CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: penyapu_mahal

Hilang rasa cinta terhadap pasangan

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2016 06:03 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 18-8-2016 03:56 PM
Encik penyapu..kalau rasa wife tak mampu nak pujuk hati yang sudah tawar tu, why not encik penyapu c ...

Allahuakbar. Kalau saya ada ilmu, isteri saya sudah pasti akan hormat saya. Allah angkat manusia dengan dikurniakan ilmu.

Saya sedang cuba untuk pujuk diri sendiri, tapi saya macam sangat-sangat sakit hati, bengangn, tawar hati, all gathered into one. Saya cuba distract diri saya dengan buat macam-macam, tapi bila balik rumah, saya sangat sedih.

Ada idea, apa yg boleh saya buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2016 06:04 PM | Show all posts

hahahha mungkin juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 06:03 PM
Allahuakbar. Kalau saya ada ilmu, isteri saya sudah pasti akan hormat saya. Allah angkat manusia d ...

Tak pernah kawin tp just nak relatekan dgn usaha tt nak pikat wife dari dulu sampai sekarang

I pernah baca somewhere,the moment you give up on something,it might only need just another one step to reach it

Since tt dah usaha bertahun (3yrs) apa kata bagi masa lagi wife berubah.all the best tt
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ckp x mampu nk bawa wife pi minum starbucks pastu beli apa ntah yg mcm mahal... adakah encik penyapu mahal ni xde duit atau kategori berkira... buhsan ler wey kalau dpt laki berkira. Mgkn wife tu tingin dibelikan sesuatu yg disukai atau bawa mkn kt tmpt mahal tp TT tak pernah nk tunaikan... Besday wife ada buat surprise tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 09:05 PM | Show all posts
zuri154 replied at 18-8-2016 08:43 PM
TT ckp x mampu nk bawa wife pi minum starbucks pastu beli apa ntah yg mcm mahal... adakah encik peny ...

Saya bukan jenis berkira.
Dan saya buat surprise pada harijadi isteri saya. Siap pakat dengan kawan-kawan rapat dia lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 09:06 PM | Show all posts
callalily05 replied at 18-8-2016 06:29 PM
Tak pernah kawin tp just nak relatekan dgn usaha tt nak pikat wife dari dulu sampai sekarang

I  ...

That might be right; satu step je lagi.

Semoga saya dapat buat keputusan dan langkah terbaik. Terima kasih callalily
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 09:05 PM
Saya bukan jenis berkira.
Dan saya buat surprise pada harijadi isteri saya. Siap pakat dengan ka ...

kalau bkn jenis berkira kenapa encik penyapu ada komen tak bole bawa wife pi minum kt restauran ala2 starbucks???
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt boleh kot rehat kn hubungn sementara.. try tdo bilik asing .. balik umh main dgn anak atau buat hal sndri.. pastu tgok je mcm mana keadaan seterusnya dan nilai la sendiri boleh pegi jauh mana lagi hubungn ni.. sy rs tt perlukan ruang sbb mngkin dah terlalu letih dgn keadaan sebelum ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 01:18 AM | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 12:53 PM
saya pun tak tahu.

tapi saya bukan tak bagi peluang, saya tetap layan dia elok-elok. kalau dia ...

assalamualaikum

okay
isteri anda adalah suri rumah sepenuh masa? ada income sendiri , tak?
dan anak nak masuk dua?
maksudnya yg pertama berapa tahun ? yg kedua ni berapa bulan ? as in pregnant ke wife

okay

sila fahami perubahan si isteri -

may be hormonal may be dia tak begitu minat melakukan hubungan intim dengan saudara sebab dia terlalu letih. I would suggest saudara explore  isu ini muangkin lebih dalam? like - dia tak begitu motivate nak menghangatkan hubungan sebab faktor ini?

yg pasal sikap - okay kalau isteri saudara rasa nak improve bagilah peluang.


saya tak faham benda ni:

kalau dulu sebelum  setahun hubungan pun nak kahwin sebab ? chemistry?
now - macam ni je? sebab thre is no more chemistry?

boleh saudara huraikan macam mana saudara nak dihargai?

dan sebelum ni dah ada komunikasi , ke?

saudara - perkahwinan ni dengan nilai akad tu , kenapa dan ap aniat anda berkahwin, ada tak niat utama nak capai redha Allah dan dengan ini anda dan isteri sama sama belajar dan sama sama help each other ?

ya allah - dia melangkaui batas chemistry dan anak nak masuk dua?

then u are saying - gosh i dint love my wife anymore sebab dah tak tahan

anda mahu itu ini - dan anda pun kata anda independent tapi kalau begitu kenapa rasa mahu dihargai etc sedangkan wife anda ia a housewife ?may be dia letih?

awat tak bagi dia kerja?

mungkin she felt unmotivated sebab  tak ada rangsangan luar - like activities ke, atau bebenda yg dia nak lakukan tapi tak boleh sebab keadaan dia dan kehidupan selepas berkeluarga?


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 01:22 AM | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 06:00 PM
haah wife preggy.

tapi attitude dia memang begitu dari mula kahwin, bukan masa start pregnant. ...

okay - wife pregnant - dan ini boleh pengrauhi mnood dan nafsu dia...dan pregnant ladeis depa tired ...tak fkus

cer u tanya wanita yg ada PMS / PMT ? macam tulah ...

i think i tatau nak kata apa
istikhorahlah

kalau dia nak berubah bagi peluang

saya masih kabur  tentang takrifah mahu dihargai/ apa expectation saudara ya terhadap wife ? dan ada tak cakap hati ke hati dengan wife?

sebab dalam perkahwinan ni

ada beberapa perkara yg penting

sekufu
dan expectation - apa yg kedua pihak expcet each other lakukan ?apa nilai  yg depa valued most?
adakah kedua dua pihak tahu?

dan personaliti jugak la....



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 01:27 AM | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 02:30 PM
bagitau.

dia kata, dia dalam comfort zone, dia tak rasa dia perlu ambil berat pasal hal2 peras ...

okay , blessher

dia ingat yg dia masak tu dan kemas tu = dengan anak lagi dan pregnant tu sebagai = prove she loves you
blessher

tapi u want more? kan?

nilah beza expectation ...

u ajaq lah dia  - you suka apa , tanya dia pulak dia suka apa?

ni komunikasi


adoila...wife is preh=gnant , full time housewife blessher and jaga anak...cer  be in her shoes...

may be masa muda bercinta bentuknya dating may be? kelaur mkn
may be masa menikah dah bentuk manifestasi cinta tu lain atau transform ke bentuk lain
afetr all hai she  lahirkan anak you , kan?

cuma may be bila usia perkahwinan dah injak 3 tahun ...u know...jut pi travel ( tapi ada baby pulak , kan? )
hehehe

suruh sapa babysit anak ke kejap...

teach her how to win you back?

ni  dah give up ni , nape?

heheheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 01:29 AM | Show all posts
adakah semua warga adam menganggap wanita  adalah hanya untuk mengisi ruang dan masa?




Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cikputih15 replied at 18-8-2016 12:45 PM
bernas komen makcik.

Biar betoi komen makcik bernassss    pestime ni komen bernas       

Setelah baca info lanjut tt kesimpulan yg makcik boleh buat isteri tt lesbo..sekian     
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 11:07 AM | Show all posts
penyapu_mahal replied at 18-8-2016 01:46 PM
kalau nak cari lain saya tak ngadu kat forum ni. saya pi terus ke ikahwin.my or just contact balik ...



So kalau sygkan isteri lgi n x berniat nak cari lain, bagilah peluang kt isteri tu. Manusia semua x perfect... hidup ni kena saling melengkapi. Mungkin ini betul2 wake up call utk wife TT nak berubah ke...

Kena positive dulu klu betul masih sayang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 11:11 AM | Show all posts
zuri154 replied at 18-8-2016 09:10 PM
kalau bkn jenis berkira kenapa encik penyapu ada komen tak bole bawa wife pi minum kt restauran al ...

tak boleh bawak hari-hari, sebab :

a. Gaji saya bukan besar
b. Saya seorang sahaja yang bekerja (isteri fully housewife) jadi saya kena dahulukan priority (sewa, bil etc)

Janganlah mudah-mudah assume.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 11:29 AM | Show all posts

Wa'alaikummussalam.

Terima kasih di atas soalan membina. Saya cuba jawab sebaik mungkin.

1. Dia tiada income sendiri.

2. Anak pertama dah 2 tahun nak masuk 3. Pregnant for 4 months nak masuk 5.

3. Saya faham perubahan atas pregnancy. Attitude yang saya rujuk ni, jadi sebelum pregnant, dan selepas habis pantang anak pertama. Tiada perubahan kecuali sekarang (apabila saya dah mula jadi macam ini)

4. Saya ajak dia kahwin sebab ada chemistry, dan saya beritahu dia yang saya nak settle down dan lengkapkan satu sunnah yang besar. Saya beritahu dia, jika dia tak mahu tak mengapa, saya tak marah dan kami masih boleh jadi kawan. Sebab saya kata, saya nak kahwin kerana nak melengkapkan sunnah, dan saya yakin jika kita kahwin (sebab nak lengkapkan sunnah dan elakkan terjadinya benda tak elok) maka Allah pasti akan turunkan rasa cinta dan ketenangan (Surah Ar-Rom, ayat 21).

5. Huraian "dihargai" saya agak panjang lebar. Kalau saya pendekkan, saya nak bercinta dengan dia, dan buat perkara-perkara yang orang bercinta buat. Spend time sama-sama, dengar kata-kata cinta dari dia, semua ini melibatkan perasaaan dan perasaan itu kadang-kadang sukar untuk dilakar menggunakan huruf (cehhhhhh!). Kami tidak hangat bercinta, saya rasa selepas nikah saya cuma "jalankan tanggungjawab" (makan, pakai, tempat tinggal etc). Selepas nikah pun, bila saya ajak bersama, tiada keseronokkan dari dia, seolah-olah dia pun sekadar "menjalankan tanggungjawab". itu pun tak lengkap, banyak kali saya kena reject. Kebanyakkan yang kami bersama pun, half way. Saya tak inzal. Tapi alhamdulillah, yang inzal tu Allah hadiahkan anak.

6. Sebelum ini ada komunikasi. Saya jenis yang open, pada masa yang sama saya jaga ayat-ayat yang keluar dari mulut saya sebab saya taknak sakitkan hati dia. Saya beritahu dia apa yang saya tak suka, apa yang saya nak, etc. Reaksi dia? Dia cuma diam, lepas tu dia kata "ok saya akan cuba" tapi saya tak nampak percubaan itu, sampailah sekarang (bila saya jadi macam ni).

7. Niat berkahwin saya dah beritahu dalam nombor 4. Orang akan cakap saya poyo, tapi orang yang cakap saya poyo ni bukannya tolong saya bila saya dalam kesusahan hahaha. Saya memang ajak dia berkahwin kerana saya nak lengkapkan sunnah dan letak harapan kepada Allah. Saya didik isteri saya daripada pakai skirt pendek sampailah sekarnag kepada pakai menutup aurat. Saya periksa bacaan Al-fatihah dia (setakat yang saya mampu), saya periksa cara dia ambil wudhu', cara dia solat. Saya tegur rukuk dan sujudnya. Saya bawa dia join kelas-kelas saya, biar dia bercampur dengan rakan-rakan sekelas saya. Memang saya nak cari keredhaan Allah. Solat pun kami berjemaah.

8. Independent saya dari sudut zahiriyah. Saya boleh buat semua kerja rumah sendiri. Saya boleh masak sendiri, basuh baju sendiri, sidai baju sendiri, gosok baju sendiri, kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, basuh bilik air. Saya memang dididik oleh ibu bapa saya supaya buat semua sendiri. Tapi bila masuk bab hati dan perasaan, manusia perlukan teman. Companionship. Perlukan tempat untuk bermanja, untuk menangis, untuk tunjuk diri kita yang sebenar. Bab hati dan perasaan ini yang saya perlukan seorang "isteri". Bila saya luahkan apa yang saya rasa, isteri saya acuh tak acuh. Even bila saya luahkan apa yang saya tak suka tentang hubungan kami (contohnya, perihal atas katil), dia ambil sikap acuh tak acuh. Pada dia, apa saya cakap tak penting sebab by the end of the day, saya tetap suami dia dan takkan tinggalkan dia (ini dia sendiri mengaku kat saya).

9. Saya bagi dia kerja. Cuma masa pregnant anak pertama ada keluar darah dan dia terlalu penat, jadi saya sarankan supaya dia berhenti (saya tak suruh, say cadangkan. Pergi kerja pun saya yang hantar so tiada masalah masa tu untuk dia teruskan bekerja). Lepas bersalin, dia jaga anak sendiri dan dia rasa seronok jaga anak sendiri, saya tak sampai hati nak "suruh" dia pergi kerja jadi saya diamkan. Lagipun saya suami, takkan saya nak suruh isteri saya pergi kerja. Cari nafkah untuk keluarga itu tanggungjawab saya, biar saya penat lelah sakit cari rezeki untuk keluarga saya, nanti bila Allah tanya saya boleh jawab saya dah jalankan tugas saya.

10. Tiada rangsangan luar ini saya setuju. Kita pernah sampai ke konklusi begini. Sejujurnya, saya tak pernah halang dia untuk keluar (except keluar malam, sebab saya risau. Nak keluar malam, saya offer untuk hantar dia ke lokasi). Saya galakkan. Setiap hujung minggu saya akan tanya dia, nak jumpa kawan-kawan dia tak. Saya jaga anak, dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Selalunya dia akan cakap, kawan-kawan dia tak free. Apa lagi saya boleh buat?

Sorry panjang lebar.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2016 11:31 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 19-8-2016 01:22 AM
okay - wife pregnant - dan ini boleh pengrauhi mnood dan nafsu dia...dan pregnant ladeis depa tire ...

saya expect wife saya jadi kekasih saya, bukan setakat "perempuan yang ada di rumah".
saya expect dia bercinta dengan saya, cintakan saya, dan express cinta dia. Saya expect dia jaga saya, sentiasa fikir dan letakkan perasaan saya sebagai nombor satu, sebagaimana saya letak dia dan perasaan dia nombor satu.

Saya nak bercinta.

tapi sekarang, saya dah mula mempersoalkan tentang cinta. Cinta itu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 11:36 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 19-8-2016 01:27 AM
okay , blessher

dia ingat yg dia masak tu dan kemas tu = dengan anak lagi dan pregnant tu seba ...

kami dah berkomunikasi, banyak kali.

Saya dah tanya dia, apa dia suka. Dia cakap sekian sekian, dan saya deliver apa yang dia suka. Ini dia pun akui. Tapi bila saya cakap apa saya suka, satu pun dia tak deliver. Dan saya bukan suka benda-benda mengarut haha.

Saya faham tentang pregnant (walaupun saya dah baaaanyak kali cakap, attitude dan masalah ini timbul before pregnant anak pertama lagi), saya faham tentang penat menguruskan rumah. saya tidak pernah complaint kalau balik rumah, rumah berselerak. Saya sendiri akan kemas. I have no problem with that.

The problem here is dia fikir apa dia buat pun saya akan sabar dan cinta saya takkan hilang. Dia pandang remeh tentang tugas dia dalam mencintai suami dia.

Itu apa yang saya conclude, berdasarkan perbincangan kami dalam hal ini.

Macam mana saya nak "teach her how to win me back", saya sendiri tak tahu macam mana nak win balik. Selama 3 tahun, saya tegur dia banyak kali, sebab saya nak prevent daripada jadi macam ni. Once hati dah jadi macam ni, bukan senang nak berubah.

It took me 3 years to be like how I am today, surely you can't expect me to revert back to my old self in just 3 seconds, kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 11:37 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 19-8-2016 01:29 AM
adakah semua warga adam menganggap wanita  adalah hanya untuk mengisi ruang dan masa?

saya tidak boleh jawab soalan ini, kerana saya tidak mewakili keseluruhan kaum Adam.

Sebenarnya saya yang rasa bahawa pada pandnagan wife saya, saya cuma mengisi ruang dan waktu dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 11:38 AM | Show all posts
blackwidowbae replied at 19-8-2016 09:19 AM
Biar betoi komen makcik bernassss    pestime ni komen bernas      

Setelah baca i ...

ini pun ada kebarangkalian juga. hahahahhah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060886 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list