CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 11-2-2022 11:07 AM | Show all posts
1) Ombak
Kalau takut dilambung OMBAK, jangan berumah ditepi pantai

2) Orang
ORANG sekarang suka mempamerkan kemewahan di media sosial

3) Oksigen
Tumbuhan hijau membekalkan OKSIGEN kepada manusia.

4) Otak - otak
Lama sungguh tidak ke Johor untuk menikmati keenakan OTAK-OTAK di sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2022 03:00 PM | Show all posts
holaaa...

keyword hari ni

1) Pembangkang

2) Pemimpin

3) Propaganda

4) Peristiwa

5) Puaka

** 1 keyword 1 ayat

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:46 PM | Show all posts
1.  Pembangkang dan media pro mereka dianggap benar-benar terdesak sehingga terpaksa memberi gambaran kerajaan PN hilang majoriti.

2.  Pemimpin yang baik adalah orang yang belajar dari kesalahan, dan tidak pernah berhenti untuk mempelajari hal baru yang berada di sekitarnya.

3.  Propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai.

4.  Peristiwa Bukit Kepong adalah kejadian dimana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

5.  Seorang selebriti YouTube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari pengasuh untuk menjaga patung puaka miliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:11 PM | Show all posts
1) Pembangkang
Ketua pembangkang sekarang ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2) Pemimpin
Pemimpin yang mempunyai wawasan untuk memajukan negara pasti disukai rakyat.

3) Propaganda
Amat nyata propaganda mengenai pelan tindakan itu hanya indah khabar dari rupa.

4) Peristiwa
Peristiwa berdarah rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969.

5) Puaka
Rumah kosong di hujung jalan itu sudah terlalu lama terbiar kosong dan dikatakan ada puaka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 06:36 PM | Show all posts
1) Pembangkang
PEMBANGKANG hanya tahu membangkang semua usul tanpa memberi sebarang usul yang berguna.

2) Pemimpin
Suami ialah PEMIMPIN dalam sebuah institusi perkahwinan.

3) Propaganda
Ada orang mengatakan bahawa Virus COVID 19 adalah PROPAGANDA oleh Israel.

4) Peristiwa
Banjir yang melanda Shah Alam bulan lepas menjadi satu PERISTIWA yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka yang terjejas.

5) Puaka
Sebuah banglo di Seksyen 2 Shah Alam pernah dikatakan berPUAKA dan tiada yang sanggup tinggal di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Pembangkang
Peserta dari Universiti Malaya bertindak sebagai pembangkang dalam Pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2021.

2) Pemimpin
Di akhirat nanti setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas semua yang berada di bawah pimpinannya.

3) Propaganda
Perancangan menyebarkan propaganda tidak akan mampu dilakukan oleh orang biasa yang cetek pengetahuan.

4) Peristiwa
Peristiwa serangan tentera bergajah Abrahah ke atas Kaabah ada diabadikan dalam al-Quran.

5) Puaka
Rumah banglo kosong di hujung kampung itu sering digelar sebagai rumah puaka oleh penduduk sekitar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2022 10:05 AM | Show all posts
1) Pembangkang
parti pembangkag telah memenangi pilihanraya baru2 ini

2) Pemimpin
negara kita sgt susah utk mendapatkan seorg pemimpin yg baik

3) Propaganda
propaganda hanya istilah yang netral, dua abad terakhir telah melihat ia mendapat makna manipulasi.

4) Peristiwa
sejak pertemuan tempohari mengingatkan dia ttg peristiwa lama

5) Puaka
rumah yg telah lama ditingglkan itu dipercayai berpuaka oleh ibunya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 03:26 PM | Show all posts
Pakatan Harapan antara parti pembangkang di Malaysia

Terdapat segelintir pemimpin zaman kini lebih tamakkan kuasa dari hal ehwal rakyat

Propaganda DAP menggunakan politik hasutan kaum

Peristiwa Kampung Medan merupakan peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor tahun 2001 selama 13 hari

Puaka Balai Gombak merupakan sebuah filem dokumentari seram Malaysia 2015 arahan Waan Hafiz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2022 12:19 AM | Show all posts

1) Pembangkang kalah besar hari ini.

2) Pemimpin seluruh dunia berasa marah.

3) Propaganda itu tidak berhasil.

4) Peristiwa itu menghantuiku.

5) Puaka Niyang Rapik ada di peti tv.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2022 12:34 PM | Show all posts
holaaaa....

keyword hari ni
1) Ramai

2) Rumpai

3) Rela

4) Rangka

5) Rompak

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
1) Ramai
Bilangan yang hadir berjemaah di masjid semakin ramai apabila tiba bulan Ramadan.

2) Rumpai
Rumpai laut dipercayai mengandungi banyak khasiat.

3) Rela
Angah rela berhenti kerja demi menjaga ibunya yang sedang sakit tua.

4) Rangka
Replika rangka haiwan prasejarah akan dipamerkan selama seminggu di Muzium Negeri Terengganu.

5) Rompak
Encik Saiful bersyukur apabila tiada ahli keluarganya yang cedera dalam kejadian rompakan semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 01:52 PM | Show all posts
1) Ramai
Semakin ramai yang dijangkiti covid19 sejak varian omicron memasuki Malaysia.  

2) Rumpai
Rumpai laut dari Sabah sering mendapat permintaan yang tinggi dari penduduk di semananjung Malaysia.

3) Rela
Ramai orang rela berkorban apa sahaja walaupun pengorbanannya tidak dihargai.

4) Rangka
Satu rangka manusia telah dijumpai petang semalam di lereng bukit.

5) Rompak
Empat kotak besar kaset cetak rompak telah dirampas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 03:08 PM | Show all posts
1.  Masjid Daerah Daro dibuka kepada orang ramai secara rasmi.

2.  Rumpai laut adalah nama biasa untuk spesies tumbuhan laut dan alga yang  tumbuh di lautan selain di sungai, tasik dan kawasan berair.

3.  Dokumen tuntutan itu mengandungi butiran jumlah yang kononnya dibayar kepada anggota Rela yang menjalankan tugas rondaan.

4.  Rangka manusia itu dimasukkan ke dalam kenderaan polis untuk dihantar ke
Hospital Umum Sarawak.

5.  12 warga Indonesia rompak diesel RM4.86 juta diburu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 05:13 PM | Show all posts
1) Ramai
Ramai orang sudah mengambil booster sejak ditawarkan

2) Rumpai
Rumpai banyak terdapat di dalam kolam yg terbiar

3) Rela
Askar rela berkorban demi negara tercinta

4) Rangka
Satu rangka dinosour telah di jumpai

5) Rompak
Perompak telah merompak kedai emas di bandar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 06:24 PM | Show all posts
1) Ramai
Varian Omicron telah menjangkiti RAMAI rakyat Malaysia hingga hari ini.

2) Rumpai
RUMPAI laut merupakan salah satu makanan yang disukai oleh rakyat Korea Dan Jepun.

3) Rela
Tidak ramai wanita yang RELA dirinya dimadukan oleh suami.

4) Rangka
Sedap betul meratah RANGKA ayam goreng yang dibeli Di pasar malam.

5) Rompak
Seorang lelaki tua menjadi mangsa ROMPAKan yang dilakukan oleh pendatang asing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2022 10:02 PM | Show all posts
1) Ramai
ramai org sudah dijangkiti dgn virus Covis 19

2) Rumpai
banyak rumpai dijumpai ditasik2 dan juga dilombong terbiar

3) Rela
mastura rela dimadukan oleh suaminya

4) Rangka
pejalan kaki merentas desa menjumpai rangka anjing bersepah ditepi jalan

5) Rompak
rumah jiran saya telah dipecah masuk dan banyak barangan berharga telah dirompak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2022 10:24 PM | Show all posts
Ramai terkesan dengan suntikan dos pengalak

Spirulina diperbuat daripada rumpai laut

Tiada siapa rela dihina

Rangka kerja untuk projek baru telah dibentangkan pada minggu lalu

Geng Muruku rompak kuil, curi haiwan peliharaan tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2022 10:47 AM | Show all posts
holaaaaa....

keyword hari ini

1) Selendang

2) Simpan

3) Santau

4) Sarapan

5) Sopan

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 11:07 AM | Show all posts
1) Selendang
- Aina membeli selendang yang berharga RM15 sehelai  

2) Simpan
-  Simpan duit ditempat yang selamat

3) Santau
- Dukun itu terkenal dengan sihir dan santau

4) Sarapan
- Kita hendaklah mengambil sarapan pagi untuk memberi tenaga pada tubuh badan kita

5) Sopan
- Sopan santun dan budi bahasa budaya kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 11:47 AM | Show all posts
1) Selendang
Selendang bercorak bunga itu nampak cantik.

2) Simpan
Simpan beras dalam bekas yang sesuai agar tidak mudah rosak.

3) Santau
Latif meninggal dunia kerana terkena santau angin.

4) Sarapan
Nasi lemak dan roti canai adalah sarapan pagi yang popular.

5) Sopan
Elakkan bercakap perkataan kurang sopan dengan orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.390416 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list