CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 10:34 AM | Show all posts
Sambungan...

Begitu juga seorang yang sama-sama mengembara. Dia perlukan kawan2 untuk bantu-membantu dan bekerjasama. Jadi dia duduk bersama dengan seorang kawan perempuan tetapi tidak berzina. Atas dasar baik, akal kata, bolehlah saling tengok-menengok. Dia gunakan akal. Kalau ada masalah, boleh bincang2 selesaikan masalah. Dia tidak berzina.

Ikut orang akal, ini baik kerana dia dapat banyak faedah di situ. Sebab itu, orang yang guna akal ini, sikapnya kelihatan baik, tetapi kerana tidak bertunjangkan Tuhan, dia dapat dikudakan oleh syaitan dan nafsu. Ini bolehlah dikatakan manusia peri kemanusiaannya tinggi. Ini dikatakan manusia berupa manusia.

Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 12:35 PM | Show all posts
Sambungan...

Yang paling jahat ialah kategori kedua iaitu manusia yang ikut nafsu. Kalau ikut nafsu, dia tidak kira halal dan haram. Apa sahaja yang dia teringin, dia buatlah. 揂ku mahu bebas. Aku tidak mahu ada orang ganggu. Apa peduli dengan orang. Apa sahaja aku hendak aku buat.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 03:09 PM | Show all posts
Sambungan...

Yang sedikit ialah golongan yang ketiga iaitu orang yang merujuk kepada rohnya. Yang berpegang pada Tuhan. Bertunjangkan tauhid takutkan Tuhan. Dia ini benar2 dipimpin oleh rohnya. Kalau rohnya yang bertunjangkan tauhid kata boleh buat, dia buat. Kalau rohnya kata dia tidak boleh buat, dia tidak buat. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kesusahan. Bahkan susah kerana merujuk kepada Tuhan itu, itu juga satu kebahgiaan baginya. Kenapa?

Dia dapat pahala di situ. Kehendak-kehendak dia yang halal dia tidak dapat. Yang tidak halal, dia tidak hendak sebab takutkan Tuhan. Di situ dia mendapat pahala. Di satu segi, dia tidak dapat kehendaknya tetapi dari segi lain, dia dapat pahala di akhirat. Kerana Tuhan, dia tidak dapat kehendaknya tetapi dia dapat pahala. Dia sedar hakikat itu.

Sebab itu dia tahan uji dan redha dengan Tuhan. Begitu juga bila diperintah buat, kerana Tuhan suruh buat, walaupun terpaksa berhadapan dengan ujian, dia tidak susah hati. Dia rasa bahagia. 揟idak apa aku susah kerana Tuhan, kalau kerana anak isteri, aku sanggup susah, apa salahnya aku susah kerana Tuhan.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 03:13 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan:

Realitinya, kita bukan dari kalangan orang yang hanya menggunakan akal sahaja, atau menggunakan nafsu sahaja dan tidak juga mengunakan roh sahaja. Digabung-gabung. Bagaimana?

Jawapan oleh Abuya:

Kita diperingkat mujahadah. 3 unsur dalam diri manusia ini saling berperang untuk mahu menguasai manusia itu. Akal, kerana keegoannya, mahu orang tunduk kepadanya semata-mata. Begitu juga nafsu. Roh juga ada keinginan itu.

Maka bagi kita, tentunya mahu memilih roh sebagai sumber rujukan. Namun kerana kelemahan roh maka kadang-kadang kita terpengaruh juga dengan kehendak akal dan selalu terdorong juga dengan kehendak nafsu.

Biasanya orang yang hendak kepada kebaikan tetapi mujahadah tidak kuat, ia pergi ke akal. Bagi orang yang tidak fikir baik buruk, mujahadah pula tidak kuat, ia terus pergi kepada nafsu.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 03:17 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan:

Bagaimana pula bagi ahli falsafah yang tidak tahu pun ada unsur roh dan nafsu?

Jawapan Abuya:

Yang boleh menyuluh roh ini adalah wahyu. Ahli falsafah itu, oleh kerana dia hanya merujuk kepada akal maka dia tidak yakin pun bahwa dalam diri manusia ini ada nafsu dan roh. Sebab akal memang tidak boleh melihat itu. Sedangkan adanya nafsu dan roh dalam diri itu hanya diberitahu oleh wahyu.

Bagi orang yang yakin dengan wahyu, dia percayalah. Bahkan apa yang dirasakan oleh roh dan oleh nafsu, ahli falsafah anggap itu dari akal.

Contohnya keinginan orang hendak makan satay, adakah itu dari akal? Maknanya, dia menyetujui adanya keinginan2 dalam hati tetapi dia tidak boleh menamakan itu nafsu atau roh. Dia kategorikan itu termasuk akal. Ini banyak kita lihat pada orang Barat.

Pagi ini sebenarnya banyak ilmu falsafah tetapi Abuya tunjangkan dengan Islam. Kalau tidak diberi roh Islam, ini hanya ilmu falsafah. Bagi orang yang ada otak, ia jadi makanan otak.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 13-5-2005 03:26 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan: Katalah orang otak atau ahli falsafah ini banyak di Barat tetapi di mana pula ramainya ahli nafsu?

Jawapan Abuya:

Di mana-mana. Sebab orang yang mampu merujuk kepada akal tidak ramai. Ahli falsafah tidak ramai. Sebenarnya ahli akal sudah ramai yang tunduk pada nafsu. Kalau orang bodoh hendak tipu orang, kerana ilmu sedikit, dia hanya tahu untuk curi telor ayam atau curi gula-gula di kedai. Sedangkan bagi orang cerdik (kuat akal) tetapi sudah ditundukkan kepada nafsunya, dia boleh hilangkan duit di bank. Ahli akal yang menggunakan akal semata-mata sudah tidak ramai.

Cuba tengok hasil pilihanraya, orang rasa tertipu tetapi hendak mengesan penipuan itu payah sebab ia dibuat oleh otak. Sangat halus. Akhirnya satu Negara tunduk kepada penipuan.

Realitinya sekarang ahli akal pun, kerana terdorong kuat oleh nafsunya maka dia tidak boleh pakai logic atau kecerdikan akalnya dalam berbuat. Contohnya ahli2 politik itu cerdik-cerdik tetapi dia tidak boleh fikir apa akibat atau sudahnya nanti. Kerana kerakusan (tunduk pada dorongan nafsu) untuk berkuasa telah memaksa kecerdikan itu digunakan untuk menipu.

Sebab itulah Rasulullah saw datang untuk menundukkan akal dan nafsu kepada rohnya. Anda sebenarnya perlu dipandu untuk melihat kebenaran ini.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 17-5-2005 10:03 AM | Show all posts
4. Pernah Allah SWT bertanya kepada Nabi Yaakub a.s:

"Tahukah kamu kenapa-Ku pisahkan engkau dengan puteramu Yusuf?"
"Tidak, ya Tuhanku, "jawab Nabi Yaakub.

"Adalah kerana kata-katamu: Aku takut kerana dia akan dimakan serigala waktu kamu (saudara-saudara Yusuf) lalai bermain-main. Kenapa engkau bimbangkan serigala tetapi tidak menyatakan harapan pada-Ku? Dan engkau hanya pandangkan kelalaian saudara-saudaranya sahaja tapi tidak engkau pandang perlindungan-Ku terhadapnya (Yusuf)."


Kemudian Allah bertanya lagi pada Nabi Yaakub a.s:

"Tahukah pula kamu kenapa Yusuf Aku kembalikan padamu?"
"Tidak, ya Tuhanku,"jawab Nabi Yaakub.

"Juga adalah kerana kata-katamu: Semoga Allah akan memulangkan semua padaku dan kerana kata-katamu: Pergilah cari Yusuf dan adiknya dan janganlah kamu berputus asa."


BERSAMBUNG


[ Last edited by hafizi on 17-5-2005 at 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-5-2005 10:05 AM | Show all posts
5.Kata Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

"Yang paling awal diseru di hari kiamat ialah orang yang hafal Quran dan seorang yang perang sabil (mati dalam peperangan) dan seorang yang kaya.
Maka firman Allah kepada yang halal Quran:

Apakah Aku ini tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?
Jawab orang itu, "Tentu saja ya Tuhanku."


Dan firman Allah,
"Digunakan apakah Ilmu yang engkau miliki itu?"
Jawabnya,"Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam."
Firman Tuhan, "Kamu dusta."
Demikian pula para malaikat berkata,"Kamu dusta."



Firman Tuhan,
"Kamu sebenarnya ingin dipuji orang bahawa engkau ini seorang qari maka ganjaranmu itu cukuplah pujian orang-orang itu. Itulah bahagianmu
.



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 18-5-2005 09:21 AM | Show all posts


Kemudian tibalah giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman:
"Apakah engkau telah lakukan di dunia?"

Jawabnya,"Saya diperintahkan perang sabil dan perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu."



Firman Allah: "Kamu dusta."
Demikian pula para malaikat berkata,"Kamu dusta."
Firman Allah:
Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Pujian itulah cukup untuk bahagianmu."



"Kemudian Rasulullah menepuk lututku," kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda,"Ya Abu Hurairah mereka itulah orang yang pertama-tama dinyalakan api neraka untuknya."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 18-5-2005 09:25 AM | Show all posts
[b]6.Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang berkehendak kepada makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz."

Jawabku, "Ya Sayidil Mursalin."



Sabda Rasulullah SA W:

"Sekarang aku akan menceritakan kepadamu dan bila dihafalkan olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak."


"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Tiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.

Jadi malaikat yang memelihara amalnya si hamba akan naik ke langit membawa amalan ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: "Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat."


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi on 18-5-2005 at 09:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2005 01:53 PM | Show all posts
:pray::pray::pray::pray::love::love::love:


:bodek::bodek::bodek:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-5-2005 03:50 PM | Show all posts


Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain."



Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata:"Lemparkan balik amalan ini ke   muka   pemiliknya   kerana   dia   seorang   yang sombong."


Rasulullah SAW meneruskan sabdanya, "Berikut-nya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat, Lalu penjaga langit itu berkata: "Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 20-5-2005 04:12 PM | Show all posts


Seterusnya amalan si hamba yang tulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata: "Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."


Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: "Saya penjaga rahmat Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini."


Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.



Tetapi penjaga pintu langit berkata: "Saya ini penjaga sum'ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak."[/
b]

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 24-5-2005 08:15 AM | Show all posts
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan Jtu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah. Tetapi  firman Tuhan:



"Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."


"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.



Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?



Laknat-Ku tetap padanya. Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kamu sekelian bagi mereka. Dan semua yang di langit turut berkata:

Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat"


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 26-5-2005 01:12 PM | Show all posts


Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata,"Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?"

Sabda Rasulullah SAW,"Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"



Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka jangan-lah mengangkat diri dan menekan orang lain."

"Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahannam."


"Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia."

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"



Jawab Rasulullah SAW, "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukup untuk menghindar semua itu kamu mesti menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirirru sendiri dan benci bagi orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu maka kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 31-5-2005 10:36 PM | Show all posts


7. Nabi  SAW  bersabda:

"Allah SWT berfirman, sekurang-kurangnya tindakan-Ku terhadap seorang hamba yang lebih mengutamakan kenafsuan dari bertaat kepada-Ku ialah tidak Kuberi dia kebahagiaan bermunajat dengan Daku."



8.  Sayidina AIi r.a berkata:

"Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjuk-nunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

Buta hati, lupa zikrullah dan lalai akan menghindarkan diri dari garis ketetapan dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya ia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya."



9.Nabi SAW bersabda:

"Sekurang-kurangnya (hati) kamu mesti berisi keyakinan dan keteguhan sabar. Siapa yang mendapatkan kedua-dua bahagian ini, tidak mengapa baginya bila kadang-kadang luput sembahyang sunat malam dan puasa sunat siang."

"Orang-orang sabar dalam keadaan ini lebih disukai dari tampilnya setiap orang menjunjung amal semua tetapi khuatir sepeninggalanku dunia akan terbuka luas di depanmu lalu masing-masing bersifat nafsi-nafsi, awak-awak, aku-aku dan kamu tidak kenal lagi penduduk langit. Di waktu itu siapa yang sabar dan ikhlas yang akan memenangkan pahala yang selengkapnya."

"Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang di sisi Allah akan kekal dan akan Kami beri tambahan pahala pada orang-orang yang sabar."



10.  Dalam hadis Atha dari Ibnu Abbas bahawa ketika Nabi masuk ke suatu perhimpunan kaum Ansar baginda bertanya:

"Apakah saudara-saudara telah betul mukmin?" Umar lalu menjawab, "Benar ya Rasulullah." Baginda bertanya lagi, "Apakah ciri-ciri iman, saudara- saudara?"

Hadirin menjawab, "Kami bersyukur atas kesenangan, bersabar atas cubaan dan redha menerima ketentuan Tuhan."

Lalu Nabi bersabda, "Memang anda semua mukmin sejati demi Tuhan Kaabah."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 2-6-2005 05:04 PM | Show all posts

11.Termaktub   dalam   sepucuk   surat   Khalifah   Umar kepada Abu Musa Al Ashaari:

"Hadapilah sifat sabar dan ketahuilah bahawa sifat sabar Itu dua macam yang satu lebih atdhal dari yang lain. Sabar dalam musibah adalah sifat baik namun lebih afdhal lagi sabar dalam menghindarkan larangan Allah SWT. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar."



12.Nabi Sulaiman pernah dihukum Allah selama 40 hari.

Semasa hukuman itu ramai orang berkasar dengannya. Sebab itu bila Nabi Sulaiman bebas dan menjadi raja semula ada seorang umatnya datang meminta maaf pada Nabi Sulaiman. Nabi Allah itu menjawab: Aku tidak mengumpat tentang apa yang telah kamu lakukan dan tidak lupa pula memuji sikapmu sekarang kerana semua yang telah terjadi itu adalah perintah dari langit yang mesti berlaku."



13.Seorang ulama' salaf berkata:

"Setiap seorang hamba berbuat dosa, bumi tempat tegaknya minta keizinan Tuhan untuk membenamkannya dan langit yang di atas kepalanya memohon izin untuk gugur menimpanya, tetapi Tuhan berfirman pada langit dan bumi itu:

"Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan beri dia tempoh. Mungkin dia bertaubat pada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin sahaja dia menggantikan kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala."



Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah:
"Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi dari terjatuh dan kalau keduanya terjatuh tiada seorangpun yang akan boleh menahan selain Dia."
(Faathir:41)



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-6-2005 02:48 PM | Show all posts

DARI BUKU MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

14.

RasuluIlah SAW bersabda:

"Ya Tuhanku, kurnialah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan airmata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi menjadi bara."


15.

Ummul    Mukminin    Sayidatina    Aisyah    bertanya kepada Nabi SAW:
"Wahai Rasulullah, apa adakah nanti umatmu yang dapat masuk syurga tanpa hisab ?"
Jawab baginda:
"Ada iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis."



16.Yahaya bin Muaz r.a berkata:

"Malang sekali nasib keturunan Nabi Adam, kalau mereka mencemaskan neraka seperti mencemaskan kemiskinan tentulah dia akan masuk syurga."


17, Diriwayatkan bahawa seorang nabi mengeluh kepada Allah bahawa dia telah menderita lapar, serangan tuma dan kekurangan pakaian selama bertahun-tahun dan pakaiannya hanyalah Jubah bulu yang kasar dan Allah mewahyukan kepadanya:"Wahai hamba-Ku,belumkah engkau senang hati bahawa hatimu telah Aku lindungi dari sikap kaFir terhadap-Ku hingga engkau minta pula diberi keduniaan?"

18-Setengah ulama' salaf bermunajat begini:

"Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kederhakaan pada-Mu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaan-Mu, Engkau di derhakai manusia namun Engkau tetap menghujankan pemberian dan rezeki bagaikan Engkau tidak pandai marah, ya Tuhan kami."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2005 09:32 AM | Show all posts
:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 10:21 AM | Show all posts
saya suka kuliah ni....MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI....

kalau kenal diri melalui RASA AKAL ajer..rasanya tak sampai yg tersirat tu ...

ermm..bila nak sambung lagik ?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060017 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list