CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 30-12-2014 10:16 AM | Show all posts
hest replied at 30-12-2014 09:52 AM
masa tu sebenarnya baru aku paham perasaan orang bunuh diri... macam mana dia boleh nak pkir bunuh ...

ic
hest ada pengalaman ke?
el pun kenkadang rasa down sgt
smpai rasa smua nk salahkan diri sendiri
now el dh pk positif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 10:58 AM | Show all posts
Throwback sekali lagi zaman sekolah. Tiba-tiba pulak dok ingat balik cerita zaman persekolahan riang ria dulu.

Kisah 18 - Main-main Hantu


Aku form 4 masa ni. Hari Sabtu sekolah ada buat Hari Keusahawanan, ala-ala macam Hari Kantin jugakla. Aku tak taula apa pasal cikgu-cikgi suka sangat lantik aku jadi orang yg bertanggungjawab untuk itu dan ini. Padahal aku ni bukanla rajin mana pun. Aku pulak jenis bila cikgu dah suruh, aku buat je. So untuk Hari Keusahawanan tu aku dipertanggungjawabkan untuk menyelia aktiviti student yg dok set up gerai-gerai sehari sebelumnya. Pagi masuk kelas, belajar macam biasa. Lepas sekolah, aku dah start jadi mandur. Ke sana ke mari tengok student dok buat apa, tolong budak-budak kelas aku mana yg patut. Bab-bab set up gerai ni, budak kelas aku memang pro la, so aku tak heran sangat.

Kelas sebelah, budak-budak kelas 4 Sains 2, dapat lampu hijau untuk buat rumah hantu. Diorang dapat guna dewan sekolah untuk set up jadi rumah hantu. Kebanyakan masa aku, habis kat dewan sekolah tu sebab aku dah diberi arahan tegas untuk pantau bebudak ni buat kerja supaya tak jadi sebarang kerosakan kat dewan sekolah. Bebudak ni pulak, nama je budak Sains Tulen, tapi perangai macam budak tadika masing-masing. Almaklum, dah kepala otak tepu asyik belajar, dapat peluang bergumbira, bukan main lagi. Idea gila semua dok keluar.

Ada sekali tu, aku nampak dua tiga orang budak lelaki bawak masuk batu nisan. Terkejut beruk aku nampak batu nisan yg diorang bawak masuk dalam dewan. Aku tanya la sorang budak ni nama Nazri, mana dapat batu nisan tu. Sesengih je Si Nazri ni jawab diorang curik kat kubur. Wallahualam la betul ke tak apa dia cakap tu atau saja nak usik aku. Aku tengok batu nisan tu masih cantik, macam baru. Mungkin diorang ada beli dari mana-mana kedai kan. Takkan nak mencuri kat kubur pulak kan? Kerja gila namanya tu.

Aku jangkakan kerja-kerja akan siap sebelum malam hari tu. Tapi dah pukul 6 petang, budak-budak rumah hantu tak siap-siap lagi kerja. Diorang memang go all out lah kali ni. Sebab pihak sekolah cakap, kelas mana yg dapat kutipan paling tinggi masa Hari Keusahawanan akan dapat RM 500. RM 500 masa tu bukan jumlah kecik, ye anak-anak. Bagi kami budak sekolah ni, RM 100 pun dah kira banyak gila masa tu. Cikgu kelas masing-masing pulak macam-macam janji manis dia - nak belanja KFC lah, bawak pergi PD lah. Budak-budak kelas aku hias gerai dah macam nak masuk pertandingan ratu cantik dah. Gitu punya bersungguh. Bebudak kelas 4S2 pulak memangla gigih nak menang bila tengok gerai budak kelas aku.

Kekdahnya, dah pukul 8 malam pun, bebudak 4S2 tak siap-siap kerja lagi. Aku dah resah gelisah dah la sebab aku tak nak tunggu kat sekolah sampai lewat malam. Aku call rumah tadi pun Mama dah bising-bising suruh balik. Aku dah siap membebel kat bebudak tu suruh cepat siapkan. Diorang ni boleh lagi main-main bersuka-ria. Tak ingat gamaknya sekolah ni waktu malam ada 'student' lain pulak. Pukul 9 lebih, aku buat keputusan nak balik jugak walaupun bebudak hantu tu tak siap buat kerja lagi. Aku panggil la salah sorang budak lelaki ni, Paan.

Aku: Paan, aku kena balik dah. Ko tolong eh tengok-tengokkan keadaan kat sini?
Paan: Na, aku rasa bebudak ni nak buat kerja gila la.
Aku: Kerja gila apa pulak?
Paan: Ko meh tengok belakang sini.

Paan ajak aku ke belakang pentas, yg ada ruang kecil macam bilik untuk persalinan. Bebudak lelaki 4S2 dengan beberapa budak lelaki kelas lain ada kat situ. Budak kelas aku pun ada jugak. Aih, buat apa pulak ramai-ramai sini? Diorang macam tengah mengerumun seseorang kat tengah-tengah. Aku intai-intai dan nampakla sesuatu yg mendidihkan darah aku. Bebudak ni tengah 'bungkus' sorang budak lain nama Amir. Bungkus macam pocong. Siap muka budak tu bertepek dah dengan bedak sejuk, putih je. Ni mesti nak mengusik orang kerjanya ni.

Aku: Woi! Takde kerja lain ke korang ni?
Hafiz: Ala, lekla, Nana. Kitorang nak main-main je.
Aku: Lek kepala otak ko. Aku suruh siapkan kerja, korang main-main pulak. Ni nak buat apa ni?

Bila aku tanya macam tu, diorang gelak-gelak. Siot betul.

Faz: Ni nak buat raptai untuk show esok la, Na. Hehehe.
Aku: Korang ni kan, boleh tak jangan buat macam ni? Tak baik la...
Hafiz: Ala, Na, bila lagi? Ko pejam mata je la. Apa-apa nanti, kitorang tanggungla.
Aku: Senangla ko bercakap...

Aku dah tak reti dah nak cakap macam mana dengan bebudak ni. Paham-pahamla budak lelaki ni. Nakalnya takleh bendung. Aku ambil keputusan balik jugak. Lantak kau sanalah apa nak jadi. Yang penting, aku tak dilibatkan sama. Sekali lagi aku minta Paan tengokkan budak-budak tu. Paan ni boleh harap jugakla. Aku pun balik dijemput Mama.

Pagi esok, sebelum pukul 7 aku dah terpacak depan pagar sekolah. Aku kena buat final check kat semua gerai-gerai yg ada. Masa ni adala beberapa orang lagi student yg datang untuk final touch up gerai masing-masing. Aku terus menuju ke bilik pengawas, nak simpan barang aku kat sana. Masa nak pergi bilik pengawas, aku lalu surau dan perasan ada 5 - 6 biji motor parking depan surau. Aku terpikir, eh, bebudak ni tak balik ke semalam? Aku jenguk ke dalam surau. Bergelimpangan sesekor tidur dalam surau. Rapat-rapat pulak tu. Ini kalau cikgu ke Pengetua nampak ni, memang kena la. Sebab Pengetua dah bagi amaran keras yg tiada pelajar dibenarkan bermalam dalam kawasan sekolah.

Aku pun apa lagi, gegarla pintu surau tu sekuat mungkin. Aku bukan ketuk, aku gegar. Kelam-kabut bebudak tu bangun. Dah macam kambing kena air masing-masing bangun terkejut macam tu.

Aku: Woi, bangun, bangun! Balik mandi la. Pagi dah ni!

Terkulat-kulat bebudak tu tengok muka aku. Dalam ramai-ramai tu, aku tak nampak pulak Paan. Mungkin Paan dah balik semalam.

Hafiz: Na, Na, kejap sini kejap.
Aku: Napenye?

Aku pergi kat Hafiz yg dah naik atas motor. Hafiz muka serabut je dengan taik mata dok bertepek.

Hafiz: Na, semalam kan kan kan...
Aku: Haa...
Hafiz: Kitorang kena kejar dengan pocong!
Aku: Hah!?

Aku perati je muka Hafiz, tengok kot-kot dia tipu aku ke. Tapi aku tengok riak muka dia bersungguh je, serius.

Amir: Betul, Nana. Kitorang semua kena. Sebab tu kitorang tidur dalam surau. Kitorang lari masuk surau, kunci pintu.
Aku: Paan mana?
Hafiz: Paan dah balik sebelum kitorang start main-main tu...
Aku: Korang main-main cemana?
Hafiz: Camni...

Lepas bungkus Amir buat macam pocong tu, kitorang bawakla Amir gi kat bus stop yg kat belakang ni. Kitorang letak Amir kat situ, lepas tu kitorang nyorok tak jauhla dari bus stop tu. Kitorang tunggu orang lalu. Adala sorang anney ni lalu, naik motor, memula dia bawak slow je. Sampai depan bus stop, dia jerit "Ammaaaa!!" lepas tu terus pecut. Lawak gila ah. Lepas tu satu demi satu kereta dengan motor lalu, semua pecut bila sampai depan bus stop. Dalam kitorang dok gelak-gelak tu, tetiba kitorang dengar Amir ni menjerit. Kitorang tengok sebelah Amir ada satu lagi lembaga sebijik macam Amir dok tengok dia. Pocong betul yg muncul. Amir dah bertempiaran lari sampai terburai bungkusan dia.

Kitorang apa lagi, hidup enjin motor, cabut lari la. Pocong tu kejar kitorang dari bus stop tu. Kitorang tak tau nak lari gi mana, kitorang lari masuk sekolah balik ikut pintu belakang sebab paling dekat dah. Terus lari masuk surau lah. Pocong tu gegar pintu siap. Dia melompat-lomat kat luar tingkap tu. Takut gila doh. Aku azan pun tak lut. Dia dokla melompat-lompat kat luar sampai subuh. Gila takut kitorang.


Habis Hafiz cerita, aku gelak.

Aku: Padan muka korang! Aku dah kata, jangan main-main gitu. Amek kau ubat.

Memang tunduklah bebudak lelaki ni bila kena sound dengan aku gitu. Aku halau diorang balik mandi dan datang semula. Hari berlalu sibuk dengan orang ramai yg datang. Aku dengar rumah hantu jadi popular dengan orang ramai. Berpusu-pusu orang nak masuk. Masa aku lalu pun, orang beratur sikit punya panjang. Pukul 2, aku dok lepak kat kantin, aku terjumpa Paan. Muka Paan lesu, pucat sikit. Aku pun tegurla Si Paan ni.

Aku: Paan, ko tau dah cerita bebudak ni semalam?
Paan: Aku tau dah. Tapi aku pun kena gak semalam.
Aku: Hah, kau pun kena?
Paan: Iyela. Marah betul aku. Aku naik motor balik umah semalam, nak sampai kat rumah tu, aku rasa motor aku berat je. Aku tengok side mirror, Allah, ada pocong bebetul belakang aku!

Terbeliak mata aku dengar cerita Paan. Tak dapat aku imagine la pocong 'tumpang' motor dia.

Aku: Pastu pastu?
Paan: Aku tabah jela bawak sampai rumah. Depan rumah tu aku bertempikla panggil ayah aku. Aku ni ketar satu badan kau tau tak. Ayah aku keluar je, tergolek aku jatuh motor nak lari punya pasal. Tak memasal je kena marah dengan ayah aku semalam sebab bawak balik 'kawan'. Ni aku rasa macam nak demam dah ni, tau tak. Aku gagah jugak datang support member-member sambil maki diorang sebab benda tu ikut aku balik.

Aku tergelak jugakla. Memang aku dengar lepas tu Paan maki kaw-kaw bebudak lain. Mujur tak naik kaki je. Aku harap diorang dapat pengajaranla dari insiden pocong tu. Suka sangat nak main-main hantu, ambik, dengan kau kena main!

Tapi kan, ada jugak benda pelik jadi pasal rumah hantu tu. Kalau nak ikutkan kata Hafiz, hantu dalam rumah hantu diorang cuma ada 5 ekor je - pontianak 2 ekor, pocong (nak jugak buat), hantu bertanduk 2 ekor. Semua lima-lima tu orang betul diorang solek jadi macam hantu. Tapi orang ramai yg masuk semua kata ada 6 hantu dalam tu rumah hantu tu. Pocong ada 2 ekor, kata orang. Pocong yg paling last tu paling real, kata budak kelas aku. Haaa... persoalannya, mana datang pocong sekor lagi tu??? Jeng jeng jeng...


Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:34 AM | Show all posts
hi dik.. seramnya sekolah ni... tapi memang betul lah mana2 sekolah mesti ade cerita angkernya sendiri kan..
Nt update lagi cepat2 eh... best baca dlm cuaca sejuk2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 11:51 AM | Show all posts
seramnyerrr...pocong betul gamaknya yg last tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:13 PM | Show all posts
sumpah lawak geng men hantu tu...hahahahha.....terbaik cik nana....teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:48 PM | Show all posts
best la cik.nana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 03:56 PM | Show all posts
sambungan nye..... pe yg terjadi pd pkcik karim??
cik ton blik blas dendam ke wk...
sambungan please... huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 03:59 PM | Show all posts
IENARI0421 replied at 31-12-2014 03:56 PM
sambungan nye..... pe yg terjadi pd pkcik karim??
cik ton blik blas dendam ke wk...
sambungan plea ...

Eh, cerita Cik Ton tu dah abes tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pocong yg real dpt payment x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hamik ubat.. nk sgt berpocongkan..tp sian si paan x memasal je jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 04:24 PM | Show all posts
cik.nana replied at 31-12-2014 03:59 PM
Eh, cerita Cik Ton tu dah abes tu.

fuhhh...letih baca story nana ni..tergelak terguling akak...especially tang Abg Jep ngan hantu gay tu...
akak rasa apa yg jadi kat nana ngan family ni ada kena mengena dgn arwah Tok Wan ni...mungkin ada yg tak suka dgn family nana sejak dari dulu lagi...mungkin ada yg masih berdendam-dendam lagi...tp klu ikut drp cerita nana ni, family nana memang 'kuat' dan tabah..salute to your mom...ada lagi dak cerita terbaru ni? akak baca time siang je...he he he..

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nong, udah beresin yah critain kamu lo?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:16 PM | Show all posts
cik.nana replied at 30-12-2014 10:58 AM
Throwback sekali lagi zaman sekolah. Tiba-tiba pulak dok ingat balik cerita zaman persekolahan riang ...

baca kisah cik nana psal nie trbawa2 sampai mimpi..

haish..penangan sgguh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 10:55 AM | Show all posts
Kisah 19 - Manja-manja Seriau

Ada sekali, aku kena pi outstation, kat Seberang Jaya, Penang. Aku tumpang rumah sewa sorang member sebab aku tak betah duduk hotel sorang diri. Rumah sewa member aku ni ada 3 bilik, diorang duduk menyewa 3 orang je sebab lebih privacy katanya. Baru sebulan lebih menyewa, kalau tak silap aku. 3 malam aku menumpang tidur kat rumah member aku tu. Malam pertama, takde apa-apa pun jadi. Aku pulak drive sampai sana dah lewat petang, malamnya aku masuk tidur awal sebab letih. Bila kerja luar ni, yg syoknya aku boleh masuk kerja lewat sikit. Dalam pukul 10 baru aku keluar rumah. Kira sempat la aku buat breakfast dan makan dulu. Member aku, Za dengan kawan-kawan dia masuk kerja awal. Pukul 8 pagi dah keluar rumah.

Pagi tu, lepas Subuh, aku lepak-lepak dalam bilik Za sambil belek-belek majalah Cleo. Nak mandi, malas lagi. Satgi nak gi kerja baru mandi. Tengah aku dok meniarap sambil baca majalah tu, aku dengar bunyi shower. Masa ni aku tak tutup pintu bilik, so aku dengar dengan jelas la bunyi dari bilik air. Aik, ada member Za ni tak pi kerja lagi ke? Aku dok pikir camtu. Aku bangun, tutup pintu bilik dan sambung baca majalah. Dalam 10 minit lepas tu, aku bangun nak pi buat breakfast. Nak pi dapur tu, kena lintas bilik air. Aku tengok dah takde orang dalam bilik air. Aku pergi dapur, buat roti bakar dengan Nescafe segelas. Aku tatang dulang ke depan, nak makan sambil tengok TV.

Sambil dok makan aku tunggu-tunggu jugak kot kawan Za keluar nak pi kerja ke kejap lagi. Tapi dah habis aku makan pun, takde siapa yg keluar. Dua-dua bilik pintu bertutup rapat. Tapi aku nampakla macam ada bayang orang dok berjalan dari bawah pintu salah satu bilik. Tak kerja gamaknya member Za ni, aku membuat andaian. Dah habis breakfast tu, aku pulak nak mandi dan siap-siap pi kerja. Masa masuk bilik air tu, aku tak terfikir apa pun lagi. Aku dok belek muka kat cermin, kot ada jerawat seketul dua ke. Tapi lepas tu aku teringat sesuatu. Za kata shower bilik air rosak, macam tersumbat. Air keluar secara meleleh slow, bukan macam air shower biasa.

Aku pun pulas paip air shower, nak check kalau-kalau shower tu dah ok. Tapi macam Za kata, air keluar meleleh sikit-sikit je, macam orang kencing tak lawas. Eh? Aku dah kehairanan. Habis tu tadi aku dengar bunyi shower tu apa? Elok je bulu roma aku naik mencanak-canak masa tu. Aisehmen. Aku tak pikir panjang. Aku gosok gigi, cuci muka laju-laju dan terus keluar bilik air lari masuk dalam bilik Za. Aku bersiap dengan kadar ekspres. Lantakla tak mandi pun, bukan orang tau. Aku sembur perfume lebih sikit. Aku keluar rumah, kunci-kunci semua. Aku tak pandang langsung dah kiri kanan. Aku pecut kereta terus keluar dari kawasan perumahan tu.

Sampai je opis, aku terus call Za.

Aku: Za, ada housemate ko tak kerja ke hari ni?
Za: Semua kerja. Kitorang keluar sama-sama pagi tadi.
Aku: Ada orang lain ke duduk dengan housemate ko?
Za: Takdek. Ko je yg orang luar pun. Nape eh?
Aku: Takde apa.

Termenung panjang aku lepas cakap dengan Za. Siapa pulak yg mandi tadi? Siapa pulak dalam bilik member Za tu? Memang aku nampak macam ada bayang orang berjalan dari bawah pintu bilik member Za. Aku termangu sendirian. Takpelah, abaikan je dulu. Aku buat kerja macam biasa. Balik rumah dalam pukul 6 petang, Za dengan kawan-kawan tengah tengok TV. Aku tak cakap apa-apa pasal kejadian pagi tadi. Malam tu, semua orang dah masuk bilik masing-masing. Aku pulak rasa dahaga, pergilah dapur. Tengah aku dok tuang air, aku dengar suara Za panggil aku.

"Nanaaaa..." manja gila suara Za panggil aku. Macam makwe panggil pakwe, tahu? Geli-geleman pulak aku mendengarnya. Aku terus ke depan, sebab aku dengar suara Za macam datang dari arah depan kat ruang tamu. Takde orang. Aku masuk bilik Za. Za tengah tergolek atas katil, tengah bermesej dengan pakwe.

Aku: Apahal ko panggil aku?
Za: Ha? Bila masa pulak aku panggil ko ni?
Aku: Tadi masa aku kat dapur. Kemain manja lagi panggil.
Za: Mana ada aku panggil la. Aku dok gini je dok main phone dari tadi.

Riak wajah Za serius. Aku terdiam. Pulak! Aku kena main ke apa ni? Ish. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku naik atas katil, baring sebelah Za dan terus pejam mata nak tidur. Sementara Za dok berjaga lagi, baik aku tidur dulu kan. Aku dah tertidur dah bila aku rasa badan aku digoncang. Dengan payahnya, aku bukak mata. Nampak muka Za.

Za: Na, teman aku pi toilet jap.
Aku: Hah? Teman?
Za: Ha lerrr. Aku nak terkencing ni. Please please pleaseeee...

Berat-berat pun aku gagah bangun jugak temankan Za. Tengah dia dok berurusan aku tunggu depan bilik air dalam keadaan separa sedar. Aku bebetul mengantuk. Tetiba...

"Nanaaaa..." sekali lagi kedengaran suara manja Za memanggil nama aku dari depan. Terus bulat mata aku.

Aku: Woi, Za, cepatlah!
Za: Ye, ye
Aku: Cepat!

Terkocoh-kocoh Za keluar dari bilik air.

"Nanaaaa..." nama aku dipanggil sekali lagi. Kali ni Za sendiri dengar. Spontan Za pandang aku dengan mata bulat dia. Muka dia dah pucat.

Za: A... Apa tu, Na?
Aku: Jom masuk tidur.

Aku tarik tangan Za masuk bilik. Kami berdua terus naik atas katil, berselubung dengan selimut satu tubuh. Kami sama-sama baca apa yg patut lepas tu dua-dua tertidur macam tu je. Esok paginya, kecoh pintu bilik kami diketuk kawan serumah Za, Yuni dan Tia. Buka je pintu, diorang meluru masuk.

Yuni: Korang, korang dengar tak semalam?
Za: Apa? Apa?
Tia: Semalam kan, aku dengar bunyi anjing melolong depan rumah kita. Sayu je dia melolong.
Yuni: Lepas tu, aku dengar bunyi mengilai!
Za: Hah!? Biar betul?
Tia: Betul! Sumpah! Aku pun dengar. Aku terus lari pi bilik Yuni. Seram siot.

Aku dan Za berpandangan sesama kami. Za pun terus cerita kisah kami semalam. Aku pulak tambah dengan yg kejadian pagi semalam.

Yuni: Aku dah kata dah, rumah ni semacam sikit. Ingat tak yg aku kata aku dengar bunyi bising macam orang memasak kat dapur tu? Lepas tu kan barang-barang kita selalu berubah-ubah tempat.

Dah semua terdiam masa ni. Aku ni, nak mengelak duduk sorang kat hotel kononnya. Alih-alih kat rumah member pun boleh kena. Padan muka aku. Tapi nak buat camne kan. Aku stay je la situ 1 malam lagi. Malam last aku, pintu bilik kami diketuk bergilir-gilir. Sampai Yuni dan Tia tak tahan, datang berkampung kat bilik Za. Sampai ke Subuh kami berempat tak tidur, takut punya pasal. Pagi tu, aku kemas-kemas beg, pergi opis dan terus balik KL. Dalam 3 hari lepas tu, Za call aku bagitau dia dengan kawan-kawan dah pindah rumah lain. Sebab gangguan makin menjadi-jadi. Gangguan dalam bentuk macam mana, aku tak check dengan Za. Aku seriau!

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 12:17 PM | Show all posts
jin ni mmg rajin memasak ke hape ek?
akak dedulu mase kecik duk umah sting garden pon gitu
bilik mmg sebela dapur
bile mlm selalu terbgn sbb denga cam org duk masak / mengemas kat dapo
tapi tgk dapo gelap jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 02:21 PM | Show all posts
palmolive replied at 5-1-2015 03:44 PM
nong, udah beresin yah critain kamu lo?

Dah update cerita lain. Bizi sikit sekarang, so curi-curi masa melawat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2015 02:22 PM | Show all posts
aleesyasofia replied at 5-1-2015 04:16 PM
baca kisah cik nana psal nie trbawa2 sampai mimpi..

haish..penangan sgguh..

Tidur tak basuh kaki ehhhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 02:22 PM | Show all posts
seeri_7843 replied at 6-1-2015 12:17 PM
jin ni mmg rajin memasak ke hape ek?
akak dedulu mase kecik duk umah sting garden pon gitu
bilik m ...

Bila memasak kan macam bunyi bising keletung keletang, so macam dia nak bagitau la "Oi aku ada sini oi."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 03:48 PM | Show all posts
Kisah 20 - Family Vacation

Ok, ini cerita paling lama. Tahun 95/96 macam tu la. Arwah Abah bawak kami sekeluarga pi bercuti ke Langkawi. Abah ajak jugak orang lain, tapi yg dapat ikut cuma family Pak Ngah, Pak Teh dan Mak Su. Memandangkan resort ni pun dah tak wujud lagi kat Langkawi tu sekarang ni, aku berani la nak letak nama resort tu. Kami stay kat Delima Resort masa ni, ambil 4 bilik. Bilik first Abah dan Mama, lepas tu family Pak Ngah satu bilik, family Pak Teh satu bilik dan aku, Angah dan Alang duduk satu bilik dengan Mak Su yg muda rumaja lagi. Dah kalau pergi bercuti ramai-ramai gitu, memang havoc la jadinya. Aku tak berapa nak ingat sangat samada ramai orang ke tak yg stay kat resort tu. Tapi bila ingat balik kat swimming pool penuh je, so mungkin ramai la jugak guest.

Masa malam pertama tu, kitorang memang letih dah pusing-pusing Langkawi. Jadinya masing-masing tahu nak balik tidur je la. Mak Su ni jenis tidur memang dia off semua lampu, jenis tidur bergelap 100%. Masa ni aku tak berapa tahu erti ketakutan, so aku belasah je la tidur dalam gelap pun dengan Angah atas katil. Tidur kat hotel, sah-sah aircond sejuk tahap menggigil. Sekali tu aku bangun nak buang air. Siap dah tersepak kaki meja apa bagai, baru sampai bilik air. Dah habis buang air, aku nak pergi kat katil semula. Lampu toilet tak tutup lagi masa tu. Pandangan aku pulak menghala ke porch luar. Dalam kesamaran cahaya, di balik langsir, aku nampak macam ada orang berdiri kat porch tu.

Aku pun ingat ada orang la nak ceroboh masuk bilik kitorang. Aku terus lompat naik atas katil Mak Su dan kejut Mak Su cakap ada orang nak masuk bilik. Kelam-kabut Mak Su bangun bukak lampu semua. Dengan Angah dan Alang sekali terjaga.

Mak Su: Mana? Mana?
Aku: Tu, kat luar.

Aku tunjukla kat porch tu. Mak Su pun pergi dekat sliding door dan selak langsir. Tak ada sesiapa pun kat luar. Mak Su tengok kiri kanan. Memang takde sesiapa.

Aku: Dah lari kot... *memandai je aku buat andaian*
Mak Su: Ye kot. Dah, dah jom tidur. Biar lampu luar dgn lampu toilet bukak.

Kami baring semula. Tapi aku ni disebabkan dah terjaga, payahla nak tidur semula. Terkebil-kebil la atas katil. Sambil tu mata tak sudah-sudah dok tengok ke luar kat porch. Lepas tu, agak-agak dah nak terlelap tu, aku nampak sekali lagi macam ada orang berdiri kat luar tu. Nampak bayang la kat balik langsir. Tapi kali ni aku dok diam je sambil tengok bayang tu. Bayang tu mula bergerak ke depan, lepas tu ke belakang semula. Sebab apa aku kata bergerak? Sebab pada pandangan aku, bayang tu tak macam berjalan pun. Kalau berjalan kan nampak bila kita buka langkah. Ni tak. Bayang tu tegak je, tapi dia bergerak ke depan ke belakang. Korang paham tak ni?

Aku tak dapat nak tangkap lagi akan kepelikan tu masa ni. Aku cuma tengok je la bayang tu ulang alik kat sebalik sliding door. Tetiba terdengar suara panggil aku, berbisik. "Along, dah, tidur." Aku paling muka, tengok Mak Su dok bercakap dengan aku. Oh, Mak Su belum tidur lagi rupanya. Aku tuding jari kat luar, konon nak tunjuk kat Mak Su ada orang kat luar. Mak Su geleng-geleng kepala, sambil letak jari kat mulut dia. "Tidur, pejam mata." Dalam nada berbisik Mak Su suruh aku tidur. Aku pun ikut je la cakap Mak Su. Aku pejam mata. Tak semena-mena, terdengar ketukan kat sliding door. Perlahan je ketukannya. Kira kalau antara dengar dan tidak je la. Sebab malam sunyi, jadi bunyi tu agak jelas. Terus aku buka mata semula.

"Mak Su..." aku mula bersuara. Mak Su bulatkan matanya dan terus letak jari telunjuk kat mulut sekali lagi, isyarat suruh aku diam. Aku diam. Sekali lagi kedengaran bunyi ketukan di sliding door. Aku berpaling pusing tengok ke sliding door. Bayang tadi masih ada lagi.

"Dahlah, tak payah kacau kami la. Kami nak tidur ni. Pergi balik tempat kau," aku terdengar Mak Su bercakap, kuat. Aku masih blur lagi ni. Aku dok pikir, Mak Su cakap dengan orang kat luar tu kot. Lepas Mak Su cakap tu, ketukan hilang. Bayang kat luar pun hilang sekelip mata je. Macam magic! Terpinga-pinga aku. Mak Su suruh aku tidur. Aku pun tidur la. Esok paginya, aku terdengar Mak Su mengadu dengan Mama tentang orang kat luar yg ketuk sliding door tu. Tak jelas sangat apa yg disembang mereka berdua, cuma aku ingat Mak Su kata "benda nak bergurau" macam tu la. Aku bukan kisah apa pun. Tau nak terjun swimming pool je.

Malam tu, balik dari makan kami dok lepak-lepak tengok TV dalam bilik. Dengar pintu bilik diketuk. Angah buka pintu.

Angah: Ni siapa pulak main-main ni ketuk pintu lepas tu lari.

Angah membebel. Pintu ditutup semula. Tak lama lepas tu, pintu bilik diketuk sekali lagi. Angah buka pintu. Sekali lagi, tak ada orang.

Mak Su: Dah, Angah, takyah buka pintu dah. Biar je.

Kami pun sambung tengok TV. Sekali lagi, pintu bilik diketuk. Kami pun buat bodoh je la. Dua kali ketuk, lepas tu senyap. Kitorang pun santai je la tengok TV Tetiba, DUM DUM DUM! Pintu bilik kami diketuk dengan kuat sekali. Terkejut kitorang dibuatnya. Dah macam nak roboh pintu bilik tu diketuk. Kami berempat berlari arah pintu, terus buka. Seperti dijangka, memang takde orang. Yang peliknya tu, sekali dengan tiga-tiga bilik lain buka pintu serentak. Terjengul kepala sepupu-sepupu aku dengan Mama kat muka pintu.

Sepupu 1: Siapa main ketuk-ketuk pintu ni hah?
Sepupu 2: Tahnya. Lepas tu sorok-sorok pulak.
Mama: Ada budak main-main kot. Dah, dah masuk dalam semua. Tak yah buka dah kalau ada orang ketuk.

Kami pun masuk semula dalam bilik, pakat-pakat nak masuk tidur semua. Malam tu Mak Su tinggalkan lampu porch dan lampu bilik air terpasang. Awal-awal lagi Mak Su dah warning kat aku supaya jangan tengok kat luar, tidur je. Aku sengih je la. Aku tak sure pukul berapa masa tu, tapi aku terkejut dari tidur sebab aku dengar Angah menangis. Aku pun bangun la duduk, tanya Angah kenapa.

Angah: Ada orang duduk atas kaki Angah.

Terus aku tengok kat hujung kaki dia. Mana ada apa-apa. Aku kejutkan Mak Su, cakap Angah menangis. Mak Su pun pujukla Angah.

Mak Su: Kenapa ni, Angah?
Angah: Ada orang duduk kat kaki Angah. Angah takleh gerak.
Mak Su: Angah mimpi kot...
Angah: Takkkk... ada orang duduk atas kaki Angah. Angah nampak. Dia masuk ikut situ...

Angah tunjuk jari kat sliding door. Sliding door masih tertutup rapat.

Angah: Angah nampak, dia pakai baju putih, rambut panjang. Dia duduk atas kaki Angah, berat.

Aku dengar Mak Su mengeluh perlahan. Mak Su buka semua lampu dalam bilik dan pujuk Angah sampai Angah tertidur semula. Mak Su suruh aku tidur jugak. Aku pun pejam mata semula. Baru je aku nak hanyut, aku rasa macam ada orang duduk hujung katil aku. Aku buka mata, tengok hujung katil. Takde apa. Aku pejam mata semula. Sekali lagi rasa macam ada orang duduk hujung katil. Aku buka mata dan terus duduk.

Mak Su: Hah, kenapa pulak?
Aku: Rasa macam orang duduk atas katil...
Mak Su: Takpe, Along tidur je. Mak Su ada ni. Tidur je.

Mak Su bangun dan masuk toilet. Mak Su ambil wuduk rupanya. Mak Su solat dan kemudian capai Quran kecil yg dibawa bersama. Mak Su mula baca Quran dan aku makin lama makin hanyut, terus tertidur. Sedar-sedar je Mak Su kejut solat Subuh. Lepas breakfast je, kami siap sedia nak balik. Masa kat jeti tu, aku perasan la sepupu aku, anak Pak Teh, sorang tu diam je. Muka pun pucat. Rupanya sepupu aku tu pun kena kacau jugak semalam. Sepupu aku tidur sorang-sorang atas katil single, tapi masa dia tidur, dia rasa macam ada orang tidur sebelah dia. Dia tak berani nak pusing tengok. Sudahnya satu malam tu dia takleh nak tidur.


Tamat.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 05:12 PM | Show all posts
cik.nana replied at 6-1-2015 03:48 PM
Kisah 20 - Family Vacation

Ok, ini cerita paling lama. Tahun 95/96 macam tu la. Arwah Abah bawak  ...

Delima resort tu dah tukar nama kot cik.nana? hmmmm
Kesian sepupu cik.nana tu...klu toleh tgk sebelah dia, apa lah rupa "menatang" tu ye? serammm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.339669 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list