CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Azimah pulang setelah ghaib SETAHUN

[Copy link]
 Author| Post time 4-1-2017 10:47 PM | Show all posts



Suraya Roslan dan Iskandar Shah Mohamed
[email protected]


Kuala Lumpur: Ibu tunggal, Nor Azimah Ibrahim, 31, yang hilang di Madinah sejak 19 Disember dua tahun lalu, selamat tiba di tanah air hari ini.

Konsul Besar Malaysia di Jeddah Mohamad Ali Selamat berkata, ibu seorang anak itu ditemui di Pusat Tahanan Imigresen Makkah pada 13 Disember tahun lalu.


Nor Azimah dilaporkan hilang pada 19 Disember 2015 ketika mengerjakan umrah bersama keluarga. Pada hari kejadian Nor Azimah tidak mengikut ibu bapanya menziarah tempat bersejarah di Madinah kerana mahu menumpukan kepada ibadat di masjid sebelum dia hilang.

“Kami kemudian dimaklumkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bahawa wanita itu ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu,” Mohamad Ali dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak itu pihak konsulat berusaha membawa Nor Azimah pulang ke Malaysia, termasuk menguruskan urusan dokumentasi dan deportasi.

“Alhamdulillah, dia selamat tiba di Malaysia dengan penerbangan Malaysia Airlines MH151 pada 12 tengah hari tadi dan dijemput ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Sementara itu di Shah Alam, keluarganya yang bersyukur dengan kepulangan anak mereka, berkata Nor Azimah perlu memberi ruang untuk menenangkan diri.

Bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 55, berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarga mengenai kepulangan anak sulung daripada 11 beradik itu, kira-kira jam 3 petang hari ini.

“Saya dan isteri (Zamhani Zakaria, 53) bergegas ke KLIA dan terus ke pejabat Jabatan Imigresen di situ.

"Ketika ditemui, Azimah dalam keadaan bingung dan berat badannya juga susut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kebun di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih kepada Konsulat dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan kerjasama serta maklumat mengenai kehilangan Azimah sejak 19 Disember 2015.

Kata Ibrahim, dia belum mengetahui kisah sebenar di sebalik kehilangan itu dan memberikan anaknya itu tempoh untuk menenangkan diri.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 9:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa hilang sibuk mintak tolong,  dah jumpa 'jangan diganggu,' puck u
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu replied at 4-1-2017 09:18 PM
Nanti ujung2 kamu mkn hati x dapat berita sepenuhnya

Aku dah tergelak2 ni   dejavu plaks hikkkhikk
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cekelatkopi replied at 4-1-2017 11:11 PM
Aku dah tergelak2 ni   dejavu plaks hikkkhikk

Sekurang2nya posting aku dapat buat kamu hepi dari tadi cekelat   
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
elhemdolillah... selamat pulang ke tanahair... die dah masuk syria tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:24 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-1-2017 03:25 PM

Kepada siapa yang ketinggalan tu......


Azimah hubungi rakan tanya cara kahwini warga Arab sebelum dilaporkan hilang

4 Jan 2016 - Ibu tunggal Nor Azimah Ibrahim yang hilang di Madinah, pernah menghubungi kenalannya di Tanah Suci untuk mengetahui proses perkahwinan dengan warga Arab Saudi atau rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Abdul Aziz Abas, yang kini menetap di Madinah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Islam Madinah, berkata Nor Azimah menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan perkara berkenaan, beberapa hari sebelum dia dilaporkan hilang.

"Bila dia yang bercakap begitu, saya menjadi takut...sebab, nanti susah pula saya nak kena uruskan kahwin...apa semua. Saya sibuk dengan belajar, peperiksaan, buat tesis," katanya ketika dihubungi Bernama TV di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata Nor Azimah, 31, adalah kenalannya semasa menuntut di sebuah kolej di Malaysia.

Abdul Aziz berkata beliau kemudian meminta Nor Azimah menghubungi isterinya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung proses perkahwinan itu.

"Saya kata pada Azimah untuk urusan lanjut hubungi isteri saya," katanya sambil menambah Nor Azimah kemudian tidak lagi menghubungi beliau atau isterinya selepas itu.

Abdul Aziz berkata dia juga telah dipanggil memberi keterangan oleh pihak berkuasa Arab Saudi susulan kehilangan Nor Azimah.

Nor Azimah yang mempunyai seorang anak perempuan dan berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas.

Ibu mangsa, Zamhani Zakaria, 52, sebelum ini berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu ialah pada 19 Dis lepas.

Zamhani yang tiba di tanah air pada 23 Dis lepas, berkata mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Malaysia pada 22 Dis lepas. - BERNAMA


http://malaysiagazette.com/ms/nasion...aporkan-hilang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2017 11:25 PM | Show all posts
sempat join geng bird of jannah ke kak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 4-1-2017 11:07 PM
Masa hilang sibuk mintak tolong,  dah jumpa 'jangan diganggu,' puck u

Kan? Menyampah aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 4-1-2017 08:38 PM
Nak sgt tau apa jd kat dia dlm masa setahun ni
Kesian kat ank & parents dia
Tp mesti family dia ck ...

untuk cerita versi alam ghaib,
nantikan pendedahan exclusive dalam majalah mastika
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 4-1-2017 09:51 PM
Alhamdulillah..dpt balik...iols tertanya2 la..adakah kerajaan malaysia sembunyikan sesuatu perihal p ...

Collegue my hubby pun kena gak. Tetiba hilang dari compound time keluar jap nak pi beli roti kat kedai dpn compound. Time tu bln ramadhan. Pakat la buat baca yassin sembahyang hajat bagai. Rupanya polis akidah diorg tahan heols dlm lokap sbb kelur pakai seluar pendek. Dkt 2 weeks gak la hilang. Bangang nye polis arab ni xde lgsg bagi dia utk call waris or kawan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Atifan replied at 4-1-2017 10:24 PM
Sama la kes azimah ni.. dia yg nk duduk overstay sana..dh dulu mak bapak dia mntk embassy tlg cari ...

Ni citer betul ker? If betul, sampai hati dia tinggalkan anak kecik dkt msia. Apa punya mak la
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi tengok wayang citer ereb letewwww
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak kerja ke kawen ke ape ke..
X kesian ke kat anak yg ditinggalkan tu...
Setahun merana rindukan mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:49 PM | Show all posts
"Ketika ditemui, Azimah dalam keadaan bingung dan berat badannya juga susut,"


Blurr & berat bdn brkurangan???Sesuatu btl
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 4-1-2017 09:23 PM
Tunggu lepas beranak kat sana ke dek baharu nak balik?

Ala2 kisah Siti Mariam...hujung2 bawa baby balik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:53 PM | Show all posts
Taknak cerita buat org speku.. citt.. ni mesti kawin dgn pak arab ,tak tahan baru balik msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 4-1-2017 11:07 PM
Masa hilang sibuk mintak tolong,  dah jumpa 'jangan diganggu,' puck u

Macam kisah Aizam Awang hasil risikan sis tonggek.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:04 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-1-2017 11:24 PM
Kepada siapa yang ketinggalan tu......

Oooo psl jantan, ye lah psl apa lagi kan yg blh buat pompuan buat tindakan bodoh yg luarbiasa....jantan punya psl kat tanah haram pun tanah haramlahhhh janji dpt jantan gitteww.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dah ada bunga bunga nk salahkan jin madinah....

Azimah nampak bingung & kurus......

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dah ada bunga bunga nk salahkan jin madinah....

Azimah nampak bingung & kurus......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.602912 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list