|
LIVERPOOL FC- EPL - World Class Suarez Selamatkan Maruah liverpool di ANFIELD..
[Copy link]
|
|
Reply 553# FreeMen
man city pn sama..nyesal wa bli ramai2 aritu... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe..badi suarez pada tiang masih ada..bersabar lah...
[/tr]
[/table]
...
sudugaru Post at 10-4-2012 09:53 AM
wa dah kluarkan suarez sebab dia kene ban 8 game.. amek adebahayo cuma 5.00 je time beli.. sekarang sudah 20 lebih.wahahah
skrtel je wa masih menten.. so kalo skrtel injured.. ada harapan kene tukar gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 554# sudugaru
mamat sirguddson tu pn dh byak gol gak..
apo nak dikato.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply FreeMen
man city pn sama..nyesal wa bli ramai2 aritu...
antagenaiz Post at 10-4-2012 10:00 AM
ahahahah!!.. wa dah remove semuan mek siti.. even david silva dan aguero main cam haram.. sekarnag tim wa dipenuhi mamat hitam putih kota bharu..
go go CISSE go go HATEM BEN ARFA!..
woopss.. dah macam kene bukak thread tim gundik la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamat Norwich si Pilkington tu pun power. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 560# hardeyboyz
mereka flop sb penat kata KD...
bkn sebab mereka tak bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hardeyboyz
mereka flop sb penat kata KD...
bkn sebab mereka tak bagus..
antagenaiz Post at 10-4-2012 10:05 AM
penat ketika latihan.. KD menekankan latihan intensif.. AMARAN!!.. sape x perform time latihan..xleh masuk first eleven.. tuh yg gigih berlatih asal dapat main 1st eleven.. menang atau tak belakang cerita.. tuh yg asyik seri dan kalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 564# hardeyboyz
sama la..skang team wa pn dh penuh kuota player newcastle..
xkesah la kaler gelap pn janji score..
U/ P : wa bukan KD... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 566# antagenaiz
lagi satu antara alasan yg maybe KD pakai "kenapa perlu ada referee?"
"kenapa tiang gol tu tegak d situ?"
"kenapa padang tu kaler hijau? sakit mata woi"
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 565# FreeMen
btol..aku mmg salu gak peratikan mamat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya wa amik midfield macam demspey dan bale... berbaloi2.. defend plak amik leighton baines ngan riise..forward amik cisse ngan persie..
sure markah wa lani dah 4000... |
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah entry pd 25 Ogos 2009. cukup menghiburkan dr blogger/novelis dingin.
Liverpool VS Aston Villa : Aftermath
Prolog
Hari ini aku tak ada mood. Mood nak buat lawak pasal Jamal Abdillah @ Jama pun takde. Kalau ada mood pun, cuma mood nak memarang dan menakik. huh. Semuanya sebab ramalan aku sebelum ini betul, tetapi terbalik. Aku ramalkan Liverpool menang 3-0. terbalik pulak jadi kalah 3-1. Yang betul adalah berkenaan Lucas. Aku ramalkan Lucas akan main seperti biasa, main macam haram dan ia memang betul, sampai boleh jaringkan gol sendiri. Power beb! Jadi seperti kata Hasbullah Awang, “Apa sudah jadi?” Aku pun nak menganalisis kekalahan ini dalam bentuk cerpen sedih, dengan hati yang ditoreh-toreh.
Sebelum perlawanan. Anfield.
Rafa tersenyum kecil melihat Lucas berjaya mengelecek Mascherano. Rafa mencatat sesuatu pada buku nota kecilnya sebelum berpaling kepada Sammy Lee yang terus menjerit-jerit kepada Nabil yang berlari lemah kerana berpuasa.
“Sammy, aku dah dapat 1st eleven aku untuk malam ini,” kata Rafa sambil membetulkan kaca matanya.
Sammy menoleh dan berhenti berteriak kepada Nabil dan mengerut dahi memandang wajah Rafa yang terus memandang ke arah Lucas, yang menunjukkan skill menimbang bola di hadapan Nabil yang berpuasa.
“Bos nak masukkan Lucas?” soal Sammy dengan mimik wajah yang tegang.
“Ya. Prestasinya dalam latihan memuaskan hati,” jawab Rafa sambil sesekali menjeling pemain Greek yang baru dibelinya sedang bercakap-cakap dengan Voronin berkenaan cara menjaga rambut.
“Tapi bos, bukan bos tak tahu, Lucas tu cuma jaguh waktu training je. Walaupun skuad Brazil dah panggil dia untuk team nasional, tetapi ia belum cukup,” bantah Sammy Lee.
“Kita tak ada pilihan. Aquilini pun masih cedera. Nak beli pemain tengah yang ada visi menyerang, tuan Amerika tu tak bagi duit yang cukup. Tau nak untung jek. Bodoh punya Amerika,” jawab Rafa dengan mimik wajah yang geram sambil mencatat-catat lagi dalam nota kecilnya.
“Tapi, kita masih ada Gerrard. Mengapa tidak kita letak saja Gerrard di tengah. Kemudian second striker kita boleh letak Voronin ataupun Kuyt,” kata Sammy Lee sambil dahi berkerut apabila melihat Voronin sedang mengikat rambut pemain Greek itu. Pemain Greek yang Sammy syak adalah daripada keturunan Spartan.
“Sammy, kalau kita tak beri peluang kepada Lucas, sampai bila-bila pun Lucas tidak akan mampu menunjukkan prestasinya. Kau jangan risau. Aku yakin dengan Lucas,” jawab Rafa dengan nada serius.
Sammy hanya mengangguk kecil. Dia nak cakap apa lagi, kalau bos dah cakap macam tu. Tapi tanpa Rafa sedar, keputusannya itu adalah antara keputusan yang akan melukakan jutaan hati penyokong Liverpool di seluruh dunia. Kalaulah Rafa tahu perkara itu.
Masa perlawanan.
Rafa terus menunjukkan aksi isyarat tangannya yang pantas selepas Gerrard terlepas peluang keemasan di depan pintu gol. Aksi isyarat tangan Rafa itu membuatkan pemain Greek yang baru itu mengerut dahi dan dia berbisik kepada Voronin, “Risau aku tengok Rafa. Silap-silap boleh jadi Naruto.”
“Aku pun minat Naruto,” kata Voronin sambil menunjukkan isyarat tangan Naruto untuk memanggil Gamabunta (Katak raksasa yang boleh bercakap)
Pemain Greek berketurunan Sparta itu menahan nafas. Dia diam jek sambil tengok Lucas tendang bola ke laut.
“Tapi, aku tak risau sangat pasal tu. Tapi, aku risau tengok Gerrard. Bukan kau tak tahu, kalau Gerrard tak perform, satu team ni tak perform. Lebih-lebih lagi kalau defend lawan kawal Gerrard, kawkaw. Tak ada siapa lagi dah nak support Torres,” kata Voronin pula.
Pemain Greek berketurunan Spartan seperti yang Sammy syak itu mengangguk-angguk kepala dan berkata, “Memang Liverpool banyak sangat bergantung pada Gerrard, ya?”
“Tak jugak. Cuma, ada waktunya. Tapi, aku rasa malam ini, Liverpool banyak bergantung pada Gerrard jek. Tengah macam tak ada support. Nasib baik ada Benayoun tu lincah,” jawab Voronin sambil memandang Lucas yang baru mengasari pemain Aston Villa.
“Bahaya ni,” kata pemain Greek itu apabila pemain Aston Villa meletakkan bola dengan berhati-hati.
Voronin cuma diam. Dan kemudian. Gol! Lucas menjaringkan gol sendiri. Voronin mengeluh kecil. Itulah permulaan kecelakaan Liverpool.
Selepas tamat perlawanan. Analisis.
Aku malas dah nak tulis cerpen. Aku nak tulis point-point yang aku ingat saja.
- Penjaga gawang Aston Villa pasti akan dinobatkan menjadi hero kerana banyak save bola. Tetapi bola yang dia save tu, semua bola yang terus tendang ke arahnya saja. Tinggal nak tangkap or tepis jek. Cuba kalau bola tu leret, mampus dia nak save.
- Muka Torres masih biru sebab berlanggar dengan Wigan minggu lepas. Defend Aston, kawal kawkaw. Kesian dia.
- Gerrard tak perform macam yang aku nak. Tapi lagi ok daripada Lucas.
- Defend Liverpool masih sangat lemah kalau bola lintang dan tanduk ni. Liverpool perlukan defend yang macam Hyypia tu, hebat diudara. Bukan sekadar hebat ditanah rata.
- Benayoun agak meyakinkan dengan lariannya.
- Lucas, aku malas nak cerita.
- Kuyt, tetap menjadi pemain pilihan aku. Dia rajin dan tak kenal putus asa. Kalau dia kerja KFC, dia akan terpilih sebagai 'Staff of the month' (Ye ke anugerah tu? Hahaha. Betulkan kalau salah.)
- Insua, seperti yang Rafa cakap, “Insua tu, tak lama lagi, national team pangillah dia tu.” Ya, dia memberikan alternatif serangan yang baik.
- Glen. Bagus mamat ni, satu alternatif serangan yang baik jugak.
- Babel, seperti yang aku ramalkan dia akan ganti Benayoun, dan dia suka pulak try jauh-jauh. Oklah tu. Tapi, kalau dia passing kat orang lain, lagi ok rasanya.
- Defend Aston Villa, dan midfield agak kemas malam ini. Sidwell tu walaupun macam rangka jek, tapi mantop.
- Liverpool kuasai game, tapi Villa yang menyempurnakan peluang.
- Voronin masuk jadik 2nd striker ganti Lucas dan Gerrard main kat tengah, baru ada gol. Tapi boleh pulak Gerrard kasi penalti kat Aston.
- Pemain Greek berketurunan Spartan tak main malam ni.
- Peluang Liverpool menjuarai 3 cup tahun ini, kabur tetapi bak kata Rafa, “Kita perlu optimis.”
- Semua pembenci Liverpool sedang ketawa kuat-kuat dan buat ayat yang mencabar kesucian Ramadan untuk peminat Liverpool.
Epilog.
Aku tetap tengok game tu sampai habis. Game yng menamatkan rekod 31 tanpa kalah digelanggan sendiri. Game untuk kekalahan yang ke 52 kepada Aston Villa. Dan aku tetap akan sokong Liverpool. Ok, bagi peminat Liverpool, anggaplah Ramadan ini adalah Ramadan terakhir untuk kita. Jadi, ayuhlah kita tingkatkan lagi amalan kita dan paling utama, tingkatkanlah lagi kesabaran kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 567# hardeyboyz
penat ketika latihan.. KD menekankan latihan intensif.. AMARAN!!.. sape x perform time latihan..xleh masuk first eleven.. tuh yg gigih berlatih asal dapat main 1st eleven.. menang atau tak belakang cerita.. tuh yg asyik seri dan kalah..
oit..salah tu..patutnye sebut kalah dulu baru seri.. |
|
|
|
|
|
|
|
wa dah kluarkan suarez sebab dia kene ban 8 game.. amek adebahayo cuma 5.00 je time beli.. sekar ...
hardeyboyz Post at 10-4-2012 10:01
yeke??hehehehe..point ko confirm dah byk..aku baru 2k je.. |
|
|
|
|
|
|
|
oppss tukar.. saya menjangkakan perlawanan ini akan berakhir seri 0-0..
khas untuk mencantikkan carta liverpool sizen ini.. game 33.. win 11.. draw 11.. lose 11..
keh keh keh
pundit freeman menjangkakan tewas 1-0..
sudugaru dan antagenaiz pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sudugaru
mamat sirguddson tu pn dh byak gol gak..
apo nak dikato..
antagenaiz Post at 10-4-2012 10:02
macam ni je la kita ---> |
|
|
|
|
|
|
|
yeke??hehehehe..point ko confirm dah byk..aku baru 2k je..
sudugaru Post at 10-4-2012 10:16 AM
aku pun baru mencecah 2k lebeh lebeh nih..trima kasih kepada cabaye dan hatem ben arfa.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi entry lama (14 Disember 2009) yg menghiburkan dr blogger/novelis dingin.
Liverpool Vs Arsenal Versi Sains Fiksyen
Pendahuluan
Seperti yang aku tulis sebelum ini, game2 Liverpool semua main macam tak nak menang. Selepas diselidik, barulah aku tahu yang Rafa memang sengaja buat macam tu sebab mahu penyokong Liverpool kembali ke jalan yang benar. (tidak lagi angkuh dengan kehebatan Liverpool)
Selepas lima kekalahan, dan masuk ke liga eropah, akhirnya Rafa berpuas hati dengan peminat Liverpool yang sudah semakin tinggi kesabaran dan banyak pahalanya kerana asyik berdiam diri. Jadi perlawanan menentang Arsenal, Rafa cakap dia nak Liverpool main macam nak menang balik.
1st half ok, dan 2nd half Torres cakap nak skor 5 bijik. Tapi pada waktu rehat tu, ada sesuatu yang terjadi kat bilik persalinan. Sesuatu yang buatkan aku pun diam.
Di bilik persalinan.
Malam itu aku ada situ, selepas tidak boleh menolak jemputan Rafa. Rafa dah booking tiket siap2 untuk aku. Malam itu aku duduk di tepi Gerrad sambil bercerita berkenaan cerita Nur Kasih, Alif Firdaus dan Tiger Wood.
Rafa pula sedang tersenyum sambil mengusap-usap kepala Sammy Lee yang sudah berkerut dahi. Rafa cakap, “Bagus malam ini kita kalahkan Arsenal.”
Carragher dan Johnson bertepuk tangan lalu menari moon walk. Dossena pula sedang layan novel New Moon, tapi dia tetap tersenyum. Rafa kemudian berjalan dengan tangan diletak ke belakang. Kemenangan sudah terbias dalam kepala.
Namun, langkah Rafa terhenti. Rafa mengerut wajah dengan kulit yang sudah putih. Aku waktu itu sedang sms dengan isteri di Malaysia mengangkat kening dan merenung Rafa. Rafa tiba-tiba terangkat dari lantai tetapi tidak jelas sebab Rafa terawang-awang. Jelas ada sesuatu yang mengangkatnya. Rafa terkapai-kapai dan kemudiannya, perlahan-lahan ada suatu lembaga yang terzahir di sebelah Rafa. Lembaga yang tadinya halimunan, kini sudah jelas. Lembaga itu membuat aku dan semua pemain Liverpool menahan nafas. Lembaga itu adalah predator!
Predator.
“Aku nak Liverpool kalah malam ini,” kata predator dengan loghat Texas.
“Mengapa?” soal Rafa yang sudah terduduk selepas dicekak lehernya.
“Sebab saudara aku main malam ini,” kata Predator itu sambil menjeling ke arah aku dan menunjukkan gadjet mahalnya. Nampak macam i pod. Celaka punya predator.
“Siapa pula saudara kau?” soal Rafa dengan tangan yang masih menusap-usap leher.
“Ini,” kata Predator sambil menunjukkan gambar.
“Sagna?” Rafa menaikkan suaranya sebelum menyambung, “Dia bukan saudara kau. Lagipun sebelum ini, bukankah Arsenal juga sudah kalah kepada Chelsea, Man U dan Citeh? Apa salahnya Arsenal kalah pada Liverpool?”
“Kat Chelsea, Man U, dan Citeh pun aku ada saudara, jadi tak kisah sangat,” jawab predator sambil mengeluarkan tiga keping lagi gambar.
Rafa menahan nafas lalu berkata, “Liverpool pun ada saudara kau. Tu sana.” Rafa menunjukkan ke arah Mascherano. Mascherano mengerut dahi. Predator menjeling tajam lalu berkata, “Muka boleh tahan, tapi kalau rambutnya panjang sikit, mungkin boleh jadi saudara.”
Suasana sepi. Predator yang buat muka steady terus mengacukan pistolnya ke kepala Rafa. Rafa yang tadi pucat tiba-tiba bangkit lalu berkata, “Tak boleh. Liverpool tak boleh kalah! Aku rela mati daripada Liverpool kalah!”
“Kalau begitu, aku bunuh semua orang kat stadium ini,” kata predator sambil menunjukkan skrin di tangannya. Jelas daripada skrin itu, ribuan predator sedang duduk di celah-celah penonton. Salah seekor predator duduk di sebelah Arsene Wenger dan memegang pisau, sedia menetak betis Arsene wanger.
Predator (tak nampak) sedang siap sedia menetak betis arsene wanger
“Kalah ataupun tidak?” gertak predator lagi. Pisau diacukan ke betis Sammy Lee.
Rafa diam. Skrin yang terpampang Arsene Wenger ditenung. Rafa kemudiannya memandang aku dan berkata, “Kau tak kisahkan kalau kena kutuk lagi?”
Aku kontrol suara aku yang sudah tersekat kat kerongkong lalu berkata, “Takpe, aku boleh buat caption kat gambar Timor Leste lagi. Lagipun Pipiyapong dah lama tak tulis panjang2. Biarlah lepas ni dia tulis panjang2.”
Rafa mengangguk perlahan lalu memandang pemain Liverpool dan berkata, “Demi nyawa orang kat stadium, malam ini kita terpaksa berkorban. Jadi Johnson, lepas ni kau own goal, dan kau buat2 tensen dan tak boleh nak kontrol Ashavin. Torres dan gerrard, aku nak kau berdua, buat2 bodoh kat defend arsenal.”
“Tak kisah. Kita akan bounce back,” sahut Carragher kuat.
“Saya pun tak kisah, demi humanity. Tapi kita nak kalah berapa?” soal Gerrard.
“Kalah 9-1 pun dah ok,” kata Rafa.
“Baik, kami cuba!” sahut Lucas pantas.
Aku pulak sudah menahan air mata daripada menitik. Terharu melihat ketabahan Rafa dan pemain lain terutamanya Lucas yang beria-ia betul nak kalah. Celaka betul.
2nd half.
Pada saat Johson own goal, aku diam dan aku pandang predator kat sebelah arsene yang angkat ibu jari. (aku guna google infra red). Apabila asrshavin skor, predator masukkan balik pistol dan pisau mereka ke dalam sarung.
Habis game, aku pandang ke langit Anfiled, aku nampak jaluran asap spaceship predator, yang berbentuk kata-kata, YNWA. Aku memejamkan mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun baru mencecah 2k lebeh lebeh nih..trima kasih kepada cabaye dan hatem ben arfa..{:s ...
hardeyboyz Post at 10-4-2012 10:20
aku beli player fulham tu naik tu..
suarez aku tetap staykan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|