SOALAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SILA JAWAB SEMUA SOALAN DAN MASA MENJAWAB ADALAH SEHINGGA 16 JULAI 2012( ISNIN ) JAM 11.00 PAGI.
1. APAKAH PERASAAN ANDA MENANTIKAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA? Jawapan : Pertama sekali rasa bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya dipanjangkan umur dapat bertemu lagi bulan yg penuh keberkatan ini dan menunaikan ibadah puasa. Harapan dan doa aniss pada tahun ini semoga Allah memudahkan dan memberi kesihatan yag baik pada anisss dalam menjalankan ibadah puasa sebulan dengan keadaan anisss yang berbadan dua tahun ini insya allah.. Amin
2. BAGAIMANAKAH PERSIAPAN DIRI DAN KELUARGA DALAM MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN? Jawapan : Persiapan selalunya ialah melengkapkan bahan2 untuk menu semasa bersahur.
3. PUKUL BERAPA PALING AWAL UNTUK BANGUN BERSAHUR DAN MENU BAGAIMANA ANDA SEKELUARGA BERSAHUR? Jawapan : Selalunya anisss akan bangun pada pukul 4.30 pagi sebab aniss akan masak.. bahan2 untuk masakan aniss akan sediakan sebelum aniss tido..
4. PILIHAN MENU BERBUKA PUASA, MENU MASAKAN SENDIRI ATAU BAZAR RAMADHAN? Jawapan : Memandangkan aniss akan sampai lewat setiap hari, anisss akan membeli makanan untuk berbuka di bazaar ramadhan...
5. BAZAR RAMADHAN YANG MENJADI PILIHAN DAN MAKANAN YANG WAJIB SETIAP HARI? Jawapan : Kawasan rumah aniss terdapat 5 tapak bazaar ramadhan.. so aniss akan tukar2 bazaar ramadhan setiap hari.. aniss tk der menu wajib selain buah kurma untuk berbuka ikut mood nk makan apa...
6. BERTARAWIKH DIMANA, MASJID ATAU SURAU? Jawapan : Memandangkan rumah aniss berdekatan masjid, so anisss sekeluarga akan pergi ke masjid untuk bertarawih.
7. BAGAIMANAKAH CARA ANDA MEMUJUK ANAK KECIL UNTUK BELAJAR BERPUASA? Jawapan : Sewaktu anak2 berumur lima tahun kita dah hantar anak ke prasekolah.. jadi bab berpuasa ni selalunya diberi pendedahan oleh guru2 di sekolah... lazimnya masa bulan puasa ni pihak sekolah tidak menyediakan makan dan minum untuk pelajar bertujuan untuk menggalakkan pelajar berpuasa... oleh itu, kita selaku ibu bapa memberi peranan seperti bercerita hukum hakam dan kewajipan berpuasa kepada mereka agar mereka faham dan cuba untuk berpuasa... tapi ikut kemampuan dia lah ssb kat sekolah dia tk makan dan minum balik rumah minta susu tp tk per slow2 nk ajar dia berpuasa...
8. PADA PENDAPAT ANDA WAJARKAH ANAK-ANAK DIBERI UPAH JIKA BERJAYA MELAKSANAKAN PUASA SEHARI PENUH? Jawapan : Aniss setuju dengan cara ini sebab utama dia adalah nk suruh dia membiasakan diri untuk berpuasa.... memanglah pada mulanya dia akan berpuasa sbb nk duit tp bila dia dah mula cerdik sikit kita terapkan dengan kewajipan berpuasa, hukum hakam.. insya Allah dia akan rela hati berpuasa sendiri dan tiada masalah berpuasa penuh sbb dia dah biasa berpuasa..
9. SETUJU ATAU TIDAK KEHADIRAN RAMADHAN SEDIKIT SEBANYAK MENGUBAH SUASANA PERSEKITARAN , CONTOHNYA DI TEMPAT KERJA, KITA AKAN MERASA LEBIH TENANG BERBANDING BULAN BIASA? Jawapan : Anisss setuju sgt2.... sbb kita tk der fikir nk lunch kat mana.. nk makan apa... bila keje pun kita lebih tenang sbb tk fikir apa2..
10. BERAPA KALI ANDA PULANG KE KAMPUNG UNTUK BERBUKA BERSAMA KELUARGA? Jawapan : Selalunya time balik kg (bercuti nk raya) aniss akan pulang ke kg... Hanya pada masa itulah dapat berpuasa dan berbuka bersama keluarga.
* Markah bergantung pada cikgu yang bertugas* |