CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 17-6-2005 09:35 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berkebetulan kuliah dari buku MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI INI juga telah sampai ke penghujungnya pada hari ini sebagaimana kuliah dari buku ISLAM HADHARI.

Saya juga memberi keizinan kepada forumners untuk menyimpan, mencetak dan membukukan kuliah-kuliah ini.

Selepas ini saya akan menyambung kuliah-kuliah yang lain lagi di dalam thread ini. Doakan semuga Allah SWT memberi saya kelapangan untuk meneruskan pemaparan kuliah-kuliah yang seterusnya.

Terima kasih di atas sokongan sdr/sdri semua selama ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2005 11:23 AM | Show all posts
salam buat semua
syukur, sampai juga kepenghujung sebab niat dihati ini hanya nak cuba
agar topic ini ditamatkan, bukan apa tajuknya tu
TERLALU BERAT SEBELAH!!!!!
terima kasih kerana sudi menyampaikan disini AYAT-AYAT TUHAN
dan juga SUNNAH NABI tapi yg selebihnya tu kot ada kemungkinan
dr kitab yg satu lagi tu
KITABUSSYAITAN? (tanya saja jgn marah ya)
lagi satu nak tanya, adakah engkau pun tergolong dlm kalangan mereka
yg fanatik!!!! takkan dah bagitau pun masih nak puja yg sorang tu
aku rasa aku kenal Abuya tu lebih rapat dari engkau kenalnya
tapi dia tak bersangkut dlm usaha aku utk menyeru kembali manusia
kembali kepada KITABULLAH dan SUNNAHTURASUL

AKU SESEKALI BERIBU KALI PUN TAK MINTA ENGKAUORANG IKUT AKU
ATAU APA YANG AKU KATA
HANYA AKU MENYERU DEMI ZATNYA YANG MAHA AGUNG
AGAR DITUNJUKI MANUSIA YG SEDIKIT INI KEJALANMU YANG BENAR
KERNA TELAH SEMPURNA AGAMA YANG DITURUNKAN ATAS MUKA BUMI INI
DAN TELAH DIA REDHA

APASAL KALIAN SANGGUP BERPALING!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 17-6-2005 11:23 AM:
salam buat semua
syukur, sampai juga kepenghujung sebab niat dihati ini hanya nak cuba
agar topic ini ditamatkan, bukan apa tajuknya tu
TERLALU BERAT SEBELAH!!!!!
terima kasih kerana sudi menya ...


erm....ramai yang suka aper...tapi ada jugak yang sakit hati cam sdr....biasalah tu...

buat sdr hafizi, teruskan dengan sambungan kuliah-kuliah yang lain..pedulikan dengan mereka yang sakit hati dan tergeliat hati tu..

yg penting info bermanafaat....bukan sakat menyakat .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 06:00 PM | Show all posts
Ustaz akasyah, cepat lah sambung...dah tak larat baca posting dari orang-orang yg ada penyakit PHD ni...

kami nak info yang bermanafaat bukan sembang sumbang dia orang ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2005 06:59 PM | Show all posts
sambung.....
jangan tak sambung....


Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2005 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 17-6-2005 06:59 PM:
sambung.....
jangan tak sambung....


Wassalam.


betul tu saiful....lama dah tatie tunggu..sambung..jgn tak sambung...

mana ler pi ustaz akasyah ni..?..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2005 10:01 AM | Show all posts
salam buat semua
maafkan saya kalau kalian marah
tapi yang HAK tetap HAK yang BATIL tetap BATIL
jadi saya cuba tegakkan yang HAK saja semampu saya
yang lain terserahlah kepada individu masing-masing
sebab TIAP INSAN AKAN MENGADAPNYA DGN AMALAN MASING-MASING
dlm tiap tertegakknya kebatilan mesti ada yang HAK dipertahankan
jika tidak maka SAMPAILAH JAJNI DAN HUKUM ALLAH
Selepas kembalinya RASULLULLAH kepada TUHANNYA hingga sekian lama
PARA ULAMAK tidak berani menafsirkan KALAMNYA
takut salah walaupun tafsiran mereka bersamaan dgn Al Quran
hingga sampailah kpd generasi selepas mereka yg menghuraikannya
mengikut kehendak dan keperluan semasa
sebagaimana KATA TUHAN:
DARI AYATKU ADA YANG DISESATKAN DAN RAMAI YANG DAPAT PETUNJUK
hayati dan fikirlah wahai kaum yang berakal??????
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 28-6-2005 03:47 PM | Show all posts


Salah Faham Tentang Makna Mendidik

Terjadi salah faham dalam dunia pendidikan sekarang ini. Pendidikan yang ada di sekolah, pondok dan berbagai universiti sekarang ini sudah disempitkan ertinya sekadar perpindahan dan pengajaran ilmu dan kepakaran, baik ilmu-ilmu ekonomi, sosial, politik, bahasa, kebudayaan, kesenian, undang-undang, sains, teknologi, kejuruteraan, perhotelan mahupun ilmu-ilmu Islam se-perti tauhid, feqah dan tasawuf. Kalaupun ada pendidikan moral atau budi pekerti tetapi tidak dikaitkan dengan cinta, takut dan rindukan Tuhan.

Sistem pendidikan yang ada sekarang ini sekalipun ianya di-labelkan Islam, tetapi hanya mampu mengubah dasar, matlamat serta teknik pentadbiran aqliah dan lahiriah sahaja, namun ianya tidak dapat mengubah jiwa atau rohaniah manusia sehingga membuatkan mereka merasa diri mereka adalah hamba yang perlu patuh kepada Allah SWT.

Tegasnya, pendidik dan pemimpin dunia yang ada sekarang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan mendidik manusia kerana mereka tidak faham apa itu manusia. Mereka sangka manusia hanya-lah fizikal dan akal saja.

Ada juga yang tahu bahawa selain fizikal dan akal, manusia juga memiliki hati nurani atau roh tetapi tidak tahu betapa pentingnya roh ini dan tidak tahu bagaimana membangunkan hati nurani atau roh tersebut. Bahkan mereka sendiri tidak mampu mendidik dan membangunkan hati nurani atau roh mereka sendiri. Akhirnya mereka hanya mampu menjayakan pembangunan akal dan material saja, sedangkan rohaniah anak didiknya tidak jauh bezanya dengan haiwan.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2005 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 28-6-2005 03:47 PM:


Salah Faham Tentang Makna Mendidik

Terjadi salah faham dalam dunia pendidikan sekarang ini. Pendidikan yang ada di sekolah, pondok dan berbagai universiti sekarang ini  ...



:setuju::setuju::setuju:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 29-6-2005 06:52 PM | Show all posts
Kegagalan Sistem Pendidikan Sekarang

Sistem pendidikan sekarang ini telah gagal dan hanya berhasil menghaiwankan manusia sehingga menjadi manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, giia dunia, meng-gunakan kekuatan flzikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya. Dunia sudah menjadi rimba yang dihuni oleh haiwan-haiwan yang berupa manusia. Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.

Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal. Insaniahnya di-bangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya di-bangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

Sistem pendidikan yang ada sekarang melahirkan dua jenis manusia yang ekstrim:

1. Sistem pendidikan tradisional melalui pondok melahirkan manusia yang hanya berfikir kepada feqah, halal haram dan kurang mempedulikan kemajuan pembangunan material.

2. Sistem pendidikan Barat yang telah melahirkan manusia yang pandai membuat kemajuan material tetapi memisahkan Islam dengan pembangunan. Aktiviti profesional seharian mereka tidak dikaitkan dengan Tuhan.


Pendidikan Islam sudah diselenggarakan dengan tatacara yang tidak Islam, iaitu mengikut cara Barat dan Yahudi. Padahal Barat memang hendak mematikan akal dan jiwa umat Islam sejak zaman penjajahan. Penekanan bukan pada perubahan insan tetapi pada perpindahan ilmu dan kepakaran yang dibuktikan dengan sekeping ijazah atau diploma yang begitu diagung-agungkan dan dijadikan  tujuan. Sekeping ijazah itulah yang akan menentukan jawatan dan gaji seseorang.

Sepatutnya orang yang faham khazanah agama Islam, Al Quran atau Hadis, dia akan menjadi orang yang tahu dan faham dengan ilmu dunia akhirat. Tetapi sistem pendidikan Islam sekarang ini menghasilkan orang-orang yang lemah jiwa walaupun mereka banyak mengetahui ilmu Islam, hafal Quran dan hafal Hadis. Sudah ribuan orang di negara kita yang lulus universiti Islam, hafal Quran, tetapi susah untuk mencari seorang pun yang menjadi tokoh yang bertaqwa dalam bidang ekonomi, politik, teknologi, kemasyarakatan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain.

Susah mencari sarjana dan orang hafal Quran yang begitu berwibawa sehingga disegani oleh Barat. Disegani bukan kerana aksi-aksi kekerasannya tetapi kerana taqwanya. Padahal dalam Quran itu ada bermacam-macam khazanah ilmu dan didikan yang akan menguatkan jiwa dan menaikkan wibawa.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 1-7-2005 12:09 PM | Show all posts
4.7.2003 Malam

PERANAN TUHAN


Untuk mendapat iman sangat susah berbanding dengan menghafal. Iman sebenamya campuran di antara percaya dan yakin. Ramai orang percaya Zat Tuhan. Tidak ada orang yang tidak percaya. Bahkan orang kafir pun percaya wujudnya Tuhan. Orang Islam percaya tentang adanya zat yang Maha Agung tetapi itu tidak cukup. Kita hendaklah yakin. Orang tidak yakin kerana dua sebab iaitu; tidak belajar dan susah menerima sesuatu yang dipelajari.

Yang tidak diyakini itu bukan zat Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan. Bila tidak yakin dengan peranan Tuhan boleh dilihat cara hidup seseorang itu. Tentu banyak cacat celanya terutama bila Tuhan uji kita. Bagi yang yakin dia akan bersyukur dengan ujian itu dan menganggap Allah hendak menghapuskan dosanya. Terasa Tuhan memberi ujian istimewa kepadanya.

Contoh lain, bersedekah dalam ajaran Islam, bukan sahaja diberi pahala bahkan hidupnya diberkati. Orang yang pemurah, walaupun tidak kaya, tetapi dia tidak akan papa sebab ada berkatnya. Sebagaimana Rasulullah yakin tentang berkat bersedekah. Ada seorang perempuan menjadi tetamunya. Baginda tahu lahir dan batin seseorang. Rasulullah beritahu isterinya supaya perempuan itu tidak tinggal di rumah Rasulullah kerana tidak ada berkat. Perempuan itu diminta meninggalkan rumah Rasulullah dengan dibekalkan sebiji tamar.

Dalam perjalanan, dia sedekahkan tamar itu kepada orang lain. Belum pun perempuan itu pergi jauh, Tuhan beritahu Rasulullah supaya dipanggil semula perempuan itu ke rumah Rasulullah kerana dia telah diberkati Tuhan. Ertinya Tuhan suruh orang bersedekah agar orang itu diberkati. Itu peranan Tuhan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 1-7-2005 12:13 PM | Show all posts
Sambungan...

Ramai orang tahu tentang perkara ini tetapi dia hanya boleh bersedekah apabila disuruh, digesa atau waktu sesekali naik semangat setelah mendengar ceramah. Kita tahu memberi sedekah itu berkat tetapi kita seperti tidak yakin dengan peranan Tuhan memberi berkat kepada sedekah. Sebab itu dia tidak bersedekah. Tuhan memberi kekayaan kepada seseorang dengan tujuan supaya orang itu dapat membuat kebajikan. Orang yang belajar tahu tentang perkara ini tetapi bolehkah dilaksanakan?

Kekayaan seseorang itu hanyalah saluran. Tuhan menyuruh kita mengagih-agihkannya. Kekayaan tidak boleh dinikmati seorang diri. Peranan Tuhan, itulah yang kita tidak yakin. Zat-Nya kita yakin. Percaya dicampur yakin barulah dikatakan beriman.

Hendak yakin peranan Tuhan, itu yang payah. Tuhan berjanji di dalam Al Quran, barang siapa yang takut kepada-Nya, Allah beri rezeki dari sumber yang tidak diduga. Kita selalu ragu dengan janji Tuhan. Kalau berniaga pun kita ragu dengan bantuan Tuhan. Kalau kita berdakwah pun kita tidak yakin pertolongan Tuhan. Bila tidak yakin dengan Tuhan, datanglah sangka jahat dengan Tuhan.

Bersambung....

[ Last edited by Akasyah on 1-7-2005 at 12:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 1-7-2005 12:16 PM | Show all posts
Sambungan...

Haram hukumnya bersangka jahat dengan manusia. Bersangka jahat dengan Tuhan lagilah besar dosanya kerana ia berkait dengan aqidah. Kalau seseorang itu kuat ibadahnya sekalipun tetapi bersangka jahat dengan Tuhan, ini amat berat.

Saiyidina Abu Bakar diangkat oleh Tuhan kerana keyakinannya yang kental di hatinya. Bukan kerana ibadah yang banyak atau pengorbanan yang hebat. ltulah kemuliaannya di sisi Tuhan. Kalau setakat percaya mudah tetapi hendak yakin payah.

Itu baru yang kecil-kecil tetapi kalau yang besar-besar, contohnya atas nama negara atau bangsa, bagaimana? Seorang Perdana Menteri mungkin tahu kalau dia membawa negara kepada taqwa, negara akan aman makmur. Kemudian dia berubah dengan tidak mengambil Islam tetapi berpaling kepada ideology seperti komunis, sosialism dan pragmatism. ltupun kerana dia ragu.

Sekarang ini, tidak ada negara umat Islam yang hebat yang mendapat perlindungan Tuhan. Semua ada masalah sedangkan semua sudah merdeka.

Sekian.
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 3-7-2005 12:35 PM | Show all posts
Mengapa ini terjadi?



Sebenarnya yang berhak mendidik manusia adalah Tuhan. Tuhan-lah yang mencipta manusia, yang mencipta dunia. Sudah tentu Tuhan tahu masalah dunia, tahu akal fikiran, nafsu dan rohaniah manusia. Jadi kaedah yang paling tepat untuk mendidik manusia tentu datang dari Tuhan. Kaedah itu Tuhan kirim melalui utusan-Nya, iaitu Rasulullah SAW.

Malangnya manusia sekarang sudah mengambil alih kuasa Tuhan untuk mendidik. Mereka guna akal dan kaedah ciptaan mereka untuk mendidik manusia. Ini suatu kesalahan besar yang dibuat manusia. Secara sedar atau tidak, manusia sudah menuhankan dirinya sendiri. Manusia sudah mengambil hak Tuhan. Manusia sudah ingin menjadi Tuhan. Maka datanglah kemurkaan Tuhan kepada mereka, maka Tuhan akan berlepas diri dan tidak membantu mereka dalam mendidik manusia. Semakin banyak sekolah dan universiti dibangunkan. semakin banyak orang-orang memasuki sistem pendidikan buatan manusia, semakin banyak kejahatan dan masalah dalam masyarakat. Itulah sumber utama masalahnya.


Inilah rahsia yang tersembunyi, rahsia yang tersirat, yang ahli dan pakar pendidikan tidak nampak, sebab mereka hanya melihat yang lahiriah saja dengan mata dan akal saja. Seolah-olah Tuhan berkata, engkau hendak menjadi Tuhan, didiklah manusia dengan dengan akal dan caramu. Maka gagallah mereka. Masyarakat yang mereka didik hasilnya semakin kacau dan huru-hara.



BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 01:33 PM | Show all posts
salam buat semua
tarbiah dr dia ni mai balik maka saya pun mai balik
saja nak counter pendirian si fanatik ni
tak ka gitu saudara hafizi??????
kalau kata sistem pendidikan sekarang tak berjaya, bohong semata-mata
sebenarnya sistem pendidikan dlm apa saja agama pun adalah baik dan
untuk kebaikan umatnya termasuk dlm bidang ekonomi/pembangunan
tapi telah diselewengkan oleh segelintir manusia utk kepentingan diri sendiri
seperti Abuya dll??????
Bohong kata TUHAN mendidik manusia???????
SESUNGGUHNYA TUHAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SIAPA YG DIKEHENDAKI
DAN MENYESATKAN SESIAPA YG DIKEHENDAKI
(termasuk si abuya) sorry ada sikit marah
sebab apa
DARI AYAT-AYATKU RAMAI YG MENDAPAT PETUNJUK
DAN RAMAI YANG TELAH DISESATKAN
lagi sekali bohong dlm perkataan RAHSIA,RAHSIA YANG TERSIRAT
takdak pun dlm AlQuran, cuba bacakan saya AYAT TU
sekiranya kamu adalah seorang yang BENAR?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 01:58 PM | Show all posts
PERANAN TUHAN?????
iman sebenamya campuran di antara percaya dan yakin????
Yang tidak diyakini itu bukan zat Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan?????

wwoooiiieeee takutnya aku tengok kata-kata ni
nak kata yg tulis nya budak tadika , dah tua gayut
tak belajar agama , tapi mungkin terlebih belajar kot????
nak tanya jugak mana dia dapat terjemahan kata-kata tersebut
dalam KITABULLAH tak adalah saudara
mungkin dlm KITAN SYAITAN KOT NUUUUUU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2005 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-7-2005 07:33 PM:
salam buat semua
tarbiah dr dia ni mai balik maka saya pun mai balik
saja nak counter pendirian si fanatik ni
tak ka gitu saudara hafizi??????
kalau kata sistem pendidikan sekarang tak berjaya, ...


:setuju: 1000%
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 03:44 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-7-2005 01:33 PM:
salam buat semua
tarbiah dr dia ni mai balik maka saya pun mai balik
saja nak counter pendirian si fanatik ni
tak ka gitu saudara hafizi??????
kalau kata sistem pendidikan sekarang tak berjaya, ...



ermm...ironman......

nak tolong menyampuk gak...walaupun tak berapa faham bahasa sdra besi tapi nak menyampuk jugak...

sistem pendidikan hari ini berjaya menghasilkan pelajar yg akan diiktiraf dengan sijil-sijil yg dicop dari U masing-masing berdasarkan peringkat pengajian depa...

eh..tatie memg suka kumpul sijil-sijil ni, sebb boleh susun dalm frame kemudian gantung kat dinding rumah...hehehe...bagi cicak, lipas, tengok  malam-malam...mana tau, naik semangat depa nak sambung belajar lagi dan sijil yg cantik tu bukan setakat boleh digantung, depa boleh buat makan lagik...

hehehe...joke petang isnin...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 06:24 PM | Show all posts
kalo la sistem pendidikan kita tak berjaya, asaari tuh dok jer la tgk org lain boleh membaca. dia pon dulu mula2 bukan sekolah agama ;)

[ Last edited by fleurzsa on 5-7-2005 at 01:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 3-7-2005 07:58 PM:
PERANAN TUHAN?????
iman sebenamya campuran di antara percaya dan yakin????
Yang tidak diyakini itu bukan zat Tuhan tetapi tidak yakin dengan peranan Tuhan?????

wwoooiiieeee takutnya aku tengok ...


nak tanya jugak mana dia dapat terjemahan kata-kata tersebut


sampai sini je lah soalan kau org besi, dema nih bukan buleh jawab, sama cam mesin fotostat. boleh kita fotostat kertas soalan upsr, tapi bila kita tanya apa jawapannya kat mesin tuh, dia mana bleh jawab :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059650 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list