CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 13-1-2015 11:35 PM | Show all posts
kak nana... saya buka forum tiap2 hari smata2 nk baca cter kak nana jer....
best2.... suka.. sy bg 10bintang tuk 100%... hehehe
nie bunga khas untk kak nana..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 08:32 AM | Show all posts
besttt...teringat zaman asrama dulu..curi2 masuk dewan makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:01 AM | Show all posts
chilly replied at 13-1-2015 01:44 PM
aku rasa 'seram' dgn cerita2 ini semua

Tak seram mana kot...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:02 AM | Show all posts
muziah84 replied at 13-1-2015 02:45 PM
Terbaik la citer..xkire kt ofis ke kt rmh aku rempit gak thread ni bace smpai abis

Kekeke. Terima kasih sudi singgah thread ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeeiii..berani siot kawan2 nana tu..
Lps kejadian tu diorg buat milo panas jelah ye..x dak ais ketui dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:02 AM | Show all posts
IENARI0421 replied at 13-1-2015 11:35 PM
kak nana... saya buka forum tiap2 hari smata2 nk baca cter kak nana jer....
best2.... suka.. sy bg ...

Terimalah kasih bagi kite mungeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2015 09:03 AM | Show all posts
manja377 replied at 14-1-2015 08:32 AM
besttt...teringat zaman asrama dulu..curi2 masuk dewan makan...

Kannnn... Ada sekali curi-curi masuk Dewan Makan sebab nak tengok AJL. TV kat bilik TV rosak, TV kat dewan je yg ok.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:05 AM | Show all posts
anno_miss replied at 14-1-2015 09:02 AM
Eeeiii..berani siot kawan2 nana tu..
Lps kejadian tu diorg buat milo panas jelah ye..x dak ais ketu ...

Memang Milo panas je lah. Tapiiiiiiiii... tak serik jugak Sofia dengan Dina ni. Lepas sebulan dua, kembali menyusup masuk ke Dewan Makan nak ambil ais. Cuma lepas tu diorang pergi awal, tak lebih dari pukul 10.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kikiki.mmg tegar betol ek..apelah yg diayat sopia kt abg kantin..2nd time bagi kunci blakang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 09:12 AM | Show all posts
anno_miss replied at 14-1-2015 09:07 AM
Kikiki.mmg tegar betol ek..apelah yg diayat sopia kt abg kantin..2nd time bagi kunci blakang..

Sofia ni dia jenis selamber bengong-bengong. Dia belanja brader tu KFC, lepas tu jual nombor phone kakak dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:23 AM | Show all posts
cik.nana replied at 13-1-2015 10:42 AM
Samalah kita, dah 2 tahun lebih masih belum ada rezeki. Takpe, kita teruskan usaha dan amalan. Ins ...

Dah cuba makan kapsul debungga wangi and kapsul buah zuriat?
husband and wife kene makan.

i tgh nak mencuba ni..and at the same time..tiap hari urut perut sendiri guna Minyak Agarwood (ada yang panggil minyak Udh).
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:40 AM | Show all posts
seram tapi klaka
best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:45 PM | Show all posts
cik.nana replied at 14-1-2015 09:02 AM
Terimalah kasih bagi kite mungeeee

sama2.... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:39 AM | Show all posts
u Jurassic park tu dekat uum ke?

hihi

sy doakan nana and hubby cecepat dpt anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:05 AM | Show all posts
Kisah 23 - 'Tumpang' Tidur

Masa semester terakhir, dah kena pindah duduk luar. Maka masa ni lah aku, Dina dan Sofia duduk sekali satu rumah flat dengan seorang senior yg ada repeat subjek. Senior ni aku gelarkan Kak Bie. Kak Bie ni, oleh kerana dia ada repeat subjek, kerajinan dia study amatlah luar biasa. Dia rajin pergi library, pergi study sana sini. So Kak Bie memang jarang sangat ada kat rumah. Dia study, lewat malam baru balik. Kebetulan, aku tidur 1 bilik dengan Kak Bie.

Rumah flat yg kitorang duduk ni, mostly penghuninya adalah family. So memang bising ah sepanjang masa. Pukul 1 pagi ke atas barulah suasana aman dan damai. Kitorang pun biasa study waktu-waktu gini je la kat rumah tu. Dah semester terakhir kan, jadi kenala rajin lebih sikit. Ada 1 benda yg buat kitorang bebetul tensen bila study sebenarnya. Setiap malam, mesti akan bunyi orang melantunkan bola. Kitorang tak pasti dari mana datang bunyi lantunan bola tu, dari rumah sebelah ke, rumah atas ke, atau rumah depan. Tapi memang tiap-tiap malam akan ada bunyi tu. Bunyi guli jatuh bergolek, menukul tu biasa la. Tapi bunyi bola dilantun-lantun ni yg paling takleh blah.

Tapi cerita bola melantun ni selingan je sebenarnya. Cerita sebenarnya gini...

1 malam tu, aku, Dina dan Sofia duk study subjek Law. Tengah dok study sambil mengunyah keropok lekor, Kak Bie balik. Kak Bie tegur kitorang, sembang-sembang kejap lepas tu dia masuk bilik. Bilik aku share ngan Kak Bie ni bilik belakang sekali. Lepas tu, Kak Bie keluar bilik semula bawak tuala, nak mandi. Kak Bie pandang aku lepas tu tanya

Kak Bie: Kawan korang tak study sekali ke? Tidur sedap je tu...
Aku: Hah?

Tersentak aku Kak Bie tanya macam tu. Kawan mana pulak ni? Aku dah pandang-pandang Dina ngan Sofia. Aku yg kompius ke Kak Bie yg silap?

Aku: Kawan mana ni, kak?
Kak Bie: Tu, yg tidur dalam bilik atas tilam kau tu *Kak Bie siap muncung-muncung mulut menunjuk ke arah bilik*

Pehhh! Berderau darah aku. Kak Bie ni biar betul? Mana ada sesiapa selain kitorang je dalam rumah ni. Dahlah tidur atas tilam aku pulak tu. Aku dah cuak dah.

Dina: Kak Bie, mana ada orang lain dalam rumah ni...

Muka Kak Bie serta-merta berubah. Pucat. Terus Kak Bie duduk sebelah aku.

Kak Bie: Korang biar betul. Akak nampak, memang ada orang tengah tidur atas katil kau, Nana.
Sofia: Betul la, kak. Mana ada sesiapa dah.
Aku: Akak masuk bilik bukak lampu tak?
Kak Bie: Tak buka. Akak campak beg lepas tu capai tuala je la. Tapi akak komfem nampak ada orang tidur atas tilam kau.

Erk. Tercekik air liur aku. Sudah! Ada yg menumpang tidur atas tilam aku pulak dah! Kak Bie terus tak jadi mandi. Kami takde mood nak study dah. Nak masuk bilik check kesahihan cerita Kak Bie, kami tak berani. Sudahnya, kami pakat-pakat hamparkan toto depan TV dan tidur kat situ. Tengah nak tidur tu, bunyi lantunan bola kedengaran. Selalunya, kitorang tak heran sangat dengan bunyi bola tu. Tapi malam tu, tetiba je kitorang rasa takut. Berhimpit-himpit masing tidur. Baca doa apa semua la. Dalam takut-takut tu pun, aku tertidur jugak. Aku tak sure masa ni yg lain-lain tidur atau tak.

Esok paginya, Kak Bie cerita dia tak dapat tidur nyenyak. Dia kata masa nak tidur, dia dapat rasa macam ada orang langkah-langkah kitorang berulang-kali. Lepas tu, dia siap dengar bunyi buku yg kitorang tinggal atas meja makan diselak-selak. Kak Bie pejam je mata sepanjang masa, takut buka mata tengok apa benda yg dok mengacau semalam tu. Dina pulak kata dia dengar orang berjalan seret-seret kaki kat luar rumah. Rumah flat ni kan ada tingkap, boleh tengok ke luar kat kaki lima kalau ada orang datang. Kata Dina lagi, bunyi tapak kaki tu berhenti betul-betul kat tingkap tu. Dina terus tutup muka dengan bantal.

Aku dengan Sofia? Selamatlah kitorang dah tidur. Lepas kejadian tu, ambil masa jugakla aku ngan Kak Bie nak tidur semula dalam bilik tidur tu. Lepas seminggu ke dua minggu, baru berani masuk tidur dalam bilik semula. Tu pun sebab tak tahan bunyi bola yg makin lama makin galak pulak bunyinya. Tapi sepanjang kami duduk rumah tu, aku dengan Kak Bie bergilir-gilir ditindih bila tidur. Sampai satu tahap tu, aku dengan Kak Bie dengar bunyi mengilai kat tingkap bilik kami. Sekali lagi, kami pindah tidur kat luar. Tak tahan bunyi bola, kami menyempit dalam bilik Dina dan Sofia.

Dina dengan Sofia pulak kata, diorang selalu dengar bunyi orang berjalan dan berlari dalam rumah dan kat luar rumah bila time tidur. Dengar bunyi pinggan mangkuk berlaga kat dapur. Yelah, bilik diorang sebelah dapur je, memang dengar la. Kitorang kalau weekend, memang kurang la nak duduk dalam rumah. Duduk sorang pun tak berani. Kalau sorang balik kampung, semua balik kampung atau tumpang rumah member lain. Mujurla 4 bulan lebih je duduk rumah tu. Kalau setahun, mau sewel agaknya kitorang.


Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:05 AM | Show all posts
dak_ker replied at 15-1-2015 09:39 AM
u Jurassic park tu dekat uum ke?

hihi

Bukannnn. Dah ada orang teka dah tu. Cuba scroll balik. Hehehe.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 12:20 PM | Show all posts
seramnyer...
sambung lagi yer cik.nana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 02:40 PM | Show all posts
khailya replied at 15-1-2015 12:20 PM
seramnyer...
sambung lagi yer cik.nana

Nak tau apa yg lagi seram? Ada pengkid kat rumah flat tu suka kat Dina, nak mengorat bagai. Dina rejek. Lepas tu baju Dina kat ampaian hilang dua tiga pasang. Haa... tu lagi seram
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 02:50 PM | Show all posts
cik.nana replied at 15-1-2015 02:40 PM
Nak tau apa yg lagi seram? Ada pengkid kat rumah flat tu suka kat Dina, nak mengorat bagai. Dina r ...

huishhhh tu lagi serammmmm!
pehtu camner tu? ade stori ker? cite la..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 02:55 PM | Show all posts
khailya replied at 15-1-2015 02:50 PM
huishhhh tu lagi serammmmm!
pehtu camner tu? ade stori ker? cite la..hehe

Dia selalu tunggu kitorang balik kelas, tunggu kat tangga tau. Lepas tu siap boleh main tahan-tahan Dina pulak. Tak malu langsung. Lepas tu Dina cakapla elok-elok Dina tak suka dia, dia hangin pulak. Dimakinya Dina, kata Dina perasan cantik apa bagai. Lepas tu kain baju Dina start hilang dari ampaian. Ada satu tu, baju kebaya feveret Dina kena rembat. Adududu... mengamuk Dina. Sampai sekarang kain baju Dina tak tau siapa yg ambik. Hahaha.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.356160 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list