CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laxamana.

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

[Copy link]
Post time 29-8-2004 12:54 PM | Show all posts
Ini lagi link buku mengenai Sejarah Kerajaan Melayu Patani :dia:Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Mr. Ibrahim Syukri

satu website yang baik dan lengkap dari sebuah buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2004 10:45 PM | Show all posts

Bacalah LAXAMANA...

.
                             
         
        
      " Keputusan ini telah diberitahu kepada utusan Raja Siam-Thai itu bila diketahui Raja Siam-Thai bahawa kehendaknya tidak berjaya tambahan pula dia telah mendapat jawapan yang megahdari Sultan Muhamad itu. Sangatlah bergelora nafsu penjajahan dalam hatinya dan memutus fikirannya akan menyerang negeri Patani diberitahu kepada panglimanya Phraya Kalahum membawa angkatan perasaannya menyerang negeri Patani dan memaksa panglima itu berperang secara berhabisan sehingga negeri Patani itu dapat ditakluk.
          Sultan Muhamad sepeninggalan utusan Siam-Thai itu kembali telah yakin di hati baginda bahawa bagaiman pun pada kali ini sudah tentu negeri Patani akan diserang oleh orang-orang  Siam-Thai. Oleh itu baginda tidak berlengah laig terus bertitah melengkapkan senjata perang dan membina kubu-kubu pertahanan serta mengatur langkah-langkah perang seberapa yang dapat.
          Tetapi dukacita bahawa kedudukan negeri Patani pada masa itu di dalam kelemahan kerana telah kurang kekuatannya dan segala senjata perang sudah tidak memadai jikalau berperang dengan berlanjutan. Semenjak berhenti peperangan dengan orang-orang  Siam-Thai dalam masa pemerintahan Raja Kuning dahulu hampir-hampir setengah kurun lamanya negeri Patani tidak pernah diperalatkan senjata perang kerana tidak ada musuh-musuh yang datang menyerang. Selama itulah orang-orang Melayu Patani hanya hidup dengan aman tenteram hingga terlupa menyediakan persediaan untuk berperang dan hampir-hampir pula terlupa mereka terhadap muslihat mengawal tanah air. Dengan hal itu kian lama darah perwira orang-orang  Melayu itu tentu beransur-ansur lemah serta alat-alat perang yang ada tersimpan di dalam gedung-gedung senjata tentu pula terlampau buruk. Tiadalah sama darjatnya dengan senjata-senjata baru yang ada di dalam tangan orang-orang  Siam-Thai kerang orang-orang  Siam-Thai itu sentiasalah mengadakan senjata-senjata baru di dalam angkatan perangnya.
          Sekalipun begitu keadaannya, tetapi melihat kepada sikap Raja Siam-Thai yang telah berazam penuh hendak menakluk negeri Patani itu. Maka Sultan Muhamad tidaklah berputus harap malahan terus baginda mengumpulkan senjata-senjata lama yang masih ada itu dan mengisytiharkan kepada rakyat jelatanya peperangan yang akan berlaku pada kali ini ialah peperangan yang akan menentukan buruk baik dan hidup matinya Kerajaan Melayu Patani. Serta meminta kepada rakyat jelatanya hendaklah masing-masing bersatu padu dan mengambil bahagian penuh di dalam peperangan pada kali ini untuk mempertahankan kemerdekaan bangsa dan kerajaan. Permintaan Sultan Muhamad itu telah disambut oleh rakyat jelata Patani dengan penuh gembira dan masing-masing berkesanggupan penuh untuk melawan kecerobohan orang-orang  Siam-Thai. Sekalipun terpaksa mereka berkorban di medan perang kerana mempertahankan kermerdekaan itu daripada hidup dijajah dan ditakluk orang-orang  Siam-Thai.
          Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai di Patani sekalian rakyat jelata Patani telah dikerah oleh Sultan Muhamad berkumpul di luar kota Istana dan dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi pantai untuk mempertahankan pendaratan orang-orang  Siam-Thai dari kapal perangnya. Pasukan kedua berkawal di hadapan Kota Istana dan segala alat senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi sama rata. Meriam besar Seri Negara dan Seri Patani yang telah pernah mengalahkan orang-orang  Siam-Thai dahulu telah dibawa semula diletak diluar kota hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya yang handal dan kedua-dua pasukan pertahanan itu hanya menanti saat sahaja akan menghentam serangan orang-orang  Siam-Thai.
          Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-Thai yang dikepalai oleh Phraya Kalahum sampailah di Kuala Patani dan berlabuh disitu sementera menunggu saat yang baik akan melancarkan serangannya di dalam saat penting itu. Tiba-tiba dalam golongan orang-orang  besar Sultan Muhamad adalah seorang Siam-Thai bernama ?Nai Chan Tung? iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang menduduki dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada kerajaan Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.
          Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani itu, timbullah perasaan jahatnya kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan bahawa dia sanggup melawan serangan orang-orang  Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah meluluskan permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya. Pura-pura menuju kepada pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.
        Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap gelita yang akan dapat melindungi kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal perang orang-orang  Siam-Thai dan meminta berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan orang-orang  Melayu Patani dan memberi tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian dia terus melarikan diri ke Singgora.
        Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila dapat mengetahui rahsia pertahanan orang-orang  Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan perangnya akan tetap menang serta terbayang-bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu takhta kerajaan Patani akan berguling jatuh ditendang oleh angkatan perangnya.
        Setelah sampai saat yang baik panglima itu mulalah memerintah pasukan meriamnya membedil ke atas kubu-kubu pertahanan orang-orang  Melayu di pantai itu. Dengan serentak dia mendaratkan tenteranya ke pantai dengan berlindung di bawah peluru-peluru yang ditembakoleh pasukan meriam, tetapi malangnya tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah terjatuh di dalam kubu-kubu
orang-orang  Melayu. Sehingga beberapa kali tembak sahaja banyaklah orang-orang  Melayu itu terbunuh dalam hal itu pun orang-orang  Melayu tetap bertegas hati membedil balas dengan hebatnya. Serangan dan bedilan orang-orang  Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang sehingga angkatan perang orang-orang  Siam-Thai itu dapat naik ke pantai serta mengumpul semua kekuatannya menyerbu ke kubu orang-orang  Melayu. Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-orang  Melayu itu terkepung dan terputus perhubungannya dengan pasukan yang kedua yang bertahan di hadapan kota dalam negeri. Sekalipun mereka terkepung dan hadapannya telah terkecewa, orang-orang  Melayu dalam kubu itu terus juga melawan dengan tidak berganjak setapak pun. Kesudahannya pertahanan orang-orang  Melayu di pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-meriam mereka telah ditawan oleh orang-orang  Siam-Thai.
          Setelah barisan pertahanan orang-orang  Melayu di pantai itu jatuh, panglima Phraya Kalahum telah mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang tinggal di situ terus melancarkan serangan ke dalam negeri. Serangan panglima itu telah mendapat tentangan yang hebat dair pertahanan orang-orang  Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan itu. Meriam Seri Negara dan Seri Patani pun mulalah melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat kemaraaan orang-orang  Siam-Thai dan peperangan berapat-rapat dengan menggunakan senjata-senjata pendek pun berlaku dengan hebat.
          Peperangan itu terus berlaku beberapa hari dengan tidak berhenti-henti dan malangnya Sultan Muhamad telah terkena peluru meriam yang dibedil oleh Siam-Thai dengan sekejap sahaja baginda pun gugur serta mangkat ditengah-tengah pertempuran itu, pertahanan orang-orang  Melayu di hadapan Kota Istana itu pun pecah. Serangan orang-orang  Siam-Thai semakin kuat mendesak kesudahannya pertahanan orang-orang  Melayu sampailah saaat akhir dengan berpecah belah membawa diri masing-masing. Kota Istana itu jatuh ke tangan orang-orang  Siam-Thai serta peperangan pun tamat dengan kekalahan orang-orang  Melayu.
          Kekalahan pada kali ini ialah kekalahan yang pertama kali di dalam sejarah Kerajaan Melayu Patani. Dengan kekalahan ini bererti hilanglah kemerdekaan Kerajaan Melayu Patani dan terhapus kedaulatan raja-raja Melayu yang telah dikawal beratus-ratus tahun lamanya. Juga sampailah maksud raja Siam-Thai yang telah lama ingin hendak menakluk negeri Patani dan memperhambakan rakyat jelatanya.
          Kekalahan orang-orang  Melayu Patani pada kali ini adalah dengan kerana beberapa sebab yang besar sekali ialah :
1.    Rahsia pertahanan dan kekuatan orang-orang  Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung kepada panglima Siam-Thai.
2.    Sultan Muhamad telah mangkat di dalam peperangan.
3.    Kelengkapan atau senjata perang orang-orang  Melayu tidak memadai.
4.    Kekuatan perang orang-orang  Siam-Thai lebih banyak daripada orang-orang  Melayu.
  IBRAHIM SYUKRI, "SEJARAH KERAJAAN MELAYU PATANI"

P/S ; WAHAI LAXAMANA, APA TUJUAN SAUDARA. JANGAN HANYA MAIN TANGKAP MUAT JE. TULISAN OLEH IBRAHIM SYUKRI DI ATAS ADALAH SEBAHAGIAN DARI PETIKAN DALAM BUKUNYA. CARI BUKU INI DAN BACA, FAHAM !!!
Sample Text
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 12:47 AM | Show all posts
tongkat ali...mok nik rasa tidak dapat disalahkan Laxamana juga ...dia hanya cut and paste dari buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954-Oleh Nik Anuar Nik Mahmud...tongkat ali pula ambil dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani oleh Mr. Ibrahim Syukri

Mungkin kajian yg dibuat oleh Nik Anuar dan Mr. Ibrahim adalah berbeza...
jadi mok nik rasa tidak boleh salahkan Laxamana...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2004 03:25 AM | Show all posts
tajuk ini telah ada dalam bod ini rupanyer...telah dimulakan oleh HangPC2... mod mungkin boleh merged...
ni dia llinknyer Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2004 12:07 AM | Show all posts

TQ MOKNIK

Saya rasa, dalam buku yg ditulis oleh Prof. Nik Anuar Nik Mahmud tu tak ada pula tulis seperti apa yg didakwa oleh LAXAMANA. Saya rasa LAXAMANA ambil dari sumber lain. Tolong buktikan wahai LAXAMANA !!!
Untuk makluman MOKNIK, buku yg ditulis oleh Ibrahim Syukri adalah lebih muktabar dan banyak dijadikan rujukan oleh penulis terkemudian termasuklah Prof Nik Mahmud sendiri. Nak tahu kenapa, bacalah bahagian pengenalan buku "Sejarah Kesultanan Melayu Patani", terutama yd telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh CORNELL UNIVERSITY...nak dapatkan buku tu....mudah je, order dgn AMAZON...melalui internet, harganya murah RM 150.00.

SELAMAT MENGKAJI...jangan tangkap muat je...nanti ada org MARAH
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2004 12:30 AM | Show all posts
mok nik dah kasi link buku2 tuh tongkatali...ada usaha oleh orang2 tertentu dgn keizinan penulis buku2 itu utk ditulis ke internet buku2 berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2004 09:36 AM | Show all posts

Tak sama la.........

Untuk makluman MOKNIK buku "Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954" yang ditulis oleh Prof Nik Mahmud adalah tidak sama, baru diterbit pada tahun  1990-an, manakala buku "Sejarah Kerajaan Melayu Patani" pula ditulis oleh Ibrahim Syukri pada awal tahun 1950-an. Jadi kedua-dua buku ini adalah berlainan  dan buku yang ditulis oleh Ibrahim Syukri inilah yang kemudiannya menjadi rujukan mengenail sejarah Patani oleh penulis-penulis terkemudian.
:no::no:
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2004 06:54 PM | Show all posts
Malaysia bekerjasama perangi keganasan


    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan memberi perhatian terhadap ancaman baru keganasan yang berlaku di selatan Thailand berikutan kejadian letupan bom berdekatan Hotel Marina, Golok, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Thailand untuk memerangi segala bentuk keganasan yang berlaku di kedua-dua negara.

``Pasukan keselamatan negara kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan akan segera bertindak jika ada pihak tertentu cuba melakukan keganasan di negara ini,'' katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya dari Singapura di sini malam ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kejadian letupan bom di selatan Thailand itu hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk 10 rakyat Malaysia cedera.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, setakat ini tidak ada petanda yang membuktikan kumpulan pengganas itu sudah menyeberangi ke negara ini.

``Saya percaya tindakan itu boleh dipantau berdasarkan kerjasama penukaran maklumat antara Malaysia dan Thailand sama ada dalam pasukan tentera dan polis,'' ujarnya.

Justeru, Perdana Menteri menyifatkan kejadian letupan itu sebagai `hal ehwal dalaman' negara tersebut.

Kepada satu soalan, Najib menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melawat negara itu buat sementara waktu ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2004 11:53 PM | Show all posts

Dah lama daaa....

Berita yang anda siarkan ini dah basi la... Tak de berita lain ke. Oh ya, kita sedang bincang sejarah Patani, kalu ada info...bagitau la.:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 01:09 PM | Show all posts

KERAJAAN MELAYU PATTANI

Sehingga hari ini... orang Melayu di Pattani masih merasakan bahawa mereka dijajah oleh bangsa Siam. Untuk memahami ini kita perlu susuri galur perjuangan pahlawan-pahlawan bangsa di sana...

Banyak kerahsiaan sehingga hari ini tidak diketahui oleh orang awam di Malaysia... sedangkan ianya perjuangan bangsa kita sendiri. Kita perlu susun sejarah bangsa kita agar anak cucu kita di kemudian hari tidak terkapai-kapai sepertimana kita pada hari ini apabila mencari sejarah sendiri.


Patani diambil oleh Siam dari tangan Inggeris pada tahun 1946, walaupun Siam telah menakluki Patani pada tahun 1785. Sebelum itu, pada tahun 1640, Patani dan Legor pernah mengalahkan Siam di Ayuthaya.

Orang-orang Melayu sejak zaman dulu tidak pernah bersatu. Inilah yang membuka peluang kepada kaum penjajah menjajah dan menakluki negeri-negeri Melayu. Pembelotan, pengkhianatan dan rebutan kuasa menyebabkan negeri-negeri Melayu tewas ditangan musuh.

Contohnya ialah di Patani sendiri. Sewaktu raja Patani sedang membuat persiapan berperang dengan Siam, Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Raja Patani diusir dari buminya sendiri. Siam, juga tidak percaya kepada kepada Jambu dan tidak mengangkat raja Jambu menjadi raja di Patani.

Situasi di Patani adalah sama saja walaupun berada dalam era yang berbeda. Yang menentang Siam tidak boleh pulang ke Patani; yang mengampu atau menyokong Siam diangkat menjadi besar. Melalui mereka inilah Siam masih boleh menjajah rakyat Patani.

Sejarah moden Siam bermula hampir sama dengan sejarah proklamasi Amerika  Syarikat (1776) iaitu pada tahun 1781 apabila pemberontak membunuh raja  gila mereka bernama Phaya Taksin. Rama Thibodi, seorang general di perbatasan  Khmer/Kemboja diinobatkan sebagai Raja Siam. Di sinilah bermulanya dinasti  Rama Chakri. Dengan kekuatan bala-tenteranya, Rama Thibodi menyerang semula  Legor. Dari Legor, Rama Thibodi menyerang Gerbi, Terang, Setul; dan kemudiannya  menyerang Kedah. Ekpedisi ini diteruskan ke atas Singgora, Patalung dan  Patani.

Sejarah bagi negeri-negeri di utara Tanah Melayu adalah kompliketed dan kabur. Bahan-bahan sejarah tidak cukup untuk dijadikan rujukan dan pedoman. Misalnya Langkasuka, berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa ialah nama Kedah Tua. Tetapi berdasarkan kepada pengakuan cendikiawan Patani, Langkasuka itu terletak di Patani. Bagaimanapun Langkasuka bukanlah entiti kepada sebuah bandar, melainkan identiti kepada sebuah pemerintahan.

Langkasuka itu merangkumi Patani, Kedah, Setul dan selatan  Thailand termasuk selatan Burma. Pusat pemerintahan Langkasuka terletak  di Legor (atau Nakorn Srithammarat, dalam Bahasa Thai). Lukman Iskandar yang tidak asing lagi sebagai pemimpin pejuang Pattani ialah Chaukonsaman XIIIV, keturunan raja-raja  Langkasuka  yang memerintah di Legor... nama macam Siam tetapi anak Melayu! Apabila Siam tawan Legor pada tahun  1680, Siam  menghapuskan pemerintahan beraja di Legor.  Keturunan ini telah  dinobatkan  oleh Siam menjadi raja di Setul, sebuah negeri kecil yang menjadi  buffer  state diantara Siam dengan Melayu; bersemanyam di Kuala Bara. Maka  raja  di Kuala Bara terkenal dengan nama Chakunbara Pakdee. Chaokunsaman  X menjadi  Chaokunbara Pakdee I di Kuala Bara. Kuala Bara menjadi pusat  pemerintahan  di bagian barat daya (pantai barat Selatan Siam). Proses penaklukan  Siam  ke atas Tanah Melayu mengambil masa berabab lamanya. Siam tidak menawan   negeri-negeri Melayu sekali gus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 11:40 PM | Show all posts

Apa ni CHUMPON ???

" Contohnya ialah di Patani sendiri. Sewaktu raja Patani sedang membuat persiapan berperang dengan Siam, Raja Jambu telah menghulurkan tangan bersekongkol dengan Siam menyerang Patani. Raja Patani diusir dari buminya sendiri. Siam, juga tidak percaya kepada kepada Jambu dan tidak mengangkat raja Jambu menjadi raja di Patani".


Nampaknya CHUMPON pun sama dengan LAXAMANA, tangkap muat je. Pada hemat saya petikan yang CHUMPON tulis di atas adalah sama dengan kenyataan LAXAMANA dalam tulisannya sebelum ini. Kenyataan tersebut adalah satu fitnah !

Sebelum ini saya telah jelaskan siapakah PENGKHIANAT...bukan RAJA JAMBU. Untuk lebih jelas saya harap CHUMPON rujuk buku yang ditulis oleh IBRAHIM SYUKRI iaitu "SEJARAH KERAJAAN MELAYU PATANI". Bagi mengelakkan kekeliruan saya petik sebahagian tulisan dalam buku ini bagi menjelaskan kekeliruan yang telah ditulis oleh LAXAMANA dan diulang semula oleh CHUMPON. Sila baca...
"Tiba-tiba dalam golongan orang-orang  besar Sultan Muhamad adalah seorang Siam-Thai bernama ?Nai Chan Tung? iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang menduduki dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada kerajaan Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.
          Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani itu, timbullah perasaan jahatnya kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan bahawa dia sanggup melawan serangan orang-orang  Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah meluluskan permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya. Pura-pura menuju kepada pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.
        Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap gelita yang akan dapat melindungi kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal perang orang-orang  Siam-Thai dan meminta berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan orang-orang  Melayu Patani dan memberi tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian dia terus melarikan diri ke Singgora".
         " Kekalahan orang-orang  Melayu Patani pada kali ini adalah dengan kerana beberapa sebab yang besar sekali ialah :
1.    Rahsia pertahanan dan kekuatan orang-orang  Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung kepada panglima Siam-Thai.
2.    Sultan Muhamad telah mangkat di dalam peperangan.
3.    Kelengkapan atau senjata perang orang-orang  Melayu tidak memadai.
4.    Kekuatan perang orang-orang  Siam-Thai lebih banyak daripada orang-orang  Melayu.
SAYA HARAP TIDAK ADA LAGI KEKELIRUAN LAGI SELEPAS INI

       .

:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 01:45 AM | Show all posts
Originally posted by VanRizwan at 30-7-2004 05:51 PM:
:: wow, panjangnye ::


:setuju::setuju::setuju::setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 13-9-2004 07:03 PM:
yg benar tetap benar


:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2004 12:06 PM | Show all posts
Kata orang aku sudah senang di Malaysia.Aku telah menetap di Malaysia setelah ibu bapa aku berpindah ke sini. Aku anak Teluban atau Selindung Bayu (  bukan Sai Buri yang Siam beri nama).  Sebenarnya   aku  tidak  senang. Aku  menangis  dalam  ketawa  memikirkan  Agama, Bangsa,   Bahasa  dan  Tanah  Tumpah  Darah  Ku  dijajah.  Anak   negeri   pula   sudah   lupa asal-usul. Tidak  ada  jati diri!!!!  Telah lupa sejarah.Mengaku dirinya Siam.Bila jijak kaki saja di Malay........mengaku diri,  kita ore Siae...............  menangis  datuk  nenek  dalam  kubur bila mendengar.
  
Sekali  sekala  aku  balik  melihat  tanah  tumpah darah aku,  aku menangis betapa bangsa ku semakin terhakis.  Orang melayu yang tidak berpelajaran dan berpelajaran peringkat menengah Siam begitu berbangga dengan ungkapan "rao khon Thai"(kita orang Siam) dan selalu mengaku " Thai rao"(Siam kita). Orang kampung yang tak bersekolah pula selalu kata "negeri siae kito".
  
Sedarlah bangsa ku kita bukan orang Siam. Bukan  Siam kita.Bukan negeri Siam!!! Tapi negeri kita Patani.Kita bangsa Melayu.Bangsa Siam telah membunuh datuk nenek kita.Orang Melayu zaman  dahulu  mengalir  darah,  berbuih  nanah  kerana  melawan Siam.  Kita senang-senang mengaku kita ini Siam.Cuba ingat cerita orang tua-tua kita.Pahlawan Melayu ketingnya dicucuk dengan  rotan  baramai  di bawa  ke  Bangkok.  Dijadikan  hamba  abdi  dan  dipaksa  sembah berhala. Mereka ini mati dengan terseksa.Menangis keluar air mata darah.Mati mereka seperti bangkai haiwan, dibakar,dibuang ke sungai dan dikambus seperti ayam itik.
  
Kalaulah  mereka  dapat  dihidupkan  kembali  sudah  tentu  mereka  akan  tuntut bela dengan melawan Siam sekali lagi dan insyallah kita akan berjaya.Tapi adakah mereka boleh dihidupkan kembali.Sudah tentu tidak. Kita  yang  masih  hidup  inilah  sepatutnya  berjuang dan sambung perjuangan  mereka. Tapi  bangsa  Melayu  sekarang  sudah  jadi  penakut, pengecut  dan hati tikus.Tepuklah dada kamu dan laung kepada Siam "aku anak Melayu Patani".Di negeri Patani yang lain sebutlah "aku anak Menara"(bukan Narathiwat)!!!!  "Aku anak Nibung" (bukan Yala)!!!! "Aku anak Setul"(bukan Sattun)!!!! Aku Anak Senggora (bukan Songkhla)!!!!
  
Hai orang Melayu........sedarlah bangsa kitalah yang paling besar di Asia Tenggara.Kita adalah Melayu Raya. Siam hanya sekadar Siam sahaja.Bahasa dia paling tidak laku di Dunia.Bahasa Siam  adalah  setaraf  dengan  Bahasa  Burma, Laos, Kemboja  dan  Bahasa  Orang  Asli   di Malaysia. Bahasa  Melayu adalah salah satu Bahasa yang terbesar di DUNIA!!!!! Bahasa yang diguna  oleh  beratus-ratus  juta  manusia. Di Indonesia, Malaysia, Brunai, Singapura, Selatan Philipina, setengah  kawasan di Afrika Selatan,s etengah  kawasan di Sri Lanka dan setengah kawasan  di  Kemboja. Beratus  juta   manusia   berbahasa   Melayu   bukan  seperti  Bahasa Siam.Kuno,jakun dan darat.  
  
Sungguh memalukan.........wahai bangsa ku dengan memuja bahasa Siam kononnya dianggap bila  pandai  bercakap Siam dikatakan ada standard(hilir).  Sebab itulah pelayan-pelayan kedai makan  dan  restoran  di Malaysia  yang  mari balik sana  suka bercakap Siam dan menyanyi lagu-lagu Siam. Aku tersa  sungguh  malu  begitu bodohnya bangsa ku.Bangsa ku sudah lupa Bangsa Melayu Patani adalah bangsa Agung.
  
Malulah...........kita dengan  bangsa cina dan baangsa siam.Kita tinggal bahasa kita.Kita ambil bahasa orang. Marilah sama-sama kita jadikan Bahasa Siam sebagai sebagai bahasa pelayan kedai makan sahaja!!!!!  (lama-lama mungkin pelayan kedai ini malu sendiri). Kerana kumpulan ini susah kita nak bagi kesedaran.Pertama kerana dia orang perempuan.Kedua dia kurang cerdik.Ketiga mereka ini tidak ada perasaan kepahlawanan
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2004 11:33 PM | Show all posts
Naik meremang bulu tengkok aku baca hang punya posting, Chumphon.....:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2004 06:17 AM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 20-12-2004 04:06:
Kata orang aku sudah senang di Malaysia.Aku telah menetap di Malaysia setelah ibu bapa aku berpindah ke sini. Aku anak Teluban atau Selindung Bayu (  bukan Sai Buri yang Siam beri nama). ...

i can feel it chumpon.. so sorry to hear that
there's one man.. a very old man and he's quite close to me.. like my own dad walaupon kenal dia sbb dia my teacher / lecturer. sometimes i spoke to him and we discussed few things. asal usulnya dari Patani dan menetap lama di Malaysia krn politics. Dia memang fasih berbahasa Arab dan memang bercakap melayu tapi telo Patani but i can understand his difficulty kalau menyampaikan sesuatu ucapan dlm English tapi hatinya sgt kental.

He always show me some writings on Melayu Patani sambil2 tu tengok mata dia berkaca bila dia bercerita mengenai tanah tumpah darah beliau. Sedih bila tengok dia berckp mengenai negeri sendiri dan terpaksa merantau ke negara lain demi keselamatan diri. Selalu dia tunjuk buku2 baru mengenai Patani. And i got some info dr dia mengenai Haji Sulong dan Sultan dan Sultanah Patani dr beliau . Credits to him coz dia byk tolong eva dlm buat research. Sekarang pon beliau masih menulis mengenai Patani. Tulisannya boleh di baca di surat khabar bertulisan Jawi

still remember bila dia sebut nama2 tempat seperti Menara, Jala, Sentul, Patani dan byk lagi. Tebal btol semangat juangnya.. hingga ke titik tinta pon dia masih berjuang

[ Last edited by eva on 22-12-2004 at 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2004 11:34 PM | Show all posts

Betul tu CHUMPHON

Wpun kita ada perbezaan tentang beberapa perkara, tp aku sokong kau pasal sikap org2 Melayu di SElatan Thai. Sesuatu perlu dilakukan...!
Aku rasa perkembangan terbaru di sana mungkin telah banyak menyedarkan mereka tentang siapa sebenarnya SIAM. Syabas CHUMPHON...

p/s: utk pengetahuan semua, keluarga aku telah 7 generasi (lebih kurang 200 tahun) berhijrah ke Kelantan...selepas kejatuhan Patani pd tahun1786...dari keturunan RAJA
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2005 08:27 AM | Show all posts
Perjuangan Melayu Pattani sukar utk dijayakan tp wajib utk diteruskan.Sukar kerana kesan asimilasi kaum yg telah berlangsung begitu lama hingga Melayu hilang jatidiri dan lupa asal usul keturunan.Bahasa jiwa bangsa,kalau cakap Melayu pun dah tak reti macamana nak ngaku Melayu?

Keturunan Mahsuri generasi ke 7 yg dok kat Pulau Phuket tu pun tak tahu cakap Melayu.Dia skrg belajar kat UIA,harap2 selama dok sini belajar2lah bahasa ibunda tu balik.

Harap2 org2 macam Chumpon berilah kesedaran pada anak bangsa Melayu Pattani di tanah Melayu yg dijajah Siam supaya sadar diri,tahu asal usul.Semoga satu hari nanti yg tak tahu bila Pattani kembali ke pangkuan Tanah Melayu Malaysia.:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2005 06:15 PM | Show all posts
Sebutir bom meletup di Jala; tiga terbunuh lima cedera
PATANI-DARUSSALAM: - Sebutur bom kawalan jauh meletup, pada malam jumaat,di daerah Ku Pinang, wilayah Jala, mengakibatkan tiga terbunuh lima cedera, yang dipercayai dilakukan oleh gerila pembebasan Patani
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 01:32 AM | Show all posts
Setahu aku kes tak bai tu pun, sbb melayu2 pattani nak balik tanah dorg kan?
selain dari pemberontakan ulama' dorg ditangkap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.175659 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list