CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21757|Reply: 10

Tak nak ubah apa-apa, Sharifah Sakinah tolak offer operate eye bags

[Copy link]
Post time 7-2-2025 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Banyak kali menerima tawaran untuk melakukan pembedahan pada kantung mata, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun kekal dengan prinsip tidak mahu melakukan sebarang rawatan mengubah anggota tubuhnya itu.

Bagi Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, dia juga enggan berbuat sedemikian hanya kerana mahu mengikut kehendak masyarakat.



"Ini adalah sebahagian anggota badan saya. Saya tidak akan ubah apa yang sudah Allah berikan untuk orang lain. Jika nak buat sekali pun hanya untuk kepuasan sendiri.

"Saya bukanlah ke arah mendengar kata masyrakat atau mengikut trend semasa. Saya juga tidak berkerja berlandaskan wajah," katanya kepada mStar.

Sakinah ditemui ketika majlis tayangan istimewa bersama peminat drama lakonannya berjudul Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Putrajaya pada malam Khamis.

  


Pelakon ini mengulas perkara tersebut selepas baru-baru ini adalah pihak yang menawarkan rawatan wajah terutama pada bahagian kantung mata atau eye bag yang jelas kelihatan ketika dia membawakan watak Astrid dalam drama berkenaan.

Menjawab dengan nada berseloroh, Sakinah menolak tawaran berkenaan disebabkan pihak terbabit tersalah ejaan ketika menulis perkataan 'sponsor' dalam ruangan komen di laman sosial miliknya.

  


Berkongsi tentang rutin penjagaan kecantikan, pelakon ini memberitahu dia lebih gemar mengikut petua lama menggunakan bahan semula jadi.

Malah ketika ditemui dia turut menunjukkan sebungkus cengkih yang dibawa untuk kudapan bagi mengelakkan nafas berbau selain memberikan khasiat pada badan.

"Saya kekal lakukan rawatan secara semula jadi. Kalau boleh bersolek pun saya tak mahu.

"Saya juga amalkan mandi dengan air batu seminggu tiga kali untuk kesegaran badan dan juga kesihatan mental," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang watak Astrid yang kini menjadi bualan ramai, Sakinah berkata ia seperti kemunculan semula selepas sering dikaitkan dengan karakter komedi.

  


"Saya suka watak berat sebegini kerana ia mencabar dan tidak mahu duduk di zon selesa. Sebelum ini banyak watak komedi sehingga orang pun terkejut saya boleh jadi Astrid.


  


Selain Sakinah, drama arahan Eyra Rahman ini turut menampillan pelakon lain seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah, Fadlan Hazim dan Fauzi Nawawi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 03:57 PM | Show all posts
tak tekejut sbb mmg watak antogonis ni ramai je boleh bawa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yasss. Takyah tukar pape. Love yourself. Gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:36 PM | Show all posts
yasssssss
mcm meryl streep, judi dench
even kate winslet, julia roberts, halle barry
ni semua aged gracefully
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa penyebab org boleh ada eyebags teruk cm dia. Umur muda lagi dah nampak eyebags dia. Pemakanan ke eh? Ke hormon?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka plak tgk dia pakai kemeja pink xdak lengan yg dok terkangkang tu.. bkn la terkangkang sgt2 pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 09:35 AM | Show all posts
Zezo replied at 7-2-2025 06:05 PM
Apa penyebab org boleh ada eyebags teruk cm dia. Umur muda lagi dah nampak eyebags dia. Pemakanan ke ...

memang keturunan dia kot, kakak  dia pun eyebag teruk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:02 AM | Show all posts
ya eyebag ni ikut keturunan juga...mak i ols mmg jenis ada eyebag...i ols adik beradik jenis xngikut tapi anak i ols lahir memasing dr kecik da start ada eyebag...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bergosip at 13-2-2025 10:16 AM
Zezo replied at 7-2-2025 06:05 PM
Apa penyebab org boleh ada eyebags teruk cm dia. Umur muda lagi dah nampak eyebags dia. Pemakanan ke ...


genetik/keturunan. eyebags dengan gelap bawah mata selalunya dari faktor genetik/keturunan. pakailah apa2 produk pon, memang tak hilang. melainkan operate

iols perasan kalau sesiapa yang ada keturunan arab/pakistan/india/mamak kahwin dengan melayu. mesti keturunan dia akan ada eyebag atau gelap bawah mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia pun selesa je dgn semua tu
Kalau dia nk buang lama dh dia buang
Dia nih jenis amalkan gaya hidup sihat badan dia pun menten slim dan fit
Baik komer rajin2 workout cam dia tu drpd duk suh org bedah itu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 7-2-2025 06:05 PM
Apa penyebab org boleh ada eyebags teruk cm dia. Umur muda lagi dah nampak eyebags dia. Pemakanan ke ...

Sbb dia ada keturunan arab kot. Eyebag ketara. Bab makan rasanya ni terlebih sihat hari2 makan salad je meols tgk. Kuat bersenam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061472 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list