CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: homer_simpson

Cinta Kasrynna

 Close [Copy link]
Post time 2-7-2007 02:22 PM | Show all posts
homer bzy ngn study for spm la 2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2007 06:09 PM | Show all posts
-CHAPTER 2-


(Hmm.. boring betul hari ni. Kalau ye pun nak bagi cuti, pilih lah hari yang baik sikit. Ni semua orang lain kerja. Tinggal la aku sorang kat rumah) bisik hati Rihays.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam" (siapa pula yang datang ni)

"Laa.. Mak Ngah! Kenapa tak telefon dulu nak datang?" tergambar kegembiraan bercampur terkejut di wajah Rihays. Mak Cik dia yang seorang ni dah lama dia tak jumpa.

"Dah kalau mak cik telefon pun, kau nak datang ambil mak cik ke?" balas Mak Ngah berseloroh.

(Eh, ya tak ya juga. Telefon pun apa guna)

"Mak Ngah dah telefon mak kau. Haa, Afeehah, masuk la. Buat apa tercegat kat luar tu?" Mak Ngah berkata pada seseorang.

(Afeehah? Macam pernah dengar nama ni) Rihays tertanya-tanya.

"Assalamualaikum.." sapa gadis itu dengan lembut.

(Wau!)

"Mak tak beritahu Rihays ke? Afeehah dapat tawaran sekolah kat sekolah Rihays." jelas Mak Ngah.

"Ya ke? Tak ada pula mak cakap apa-apa."

"Mak kau tu memang."

(Hmm.. Memang nasib baik betul aku ni. Hehe..)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 12:56 PM | Show all posts
homer...lmanye mhilang...bl nk smbng blik ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 04:18 PM | Show all posts
Hari pertama Afeehah di sekolah baru, serba tak kena dibuatnya. Apatah lagi bila dalam kelas. Dia hilang punca. Namun, nasib baik ada juga insan bernama kawan yang sudi menghulurkan salam perkenalan.

"Assalamualaikum..awak ke budak baru tu? Selamat datang", sapa Tina mesra.

"Wa'laikummussalam.. ya... Terima kasih...", balas Afeehah sambil tersenyum.

"Dulu awak sekolah mana?" tanya Tina

"Sekolah dekat Penang"

"Ooo.. kenapa awak pindah sini?" soal Tina lagi.

"Saje", pintas Afeehah sambil menguntumkan senyuman.

(Biarlah aku sahaja yang tahu..) bisik hati Afeehah.

Dengan bantuan Tina, Afeehah mula membiasakan diri. Namun, dia sedikit kekok kerana di sekolah lamanya, semua budak perempuan. Tapi di sini, ada lelaki. Walaupun hampir pupus, bak kata Cikgu Zul, tapi, mereka tetap ada. Dan kewujudan mereka sedikit membatasi pergerakan Afeehah.

Dan keterbatasan itu cepat-cepat disedari Tina.

"Awak tentu tak biasa kan, tiba-tiba bercampur dengan budak lelaki." tanya Tina memecah kesunyian.

"Eh, tak ada lah. Biasa aja. Sekolah baru, mesti kekok". Afeehah cuba menafikan.

"Alah, awak tak payah tipu, saya pun, macam awak jugak dulu. Masa saya sekolah rendah, semua budak perempuan. Adik-beradik saya pun semua perempuan. Kebetulan, ayah saya jurutera, jadi jumpa pun sebulan sekali. Memang hidup saya dikelilingi perempuan. Masa mula-mula datang sini, rasa macam kekok pulak." terang Tina panjang lebar.

"Ooo.."

(Tapi kau lain.. Aku lain..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 04:21 PM | Show all posts
kepada para pembaca, sory sgt3x
oleh kerana sibuk, sy bleh smbung cter ni 1x sminggu je. jadi harap sabar ek..
tq..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 02:22 PM | Show all posts
iye ke..??

okla.. tp lps ni make sure smbng yg pnjng2 pnya tau !!

gurau je.. tp klu blh smbng pnjng2 pn bgus jgk kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2007 02:23 PM | Show all posts
iye ke..??

okla.. tp lps ni make sure smbng yg pnjng2 pnya tau !!

gurau je.. tp klu blh smbng pnjng2 pn bgus jgk kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 11:54 AM | Show all posts
"Another day, another passed by"

Entah siapa yang menyanyi, Rihays pun tak tahu. Yang pasti, seperti hari-hari sebelumnya, hari ini berakhir dengan begitu je.

(Hmmm.. aku ni macam budak tadika je. Tak ada gaya orang nak SPM langsung) bentak hati Rihays. Tapi, manusia. Hari ini memang menyesal, tapi esok lusa, buat balik.

Sejak Afeehah bersekolah di sini, sejak itulah Rihays terpaksa tunggu Afeehah balik. Walaupun Rihays tingkatan 5, namun sesi kelas dihabiskan lebih awal untuk memberi peluang para pelajar belajar secara kendiri. Tapi bagi pelajar "happy go-lucky" seperti Rihays, itu maknanya balik awal.

"Mana Afeehah ni. Orang lain dah balik, dia buat apa kat atas tu", ngomel Rihays sendirian.

Rihays melangkah ke kelas Afeehah. Malas dia nak tunggu lama-lama kat pintu pagar sekolah tu. Di kelas Afeehah, Rihays menyumpah habis-habisan dalam hati.

Rupa-rupanya, Mr. Overclock sedang tekun mengajar.

(Cis, dia ni yang mengajar. Sampai esok pun tak habis)

Mr. Overclock, atau seperti yang tercatat dalam IC, Cikgu Ali, memang seorang yang suka mengajar. Kalau 1 jam memang tak cukup. Terpaksa lah Rihays duduk kat luar tunggu Afeehah.

Kemudian, hingar-bingar kedengaran. Rupa-rupanya kelas dah habis. Rihays tekun tunggu kelibat Afeehah. Tapi selepas seorang, seorang yang keluar, tak nampak pula kelibat Afeehah.

(Mana pulak budak ni?)

"Abang Rihays, dah lama ke tunggu?" sapa Afeehah.

"Eh, baru je tunggu. Jom la kita balik. Dah lewat dah ni". Jawab Rihays.

Mereka berjalan beriringan. Bangga juga Rihays bila gadis secantik Afeehah berjalan bersamanya. Tapi bila diingatkan balik, Afeehah tu sepupu dia. Hancur harapan..

[ Last edited by  homer_simpson at 20-7-2007 11:55 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 09:37 AM | Show all posts
now ksah rihays lak ekk homer...
juliet nk sngt tau .. hbngn rynna n kasr 2 mcmna skrg ni ekk...
nant smbng lg ye klu x bzy... cpt2 skit
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 06:46 PM | Show all posts
smbung lagik homer,sntai aje citer homer ni.:tea:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 04:21 PM | Show all posts
oleh kerana sibuk sgt3x, cerita ni mungkin tergantung sekejap. tapi, saya akan post reply yg panjang2 lepas ni untuk tebus kekurangan. maafkan saye sebab buat semua tertunggu-tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 04:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:02 PM | Show all posts
tgu abis peksa la niiiiiii   baru sbg ek  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.348520 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list