|
Best best best TD tanak ajak Lisa kawen ker |
|
|
|
|
|
|
|
mahu lagik' hehe' |
|
|
|
|
|
|
|
ala, x puasla, nak lagi.. tamak sungguh.. hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Menunggu Lisa & TD dengan penuh sabar~~~
|
|
|
|
|
|
|
|
Akde entry lagi ker hr ni adoiii jadi ketagih lak daku heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Esok cuti....harap sangat2 ada sambungan... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 30
Sudah hampir dua hari kejadian itu berlaku, tengku dennis sentiasa tersenyum apabila teringat. Wajah lisa yang merah menahan malu kelihatan sangat menawan. Godaan betul. Ketukan dimuka pintu mengganggu lamunan tengku dennis. Terjengul kepala razman dibalik pintu.
“ada apa raz?” tanya lelaki itu. razman segera masuk dan duduk tanpa dipelawa. Wajahnya agak serius. Tengku dennis bersandar pada kerusi mewahnya, memfokuskan pandangan pada sahabat merangkap pekerjanya.
“ada apa yang aku perlu tau ke?” soal tengku dennis. Dari air muka razman dia sudah tau ada yang tidak beres.
“ada orang potong jalan kita. Customer kita kena sebat…” lapor razman. Mulanya dia takut mahu memberitahu tengku dennis tapi apabila dua pelanggan telah berpaling tadah, dia rasa perkara ini perlu diberitahu pada tengku dennis. Lagi parah andai lelaki itu tahu dari mulut anak buahnya yang lain. Takut nanti tengku dennis menuduhnya tidak amanah.
Namun riak wajah tengku dennis hanya selamba. Itulah kelebihan lelaki itu, langsung tidak pernah tergugat dengan apa-apa situasi sekalipun. Tetap cool dan selamba, kecuali moodnya tidak elok.
“siapa client kita yang berpaling tadah tu?” tanya tengku dennis sambil kembali menyambung menyemak akaun syarikatnya. Razman teragak-agak mahu menjawab.
“err…ada dua, ah tuck dan david.” Beritahu razman lagi. Kedua-dua nama itu merupakan antara pelanggan terbesar mereka. Nilai belian mereka setiap tahun mencecah rm300 juta.
Tengku dennis mengeluh. “malam ni setkan appointment dengan ah tuck. David biar aku settle sendiri. Lelaki tu macam lalang, mana yang bagi dia profit lebih dia kaut dan aku nak tau siapa yang boleh bagi profit pada david lebih dari kita. Tak apa, pasal david aku uruskan. Uruskan pasal ah tuck, pastikan malam ni dia datang kalau tak…” arah tengku dennis. Razman hanya mengangguk, paham sangat dengan arahan itu.
“itu aje yang kau nak bagitahu aku?” tanya tengku dennis lagi.
“buat masa ni itu saja, kalau ada apa yang penting aku akan inform balik.” Razman mula berdiri, bersiap sedia mahu keluar dari bilik tengku dennis.
“kalau ada apa-apa lagi lepas ni kita bincang tempat lain, kat sini tak selamat…” razman hanya mengangguk. Baru 3 langkah suara tengku dennis kedengaran lagi.
“macamana dengan lelaki yang tikam aku tempohari, ada jumpa?” soal tengku dennis lagi. Wajahnya mula beriak sedikit tegang. Razman senyum lebar.
“oh..budak tu? Sudah tentu jumpa…tunggu kat pulau nanti aku bawa dia jumpa kau. Orang kita sedang kawal ketat. Tapi dia agak liat nak bagitau siapa yang mengupahnya.” Tengku dennis mengangguk. Riak wajahnya mula kendur kembali.
“bukan susah nak bagi dia buka mulut. Cari tahu siapa keluarga dia, teman wanitanya atau sesiapa saja yang rapat dengan dia,” arah tengku dennis lagi.
“don’t worry…ditanggung beres!” balas razman bertenaga.
“malam ni, jangan lupa.” Sekali lagi tengku dennis mengingatkan. Razman hanya mengangguk sebelum melangkah keluar. Tengku dennis picit kepala, siapa agaknya yang rajin sangat nak bermusuhan dengan aku.
Lisa sedang menyediakan makan malam sewaktu tengku dennis pulang dari pejabat. Sejak dari kejadian di genting highlands, hubungan mereka agak baik. Tengku dennis sudah mula bercakap baik-baik dengannya, dan dia sendiri sudah mula untuk sedikit bersopan santun dan sedar diri. Eh! Selama ni aku sedar diri apa…
“baru balik? Jom makan, saya dah hidangkan makan malam.” Walaupun jam baru mencecah 6.30 petang, makan malam sudah siap dihidang. Lelaki itu menitik beratkan pemakanan. Selepas pukul 8.00 malam sudah tidak boleh makan, sebelum pukul 7.00 malam sudah kena dinner. Lepas maghrib kalau lapar makan buah je atau minum susu dan jus. Tengku dennis cukup berdisiplin, patutlah kulit muka dia licin tanpa parut dan jerawat. Badan pun ketak-ketak, nasib baik rambut tak ketak-ketak. Hehe..
“kau makanlah, aku nak keluar. Ada hal sikit.” Tengku dennis bangun dari sofa dan briefcase dibimbit menuju ke bilik tidurnya ditingkat atas. Dia mahu bersiap, malam nanti kena keluar settlekan kerja yang tak beres.
“nak ikut!” sedikit kuat lisa bersuara. Tengku dennis mendengus.
“tak payah, duduk aje kat rumah. Sebelum ni kalau aku ajak keluar ada aje yang nak dibangkangnya. Sekarang ni orang tak ajak nak ikut pulak. Tak malu ke?” sindir tengku dennis. Sememangnya dia tidak mahu membawa lisa. Untuk apa dibawa gadis itu, dia pergi uruskan business bukan main-main.
Sebenarnya lisa bukan nak sangat ikut tapi dia takut tinggal dirumah seorang diri. Sejak tengku dennis bercerita tentang hantu dalam penthouse tersebut dia rasa tak sedap hati. Macam ada mata yang memerhati. Dahlah semalam dia terdengar bunyi pelik-pelik. Malu letak tepi dulu, yang penting nak ikut!
“saya tetap nak ikut, bolehla…saya janji tak kacau awak. Saya duduk diammmm…..je. janji tak kacau.” Lisa menaikkan tangan kanannya persis membaca ikrar. Tidak dihirau apa yang tengku dennis fikirkan, yang penting dia tak nak ditinggalkan seorang diri di rumah. Buatnya hantu rambut panjang menunjukkan wajah, mau mati terkejut tak pasal-pasal pulak.
“aku dah cakap tak boleh maksudnya tak boleh? Kau mengada sangat ni kenapa. Duduk je la kat rumah!” marah tengku dennis. Dia masih berdiri didepan anak tangga. Baru je nak langkah suara lisa kedengaran, baru je nak langkah lagi suara itu berbunyi lagi.
“tak pe lah kalau macam tu. Saya duk kat rumah je lah. Maaf menyusahkan.” Lisa buat-buat sedih, mana tau taktiknya Berjaya. Dia tahu hati tengku dennis tidak sekeras mana sebenarnya.
“yelah! Yelah! Siap cepat…lambat aku tinggal.” Ha…kan dah cakap, lisa tayang muka selamba padahal dalam hati rasa nak bersorak. Hip hip hurreyyy!
“okay…” tengku dennis segera panjat anak tangga untu bersiap. Lisa tidak akan dibawanya. Gadis itu akan ditinggalkan di mana-mana shopping complex untuk seketika. Bukan perangainya mahu mengaitkan perempuan dalam urusan perniagaannya.
Sewaktu tengku dennis melangkah turun, lisa sudah siap sedia menanti diruang tamu. takut sangat kena tinggal agaknya. Hari demi hari gadis itu kelihatan makin cantik pada matanya. Dengan dress hitam paras lutut dan rambut yang disanggul tinggi dan dihiasi cekak dawai halus berbunga kecil disudut kanan kepala menambahkan kemanisan wajah itu. handbag Louis vuitton vernis collection berwarna biru kehijauan sudah tersedia di atas meja.
Dalam diam tengku dennis memuji. Sudah pandai dress up, perkembangan yang bagus. Kalau tidak sebelum ni pasti berperang tentang pakaian.
“dah siap?” soal tengku dennis berbasa basi. Dia mengenakan tshirt v neck biru gelap dipadankan dengan jeans biru gelap. Jaket hitam berjalur merah dikedua belah tangan tersangkut dilengannya. Kasut berjenama mewah Christian louboutin berwarna chesnut sudah siap tersarung di kaki. Dalam hari lisa mencebik, ingat dia mat salih ke nak pakai kasut dalam rumah. Buatnya ada tahi ayam ke tahi lembu ke. Najis!
“dah siap lama dah, awak tu yang lama bersiap mengalahkan perempuan,” selamba lisa mengutuk.
“amboi…perli Nampak, nak aku tinggal kau ke?” lisa tayang giginya yang putih tersusun. Lisa mengekori tengku dennis ke ruang parkir kereta. Pintu Lamborghini avetador putih dibuka disebelah penumpang. Sejak akhir-akhir ini sudah jadi rutinnya untuk bukakan pintu kereta untuk gadis itu. kalau sebelum ini jangan harap. Pandailah nak bukak sendiri.
“berapa banyak duit yang awak ada?” soal lisa tiba-tiba sewaktu kereta itu sudah laju membelah jalan. Dia sudah tidak ambil pusing dengan kelajuan kereta itu, sudah biasa dengan keadaan itu. sudah tidak kecut perut seperti sewaktu pertama kali menaiki kereta dengan tengku dennis.
Tengku dennis kerut kening kemudian ketawa.
“kenapa? Nak pinjam ke?” sindir lelaki itu. lisa buat muka menyampah.
“bukan nak pinjam, tak hingin pun. awak dah tolong saya selama ni pun dah besar rahmat tau tak. Cuma saya pelik, awak kerja apa sebenarnya sampaikan saya tengok bukan main banyak kereta awak ada. Mahal-mahal pulak tu semua. Mana awak dapat duit? Gaji awak berapa?” soal lisa bertalu-talu. Segala soalan itu sudah lama menghuni benak fikirannya. Untung sangat ke bisnes hotel dan perkapalan tu sehinggakan lelaki itu kaya sebegitu rupa.
“satu hari nanti kau akan tau jugak siapa aku dan waktu tu jangan pulak kau terkejut.” Tengku dennis masih tenang memandu. Lisa pelik dengan jawapan itu, takkan lelaki ni vampire macam Edward Cullen kot…agak-agaklah kan!
“kenapa? Awak bukan manusia ke?” bertambah rancak ketawa tengku dennis dengan soalan itu.
“kau ni banyak sangat tahyul ni…percaya sangat denga cerita dalam tv tu.” Kutuk tengku dennis. Lisa tetap buat muka selamba. Bukan percaya sangat tapi tak mustahil.
“habis tu awak nak berahsia sangat kenapa? Lepas tu…ha! Ni dah lama saya nak tanya, kenapa awak kena tikam hari tu dan kenapa awak tak nak jumpa doctor atau buat laporan polis?” tangkas sekali lisa melontarkan soalan, dah gaya polis tak bertauliah pulak.
“aku rasa aku dah cakap sebabnya…aku kena rompak kan.” Lisa buat muka pelik. Yeke dah cakap? Macam tak je. tak pe lah, tak perasan agaknya.
“satu hari nanti kau akan tahu jugak siapa aku.” Sambung tengku dennis lagi.lisa hanya diam.
Tengku dennis memberhentikan kereta de depan valet service di pusat membeli belah pavilion. Berlari-lari dua orang pekerja valet parking menuju ke arah kereta mewah tengku dennis. Mereka membukakan pintu disebelah penumpang dan pemandu. Tengku dennis kelihatan berbicara sesuatu dengan salah seorang pekerja tersebut sebelum beliau mengangguk hormat dan berlalu pergi. Lisa yang masih berada dalam kereta memandang pelik ke arah tengku dennis. Tidak Nampak gaya lelaki itu nak keluar dari kereta.
“kau tunggu kat sini. Bila urusan aku dah selesai aku call kau. Jangan pergi mana-mana, duduk je dalam ni. Pastikan phone sentiasa kat tangan, senang aku nak contact kau.” Tengku dennis member arahan.
“habistu awak nak pergi mana? Kenapa saya tak boleh ikut?” tanya lisa. Risau sebenarnya, takut tengku dennis tinggalkan dia selamanya kat sini mana dia nak pergi. Baju saja mahal, duit satu sen pun tak ada sebenarnya.
“aku ada kerja sikit area sini. Nanti aku ambik kau, jangan banyak songeh boleh tak? Aku dah lambat ni.” Lisa patuh, dah orang tak nak bawak nak buat macamana. Sesudah tangan menutup pintu tengku dennis memanggil. Tingkap sudah terbuka luas. Lisa sedikit menunduk, nasib baik bukan baju kolar luas, kalau tak free show.
“nah, buat belanja. Beli lah apa kau nak beli pun. tak cukup bagitau, nanti besok aku belikan barang yang kau nak tu.” Tengku dennis menghulur seikat duit bernilai rm50 setebal 1cm. terlopong lisa dibuatnya. Nak buat apa banyak sangat ni…
“banyaknya..bagi 50 sudahlah, bukan saya nak beli apa pun.” lisa tadah tangan. Sekeping sudah cukup. Bolehla dia buat makan nanti, lagipun tak sempat nak makan makanan yang dia masak tadi. Perut pun sudah lapar. Tambahan pula dia tidak biasa pegang duit banyak, paling banyak pun 1 ribu ringgit.
Tengku dennis buat tak layan. Duit yang berikat itu tetap diletakkan atas tapak tangan lisa dan dia terus meluncur pergi. Bingit kawasan itu dengan bunyi enjin kereta tengku dennis. Saja nak menunjuk lah tu! Ejek lisa dalam hati.
Duit tersebut dimasukkan dalam tas tangan. Tidak berniat mahu menggunakannya pun. kalau nak guna pun sekeping saja, buat makan malam. Lisa melangkah masuk melalui pintu kaca automatic. Aircond yang sejuk menyegarkan tubuhnya. Kadang-kadang dia rasa bertuah dapat kenal dengan tengku dennis, kerana lelaki itu dia dapat merasa berjalan-jalan dan hidup bebas. Kalau dulu segalanya dikongkong malahan duit hasil titik peluhnya sendiri pun disekat.
Sebelum berjalan-jalan dia harus mengisi perut terlebih dahulu. Malas mahu berjalan jauh, dia singgah di Dome. Seorang pelayan meletakkan meju. Satu persatu menu itu dibeleknya. Mahalnya makanan kat sini! Roti yang Nampak tak menarik pun berbelas ringgit. Gila ke! Lama berfikir lisa hanya memesan ice blended. Boleh kenyang kot, Nampak macam berkrim saja.
Sambil mencuci mata, lisa menyedut minumannya. Lega tekak, patutlah mahal, sedap rupanya..satu gelas mencecah rm20, memang mahal tapi dengan rasanya dan ketulan coklat yang sedap, memang bebaloi. Dalam pada mengelamun, kerusi dihadapannya ditarik. Lisa terkejut, seorang lelaki dengan rambut yang stylo sudah duduk dihadapannya. Apehal dia ni, punyalah banyak kerusi tempat kosong, depan aku jugak dia nak duduk.
“hai..ingat saya lagi?” soal lelaki dihadapannya. Cuba nak pancing perbualan mungkin. Lisa buat pekak, aku tak kenal kau. Jangan harap aku nak layan, getus hatinya. Mikail tersenyum senang, sombong…I like!
“sombongnya dia, kita tanya pun tak nak jawab. Ke bisu…?” mikail bersuara lagi. Gadis dihadapannya direnung puas. Cantik! Gadis itu langsung tidak memandangnya. Dari tadi kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan tapi buka depan. Dari pemerhatiannya, gadis ini bukan calang-calang. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, barangan yang dipakainya semua berjenama mahal dan mewah. Anak orang kaya mungkin.
“apalah nasib…kita dah tolong dia daripada lemas hari tu, tapi dia sombong dengan kita pulak sekarang ni, sedih sungguh…” mendengarkan ayat itu lisa segera memakukan pandangannya pada lelaki dihadapannya. Wajahnya seolah-olah meminta penjelasan.
“tak ingat saya?” tanya lelaki itu lagi. Kali ini barulah lisa member respon. Dia menggeleng tanda tidak dapat mengingati lelaki itu.
“ingat tak yang awak pernah terjatuh dalam kolam, lepas tu saya dan kawan-kawan selamatkan awak. Saya suruh awak tunggu kat kerusi tu sebab saya nak salin seluar sebelum hantar awak ke bilik tapi saya datang tengok awak dah tak ada. Ingat tak?” bersemangat lelaki berkemeja putih itu bercerita.
Lisa tersenyum lebar. Dia ingat kejadian itu tapi dia lupa raut wajah lelaki itu.
“maaf, saya lupa muka awak tapi saya ingat kejadian tu.” Setelah sekian lama barulah lisa mengeluarkan suara emasnya. Emaslah sangat, kalau dengan tengku dennis bukan main dia melawan.
Mikail senyum kacak. Dia sebenarnya hampir tertawan dengan senyuman manis gadis itu. belum senyum pun sudah tertawan sebenarnya tapi bila dah senyum lagilah.
“nama saya mikail, panggil mika je. tapi nak panggil sayang atau abang pun boleh.” Mikail cuba berlawak. Lisa ketawa perlahan. Personality lelaki yang memperkenalkan diri sebagai mikail itu lebih menarik dan peramah berbanding dengan tengku dennis yang sombong itu. aik! Apehal aku nak bandingkan mereka pulak.
“erm…saya mellisa, panggil lisa…” mereka saling berjabat tangan. Kalau tidak kerana mikail pernah menyelamatkannya jangan harap lisa nak berkenalan bagai. Kirim salam! Mikail dilihatnya tersenyum sejak dari tadi. Wajah lelaki itu mengingatkan dia pada seseorang tapi entah siapa.
“nak minum? Saya belanja, tanda terima kasih.” Lisa mempelawa ikhlas.
“boleh jugak. Waiter!” panggil mikail tanpa segan silu. Nasib baik aku ada duit kalau tidak…lelaki ni seolah-olah tidak reti menolak ajakan orang. Setelah memesan minuman mikail kembali focus kepada gadis didepannya. Tak rugi dia datang berjalan di pavilion, dapat jumpa awek cun.
“siapa nama tadi? Mellisa ya?” soal mikail. Lisa hanya mengangguk sambil tersenyum.
“macam ada jodoh pulak ya?” gurau mikail. Lisa tidak faham.
“kenapa?” soal gadis itu. mikail senyum menggoda. Sudah ramai tersungkur dek senyumannya. Harapannya begitu juga dengan gadis didepannya ini sedangkan lisa langsung tidak berperasaan sewaktu menatap senyuman itu. perasan sendiri mikail nampaknya.
“pangkal nama kita sama, mikail…mellisa. Saya mika, awak mel…kalau saya panggil awak mel boleh?” tanya mikail tiba-tiba. Ewah! Sesuka hati kau nak tukar nama aku ye? Kutuk lisa dalam hati tapi dia tetap layankan juga.
“suka hati awaklah, asalkan bahagia…” sedikit sebanyak lisa sudah nak mengeluarkan loyar buruknya tapi cepat-cepat dia cover. Telefon bimbit yang berbunyi mengganggu perbualan mereka. Lisa segera menjawab. Tanpa perlu melihat ke skrin dia sudah tau siapa dihujung talian.
“setengah jam lagi aku ambil kau kat tempat tadi.” Seperti biasa tanpa ucapan hello apatah lagi salam lelaki itu terus saja menyerbu. Sejak kejadian tempohari, lisa sudah tidak berani menegur tengku dennis mengenai salam dan apa sahaja berkenaan ibadah lelaki itu. tidak larat mahu mendengar amarah lelaki itu.
“okay…” tanpa amaran talian terus diputuskan.
“siapa?” tanya mikail menyibuk. Handphone dimasukkan kembali ke dalam tas tangan. Segaja tidak mahu letak atas meja. Banyak sangat dia tengok dalam drama lelaki cuba nak mengorat dengan miscall nombor sendiri guna telefon si gadis. Eh terperasan pulak!
“saya kena pergi dulu lah, awak duduk la dulu. Minum air ni sampai habis, saya pergi bayar.” Tanpa menjawab soalan mikail, lisa segera bangun menujun ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Malas mahu memanggil waiter ke mejanya.
Mikail turut tergesa-gesa bangun.
“tak apa, kali ni biar saya belanja. Lain kali awak belanja okay?” mikail melontarkan pandangan. Lisa ketawa dalam hati. Dah agak dah, lelaki ni mesti nak ngorat. Bajet dapat jumpa lagilah tu kalau dia bayarkan minuman aku. Kira macam hutang tak settle. Pigidah!
“kalau macam tu awak bayar awak punya saya bayar saya punya. Selamba lisa menyambung langkah ke kaunter. Tas tangan dibuka, wallet juga dibuka. Eh! Tak de duit. Mikail yang melihat tersenyum. Ada can! Tapi malang, angan tinggal angan apabila melihat seikat duit dikeluarkan dari tas tangan gadis itu. boleh tahan.
Budak cashier lagilah melopong melihat seikat duit yang dikeluarkan lisa. Gadis itu terlalu naïf, selamba saja keluarkan duit sebanyak itu di depan orang. Buatnya ada yang niat jahat tak ke naya. Sekeping not 50 ditarik dan bakinya disimpan kembali dalam tas tangan. Setelah melakukan pembayaran, tanpa mempedulikan mikail yang berdiri disebelah dia menonong menuju ke tempat tengku dennis menurunkannya.
Tergesa-gesa mikail meletakkan not 50 diatas kaunter tanpa mengambil bakinya. Duit dia berkepuk, dia tak heran pun! langkah laju lisa dikejarnya. Gadis itu seolah-olah melarikan diri darinya. Tercabar juga dibuatnya. Belum pernah perempuan menolaknya secara terang-terangan. Keluar saja dari pintu keluar automatic, mikai memanggil nama lisa. Gadis itu menoleh.
“nak contact number awak.” Tanpa segan silu mikail meminta. Lisa hanya menggeleng tanda enggan memberi. Bunyi hon mengejutkan mereka berdua, lisa menoleh ke belakang. Tengku dennis sudah sampai, dia segera berlalu tanpa mempedulikan mikail. Dia lebih takutkan tengku dennis.
“terima kasih sebab selamatkan saya dulu moga Allah sentiasa melindungi awak. Saya balik dulu.” Lisa segera mengundur diri.
Mikail hanya memandang dari jauh. Patutlah tak layan, dah ada yang lebih kaya membelanya. Tak apa, kita pasti jumpa lagi, hati kecil mikail berbicara. Setelah kereta itu menderum pergi, dia segera beredar namun baying dan senyuman lisa masih terbayang diruang matanya. Angaukah dia?
p/s : selamat berhujung mingguuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 20-12-2012 02:51 PM
Teh LipTop???
Macam lipTOn ek rasa dia???
haha...tiptoplah rasa dia...maleh nak edit..voleh giteww? hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 20-12-2012 02:33 PM
Oh syahdunya...tapi napa TD tuh gatai tak habis2...sempat lg tuh...
TD memang gatai..gatai sesangat.....dia pantang ada peluang...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 20-12-2012 01:29 PM
nasib baik kali ni waktu zuhur yg panjang
ini je ke noks
mak tamak taw
noks takleh bebanyakkk...kembung sat g...haha
|
|
|
|
|
|
|
|
yamapi posted on 20-12-2012 02:03 PM
lahhh tu ajaaa... adoii apa jadi lepas ni... bile nak kuarkan dialog nurul izzah ombak rindu..
'e ...
nantilah...awai lagi kot...kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 22-12-2012 01:46 PM
noks takleh bebanyakkk...kembung sat g...haha
mana ada kembung noks
klu yea pun kembung mak x kisah
|
|
|
|
|
|
|
|
malam lak tak de ke.. hehehe mikail dah masuk jarum. |
|
|
|
|
|
|
|
harini pun xder smbgn lagi keeee....heheeheh semua mood holiday yeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
Esok dah raya krismas...xde lg ke sambungan nih??? |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 31
“siapa tadi?” soal tengku dennis dingin. Mood dia tidak berapa baik, urusan dia tidak berjalan dengan lancar. Pil-pil yang berwarna-warni yang ditunjukkan ah tuck telah disimpannya dalam poket seluar. Pil itu akan dihantar makmal miliknya dan dikenal pasti kandungannya. Kenapa hanya kerana pil kecil itu ramai pelanggannya berpaling tadah. Apa yang istimewanya pil kecil itu.
“tak ada siapalah, tak kenal pun.” setelah denyut nadinya kembali stabil, lisa menjawab. Tengku dennis disebelahnya hanya dikerling sekilas. tolonglah jangan tanya banyak-banyak.
Malam ini dia dapat rasakan aura negative diseliling tengku dennis. Mood lelaki itu nampanya tidak baik. Wajah kacaknya agak tegang dan bengis. Sudah agak lama dia tidak melihat tengku dennis berkeadaan seperti ini. Tengku dennis memandu kereta dengan agak laju, setiap kereta yang menghalang laluannya dipotong nipis. Kemas lisa memegang tali pinggang keledar. Cuak! Tapi dia tidak berani bersuara.
Tiba disatu jalan, sebuah kereta Mercedes yang dipandu terlalu perlahan menghalang laluan tengku dennis. Sudahlah perlahan, duduk pula dilorong kanan. Sedar diri ke tidak pemandu kereta itu? seminit, dua minit berlalu, tengku dennis mengekori perlahan. Dia cuba bersabar, nak cilok kereta bertali arus dari arah bertentangan. Beberapa kali high beam dinyalakan kepada pemandu tersebut namun harapan….dia buat bodoh saja.
Kemarahan tengku dennis meluap-luap. Dirinya yang sememangnya dikuasai amarah segera memotong apabila berpeluang sambil membunyikan hon tidak henti-henti. Terkejut pemandu Mercedes itu sehinggakan stereng keretanya terus dipaut ke kiri lorong. Oh…boleh pulak duduk lorong kiri. Ingat boleh mati tadi.
“slow sikit boleh? Kereta banyak ni…” penuh lemah lembut lisa berkata, orang tengah marah kita tak boleh curah minyak nanti terbakar dengan kita-kita sekali. Tengku dennis buat tak layan. Melalui cermin pandang sisi tengku dennis dapat melihat ada cahaya lampu kereta yang seolah-olah mengejarnya. Polis atau JPJ? Lelaki itu tarik senyum sinis dan memperlahankan kereta, mahu melihat siapa yang cuba mengejarnya. Kereta itu semakin mendekat. Rear mirror dipandang, dan tidak semena-mena high beam diberi pemandu kereta tersebut menyilaukan pandangan tengku dennis kerana lampu itu terpasang berterusan. Manusia biadap! Kau cari pasal ya.
Lisa perasan ada kereta yang mengekorinya tapi dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa walaupun menoleh ke belakang berkali-kali. Lampu kereta lelaki itu terlalu menyilaukan mata ditambah pula dengan kedudukan kereta yang mengekori agak rapat. Wajah tengku dennis dilihatnya semakin bengis, berang barangkali ada yang memprovoknya.
Tengku dennis tekan pedal minyak dan kereta meluncur laju, mereka seolah-olah sedang berlumba. Mercedes mahu mengejar rapat sebuah kereta sport yang laju? Tentu saja tidak dapat. Oleh kerana itu tengku dennis memperlahankan keretanya, melalui cermain pandang belakan dia dapat melihat Mercedes itu melucur laju dan apabila jarak keretanya tinggal tidak sampai satu depa tengku dennis sengaja membrek mengejut dan tangkas sekali menekan pedal minyak kembali. Persis pelumba hebat.
Bunyi geseran tayar pada jalan agak kuat dihasilkan daripada kereta Mercedes tersebut namun dia bernasib baik, tiada kereta yang mengekor rapat belakang keretanya, kalau tidak hancur punggung Mercedes itu. lisa ingatkan pemandu itu sudah berputus asa namun sebaliknya. Dia tetap mengejar kereta tengku dennis. Tengku dennis sedikit ke tepi membeli kereta itu memotongnya. Dia sudah malas mahu bermain, tak ada adrenalin rush main dengan kereta murah. Tidak layak Mercedes sls 300 mahu menandingi Lamborghini aventador miliknya.
Kereta itu memotong tapi kelajuannya dikekalkan supaya bersaing dan beriringan dengan kereta tengku dennis. Tingkap sebelah penumpang dibuka dan penumpang serta pemandu kereta tersebut berkata sesuatu dan menunjukkan genggaman penumbuk. Nampak sangat mereka berdua tidak berpuas hati dengan tengku dennis.
Melalui tempat duduknya lisa dapat lisa lengan gelap milik penumpang kereta Mercedes itu agak besar. Malahan saiznya 2x ganda lengan tengku dennis. Lisa takut, tidak semena-mena dia memegang lengan tengku dennis. Lelaki itu hanya membiarkan.
Dengan selamba tengku dennis menurunkan tingkap dan wajah bengisnya dipertontonkan kepada mereka. Tangannya dikeluarkan dari tingkap dan jari telunjuknya ditegakkan. Pemilik dan penumpang kereta Mercedes itu sudah gentar sebenarnya apabila melihatkan wajah pemilik Lamborghini aventador tersebut. Dia kenal wajah itu, mereka silap percaturan. Pemilik kereta mewah itu bukan calang-calang.
Tengku dennis senyum mengejek, lori yang datang bertentangan dipandang tajam. Mercedes itu cuba masuk kembali ke lorong asal. Tengku dennis memperlahankan kenderaan dengan mendadak. Menghalang Mercedes itu mencelah dibelakangnya. Treler panjang itu mula membunyikan hon dengan nyaring. Bunyi brek angin yang dikeluarkan lori membingitkan telinga kerana tingkap disebelah tengku dennis sengaja tidak ditutup.
Mercedes itu sudah kelam kabut. Treler itu menuju laju ke arah kereta mereka. Walaupun kenderaan berat itu cuba membrek namun semua itu tentu saja sia-sia. Kelam kabut pemandu merceder dibuatnya dan ketika itu juga tengku dennis memecut laju. Melalui cermin sisi kereta itu dilihatnya sudah memasuki lorong yang betul. Ini tengku dennis, jangan cuba nak mainkan aku. Lelaki itu ketawa besar.
Walaupun treler itu sudah melepasi kereta Mercedes itu tengku dennis tahu, hon tidak akan berhenti dibunyikan tanda amarah yang meggunung tinggi dari pemandu lori. Buktinya walaupun mereka sudah agak menjauh, bunyi hon masih dapat didengari. Tingkap dinaikkan.
Lisa disebelah diam tidak berkutik. Bagaimana kalau kereta tadi excident? Dengan lori panjang dan besar itu. apa akan jadi? Seram dia mahu membayangkan. Tengku dennis sudah melampau. Dia mempermainkan nyawa orang sesuka hati.
“kenapa awak buat macam tu tadi? Mereka boleh mati disebabkan awak tau!” marah lisa. Suaranya yang sedikit tinggi menaikkan semula suhu kemarahan tengku dennis yang mulai reda sedikit sebentar tadi. Tapi sekarang skalanya sudah naik berlipat ganda.
“kau jangan banyak cakap…” ringkas tengku dennis membalas. Merah padam wajahnya, sebelum ini tiada siapa berani mempersoalkan apa yang dilakunya. Malam ini dengan beraninya gadis itu bersuara mempertikaikan kelakuannya.
Lisa mendengus. Kalau tak cakap si tengkujuh ni tak kan sedar diri. Dia ingat nyawa manusia ni boleh dapat kat hardware agaknya.
“kalau marah pun, awak tak sepatutnya buat macam tu. Awak main-mainkan nyawa orang sesuka hati. Buatnya diorang tu anak anak-anak kecik lepas tu dia mati. Siapa nak bagi makan anak-anak dia? Awak nak bagi makan?” lisa mula melalut. Sampai ke anak kawan tu difikirkannya.
“aku cakap diam….” Tengku dennis cuba menyabarkan hatinya. Sekali lagi lisa bersuara taulah dia nak mengajarnya. Kereta terus meluncur laju.
“awak ni kadang-kadang melampau tau…apa lah salah orang tu.” Lisa masih terus bersuara namun nadanya sudah tidak setinggi tadi.
“siapa yang halang aku memang tak patut hidup.” Perlahan sekali ayat itu dituturkan tengku dennis namun lisa masih mampu mendengar. Hangat kembali hatinya, lelaki itu terlalu angkuh dengan hidupnya.
“ewah sedapnya cakap. Awak ingat awak tuhan nak sesuka hati tamatkan nyawa orang!” berapi lisa dibuatnya. Tengku dennis dipandangnya tajam. Rahang lelaki itu kelihatan bergerak-gerak. Menahan geram mungkin. Lantak lah! Aku tak suka orang main-main dengan nyawa.
Tengku dennis memulas stereng dan berhenti dipinggir jalan yang agak gelap. Dia memalingkan tubuh menghadap lisa. Wajah itu dipandangnya tajam. Lisa menunduk, tidak berani menentang pandangan itu.
“keluar sekarang…” arah tengku dennis. Lisa tercengang, keluar? Maksudnya…
“ke..kenapa?” soal lisa tergagap-gagap. Dengan suasana sekeliling yang sunyi, mustahil dia mahu turun.
“keluar sekarang…” sekali lagi tengku dennis member arahan. Lisa masih tidak berganjak. Menentang mata tengku dennis pun dia tidak berani.
“aku kata keluar! Keluar! Kau tak paham?!” melengking kuat suara lelaki itu membelah kesunyian malam. Lisa terburu-buru keluar. Tingkap diturunkan.
“aku pernah bagi kau amaran, untuk hidup dengan aku kau perlu ikut apa yang aku suruh dan buat. Kau kena belajar untuk hidup cara aku bukan pandai-pandai nak ubah cara hidup aku. Kau tu siapa nak ubah aku! Hidup kau pun aku yang bagi makan! Perempuan tak sedar diri! Tak padan dengan menumpang!” selesai menuturkan ayat itu tengku dennis menderum pergi. Lisa ditinggalkan sendirian di tepi jalan yang sunyi itu.
Tergamam lisa dibuatnya. Otaknya beku.
“aku tau aku menumpang…aku tau aku tak sedar diri.” Perlahan-lahan air mata membanjiri pipinya. Ke mana harus dia melangkah. Lisa menundukkan kepala, matanya tertangkap satu objek disudut kaki yang tersarung flat shoes. Tas tangannya turut ada disitu. Dibaling tengku dennis mungkin, dia pun tidak perasan.
Zip ditarik dan isi beg digeledah. Dia mengeluh, duit yang berikat itu masih ada. Dia nekad, dia akan kuat dan mulakan hidup baru dengan duit itu. bila hidupnya sudah stabil, dia akan cari tengku dennis dan membayar kembali setiap sen yang lelaki itu berikan kepadanya. Dia berjanji!
Lisa cuba kuatkan hati. Air mata disapu dengan belakang tangan. Dia melangkah laju walaupun dia sendiri tidak tahu ke mana yang haru dituju. Dia yakin Allah pasti bersamanya. Dari kejauhan lisa sudah melihat pondok bus yang disinari cahaya lampu jalan. Dia terus menuju ke situ ingin melepaskan lelahnya.
Sudah agak jauh dia berjalan rasanya, kaki pun sudah rasa sakit-sakit. Nasib baik pakai kasut flat, kalau tidak boleh patah kaki dibuatnya. Screen handphone dilihat sepintas lalu, sudah hampir pukul 1 pagi. Banyak teksi yang sudah melepasinya, satu pun dia tidak tahan. Bukan apa, dia tidak tahu ke mana hala tujunya. Dalam hati ada rasa sebak sebenarnya tapi dia tahan, dia tidak boleh lemah. Kalau dia lemah dia akan dipijak orang. Dia perlu kuat!
Pin! Pin! Bunyi hon mengejutkan lisa. Sebuah skuter berhenti dihadapan pondok bus yang didudukinya. Lisa mula cuak, orang jahat ke? Tapi dari susuk tubuh yang berbalut sweater pink itu, kelihatannya seperti perempuan. Penunggang itu menanggalkan helmet yang tersarung. Ternyata benar telahannya.
“cik lisa kan?” soalnya. Lisa terkejut, mana dia tau nama aku. Gadis itu tersenyum manis sambil turun dari skuternya.
“tak ingat saya?” soal gadis itu lagi. Lisa hanya kerut kening, cuba memerah otak. Kenapalah dari tadi lagi orang suka main teka-teka dengan dia. Kenal saya tak? Ingat saya tak? Aku ni dah lama habis sekolah, otak tepu sikit!
“maaf, tak berapa ingat tapi macam pernah jumpa sebelum ni.” Lisa membalas. Gadis itu sudah duduk di sisinya.
“ain lah…cik lisa lupa ke? Ni ain, pekerja tengku dennis. Yang kerja kat hotel tu? Dah lama tak jumpa tu yang tak ingat agaknya. Saya pun tak perasan tapi bila patah balik dan tengok betul-betul, cik lisa rupanya. Tu yang saya tegur.” Panjang lebar ain memperkenalkan diri.
“oh!!! Ain! Ingat-ingat!” kuat suara lisa kedengaran. Excited sungguh dia jumpa orang dia kenal pada waktu genting ini. Masa jumpa mikail tak pulak excited, sebab lelaki kan…
“cik lisa buat apa lewat malam kat sini? Bahaya la…” ulas ain. Lisa hanya menunduk. Apa nak jawab ni?
“errr…errr…saya…” tergagap-gagap lisa ingin menjawab. Ain hanya tersenyum.
“jom pergi rumah saya, dekat je dari sini. Boleh kita borak panjang.” Bagaikan memahami kesulitan yang dihadapi lisa, ain mengajak gadis itu pulang ke rumahnya. Lisa menngangkat wajahnya. Air mata bertakung di kolam matanya. Baik sungguh hati gadis kecil molek ini.
“jom…” ajak ain lagi. Dia tahu gadis cantik ini sedang menghadapi masalah. Bukan dia tidak Nampak kesedihan yang terukir diwajah itu.
“tak menyusahkan ke?” tanya lisa. Dia tidak mahu terhutang budi lagi. Nanti maruahnya akan dihina-hina seperti tadi.
“taklah…saya tinggal berdua je dengan yana. Tak menyusahkan pun, jom!” ain tarik tangan lisa menuju ke skuternya. Helmet hanya ada satu, ain saja yang memakainya tapi kata gadis itu tidak sebab sebab rumahnya dekat saja dari pondok bus itu. lisa hanya tersenyum
p/s : lama yeh nunggu? sekarang musim final...busy study, novel pun terbengkalai... |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 24-12-2012 11:59 PM
Esok dah raya krismas...xde lg ke sambungan nih???
dah ada dah cik andak....gigih cin andak nunggu..bagus n terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
novel ni makin lama makin mencabar pulak rasa...dah taip 300++ pages actually tapi bila baca balik ada yang rongak here and there...novel ni rasanya kena banyak study kalau nak tulis...saya memang nak siapkan novel ni...for now akan post till certain bab and stop sebab kena study dulu yang pasal novel ni...takut karang terbagi info yang salah...walaupun ni sekadar novel tapi tak naklah ada info or fact yang boleh menjejaskan kefahaman and sebagainya...
i'll try my best to complete it....sekarang tengah kumpul a few info... |
|
|
|
|
|
|
|
makasih mod jazaa... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|