis tak pasal2..dia mmg tak boleh terima perubahan..eg. kalau botol air kat tepi tv tu takde mesti mengamuk..dlm botol tu mesti ada air oren dia..tak minum takpe tapi mesti ada..

pagi nak mandi punye susah..nak kena nangis dulu..tak tau apa tak kena..naik kereta je ok dah..sampai sekolah suka plak tu..anak i boy..kat nasom tu rasanye stakat ni nampak sorang je girl..kat situ separuh yg severe separuh lagi yg cam anak i ni nampak normal tapi sebenarnye...:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by suflin at 30-6-2007 11:07 PM
yg paling tension bile dia mengamuk kat umah..suka betul cari pasal kat rumah ni..heran betul..nak lagi time malam..dan pagi bile bangun tdo..bile malam je sibuk pasal lampu..dia akan kata bukak  ...


yang severe tu macam mana ya suflin?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by suflin at 30-6-2007 10:54 PM
hi..i baru bukak this site yesterday and i read all the stories from pg 1 to 19 and there's so much info and it's really interesting..i'm very excited and relieved that there are others who are i ...


ohh...macam anak saya gak. rasanya dah 2 thn tak makan nasi. baru2 ni saya ajar dia minum susu dari cawan. dia tak nak. then depan mata dia, saya buang botol susu tuh. so sampai la ni, dia tak nak minum susu. so, saya bagi minum milo. baru2 ni saya ada baca suratkhabar metro ahad, mengatakan kanak2 autistik ni sukar nak terima perubahan. mereka akan amik masa lama skett. emm..awak antar anak gi nasom, mahal tak? berapa fees dia ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:49 PM | Show all posts
Boleh kesan ketika bayi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Rawatan awal autisme mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak

KEHIDUPAN kanak-kanak autistik memang misteri. Tiada siapa dapat membaca apa yang berlegar dalam fikiran mereka, terutama apabila kanak-kanak istimewa ini mula menunjukkan perangai pelik seperti berlagak pekak, menjadi terganggu dengan perubahan kecil pada persekitaran dan mencederakan diri sendiri.




Kanak-kanak ini juga tidak berminat dan enggan menggunakan alat permainan, tidak mahu bertentang mata dan tiada ekspresi muka apabila bercakap serta lebih suka bermain sendiri. Di sebalik kekurangan ini, sesetengah kanak-kanak autisme mempunyai bakat mengagumkan dalam seni lukis, muzik dan matematik.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Masih ramai ibu bapa yang mempunyai anak autisme menyalahkan diri sendiri kerana dianugerahkan anak sebegini. Ia bukan salah sesiapa kerana tiada siapa tahu bagaimana atau kenapa autisme boleh berlaku.

Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar.

Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.

Sehingga kini, belum ada cara untuk menyembuhkannya. Namun, autisme boleh dirawat dan rawatan awal mampu memberi kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak ini.

Dianggarkan seorang bayi daripada 1,000 kelahiran mengalami autisme. Bagaimanapun, ada kajian mengatakan kekerapannya antara dua hingga enam kes bagi setiap 1,000 kanak-kanak. Kanak-kanak yang ada adik beradik autistik mempunyai kebarangkalian lebih tinggi (dua hingga lima peratus) mendapat masalah sama.

Autisme berlaku tiga hingga empat kali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Tahap serius autisme berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak boleh membesar dan hidup berdikari, manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan sepanjang hayat.

Menurut Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC), Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, secara umumnya kanak-kanak autistik ada tiga masalah utama iaitu:

a. Tidak mampu bersosial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2007 01:49 PM | Show all posts
Masalah tingkah laku

Pada masa sama, kanak-kanak autisme ada masalah tingkah laku yang boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:


Suka mengasingkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:50 PM | Show all posts
Proses belajar perlahan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Sikap ibu bapa tidak percaya anak autisme boleh berdikari memburukkan keadaan

PERNAHKAH anak yang masih kecil tiba-tiba mencelah perbualan atau bertanya sesuatu berkaitan isu yang dibincangkan, sedangkan ketika anda berbual dia leka bermain di tepi anda?




Kalau orang tua dulu pasti menjegilkan mata kepada anak kerana mencelah perbualan orang dianggap kurang sopan.

Bagaimanapun, ini sebenarnya perkara positif kerana ia menandakan anak anda ada pendengaran, daya tumpuan dan pemikiran baik untuk menangkap butir perbualan serta mampu berinteraksi dengan bertanya bagi mendapatkan kefahaman.

Jika anak anda mempunyai ciri ini, anda perlu bersyukur kerana bukan semua kanak-kanak ada kebolehan begini. Kanak-kanak autistik contohnya ada kesukaran untuk berkomunikasi, berinteraksi dan mempunyai daya tumpuan singkat.

Proses pembelajaran kanak-kanak autisme biasanya perlahan dan lebih sukar kerana 70 peratus dilahirkan dengan kecacatan otak pada tahap berbeza, kata Pakar Terapi Pertuturan Bahasa Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC), Carmen Ooi.

Kanak-kanak autisme ada masalah pembelajaran dari segi:

1. Memori pendengaran


Mereka mempunyai daya tumpuan yang pendek. Biasanya kanak-kanak autistik tidak dapat menumpukan perhatian hingga ke hujung ayat. Ini bermakna, apabila satu ayat habis diucapkan, mereka lupa perkataan pada awal ayat. Ini menyebabkan mereka sukar memahami percakapan orang.


Boleh mengulang arahan yang panjang, tetapi tidak dapat menurut arahan berkenaan.


Tidak faham keterangan arahan. Kanak-kanak autistik juga tidak faham kegunaan sendi perkataan, justeru mereka tidak pandai menyusun ayat dan biasanya ayat yang dibentuk tunggang terbalik.

Cara untuk membantu:


Gunakan ayat yang pendek.


Pecahkan satu arahan kepada beberapa langkah kecil.


Bantu anak membuat ayat dengan menunjukkan gambaran visual. Gambaran ini boleh diketepikan secara perlahan-lahan apabila anak boleh membuat ayat.

2. Membuat ayat


Biasanya kanak-kanak autisme hanya menggunakan ayat mengandungi dua atau tiga patah perkataan. Contohnya 揌endak makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:51 PM | Show all posts
Hubungan sosial

揔esukaran dialami seperti disenarai di atas antara faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat bergaul dengan kawan lain. Jadi dalam soal ini anda boleh meminta kawan untuk bercakap perlahan-lahan dalam ayat pendek supaya individu autistik dapat menangkap percakapan mereka.

揔anak-kanak autisme sama ada menjadi pemalu atau bertindak kasar. Mereka juga sebenarnya berasa kecewa apabila tidak dapat berkomunikasi dengan kawan. Dalam soal ini anda boleh memberi peluang kepada anak berlatih peranan tertentu. Ini bukan saja menggembirakan, tetapi menggalakkan mereka berfikir dan bercakap,
Reply

Use magic Report

mama_hafiz This user has been deleted
Post time 3-7-2007 05:38 PM | Show all posts
pada 23 & 24 Jun 2007, saya ikut  seminar dan worksyop mengenai autism yang dianjurkan NASOM di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Banyak dapat maklumat dan saya cadangkan parents yang ada masa, untuk attend seminar itu.  Banyak yang boleh dipelajari. saya difahamkan lepas ni seminar yang sama akan diadakan di Kuantan. Sesiapa yang berminat, cubalah contact NASOM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.124742 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list