|
Masih belum ada sambungan, dah tak sabar sangat-sangat ni nak tau kisah selanjutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
harap hari nih ada sambungan... udah rindu bangat ngan ayat2 skema hj. din.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita yg menarik! Sy sudah mula rindu sama hj din laa.. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kepada yg rindu2an dgn Haji DIn ni..insyallah Haji Din akan datang ari ni...Haji Din tgh sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Tunggu iya... |
|
|
|
|
|
|
|
hoyeahhh...
dah rindu haji din ngan minah ni....
letak banyak2 ye kak sya |
|
|
|
|
|
|
|
yeay.... Hj Din & minah nak datang |
|
|
|
|
|
|
|
ermm.... mana abe aji kita ni.....
|
|
|
|
|
|
|
|
hj din ada meeting kat putrajaya ... tunggu la kejap ye ...
hehehe
syaaaa .. sila la tambah n3 ..
kerinduan nih ... |
|
|
|
|
|
|
|
apa khabar MINAH agaknya erkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
haji din belum mai lg |
|
|
|
|
|
|
|
sorry lambat...
Show time.... |
|
|
|
|
|
|
|
22
Malam itu aku benar-benar tidak boleh bangun. Segala anggota badan terasa sakit dan panas membahang. Haji Din sentiasa disisi aku. Tuala basah tidak lekang didahi. Bila terlelap, kejadian siang tadi mengacau minda ku dan akibatnya tidur aku menjadi tidak lena dan meracau-racau. Berkali-kali Haji Din mengejutkan aku dan sehingga satu tahap Haji Din memeluk aku erat bila mana aku menangis bagai orang gila. Haji Din kata kali ini tamparan amat hebat diterima otak ku dan ia tidak dapat menampungnya. Fobia menurut katanya lagi. Semalaman aku tak lena tidur sehingga Haji Din lena dalam duduk kerana menjaga aku. Kasihan Haji Din.
“Aminah Amia, bangun sayang. Minum sikit air ini.” Pujuk Haji Din bila aku terpisat-pisat.
“Air apa ni Haji Din?” tanya ku dalam suara yang serak. Tangan terasa lemah untuk menyambut gelas yang dihulurkan Haji Din. Kasihan dengan Haji Din kerana sejak malam tadi Haji Din hanya tidur-tidur ayam sahaja. Lama aku merenung wajah Haji Din dan terbias keletihan serta sedikit gelang hitam bawah pelupuk matanya.
“Saya dah doakan air ini. Aminah Amia minumlah. Saya minta pada ALLAH biar tenang sedikit perasaan Aminah Amia. Jangan terlalu fikir sangat, saya ada sini.” Luah Haji Din dan tangannya setia membelai rambut aku. Sarat kasih sayangnya pada aku. Terharu dengan apa yang dihulurkan dan lantaran ini hati aku amat kuat untuk setia dengan lelaki ini hingga akhir hayat. Itu yang mohon dari ALLAH S.W.T.
“Haji Din pandai jampikan orang ke? Luah ku sambil memegang gelas tersebut. Aku lihat dalamnya. Hairan hanya air putih sahaja. Setahu aku, tidak pernah mendengar cerita Haji Din yang pandai mengubat orang hampir lima tahun lelaki ini bermastutin di Kampung Pandan. Terus tawa Haji Din berderai bila mendengar pertanyaan aku.
“Kenapa pula gelakkan Minah?” rajuk sambil menjeling. Demam-demam sempat juga Minah merajuk. Iyalah, aku tanya baik-baik, Haji Din terus gelakkan aku. Bukan aku buat lawak pun.
“Mana tak saya ketawa, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Aminah Amia kata saya pandai jampikan orang. Buat apalah saya nak jampi orang bagai tetapi kalau nak jampikan isteri saya Aminah Amia, itu saya tahulah.” Senyum Haji Din melebar. Ada macam gatal sikit pada perkiraan ku cara Haji Din tu tersenyum.
“Habis tu, setahu Minah kalau orang bagi air jampi bermaksud orang tu pandailah ubat pesakitnya.” Ujar ku jujur. Teringat pada mak yang kadang kala tertangkap aksinya bersama nasi sepinggan sebelum bagi abah makan. Agak ganjil caranya tetapi mak segera memberi alasan untuk mempercepatan sejatan nasi tersebut.
“Saya manalah tahu nak ubat-ubat orang ni. Saya bukannya pandai.” Haji Din berkata sambil menarik selimut yang menutup tubuh aku. Tetapi lelaki itu masih duduk dibirai katil. Tiada tindakan apa-apa pun.
“Minah ingat Haji Din pandai ubatkan orang. Minah nak ubatkan abah tu.” Pinta ku sambil merenung jauh.
“Kenapa dengan abah Aminah Amia? Sakit ke?” tanya Haji Din berminat.
“Entahlah, hati Minah berat mengatakan yang abah dah jadi bodoh.” Jawab ku terus terang. Dah lama aku pendamkan cara abah yang melayan aku sejak berkahwin dengan mak tetapi tiada tempat aku hendak mengadu. Kalau mengadu Kak Kirah pun, dia tak dapat menolong kerana baginya hanya emaknya sahaja yang boleh diadukan segala masalahnya. Pasti mak akan tahu juga apa yang aku luahkan pada Kak Kirah.
“Tak baik beranggap begitu Aminah Amia.” Tegur Haji Din sambil mengambil sikat dimeja solek dan lelaki ini dengan rela menyikat rambut aku yang agak kusut itu. Pada mula aku cuba mengambil sikat tersebut tetapi dari isyarat mata dan senyuman Haji Din, aku tahu lelaki itu ingin memanjakan aku yang masih demam ini.
“Bukan Minah nak tuduh-tuduh tetapi dah lama Minah perhatikan, apa yang mak buat kat Minah abah tak pernah bangkang. Abah diam je tetapi dulu masa arwah mak ada, kalau arwah mak cubit sedikit pun Minah, pasti abah marah. Lagipun apa mak suruh abah menurut tanpa membangkang. Masa dengan arwah mak dulu, abah yang buat semua keputusan. Itu perbezaan yang Minah tengok sepanjang abah berkahwin dengan mak tiri Minah.” Luah ku bersungguh-sungguh.
“Jangan cakap begitu, boleh mengundang fitnah sayang.” Nasihat Haji Din lagi.
“Minah minta maaf tapi entahlah hati Minah susah nak lupakan tentang abah. Kadangkala Minah jadi tak tenteram. Macam malam tadi.”ujar ku. Keluh aku dengan nasib abah. Haji Din merenung ku sambil tersenyum.
“Adakah Aminah Amia cakap begini kerana marah dengan apa yang mak telah lakukan pada Aminah Amia?” tanya Haji Din.
“Bukan! Minah cakap berpandukan apa yang Minah lihat.” Sangkal aku.
“Aminah Amia isteri saya, perasaan Aminah Amia tidak tenteram sekarang ini.” Pujuk Haji Din dan tanganya masih menyikat rambut aku yang separas pinggang itu.
“Apa yang perlu Minah buat sekarang ini Haji Din? Fikiran Minah runsing Haji Din.” luahku sambil menarik jemari kasarnya itu dan berpaling memandangnya. Haji Din bangun dan duduk berdepan dengan aku. Sebelah kaki disilakan atas katil dan sebelah lagi dibiar terjuntai kebawah. Wajahnya tenang dan senyuman sentiasa mengorak dibibirnya. Ia membuat aku tenang seketika bila menatap wajahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Dalam Al-Quran ada banyak Surah yang boleh digunakan atau diamalkan untuk diri sendiri. Kita cuma kena faham dan amalkan. Insyallah, hati dan perasaan kita akan tenang sentiasa. Tadi saya cuma bacakan Surah Alam Nasyrah untuk ketenangan isteri saya. Saya minta pada ALLAH supaya isteri saya kuat untuk menghadapi sebarang dugaan dari DIA. Tetapi bila isteri saya dah pandai menghafal maka Aminah Amia kena amalkan sendiri. Banyak Surah dalam Al-Quran yang boleh digunakan sebagai pendinding kita. Insyallah kalau kita amalkan segala benda-benda yang tak elok tidak berani untuk dekat dengan kita. Sebagai contoh pelajaran matematik, kalau kita tak hafalkan fomular, bagaimana kita hendak membuat tolak, campur dan bahagi untuk sesuatu soalan. Betul tak?” Haji Din dah mula menjadi guru aku yang berkaliber. Tegas dan saksama.
“Nanti boleh tak ajar Minah?” bibir ku terus bertanya. Aku ingin memperbaiki diri dan membetulkan mana yang silap dengan dipimpin oleh suami ku sendiri.
“Nantilah, banyak yang perlu Aminah Amia belajar tentang Surah-Surah ini. Buat permulaan ketika hendak tidur, Aminah Amia amalkan Al-Fatihah dan Ayat Tiga Qul serta kena kuatkan berzikir dan sentiasa mengingati ALLAH. Kerana hanya DIA yang tahu apa yang ada dalam hati kita. Setiap dugaan yang kita terima, yang sebenarnya ALLAH ingin menduga setakat mana iman kita bertahan dan pasti ada balasan dariNya.” Lembut Haji Din meluahkan dan ia membuat aku tenang dengan segala tunjuk ajarnya.
“Terima kasih Haji Din.” Terharu dengan apa yang Haji Din lakukan untuk ku.
“Sudahlah, minum air tu. Selawat dulu. Minta-minta Aminah Amia akan tenang perasaannya dan jangan lupa zikir tidak putus.” Nasihat Haji Din bersama senyuman. Aku menuruti arahan Haji Din.
“Haji Din tak pergi kerja lagi ke? Dah pukul berapa ni?” tanya ku. Agak lama berbual dengan Haji Din tetapi aku hampir terlupa waktu kerjanya. Aku cuba selaraskan pandangan mata ku dengan jam di dinding. Hampir pukul enam setengah pagi.
“Saya dah call Jalidah, kalau ada apa-apa hal yang urgent baru inform saya. Atau datang sini kalau perlu tandatangan saya.” Terang Haji Din sambil meletakkan gelas ditangan ku.
“Jalidah?” tanya ku. Terasa berdebar-debar hati bila Haji Din menyebut nama perempuan lain. Cemburu ke Minah.
“Setiausaha sayalah sayang. Saya ambil cuti dua hari ini. Tapi yang sebenarnya minggu depan saya ada seminar di Johor Bahru untuk dua hari. Ingatkan nak tinggalkan Aminah Amia rumah mak tetapi dah jadi macam ini, saya kena bawa isteri saya sekali. Lepas tu kita singgah rumah umi saya kat di Skudai. Kita rehat tiga hari disana.” Haji Din bagaikan teruja dengan cadangannya.
“Boleh ke? Kan Haji Din baru saja mula kerja.” Jujur aku bertanya. Aku tidak mahu kerana aku, lelaki itu terpaksa meninggalkan kerjanya agak lama.
“Sebenarnya saya sudah ambil cuti dua minggu sempena perkahwinan ini. Rancangan saya pada mulanya hendak membawa Aminah Amia bercuti tetapi ada kerja yang perlu diselesaikan saya terpaksa masuk awal. Maafkan saya.” Pinta Haji Din.
“Minah tak kisahlah Haji Din, Minah ikut sahaja yang Haji Din aturkan untuk Minha.” Luah ku sambil tersenyum dan lelaki itu menyambut senyuman ku dengan keceriaannya.
“Aminah Amia jangan risau. Aminah Amia hanya perlu ada disisi saya saja. Yang lain saya yang uruskan. Okey!” jawab Haji Din sambil tersenyum. Sempat hidung ku ditariknya.
“Okey! Yang penting juga Haji Din jangan tinggalkan Minah.” Jujur aku menjawab dan sebagai balasan aku ditarik dalam pelukannya. Terasa tenang jiwa ini tetapi hanya sekejap bila usapan Haji Din menjadi nakal dan dengan cepat aku menghalang.
“Haji Din, Minah nak mandi.” Pinta ku dan Haji Din tersenyum sambil mengeleng kepala melihat tingkah aku.
“Lupa! Aminah Amia demam. Nanti saya sediakan air panas.” Ujar Haji Din dan bangun.
Terus aku tarik jari jemarinya bila aku rasa wajahnya sedikit muram.
“Maafkan Minah. Minah tak sengaja.” Aku memohon maaf bila menyedari kesilapan diri. Kan aku sudah berjanji untuk menjadi isteri yang solehah.
“Tak mengapa, tunggu Aminah Amia sihat dulu. Jom! Subuh nak habis ni.” ajaknya dan wajah yang kelat tadi berubah ceria dengan kata maaf dari ku.
“Tak mengapa, Minah boleh mandi air sejuk.” Ujar ku dan mula bangun untuk ke bilik air.
“Aminah Amia duduk situ. Jangan turun. Tunggu sampai saya siapkan semuanya baru Aminah Amia datang. Mandi air panas. Tak baik masa demam mandi air sejuk. Kemudian ambil wuduk terus.” Jawab Haji Din dan menarik aku duduk semula.
“Alahhh…” runggut ku sambil mencebikkan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
“Apa alahhh….alahhhh….babab nanti baru tahu.” Usik Haji Din sambil berpura-pura angkat tangan hendak merotan aku. Terus wajah yang kelat tadi bertukar dengan ketawa melihat cara Haji Din mengusik aku. Haji Din dah pandai.
“Nanti Minah nangis baru tahu.” Aku melawan usikan Haji Din.
“Saya tak kisah, kalau Aminah Amia nangis saya pujuk dia hingga berhenti menangis.” Haji Din masih mahu bermain dengan usikanku.
“Kalau Minah tak layan pujukan Haji Din tu?” aku pula bertanya.
“Saya dukung Aminah Amia keliling rumah, saya dodoikan biar Aminah Amia diam dan tak nangis lagi.” Jawab Haji Din selamba. Aku dah terasa lain. Ada ke Haji Din nak dukung aku dan dodoikan keliling rumah. Tak pernah dibuat orang. Ingat aku bayi ke?
“Kenapa diam?” usik Haji Din lagi.
“Minah nak mandi.” Renggek ku untuk menutup rasa malu yang tiba-tiba hadir.
“Baiklah isteri saya tersayang. Sebentar saya sediakan air mandian tetapi sebelum itu isteri kesayangan saya ini kena tunggu dan jangan nak kemana-mana.” Jawab Haji Din dan menarik hidung aku lagi.
Seperti dijanjikan Haji Din menyediakan segalanya dan aku hanya menuruti tanpa melawan kata-katanya. Selesai itu, mata Haji Din yang bagaikan helang itu mengawasi aku ketika bersolat. Pada mulanya aku ingin bersolat bersama-samanya tetapi lelaki itu menyatakan yang dia telah dulu melakukan suruhan Yang Satu dan ketika ini Haji Din hanya mengawasi aku takut kalau-kalau aku pitam nanti. Begitu setia lelaki itu untuk menjaga dan melindungi aku.
Begitu juga kejadian di klinik semalam, ketika Haji Din membawa aku berjumpa doctor. Hingga ke Kampung Baru Haji Din membawa aku. Rupa-rupanya Doktor Kamal itu adalah kawan Haji Din.
“Hai Shariffudin!, Sejak dah beristeri ini baru sekarang nampak muka.” Teringat kembali usikan dari Doktor Kamal. Aku yang memang lemah tidak mengendahkan usikan Doktor Kamal itu. Haji Din yang memimpin aku dan sempat menyambut huluran tangan kawannya.
“Bukan tak nak menjenguk tapi dah start kerja, jadi sibuk sikit.” Haji Din meluahkan alasanya.
“Biasalah kalau dah bercuti panjang.” Usik Doktor Kamal dan berpaling melihat aku yang didudukkan dikerusi pesakit.
“Heh! Isteri kau ni kenapa? Lihat benjol dikepalanya. Ini terhantuk atau kena tinju? Takkan kau sanggup buat begini pada isteri kau Shariffudin? Ini yang aku marah. Baru kahwin dah pukul-pukul. Tapi setahu aku, kau bukan jenis dayuskan. Sanggup pukul perempuan.” Suara Doktor Kamal yang lembut itu bertukar garang bila melihat keadaan aku.
“Bukan salah Haji Din.” Dalam takut aku bersuara.
“Haji Din?” Doktor Kamal memandang aku pelik.
“Ermmmmm…nanti aku ceritakan dengan kau. Yang penting sekarang ini aku nak kau rawat isteri aku. Lihat kalau-kalau ada apa-apa kecederaan dalaman? Pasal wang kau jangan risau. Berapa sahaja aku sanggup bayar asalkan isteri aku sihat.” Luah Haji Din yang berdiri sebelah aku. Tangannya masih mengenggam jari jemari kiri ku.
“Ehhhh…lain cerita ni. Semacam saja. Ni sebut-sebut pasal wang kenapa? Selama ni kita berdua tidak pernah berkirakan.” Suara Doktor Kamal yang tegang itu kembali kendur dengan bicara Haji Din yang tenang saja berkata.
“Itu aku tahu, tapi ini dah melibatkan kos yang banyak. Takkan aku dapat servis free pulak. Kau pun berniaga juga.” Pujuk Haji Din bila melihat Doktor Kamal bagaikan tidak puas hati apabila Haji Din menyentuh mengenai wang dengannya.
“Itu hal aku. Ini perniagaan aku jadi aku yang tentukan samada nak bagi free atau tidak. Kau dengan aku dah macam adik beradik. Tak perlu nak berkira.” Ujar Doktor Kamal lagi.
“Dah-dah! Aku tak mahu dengar apa-apa dari kau. Aku nak check isteri kau ni. Dari tadi asyik berbual apa pun aku belum buat untuk pesakit aku ini. Kau tepi sikit. Lepaskan tangan kau tu. Aku tahulah baru kahwin.” Usik Doktor Kamal. Haji Din beranjak sedikit dan berdiri dibelakang aku. Tersenyum Doktor Kamal melihat tingkah Haji Din.
“Boleh aku pegang dahi isteri kau?” pinta Doktor Kamal. Tangannya yang bersarung getah itu bersedia untuk menyentuh dahi ku yang benjol ini. |
|
|
|
|
|
|
|
“Silakan, aku benarkan.” Ujar Haji Din. Doktor Kamal mengangguk dan memeriksa tangan aku yang berbirat-birat. Setelah berpuas hati jarinya menyentuh dahi ku dan menekannya sedikit.
“Aduhhh…” terasa sakit dan membuat aku mengadoi. Segera Haji Din memegang bahu ku.
“Maaf!” Doktor Kamal memohon maaf atas kesakitan itu.
“Kau jangan tekan kuat sangat Kamal, sakit Aminah Amia aku ni.” Luah Haji Din tak puas hati.
“Sorrylah Shariffudin, aku tak sengaja. Aku nak check saja tahap bengkaknya. Nampaknya tak kuat sangat hentakkannya. Badannya pun panas ni. Kat mana lagi yang sakit?” tanya doctor Kamal lagi sambil mengambil suhu badan aku.
“Aminah Amia, dimana yang sakit lagi. Tunjukkan pada kawan saya ini.” Arah Haji Din. Aku hanya termangu. Takkan di tubuh badan aku hendak ditunjukkan pada Doktor Kamal ini.
Walaupun lelaki ini merangkap kawan baik suami ku tetapi batas hukum hakam harus dihormati.
“Kepala!” jawab ku tiba-tiba. Iyalah dari tadi lelaki berdua ini menunggu kata-kata dari aku yang agak termangu.
“Kepala? Ada muntah-muntah tak?” tanya Doktor Kamal serius.
“Tak ada, mungkin sebab rambut Minah kena tarik dengan kuat agaknya.” Terang ku.
“Sakitlah ke sayang?” Haji Din terus menyampuk dan tangannya cepat mengelus rambut ku yang beralas tudung. Ternampak wajah risau di raut wajahnya.
“Tak sangatlah, Minah boleh tahan lagi.” Ujar ku dan renungan Haji Din membuat aku terasa malu. Iyalah depan kawan baiknya takkanlah nak tunjuk semua itu.
“Ermmm….Aku bagi ubat biar susut bengkak, ubat sapu dan ubat demam. Tangannya berbirat-birat. Kalau ikutkan aku nak bagi injection sahaja tapi isteri kau ni boleh tahan
ke?” Doktor Kamal menerangkan dan Haji Din memandang aku.
“Biar doktor bagi injection iya Aminah Amia?” tanya Haji Din dan aku merenung Haji Din serba salah. Aku takut sebenarnya. Aku takut lihat jarum yang panjang itu.
“Minah takut.” Jujur aku menjawab dan ia mengundang tawa Doktor Kamal dan Haji Din.
Aku dah tertunduk. Sanggup Haji Din gelakkan aku depan kawannya. Airmata dah nak turun. Terkesan dengan perasaan aku yang tersinggung, Haji Din terdiam dan mengusap bahu beberapa kali.
“Tak perlulah Kamal. Isteri aku tak biasa dengan jarum.” Pinta Haji Din pada Doktor Kamal dan lelaki itu hanya mengangguk.
“Itulah budak-budak.” Usik Doktor Kamal.
“Ehhhh….cakap tu tengok-tengok.” Usik Haji Din.
“Ohhh..sorrylah, aku gurau je tapi aku sebenarnya bangga dengan isteri kau ini. Tidak seperti si Zaida.” Jawab Doktor Kamal.
“Itu Zaida, bukan Aminah Amia.” Sangkal Haji Din tenang dan tangannya masih dibahu ku. Walaupun aku tahu nama bekas isteri Haji Din adalah Zaida tetapi aku tidak pernah hendak menyentuh perihal wanita yang mula hadir dalam hidup Haji Din kerana aku berpegang pada janji Haji Din yang akan bercerita suatu hari nanti.
“Okey! Jom bilik sebelah. Aku nak cakap sikit dengan kau.” Doctor Kamal mengajak dan beliau bangun menuju kepintu bilik sebelah.
“Saya ke sebelah sekejap iya Aminah Amia, nanti saya datang balik. Saya nak bincang sikit dengan Kamal.” Pinta Haji Din.
“Jangan lama sangat, Minah takut.” Jujur aku menjawab. Doctor Kamal dah hilang ke bilik sebelah.
“Saya janji, sekejap saja.” Dahi ku dikucup oleh Haji Din bila melihat kelibat Doktor Kamal telah hilang. Lelaki itu meninggalkan aku. Mata aku menari-nari melihat keadaan bilik Doktor Kamal yang kemas teratur. Atas mejanya tersusun segala alat-alat kegunaan doctor itu dan gambar keluarga terletak elok. Kebahagiaan terukir dalam keluarga yang terdiri dengan Doktor Kamal, isterinya dan sepasang putera puterinya. Sebuah keluarga bahagia. Haji Din pula bagaimana. Bila agaknya Haji Din nak ada anak. Perkahwinan dulu tiada zuriat untuk lelaki ini. Entah dengan aku ada atau tidak pun tak tahu. Minah dah mula berangan sedangkan usia perkahwinan belum sampai sebulan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Aminah Amia, makan bubur ini.” Sua Haji Din yang baru menjengah pintu. Aku sedikit terkejut bila disapa begitu. Terbang semua kenangan di klinik. Entah apa yang dibincangkan Haji Din dan Doktor Kamal, sebaik sahaja dua lelaki itu masuk semula Doktor Kamal menjadi terlalu ramah. Sempat juga Haji Din memberi amaran supaya Doktor Kamal jangan terlalu berlebih dengan aku. Hanya gelak tawa dibalas doktor yang sebaya dengan suami ku.
“Haji Din masak ke?” tanya ku dan bau yang memenuhi bilik itu membuka selera aku yang sejak semalam tidak menjamah apa-apa. Hanya air susu saja. Itu pun dipaksa oleh Haji Din kerana perut aku tidak boleh dibiarkan kosong sebelum mengambil ubat.
“Taklah, Cik Yam yang masak.” Serius Haji Din berkata sambil meletakkan dulang yang terisi dengan semangkuk bubur dan segelas air suam. Haji Din yang berkain pelekat dan bershirt tanpa kolar mengamit ketawa aku. Tuala good morning terletak elok dibahunya menambahkan cute nya Haji Din. Iya, dilayan ‘first class’ oleh pelayan berkain pelekat.
“Apa Aminah Amia senyum-senyum ni?” usik Haji Din.
“Tak ada apa-apalah.” Jawab ku sambil tersenyum lebar. Takkan aku nak berceritakan apa yang ada dalam fikiran ini. Pasti kena jeling nanti.
“Haji Din ke yang masak bubur ini?” tanya aku lagi dan cuba menukar topik perbualan. Haji Din terus duduk dibirai katil dan mencapai mangkuk bubur. Sejak pagi tadi aku tidak dibenarkan turun kebawah dan Haji Din menyediakan segalanya.
“Bukan saya tapi Cik Yam.” Jawab Haji Din dan bibirnya lincah meniup bubur yang masih panas.
“Siapa Cik Yam? Haji Din ada panggil datang rumah ke?” tanya ku terus. Ada rasa tak selesa dihati dan jiwa.
“Ada!” jawab Haji Din yang masih bersikap selamba. Aku dah tak senang duduk.
“Siapa? Minah nak pergi tengoklah.” Aku terus menolak selimut yang menutup kaki ku. Tetapi dengan cepat Haji Din meletakkan mangkuk tersebut dan menahan aku turun dari katil.
“Nak kemana ni?” tanya Haji Din dan memegang jari jemari ku.
“Minah tak tengok Cik Yamlah.” Lancar aku menjawab. Ada nada tak puas hati dari jiwa aku.
“Aminah Amia cemburu iya?” usik Haji Din dan ini menambah ketidak selesaan pada aku. Haji Din boleh senyum-senyum pula. Selalu dia yang berpesan supaya tidak membenarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk kedalam rumah. Adakah Haji Din mengenali Cik Yam dan siapa Cik Yam pada Haji Din.
“Mana ada, Minah nak tengok je rupa Cik Yam.” Alasan ku dan cuba melindungi wajah aku yang hampar.
“Tak perlu!” jawab Haji Din dan menarik aku kembali duduk bersandarkan dengan kepala katil. Haji Din kembali mengambil mangkuk tersebut dan menuip semula.
“Kenapa? Cik Yam dah balik ke?” tanya ku yang masih tidak berpuas hati.
“Taklah.” Haji Din masih meneruskan aktivitinya tanpa memandang aku.
“Habis! Cik Yam ada kat bawahlah.” Aku masih cuba merungkai siapa sebenarnya Cik Yam.
“Cik Yam ada dalam bilik ini.” Haji Din menjawab dan ini membuat hati ku tiba-tiba panas. Haji Din sudah berani bawa masuk Cik Yam dalam bilik kami. Aku pusing kiri dan kanan mencari Cik Yam tetapi tiada sebarang kelibat seorang perempuan pun. Haji Din ini biar betul. Takkan ada makhluk halus pula yang boleh Haji Din nampak sedangkan aku tak nampak.
“Iya sayang, ia ada dalam bilik ini dan dalam mangkuk ini.” Tunjuk Haji Din. Aku menjenguk dan Haji Din mengacau bubur tersebut lantas mengaut daging ayam yang sudah dihiris kecil. Aku pandang bubur tersebut dan lama kelamaan aku tersenyum sendiri bila menyedari kesilapan diri. Mudah membiarkan perasaan amarah menguasai diri.
“Kenapa tersenyum? Tadi kata nak sangat jumpa Cik Yam.” Usik Haji Din. Aku menutup muka sambil tertawa. Malu sesangat.
“Minah minta maaf.” Hanya itu yang boleh aku katakan disebalik wajah yang terlindung.
“Lupalah pesanan sayakan?” Haji Din serkap jarang.
“Minah tak sengaja.” Pujuk aku dan Haji Din menarik jari jemari ku yang masih menutup wajah ku itu.
“Saya tak mungkin akan buat hati isteri saya Aminah Amia menderita. Cukuplah saya kecundang dengan perkahwinan dulu dan kali ini saya akan pastikan Aminah Amia akan bahagia dengan saya.” Luah Haji Din dan renungannya tajam menyelami hati ini.
“Minah nak bubur Cik Yam yang disuapkan oleh Chef Haji Din. Boleh?” pinta ku atas kesyahduan kata-kata yang dilahirkan oleh lelaki ini.
“Dengan rasa besar hati wahai isteri ku Aminah Amia.” Jawab Haji Din bersama kasih yang melebar. Haji Din dengan kasih sayang menyuap aku bersama renungan mata helangnya. Kadang kala terasa malu bila meminta layanan Haji Din begini. Tetapi untuk meluahkan ‘AKU CINTA HAJI DIN’ masih berat lidah ini untuk berkata. Biarlah tingkah menunjukkan kata. Biarlah bicara menjadi rahsia. Sesekali aku pula menyuap bubur Cik Yam pada Haji Din. Pada mulanya lelaki itu tidak mahu. Bila aku buat-buat merajuk barulah Haji Din menganggakan mulutnya. Kelakar!
“Hari Ahad kita bertolak ke Johor iya?” Haji Din berkata setelah selesai satu mangkuk bubur.
“Kenapa hari Ahad?” tanya ku dan tangan ku terketar-ketar mengambil tisu dan mengelaplan bibir Haji Din yang sedikit comot.
“Biar Aminah Amia dapat rehat secukupnya.” Luah Haji Din dan lelaki itu mengambil tisu baru dan suami ku pula membersihkan bibir ku.
“Comot ke?” tanya aku lancar. Seganlah.
“Taklah! Saja je.” Usik Haji Din.
“Haji Dinnnn…” lembut aku berkata. Haji Din dah pandang aku lain. Ada rasa nak tergelak pulak.
“Kenapa Aminah Amia?” tanya Haji Din serba salah. Haji Din pada fahaman aku, ada masa lelaki itu agak malu jika aku bertindak nakal. Hehehe….
“Minah nak tanya kenapa kita tak pergi esok atau lusa. Kita singgah dulu rumah Umi kat Kulai. Kemudian baru kita pergi Johor Bahru. Boleh lama-lama kat rumah Umi.” Cadang ku. Haji Din terus pandang aku. Lama.
“Haji Din janganlah marah. Minah cadang saja. Kalau Haji Din tak setuju tak mengapalah.” Luah ku dan terus menunduk wajah aku merenung cadar yang berwarna hijau lumut itu.
“Betul ke Aminah Amia nak pergi rumah Umi saya esok hari?” tanya Haji Din bagaikan tidak percaya.
“Betullah, kalau boleh esok pagi-pagi pun tak apa. Bolehlah Minah kenal dengan keluarga sana pula. Umi pun baik dengan Minah. Rindu dengan suara Umi yang lembut tu.” Jujur aku meluahkan perihal ibu mentua aku yang melayannya lebih dari mak tiri aku.
“Aminah Amia kan sakit.” Duga Haji Din. Ada perasaan teruja di wajahnya.
“Alahh…bukan Minah yang bawa kereta. Haji Din yang bawakan. Nanti Minah rehatlah dalam kereta.” Senyum Haji Din bila mendengar kata-kata ku.
“Betul ni?” sekali lagi Haji Din bertanya. Macam pelik pula aku rasa.
“Betullah Haji Din. Atau kita bawalah Umi dan Kak Ngah sekeluarga ke Johor Bahru sekali. Haji Din pergi seminar, Minah duduk dengan mereka. Takdelah Minah boring.” Aku melebarkan cadangan ku bila melihat Haji Din sudah dapat menerima apa yang aku fikirkan. Haji Din yang merupakan anak yang sulung dalam keluarga yang mempunyai lima orang adik beradik yang terdiri dari Haji Din, Kak Ngah yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak, Dibawah Kak Ngah, Alang anak perempuan ke tiga yang sudah berkerja dan dua adik beradik lelaki Haji Din yang masih bersekolah menengah. Ayahnya pula sudah lama meninggal dunia dan sebagai anak lelaki, tanggungjawab digalas sepenuhnya oleh Haji Din. Itu yang aku tahu setakat ini. Aku dah berjanji dengan diri ini untuk mengenali suami aku dengan lebih rapat lagi dan menyelami hati budinya. Justeru itu orang yang lebih layak menceritakan perihal Haji Din adalah uminya sendiri. Kerana wanita itu yang membesarkan Haji Din dan umi adalah lebih layak dari orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bosan dengan saya iya?” tanya Haji Din dan tangannya sempat menarik hidung aku yang comel ini. Comel ke? Kau perasan iya Minah!
“Minah tak bermaksud macam itu. Minah ingat kalau bawa Umi dan Kak Ngah, bolehlah mereka jalan-jalan. Lagipun penat Umi dan Kak Ngah urusankan majlis kita dan lagi pun sekarang dah cuti sekolah mesti anak-anak Kak Ngah seronokkan.” Jawab aku sambil menarik tangan Haji Din. Takut Haji Din marah pula.
“Lagi?” tanya Haji Din.
“Lagi apa?” soalan dijawab soalan pula.
“Ada apa-apa cadangan lagi ke?” usik Haji Din yang sudah tersenyum.
“Tak ada.” Cepat aku menjawab.
“Okey, kalau Aminah Amia isteri saya dah berkata begitu, saya akan menurut perintah. Saya call Umi dan Angah, tanya mereka setuju tak ikut kita. Kalau Umi setuju, saya akan booking hotel untuk mereka. Tetapi tak boleh sebilik kita. Ingat!” Haji Din berkata dan aku merasa seronok kerana kalau ramai lagilah meriah.
“Okey, Minah ingat.” Jawab ku seronok. Tergambar difikiran kemeriahan yang akan aku alami nanti.
“Aminah Amiaaaa…..” Haji Din menyebut nama aku perlahan.
“Iya!” jawab aku segera. Aku lihat wajah Haji Din macam ada yang tak kena. Meraup rambutnya berulang kali. Ini aku perasan tentang bila Haji Din bila lelaki itu dalam keadaan tak selesa.
“Boleh tak saya nakk…” kata Haji Din tersekat-sekat.
“Nak apa?” takut juga kalau lelaki ini sakit atau ada yang menganggu fikirannya.
“Hak!” terus Haji Din berkata dengan wajah yang serba salah.
“Hah!” aku terkejut dan terus terdiam. Alamak! Apa aku nak jawab. Tadi kata nak tunggu aku sihat sepenuhnya tetapi ni dah kes lain pulak. Takkan dengan kata-kata aku Haji Din boleh tergoda.
“Tak mengapalah, saya terlupa yang saya dah cakap tunggu sehingga Aminah Amia sihat sepenuhnyakan. Maafkan saya.” Haji Din semakin serba salah.
“Ermmm…”akhirnya aku redha dengan tugasan aku sebagai isteri Haji Din. Tangannya aku capai lantas ku kucup. Aku mendongak dan bibir mengukir senyuman. Haji Din menyambut senyuman ku dengan senyuman yang lebar. Lelaki itu pula mengusap rambut ku dan dahi dikucup dengan kudus.
“Terima kasih Aminah Amia, terima kasih isteri saya.” Sempat aku dengar kata-kata dari Haji Din sebelum aku tenggelam bersama kasihnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Betulkan sya kalau ada yang salah perkiraan iya kawan-kawan. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..bestnya...kak sya sambung la lagi....panjang2 smp habis waktu kerja hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|