CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kaypo

Rose Harissa/Nora Ismail

[Copy link]
Post time 10-7-2008 08:47 AM | Show all posts
saya lebih sukakan novel berikan cintamu dari novel cinta mekar di hati. banyak sebab, antaranya saya merasakan novel berikan cintamu lebih dekat di hati saya berbanding cinta mekar di hati. saya lebih mudah tertawa dan menangis membaca novel tersebut.

keunikan novel tersebut jatuh pada hubungan eza dan azalan yang rapat, mesra tapi bukannya bercinta. hubungan platonik mereka pada mulanya bertukar menjadi bibit-bibit cinta. terus terang, saya percaya ramai lelaki yang seperti azalan kerana saya sendiri pernah bertemu dengan orang seperti azalan, caring, responsible...bagi saya karenah azalan bukan dibuat-buat tetapi lebih kerana sifatnya yang penyayang dan begitu concern tentang others. saya suka kedua-duanya, mereka mula bertapak sebagai fresh grads di dunia korporat, sama2 merasai keperitan dunia korporat...bagi saya, cerita mereka yang baru bekerja ni sangat sesuai dan terasa dekat dengan saya. cuma saya mempersoalkan kesetiaan eza yang terlampau menyintai rizal, sampai hampir buta dengan keadaan sebenar. saya rasa sikap rizal yang acuh tidak acuh itu pun banyak benarnya, ada sesetengah lelaki bersikap sebegitu, begitu juga dengan eza yang buta mata hati dek cintakan rizal. watak jahat seperti sheela dan nuyun tu pula, saya rasakan amat jahat, ni macam illogical sedikit. sebabnya memang ada org yang mulutnya jahat tapi tidaklah sejahat mereka berdua...bab2 adanya CCTV tu pun dalam pejabat, boleh diragui sebenarnya. sebab sampai sheela tak perasan kehadiran CCTV tersebut. rasa macam invasion of privacy la pulak kalau betul CCTV tersebut wujud dan disorok sehingga tidak kelihatan. juga begitu byk kebetulan, terutamanya kebetulan tentang adam mendengar perbualan sheela, sheela keguguran kandungan dan sebagainya...tapi kalau tak ada kebetulan, tak jadilah pula cerita saya suka ending berikan cintamu, memang berjaya buat saya saspens sampai habis, ingatkan eza akan kahwin dgn rizal...

untuk cerita cinta mekar di hati, yang ni pula banyak sangat benda yang saya rasa macam tak logik. especially bab ady menyamar, tak bagitahu isteri dia, dia anak orang kaya. cerita ni macam drama samarinda la pulak, kadang2 macam tak berjejak di alam nyata. cerita ady jadi gila, fasha hilang tu saya boleh terima lagi...tapi saya terasa macam ada cacat sedikit sebab fasha seolah-olah banyak berserah kepada nasib dan tidak sebegitu, macam bersungguh untuk mencari suami dia. patutnya dalam novel ini, saya rasa mungkin perlu lebih banyak elemen agama yang menunjukkan fasha ni sangat sabar dalam menghadapi dugaan Tuhan.

macam cerita eza-azalan (berikan cintamu), saya suka baca sebab banyak elemen agama terselit juga, tang2 pula masa azalan bagi ceramah pada eza . banyak yang menyentuh hati saya...

cerita cinta mekar di hati ni seolah-olah macam dragging jugaklah, saya rasa part tengku alis tu mungkin boleh buang, sebab rasa macam jahat sangat. mungkin kena kurangkan sedikit jahat dia...lagi pula part housemate fasha yang berdendam dgn fasha tu, mudah sgt bagi alamat rumah fasha...fasha ni nampak macam lembik sikit, tak macam eza. eza, saya fahamlah, sebab ramai wanita buta kerana cinta. tapi cerita fasha sampai tak ada inisiatif nak cari suami dia, setakat sekali sahaja, tu nampak macam tak logik sangat. sampai anak dia besar dgn fahrin tu...ni betul2 rasa macam tengok telenovela dlm TV, rasa jauh dengan saya, sebab orang-orangnya bukannya saya boleh gapai dan rasa dekat dengan hati. anyway, mungkin part cara perubatan ilmu hitam menggunakan ayat qur'an/etc boleh penulisnya kembangkan lagi...supaya bila baca, kalau ada kalangan pembaca terkena ilmu hitam, boleh ambil iktibar dan cuba amalkan..

dua2 buku pun saya suka, cinta mekar di hati, okay, berikan cintamu- best!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 11:26 AM | Show all posts

Reply #41 mardhiah12's post

buku2 keluaran baru alaf21 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 02:22 PM | Show all posts

Balas #42 mazz2009\ catat

nak kata buku baru, buku lama sebenarnya....
tapi baru berkesempatan baca
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #43 mardhiah12's post

Buku keluaran ALAF21..tahun 2006..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 08:49 AM | Show all posts
ok my review lak untuk buku berikan cintamu

Watak:
Eza Nylea
- seorang gadis yang terlalu setia dan mengharap Rizal
- terlalu lemah lembut -> saya dapat bayangkan Eza ni seorang yang terlalu baik, sebab dia sanggup lagi berkawan dengan Syella & Nuyun
- watak gadis zaman sekarang, dari segi pemakaian dia, dari segi pilihan kereta (Proton Satria) dan dari segi sikapnya
- saya suka watak ni sebab Eza tak manja, dia mmg typical girl.. tapi ramai gadis kalau bercinta, akan manja lebih dengan boyfriend dia. Nampak dia ada pendirian

Azalan
- a very good hero character
- memang seorang sahabat yang baik. Saya memang dapat rasa persahabatan dia dengan Eza memang murni. A true friend!
- akak tulis Azalan ni macam alim, tak suka pegang tangan perempuan etc. tapi saya agak confuse, macam time Eza naik motor dengan Lan. Kalau time Eza naik kereta tu, maybe OK, sebab tak payah pegang Lan ke apa.. tapi time naik motor ni, agak kureng la. Mungkin akak boleh tone down sikit adegan Eza keluar dengan Lan naik motor, naik bas pun OK apa.. sweet sangat
- saya boleh bayangkan Lan ni seorang yang berilmu dalam agama, tapi cam saya tulis, watak dia agak contradict dengan percakapannya

Rizal
- nak komen apa yer? Saya agak kurang kenal Rizal. Tapi maybe that's the point untuk akak sebagai penulis mengembangkan kisah ini melalui watak Eza dan Azalan.
- he sounds exactly macam 90% lelaki di luar sana.. jenis tak kisah awek.. hahahaha

Syella & Nuyun
- saya masih tak faham kenapa Syella masih dendam kesumat dengan Eza, adakah sebab Eza star student, atau sebab Eza berkawan dengan Azalan?
- watak Syella ni mmg duri dalam daging, tapi kadang2 saya rasa Eza ni pun satu, kenapalah lembik sangat. Bila kat hujung tu, Eza mengamuk pasal Syella tu, baguslah akak tulis adegan tu.. nampak la Eza ni dah tak tahan dan dah sampai kemuncak tahap kesabaran dia tu
- hujung cerita, senangnya Eza maafkan Syella & Nuyun. maybe akak boleh tone down sikit, Syella & Nuyun dtg kenduri, sebab dijemput Azalan, mungkin Eza tak dapat maafkan lagi, tapi Azalan boleh bagi kata-kata kat wife dia supaya belajar untuk memaafkan orang. Yelah, dah bertahun-tahun Syella & Nuyun ni dendam kat Eza, alih-alih senangnya Eza maafkan diaorang?

Amir & Dayana
- good support character, ada abang yang membantu Eza semasa Eza susah
- kisah Dayana pun sama, saya suka sebab akak kembangkan kisah Dayana, walaupun kita tak tau apa cerita lepas kedai kek Dayana tutup.

Persekitaran / setting
- GIS background is really good, saya belajar banyak benda. Dan saya ada basic knowledge GIS. Pernah attend explanation pasal GIS, thanks kak sebab membuka mata saya kerja orang GIS macammana
- UTM background: saya dok terkenang zaman saya kat universiti dulu-dulu. Zaman menyewa rumah dengan kawan-kawan, zaman bergaduh dengan housemates.. hahaha, zaman kawan-kawan bercinta monyet. It sure evoke lots of memories. Saya yakin buku ni, kalau promosi untuk target niche customer, orang pertama akan beli adalah pelajar IPT

Plot/ jalan cerita:
- Plot akak susun untuk build up dari zaman Eza belajar sampai kerja, tersusun dan menarik
- Plot simple, memang masalah cinta muda-mudi remaja zaman sekarang. Saya suka kerana terkenang satu ketika dahulu.. hehehe
- Mungkin plot akak boleh kembangkan kisah Syella, walaupun dia musuh ketat Eza, saya nak tau what happened to Syella lepas dia grad master. Bila dia kahwin, macammana dia apply kerja kat GIS tu? Sebab saya nak better understanding pasal watak Syella ni
- Kisah Rizal pun patut dikembangkan, maybe akak boleh tulis kenapa Rizal nampak tak komited kat Eza. Adakah Eza ni sekadar spare part dia? Atau Rizal ni tak cukup duit lagi? Atau Rizal target by 30 baru dia nak kahwin?

Gaya bahasa:
-Santai... sesuai untuk golongan muda dan sesuai dengan tona jalan cerita yang agak relax

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:35 PM | Show all posts
Rose harissa aka Nora Ismail, da same person..
my feveret novellis...yaya suke sume novel2 die n so far dh mngumpul kesemuanya...i like all da books very much...

1.Berikan Cintamu (stlh sekian lame mncari akhirnya jumpe)
2.Mulanya Satu Cinta
3.Cinta Mekar DiHati
4.Serasi di Hati
5.Tuhan Lebih Tahu

Buku 4 dan 5 tu beliau guna nama Nora Ismail, terbitan NB Kara...skang ni pown bliau tgah buat buku baru, nntikan tuk semua pminat Kak Rose..:-)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2009 11:47 AM | Show all posts
Rose Harissa dan Nora Ismail orang yang sama? Tetapi gaya penulisan Serasi di Hati dan Tuhan Lebih Tahu tu lebih 'berani' dan 'panas' berbanding Berikan Cintamu, Cinta Mekar Di Hati dan Mulanya Satu Cinta yang lebih manis dan jiwa-jiwa. Mungkin nama Rose Harissa sesuai dengan kisah jiwang dan nama Nora Ismail sesuai dgn kisah-kisah yang lebih berani dan panas? Apa-apa pun, selamat maju jaya buat penulis ini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 02:12 PM | Show all posts
47# xfilesfan

yups, da same person...nk kenali beliau dengan lebih dekat bleh ke blog beliau...


http://roseharissa.blogspot.com


pepun, luv u k.rose :-)) muahhxx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 01:26 PM | Show all posts
ekceli dia ni bukan ler penulis baru sangat...
TB start bace novel tajuk Mulanya Satu Cinta...memang best sangat...
so, mula dr situ TB terus kumpul novel2 dia....so far novel2 dia mmg x mengecewakan TB...
yang ade dalam collection TB...

Mulanya Satu Cinta - Alaf 21
Kisah cinta si duda mude hensem & anak dara but at the end si dara menjadi janda berhias....hehehheh, so mmg sesuwai duda hensem & janda berhias)

Berikan Cintamu- Alaf 21
Kisahnya seperti yang diceritakan oleh tuan rumah

Cinta Mekar Di Hati - Alaf 21
Kisah pasangan suami isteri yang terpisah angkara pihak ketiga...best!

Serasi DI Hati - NB ( dia guna nama Nora Ismail but she's Rose Harissa sbb dlm buku tu ade e-mail dia)
Kisah bermula dari kawan/ kakak angkat and ending as suami isteri..

Pada sapa2 yang suke kisah cinta happy ending....direkomenkan beli....x rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 12:17 AM | Show all posts
macam dah lama rasanya tak ada buku dr rose harissa..last 'Tuhan Lebih Tahu' masa pesta buku...RH kn produktif. awal tahun hari tu 3 bijik buku baru. tertunggu2 nih.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 9-12-2010 23:48

UPDATE...
nampak semasa berjalan-jalan kat blog geng kicap




...dan cinta pun tersenyum...
Nora Ismail a.k.a Rose Harissa
RM 23.90 (RM 26.90 Sabah/Sarawak)
636 mukasurat
Terbitan NB Kara

Sinopsis -->SINI
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 12:35 AM | Show all posts
alahai...br tau ari nih rose harrisa aka nora ismail....

br jumpa bod nih ari nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 06:58 PM | Show all posts
alahai...br tau ari nih rose harrisa aka nora ismail....

br jumpa bod nih ari nih...
cahaya485 Post at 11-12-2010 00:35


ana dah lama tahu...motip chaya xtahu?xjenguk blog dia ka
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 08:29 PM | Show all posts
ana dah lama tahu...motip chaya xtahu?xjenguk blog dia ka
chit_ana Post at 12-12-2010 06:58 PM


tak penah jenguk blog dia.......harusslah cahya p carik buku2 nora ismail pas nih....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 08:49 PM | Show all posts
tak penah jenguk blog dia.......harusslah cahya p carik buku2 nora ismail pas nih....
cahaya485 Post at 12-12-2010 20:29

peminat setia novel dia eh

add la facebuk rose harissa aka nora ismail.banyak update cite psl dia tau

ni ana x sabar dah nak beli online novel dan cinta pun tersenyum  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 10:28 PM | Show all posts
Reply 51# mijot


    mijot,
    kat MPH tak ada lagi..
    petang tadi saja intai-intai buku baru..
    Buku Alaf21 pun belum ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 10:59 PM | Show all posts
Reply 56# cmf_azure

Hari Selasa baru masuk minerva...
Hari ni baru mula membaca
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 05:17 PM | Show all posts
Reply 57# qimi08


    dah baca, bolehlah bagi review
    tajuk pun dah sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:36 PM | Show all posts
great!!!
got to get it...
LOVE Kak Rose as well ;)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:43 PM | Show all posts
da bc cintamu mekar di hati ngan berikan cintamu.. best.. pnh jumpa kak rose in person.. mmg sporting abes..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.085090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list