|
(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)
[Copy link]
|
|
9 Mac 13- Program Promosi Askar Wataniah telah berlangsung sempena dengan Ekspo dan Lawatan Menteri Pertahan di padang Koperasi Perumahan Melayu yang melibatkan pameran dari Rejimen 503 AW, Ipoh Perak
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
27 Mei 13- Rejimen 514 (AW) telah menjalankan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) siri 2/2013. YBhg Datuk Yusuf Bin Jantan Komander 514 (AW) bergambar kenangan bersama penuntut kursus APMS.
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
3-27 Mei 13- Pertandingan menembak UKMTD 2013 telah diadakan di Lapang Sasar Kem Terendak. Pasukan Rejimen Siri 500 (AW) dan PALAPES telah dijemput dalam acara novelti jatuh piring. Dalam acara jatuh piring bagi pasukan Rejimen Siri 500 AW telah dimenangi oleh pasukan Rej 505 (AW), tempat kedua dimenangi oleh Rej 503 (AW) dan ketiga dimenangi oleh Rej 504 (AW)
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
5 Mei – 4 Jun 13-Kursus APMS telah dijalankan di Rej 513 (AW), Kem Bukit Pinang, Kedah.Seramai 135 anggota terlibat dalam kursus yang telah diadakan.
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
31 Ogos 13 - Rejimen 514 (AW) telah menghantar satu kontijen yang terdiri daripada 2 orang Peg dan 47 LLP sempena Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Kali Ke-56 bertempat di Dataran Pahlawan,Melaka.
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
19 Sep 2013 – Sempena Pameran Gerbang Kerjaya, satu pameran Askar Wataniah telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, Kelantan. Pameran bertujuan menarik minat orang awam untuk menyertai Askar Wataniah.
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/
Last edited by robotech on 28-10-2013 08:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
18 Jun 13 - Pembukaan Kursus Risik (S) 1/2013 telah diadakan di Rej 503 (AW), Ipoh Perak dan dirasmikan oleh Kol Mhd Nazri bin Abd Rahman, Pengarah Rancang dan Pembangunan BPS. Seramai 6 orang Pegawai dan 56 anggota lain-lain pangkat telah menyertai kursus yang dianjurkan.
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
21 Okt 13 - Perbarisan Perasmian Latihan Khemah Tahunan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Diraja Tan Sri Tuanku Puteri Intan Syafinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzaam Shah, Komander Rejimen 513 (AW) di Kem Bukit Pinang, Kepala Batas
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancaran Kompeni AW Wilayah Felda Negeri Johor
Persembahan Padang
Promosi Statik
Sumber: http://army.mod.gov.my/raw/ Last edited by robotech on 28-10-2013 08:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelancaran Kompeni AW Wilayah Felda Negeri Johor
Pelancaran
Persembahan Kombo D'Aswa |
|
|
|
|
|
|
|
zainmahmud posted on 28-10-2013 06:34 PM
Civilian join psstudm ni ada chan bawak fighter atau kapalterbang tak?
Kalau civil join psstudm, maksudnya dah ada pss la.. setau aku, yang pss ni, kalau nak masuk regular lepas tauliah jadi pegawai muda, kena sambung perkhidmatan laa.. tapi tak ramai yang sambung jadi regular, sebab ramai yang ada komitmen kerjaya lain. selesa jadi pss. tapi kalau nak bawak fighter ke, nak kena join regular la.. tudm. pastu, nak naik jadi pilot, hal lain lagi nak kursus. macam nak masuk komando kan, kena kursus lain lagi.. ke canne?? aku tak fasih sangat, tapi itu yang aku tau laa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Perghh, dok gigih hapdet thread WATANIAH, baru perasan haku dah diupgrade pangkat lepas 10K post.
Dulu masa point 1 posting kat MPSA CARI, skang point 10K pun kat MPSA CARI.
OK la tu. Tapi konpem x larat kejar Hang PC ... |
|
|
|
|
|
|
|
10,000 pelajar politeknik sertai Askar Wataniah
SEBAHAGIAN pelajar politeknik yang menyertai Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Se-Malaysia (MaIPTAAC) Kelapan beramah mesra dengan Mohlis Jaafar (tengah) dan Zulkifli Ariffin (kiri) di Bukit Mertajam, semalam.
BUKIT MERTAJAM 8 Nov. - Sebanyak 10,000 pelajar politeknik menyertai Askar Wataniah yang menyamai kekuatan sebuah batalion infantri.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, kerjasama erat dengan Bahagian Pasukan Simpanan Kementerian Pertahanan ternyata berjaya merealisasikan inisiatif pengambilan anggota Askar Wataniah daripada kalangan pelajar politeknik sejak 1999.
"Penyertaan pelajar politeknik dalam Askar Wataniah juga merupakan salah satu cara untuk menanam semangat patriotisme serta sayang kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Se-Malaysia (MaIPTAAC) Kelapan di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengarah Politeknik Seberang Perai, Zulkifli Ariffin.
Sebanyak 640 pelajar dari 11 politeknik di seluruh negara menyertai latihan selama 15 hari yang bermula hari ini.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rtai-Askar-Wataniah
|
|
|
|
|
|
|
|
P.O Course 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
Penutupan MALPTAC 2013 |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Sasar 120,000 Askar Wataniah Menjelang 2020
BUKIT MERTAJAM, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan 120,000 anggota Askar Wataniah pelbagai pangkat menjelang tahun 2020 bagi mencapai nisbah satu anggota tetap dan dua anggota sukarela.
Asisten Panglima Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat Kementerian Pertahanan Datuk Mahadi Abdul berkata pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarkan jumlah Askar Wataniah yang semakin meningkat setiap tahun.
Katanya peningkatan ini turut dibantu dengan keanggotaan sedia ada yang bergerak sebagai penyampai objektif Askar Wataniah sekali gus menarik golongan muda daripada pelbagai latar belakang untuk menyertainya.
"Setakat ini kita ada 78,000 Askar Wataniah pelbagai pangkat dan perlukan lebih ramai bagi persediaan menghadapi kemungkinan termasuk ancaman peperangan dan bencana alam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Latihan Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Se-Malaysia Kelapan di sini Selasa.
Sebanyak 640 pelajar dari 11 politeknik di seluruh negara menyertai latihan selama 15 hari di Politeknik Seberang Perai di sini.
Mahadi berkata 38,000 daripada jumlah keseluruhan Askar Wataniah itu terdiri daripada pelajar politeknik di seluruh negara.
"Kerjasama antara Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera dan Jabatan Politeknik bagi merealisasikan inisiatif pengambilan pelajar untuk menyertai Askar Wataniah adalah sejak 1991 dan sehingga hari ini separuh daripada 32 politeknik mempunyai anggota Askar Wataniah.
"Ini sesuatu yang membanggakan dan kejayaan kepada kedua-dua pihak dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan patriotisme dan sayang kepada negara dalam kalangan golongan muda," katanya.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Palapes Perlu Manfaatkan Kebolehan Dalam Wataniah - Raja Muda
ALOR SETAR, 24 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu anggota pasukan latihan pegawai simpanan (Palapes) Tentera Darat memanfaatkan kebolehan mereka dengan menyertai askar Wataniah sebagai pegawai sukarela.
Menurut baginda yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah, sebagai pegawai sukarela berpendidikan tinggi, mereka juga menjadi kayu pengukur yang akan dicontohi oleh anggota lain Wataniah.
Bertitah pada majlis santapan malam rejimental sempena istiadat pentauliahan diraja Palapes Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2014 di sini Sabtu malam, baginda juga berharap mereka menjadi sumber rujukan dalam bidang atau jurusan kepakaran masing-masing.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah tanggungjawab sebagai anggota Palapes bukan sahaja sentiasa mempamerkan perwatakan yang tegas, profesional tetapi juga mempunyai semangat untuk terus menimba ilmu supaya menjadi modal insan yang terbaik untuk diri sendiri dan negara.
Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro-Canselor UniMAP.
Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin yang juga Komandan Palapes UniMAP, Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat Mej Jen Datuk Mazlan Kasap, Panglima Briged Sempadan Brig Jen Hasangaya Abdullah dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron.
Seramai 53 Pegawai Muda dari UniMAP telah ditauliahkan pada 6 Julai 2013 yang lalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu.
Di majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengurniakan anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Keseluruhan) 2013 kepada Leftenan Muda Mohammad Farhan Halim dan anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Akademik) 2013 kepada Leftenan Muda Nur Faiznny Iyni.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Lahir warga TDM bermentaliti kelas pertama - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) bersama Kamarudin Hussin (dua dari kanan) berbual dengan Mohammad Farhan Halim (tiga dari kiri) dan Nur Faiznny Iyni (dua dari kiri) dalam Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Pentauliahan Diraja Ke-6 Palapes UniMAP di Alor Setar, Kedah, semalam. - utusan/ Kamal Basir
ALOR SETAR 24 Nov. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap penstrukturan semula Tentera Darat Malaysia (TDM) turut mengambil kira konsep dan pembangunan 'tentera masa hadapan untuk medan perang masa hadapan'.
Sehubungan itu, titah baginda, program pembelajaran kepada pegawai dan anggota berteraskan pengetahuan perlu terus dimantap dan diperkemaskan untuk melahirkan warga TDM yang bermentaliti kelas pertama.
"Saya berharap melalui perubahan persekitaran yang dinamik, penstrukturan semula Tentera Darat yang sedang digerakkan akan turut mengambil kira konsep dan pembangunan future soldiers for future battlefield," titah baginda.
Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah demikian dalam Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2013 di TH Hotel di sini malam tadi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.
Yang hadir sama, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang juga Komandan Palapes universiti tersebut; Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazlan Kasap; Panglima Briged Sempadan, Briged Jeneral Hasagaya Abdullah dan Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron.
Pada majlis itu, seramai 53 pegawai muda Palapes UniMAP yang ditauliahkan pada Julai lalu diraikan dengan dua daripada mereka iaitu Leftenan Muda Mohamad Farhan Halim, 25, dan Leftenan Muda Nur Faiznny Iyni, 22, masing-masing menerima Anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Keseluruhan) 2013 serta Anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Akademik) 2013.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP turut mengucapkan tahniah kepada TDM yang merupakan sebuah angkatan darat berkredibiliti dan efektif.
Titah baginda, TDM memang dalam usaha untuk menjadi Tentera Masa Hadapan menerusi program pembangunan strategiknya dikenali sebagai Army 2 10 plus 10.
"Program ini menyasarkan untuk menjadikan TDM sebagai sebuah Angkatan Objektif pada masa hadapan yang mampu beroperasi dalam pelbagai spektrum dan dimensi peperangan.
"Fokus pembangunan ini termasuk dalam aspek sumber manusia, kuasa tembakan, mobiliti, komunikasi dan logistik," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda mahu ahli Palapes Tentera Darat memanfaatkan kebolehan mereka dengan menyertai Askar Wataniah sebagai pegawai sukarela.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ---Raja-Muda-Perlis
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke yg kerja kerajaan dan badan berkanun join AW? sekarang yg kat Jalan Ampang dah tutup. mana lagi yg terdekat area KL? |
|
|
|
|
|
|
| |
|