|
hehe...ye ke guna tenaga yg byk
arini tari keje la manade coti
|
|
|
|
|
|
|
|
anniez08 replied at 1-1-2015 01:46 PM
biar la dia rehat2 tenangkan fikiran dia..
dorg ni mmg xbleh byk sgt stress..
N da dinner ke |
|
|
|
|
|
|
|
anniez08 replied at 1-1-2015 01:48 PM
n nk hapal yg ni..
Gelak guling2 tan da hapal
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la tak pernah pi bukit fraser jugak. genting pun lebih kurang 10 tahun dulu pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
anniez08 replied at 1-1-2015 01:50 PM
n tgk tu gak tadik..
luahan ati yusop haslam kat minik dia..
Sayang die kt bini die kn |
|
|
|
|
|
|
|
zaman kita kecik dulu kan. sekarang budak-budak famous dengan cupcake.
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe nanti madu bagitahu apa endingnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la kan.. ada seorang pakcik tu nangis .. speechless dia masa wartawan tanya
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pergi. hari ni kemas barang-barang nak pi hantar tempat recycle.
N dah tanam bunga matahari.
|
|
|
|
|
|
|
|
sini tadi hujan lebat sejam. 6.30 sampai 7.30pm.
sabtu ni ada kenduri bertunang, malasnya nak pi
|
|
|
|
|
|
|
|
tadi nampak la muka zul ripin kat TV.
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba tan hilang malam tadi. ada bunga api tak area sana?
|
|
|
|
|
|
|
|
errr... siapa yang cadang nak masak ikan keli sebenarnya ni. bukan tan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
cute.
|
|
|
|
|
|
|
|
ramalan cuaca hujan yg dikeluarkan aritu kata sampai 2hb.
arini tempat tari cuaca cerah
hari sabtu ni ada kenduri bertunang juga
x tau nk pergi atau tidak
|
|
|
|
|
|
|
|
kita kalau pergi... kena pergi sorang.
pastu yang jemput, nenek tuan badan yang bertunang.. emaknya takde pulak jemput lagi.
mmm.. mmm... 50 - 50.
|
|
|
|
|
|
|
|
......
i: Tentang Hujan dan Monsun
Saya tamatkan kembara monsun semalam. Hari ini, dunia menghampiri ambang tahun baru masehi, 2015. Masih ada hujan yang hingar gemertuk di atap rumah. Anehnya, terjahan itu cuma membangkitkan seribu diam yang begitu menusuk. Sepi yang hanya didengari nurani sendiri.
Air yang berlebihan rupanya tidak selalu menjanjikan kedinginan. Ada ketika ia menyalakan lagi api perbalahan yang sangat membakar. Arus yang deras juga rupanya tidak selalu menghanyutkan. Bagi mereka yang mahu saling berpaut, arus itu menduga kekuatan untuk terus berpegang utuh pada satu tali yang sama.
Demikianlah cerita tentang monsun dan hujan di Malaysia. Begitu banyak peristiwa yang membawa lapisan-lapisan tersendiri. Terlalu kaya refleksi yang boleh ditilik dan direnungkan.
.
ii: Tentang Impian dan Bahagia
Impian yang terlalu susah mahu dilunaskan itu, bukan kerana tuah yang belum sampai. Atau kerana daya terlalu kerdil untuk memikulnya; atau kerana azam teramat lesu menganjak ke hadapan. Bukan.
Yang sebenarnya, kesukaran itu datang dari nafsu yang tidak pernah puas. Percayalah, impian itu mudah dikecap jika setiap kurnia, kecil atau besar, disyukuri seadanya. Impian itu satu beban kalau mesti disukat pada kuantiti pencapaian. Ia lebih bermakna jika cuma disandarkan pada kualiti bahagia, yang dirasa oleh nurani.
Kita insafi ujian dalam setiap nikmat; hayati hikmah dalam semua musibah. Dalam dunia penuh pancaroba, kita tidak ada pilihan lain, kecuali berdamai dengan takdir.
iii: Tentang Cinta dan Harapan
Benci yang terlalu sukar dilepaskan itu, bukan kerana luka belum sembuh. Atau kerana hati enggan memberi maaf; atau kerana dendam teramat dalam untuk dibuang. Bukan.
Yang sebenarnya, kesukaran itu datang dari cinta tersembunyi yang diam-diam masih menyimpan harapan. Percayalah, benci itu cuma dapat dibebaskan apabila hati berhenti dari terus-terusan menggalas perasaan yang tidak perlu.
Ucapkan selamat jalan kepada cinta yang telah lama mati; katakan selamat tinggal kepada harapan yang tidak akan berulang lagi. Kemudian ayuh, mulakan langkah baharu.
iv: Tentang Rahsia Tuhan
Seperti hujan monsun yang datang dengan hikmah tersirat, hingga masyarakat mula belajar menghargai kembali rahmat-rahmat kecil yang selama ini diremeh-remehkan. Begitu juga dalam setiap dugaan peribadi, Tuhan mengutuskan tanda-tanda rohani untuk disingkap oleh manusia, agar mereka lebih memahami dirinya.
Mungkin pada tahun 2014 yang bakal berlalu ini; kita pernah berdepan dengan kegagalan, perpisahan dan kehilangan. Terima segalanya sebagai ketentuan. Yakinlah bahawa Tuhan itu Maha Adil. Dia memberikan kita takdir mengikut sukatan usaha, amal dan doa masing-masing. Untuk mendapat sukatan ketentuan yang lebih baik pada 2015; kadar ikhtiar dan tawakal perlu diperbaiki.
Namun demikian, ingatlah. Pada setiap kegagalan, ada pengajaran tak ternilai. Pada setiap perpisahan, sebenarnya ada luka yang mahu disembuhkan. Pada setiap kehilangan, ada tukaran menjadi ganti. Kalau tidak dianugerahkan pada tahun yang sama, mungkin pada tahun-tahun mendatang.
~ R.D ~
|
|
|
|
|
|
|
|
kita pun xde member nk ajak
tu yg liat nak pergi...
lagi pun bertunang aja kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|