|
Kalau semua dah tersurat oleh Allah....Apa hak kita sbg hamba-Nya??
[Copy link]
|
|
pada haku w/pon segalanya telah tersurat oleh Allah........ttp kita sebagai hamba adalah bert/jawab utk mentaati segala perintah Allah..........seorang hamba tidak akan mempersoalkan apa habuan yg akan diterima dr tuannya.......tugas dia cuma ikut sahaja apa arahan tuanya tanpa banyak persoalan..... kenapa begitu dan begini....... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula dgn kes mangsa rogol...
adakah itu takdir utknya..?
padahal xde sesiapa yg mahu benda tu terjadi pada diri nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah takdir tu Allah paksakan kepada kita?
Adakah Allah paksa perogol tu merogol atau Allah tetapkan takdir begitu sebab perogol tu memilih untuk merogol?
Kalau Allah yang paksakan kita mengikut takdir kenapa Allah buat hukum hudud? |
|
|
|
|
|
|
|
dari segi perilaku PEROGOL tu...mmg tu bkn takdir..
sbb tu pilihan dia...sb kita di beri akal tuk mimilih jalan kita..
samada baik @buruk..
tp dr segi yg mjadi mangsa yg di rogol tu lak camner... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi perogol tu............... bukan takdir? pada pendapat polariz, apa maksud takdir?
kalau orang eksiden atas kecuaian orang lain pulak sama ke tak dalam kes kena rogol?
takdir ditentukan bukan hanya kerana pilihan seseorang, ia termasuk semua perkara-perkara yg tidak terfikir oleh manusia. Hanya Allah dengan ilmu dan sifat-sifat Nya sahaja yang mengetahui. Apa sangat kita nak fikir pasal takdir yang ditulis oleh Allah dengan sifat Maha Mengetahui, Maha Agung dan segala AsmaulHusna. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 ibnur's post
saya ckp "mjadi Perogol" tu bkn takdir bg dr dia, bsandarkan apa yg sy faham dlm petikan ni :-
Originally posted by blastoff at 27-10-2007 08:57 AM
Allah menetapkan bahawa setiap ciptaanNya adalah tertakluk di bawah undang2 alam (sunnatullah) . Apakah ketetapan undang2 Allah untuk ciptaanNya yang bergelar manusia ?
Undang2 Alam ciptaan Allah menyatakan :
(1) -- sebagai manusia , kita ada otak maka kita mampu berfikir dan membezakan di antara baik dan buruk . Kita nak guna atau tak nak guna kemampuan otak kita ini adalah atas kerelaan hati kita sendiri . Apabila kita berfikir maka kita melakukannya dengan kehendak hati kita sendiri tanpa paksaan dari Allah .
(2) -- sebagai manusia , kita ada kemampuan untuk memilih perbuatan apa yang kita nak buat menurut kesukaan hati kita .Dan ini bermakna Allah tak paksa kita tapi kita atas kerelaan hati kita sendiri pilih untuk melakukan setiap perbuatan kita dalam hidup kita , samaada baik atau buruk .
(3) -- namun sebagai manusia , kita tak ada kemampuan untuk memilih akibat dari perbuatan kita yang bakal menimpa kita samada di dunia atau di akhirat maka ini kita boleh namakan sebagai paksaan dari Allah .
Jadi (1) dan (2) kita boleh kawal , tapi yang ke (3) adalah di luar kawalan kita . Maka persoalannya disini wajarkah Allah memaksakan agar kita menanggung akibat dari setiap perbuatan yang kita sendiri pilih untuk lakukan ?
Kita buat satu lagi parable agar mudah faham .
cuma muskhil bg pihak mangsa yg dirogol...huhuhu
dah pening dah pale...
P/s :sbnrnya selama ni xpernah amik tau pun pasal takdir ni... Sbb sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui........ Cuma bila dah terpandang thread ni mbuatkan pola teruja nak mgetahui % mdalami soal TAKDIR... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg keje syaitan itu menyesatkan anak2 adam. |
|
|
|
|
|
|
|
manuisa diberi aqal untuk mengelak dari berlakunya bencana ke atas dirinya . . .boleh jadi dengan usaha dan doa . . . . . namun apabila musibah berlaku maka itu adalah takdir . . . terima je la kerana itu kehendakNya . . . mungkin sebagai kifarahata dosa yang lalu atau dugaan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 30-10-2007 09:08 AM
Bagaimana pula dgn kes mangsa rogol...
adakah itu takdir utknya..?
padahal xde sesiapa yg mahu benda tu terjadi pada diri nya..
Takdir tak bermaksud paksaan . Takdir bermaksud ketentuan undang-undang semulajadi yang Allah tetapkan yang berlaku keatas semua makhluk ciptaanNya . Dan ketentuan undang-undang semulajadi (takdir) ini bukannya satu saja tapi banyak dan menurut keadaan serta masa . So kita kena faham apa maksud takdir. Ketentuan undang-undang semulajadi atau takdir yang Allah tetapkan untuk manusia di antaranya adalah apa saja yang kita lakukan akan ada kesannya hasil dari kelakuan kita itu .
Contoh :
Kalau manusia makan , kesan tindakan makan adalah kenyang ,adakalanya tak kenyang .
Kalau manusia baling bola tennis , kesan tindakan membaling bola adalah bola akan bergerak ke sesuatu arah .
Kalau manusia berjalan , kesan tindakan berjalan adalah tubuh manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain .
Kalau manusia membunuh manusia lain , kesan tindakan membunuh adalah manusia yang di bunuh mati , keluarga mangsa sengsara .
Kalau manusia merogol manusia lain , kesan tindakan merogol adalah mangsa rogol sengsara jiwa dan raga .
Rentetan peristiwa yang berlaku disebut takdir Allah. Kalau ini berlaku dibuat oleh makhluk ini , maka ini kesannya , kalau itu berlaku dibuat oleh makhluk itu maka itu kesannya dan seterusnya , jadi takdir Allah adalah berbeza menurut makhluk yang membuatnya , keadaan dan masa . Salah faham yang berlaku dalam memahami takdir adalah kita meletakkan satu takdir bagi semua makhluk , keadaan dan masa ! Sedangkan hakikatnya tak begitu , berbagai takdir untuk berbagai makhluk, dalam berbagai keadaan pada berbagai masa !
Kita perlu faham bahawa perogol merogol atas kehendak sendiri , pembunuh membunuh atas kehendak sendiri juga . Ketentuan undang-undang semulajadi dari Allah (takdir) juga yang menetapkan perogol dan pembunuh berkeupayaan bertindak ikut suka hati tanpa paksaan dari Allah . Jadi kalau Allah tak paksa kelakuan pembunuh dan perogol itu kenapa pula nak salahkan Allah atau takdirNya atas apa yang menimpa mangsa bunuh dan rogol . Perogol dan pembunuh buat atas kerelaan hati sendiri tanpa paksaan dari Allah maka pembunuh dan perogollah yang perlu dipersalahkan atas kelakuan mereka .
Bagi mangsa rogol , kalau ada perogol maka kena ada mangsa yang nak dirogol , barulah perogol boleh disebut sebagai perogol ! Maka ketentuan undang-undang semulajadi dari Allah menetapkan kena ada mangsa rogol dalam setiap kejadian rogol . Mangsa rogol menderita kesan akibat dari tindakan si perogol maka siperogollah yang akan dihukum oleh Allah dan siperogol lah yang perlu dipersalahkan dan bukannya Allah . Allah tak pernah perintahkan dia merogol , mana ada undang-undang Allah yang kata " Aku Tuhanmu memerintahkan agar manusia menjadi perogol " ! Bila Allah tak pernah perintah manusia merogol dan Allah tak pernah paksa manusia agar merogol maka Allah tak boleh di salahkanlah apabila manusia bertindak merogol ! Simangsa menderita pun adalah kesan akibat perbuatan perogol yang dibuat ikut suka hati dia tanpa Allah suruh atau paksa dia agar merogol !
[ Last edited by blastoff at 30-10-2007 05:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung sikit lagi tentang takdir
Allah tak takdirkan kita dipaksa oleh Nya untuk buat dosa jadi dosa kita maka kitalah yang perlu dipersalahkan sebab kita sendiri pilih nak buat dosa .
Allah takdirkan ada manusia yang akan menderita di dunia atas berbagai-bagai sebab , kenapa ? Kenapa Allah tak hapuskan saja penderitaan manusia kat dunia ini agar semua manusia bahagia sahaja tanpa mengenal erti penderitaan ? Kerana Allah dah cipta tempat yang semua penghuninya cuma bahagia sahaja tanpa mengenal derita yakni syurga !
Takdir Allah untuk tempat yang bernama dunia adalah ada derita dan ada sengsara dalam dunia . Jadi apabila kita tinggal di dunia maka kita akan mengalami bahagia dan derita.
Takdir Allah untuk tempat yang bernama syurga pula adalah ada bahagia saja dalam syurga. Kalau kita tinggal di syurga pula maka kita bahagia sajalah.
Takdir Allah untuk tempat yang bernama neraka adalah ada derita saja dalam neraka . Kalau kita tinggal di neraka pula maka kita sengsara sajalah.
Kalau tak nak derita maka kena usaha seperti yang disuruh oleh Allah untuk mendapat peluang menetap di syurga lah agar tak menderita .
Jelas terdapat berbagai takdir Allah yang berlaku dalam berbagai keadaan pada berbagai tempat dalam berbagai masa . Jadi jangan sekali-kali kita merasakan yang takdir Allah ni cuma satu sahaja untuk semua keadaan , tempat dan masa ! |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah orang-orang kafir (terutamanya forummer Barney di bod RSF) sering beranggapan bahwa takdir Allah bermakna Allah paksa segalanya berlaku termasuk kehendak dan kelakuan manusia pun paksaan Allah jadi Allah perlu dipersalahkan atas segalanya , jelas mereka meletakkan satu takdir untuk segalanya , padahal takdir Allah adalah pelbagai menurut makhluk, keadaan, tempat dan masa ! Ibu mana yang mengandungkan kita , negara mana kita lahir , bangsa apa kita asal dan rupa paras kita memanglah Allah takdirkan kita tak boleh pilih tapi kita boleh pilih keinginan dan kelakuan kita . Mana ada Allah takdirkan kehendak dan keinginan manusia satu paksaan dariNya ! So takdir tak sama untuk semua keadaan !
[ Last edited by blastoff at 30-10-2007 06:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ok...Thanks...sy faham skit2....
nak tanya, Soal kematian juga adalah takdir...
kita mati dlm keadaan camni..mati dalam keadaan camtue..
semua nyer dah tertulis dalam luh mahfuz..
dr apa yg pola tau, masa sblm kita ditiup janin ke purut ibu..
kita ditanya allah...tuk memilih nak mati dlm keadaan macam mana kan...
kalo mati dlm keadaan yg myedihkan...
makna nya itu yg kita pilih...nape kita pilih camtu..
(errkkk bdosa ke kalo kita pk jauh sgt camni sememangnye xtercapai dek akal kita tuk fikirkan hal2 camni....cuma dlm dr ini ada rs ingin tahu kenapa dan mgapa...)
Waallahualam....
[ Last edited by polaris_girlz at 31-10-2007 07:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dr apa yg pola tau, masa sblm kita ditiup janin ke purut ibu..
kita ditanya allah...tuk memilih nak mati dlm keadaan macam mana kan...
kalo mati dlm keadaan yg myedihkan...
makna nya itu yg kita pilih...nape kita pilih camtu..
betul ke berlaku dailog antara Allah dengan manusia (semasa janin) tu? Perlu ke Allah tanya untuk kita pilih yang mana? Bukan ke Allah Maha mengetahui semua perkara yang dahulu, yang akan datang, yang ghaib dan yang terang? Atau Allah menetapkan takdir kita tu kerana Allah Maha Mengetahui. Belum kita lahir lagi Allah tau dah apa nak jadi dengan kita. Tu ler yang ditulis di Lauh Mahfuz. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 ibnur's post
ya...betul.... pola takyah fikir banyak...
fokuskanlah apa yg perlu dibuat semasa masa yg ada nie....
itu yg paling penting....hanya itu saja yg kita ada utk Tuhan nilai....
tak kira siapa....hanya itu saja yg Tuhan nilai... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 ussopp's post
betul gak tu, bila kita start fikir pasal takdir, macam-macam teori keluar.
walaupun Allah tu dah mengetahui takdir kita, kita ni masih tak tahu. itu ler kelebihan yang ada pada kita. iaitu, kita tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
yup, sy setuju sbb ada takdir yg mati cepat & ada yg mati lambat... cthnya arwah adik sy yg masih muda!! mesti dia sendiri pun tak tahu takdir dia akan mati muda sebab dia mati dlm keadaan masa yg terlalu cepat... terlalu banyak benda/perkara yg belum tercapai olehnye!!!
kdg2 saya pun sendiri tertanya2 kenapa ada yg mati cepat & lambat?? kenapa org yg kita sayangi pegi terlalu cepat & org yg kita tak kesah tak pergi2 lagi??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 31-10-2007 07:45 AM
nak tanya, Soal kematian juga adalah takdir...
kita mati dlm keadaan camni..mati dalam keadaan camtue..
semua nyer dah tertulis dalam luh mahfuz..
dr apa yg pola tau, masa sblm kita ditiup janin ke purut ibu..
kita ditanya allah...tuk memilih nak mati dlm keadaan macam mana kan...
kalo mati dlm keadaan yg myedihkan...
makna nya itu yg kita pilih...nape kita pilih camtu..
(errkkk bdosa ke kalo kita pk jauh sgt camni sememangnye xtercapai dek akal kita tuk fikirkan hal2 camni....cuma dlm dr ini ada rs ingin tahu kenapa dan mgapa...)
Waallahualam....
Ok , kita hanya boleh kawal usaha kita , kita nak buat baik ke , nak buat jahat ke , itu atas pilihan kitalah maka usaha kita bukan paksaan dari Allah . Tapi apa saja yang merupakan akibat , kesudahan atau hasil usaha kita adalah di luar kawalan kita dan ini merupakan ketentuan / paksaan dari Allahlah .
contoh:
Si A usaha (perbuatan) nak bunuh diri dengan menggunakan pistol jadi usaha yang dia buat adalah pilihan hati dia tanpa paksaan dari Allah maka di akhirat nanti dia akan di balas berdasarkan pilihan yang dia usahakan itu . Lalu si A ni mati pecah kepala . Maka kematian A adalah hasil atau akibat dari usaha dia untuk bunuh diri oleh itu kematian A adalah diluar kawalan A tapi ditentukan oleh Allah. Maka bunuh diri (perbuatan) adalah pilihan A tapi kematian pecah kepala (hasil kejadian) adalah ketentuan Allah . Rentetan peristiwa atau hasil kejadian yang berlaku adalah menurut ketentuan undang-undang semulajadi yang Allah tetapkan (hukum sebab musabab) maka keseluruhan kejadian tersebut itu berlaku menurut takdir Allahlah .
Jadi jelas usaha (perbuatan ) kita adalah pilihan kita sendiri tapi akibat atau hasil kejadian yang berlaku diakibatkan oleh usaha kita adalah ketentuan Allah tanpa dapat kita pilih . Di akhirat nanti kita akan di balas berdasarkan usaha yang telah kita lakukan semasa hidup di bumi sebab kita hanya bertanggungjawab ke atas perkara yang kita boleh kawal saja . Sebab itu orang yang gila tak dipertanggungjawabkan atas apa yang dia buat sebab setiap perbuatan dia berlaku di luar sedar tanpa dapat dia kawal . Sebab itu kita selalu dengar orang kata " kita hanya boleh berusaha tapi Allah yang tentukan kesudahannya " .....maknanya usaha kita boleh kawal tapi akibat atau kesudahan atau hasil adalah ditentukan oleh Allah tanpa dapat kita kawal atau pilih sesuka hati kita . Sebab itu setengah orang yang jatuh basikal aje dah mati tapi setengah orang jatuh condo 13 tingkat pun masih hidup ! Ada orang yang buat aktiviti yang amat berisiko seperti panjat gunung , buat base jumping , redah taufan , jelajah kawah gunung berapi tapi tak mati pun tapi ada orang yang tengah tidur pun boleh mati ! Maka jelas kematian ditentukan oleh Allah tanpa pilihan dari kita . Oleh itu pandangan yang kata kita boleh pilih macam mana kita nak mati itu adalah satu pandangan yang batil dan tak benar .
Lihat maksud ayat-ayat Quran di bawah yang jelas menyatakan bahawa kita tak diberi pilihan bila dan macam mana kematian kita
[3.168] Those who said of their brethren whilst they (themselves) held back: Had they obeyed us, they would not have been killed. Say: Then avert death from yourselves if you speak the truth.
[4.78] Wherever you are, death will overtake you, though you are in lofty towers, and if a benefit comes to them, they say: This is from Allah; and if a misfortune befalls them, they say: This is from you. Say: All is from Allah, but what is the matter with these people that they do not make approach to understanding what is told (them)?
[23.99] Until when death overtakes one of them, he says: Send me back, my Lord, send me back;
[21.35] Every soul must taste of death and We try you by evil and good by way of probation; and to Us you shall be brought back.
Sesungguhnya hanya Allah yang tentukan kematian setiap makhluk yang di ciptaNya , mereka tidak di beri pilihan bila dan bagaimana kematian mereka .
[32.11] Say: The angel of death who is given charge of you shall cause you to die, then to your Lord you shall be brought back.
[56.60] We have ordained death among you and We are not to be overcome,
[40.68] He it is Who gives life and brings death, so when He decrees an affair, He only says to it: Be, and it is.
[10.56] He gives life and causes death, and to Him you shall be brought back.
23.80] And He it is Who gives life and causes death, and (in) His (control) is the alternation of the night and the day; do you not then understand?
[25.3] And they have taken besides Him gods, who do not create anything while they are themselves created, and they control not for themselves any harm or profit, and they control not death nor life, nor raising (the dead) to life. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk lebih mudah kita faham , kta cuma perlu ingat
Allah tetapkan melalui takdirNya : Setiap perbuatan diri kita sendiri adalah tanggungjawab kita jadi kita akan dipertanggungjawabkan dengan di beri balasan oleh Allah samada di dunia atau di akhirat .
Allah tetapkan melalui takdirNya : Setiap kejadian yang menimpa diri kita di dunia atau di akhirat adalah ketentuan Allah , sebagai ujian atau balasan ke atas dosa-dosa kita sebelum ini .
Perogol boleh pilih perbuatannya maka dia akan dihukum samada di dunia atau di akhirat . Sebaliknya mangsa rogol tak boleh pilih kejadian yang menimpanya . Bagi mangsa rogol kejadian yang menimpanya adalah sebagai satu ujian ataupun balasan terhadap dosa-dosa dia sebelum ini .
Pembunuh boleh pilih perbuatannya maka dia akan dihukum samada di dunia atau di akhirat . Sebaliknya mangsa bunuh tak boleh pilih kejadian yang menimpanya . Bagi mangsa bunuh , kejadian yang menimpanya adalah sebagai satu ujian ataupun balasan terhadap dosa-dosa dia sebelum ini . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 31-10-2007 09:29 AM
Atau Allah menetapkan takdir kita tu kerana Allah Maha Mengetahui. Belum kita lahir lagi Allah tau dah apa nak jadi dengan kita. Tu ler yang ditulis di Lauh Mahfuz.
Ye , tertulis di Lauh mahfuz sebab Allah Maha Mengetahui dan juga sebab Allah menetapkannya begitu . Sejak Azali lagi yakni ketika tidak wujud apa saja ciptaanNya , Allah sudah menetapkan segala ketentuan undang-undang semulajadi yang akan berlaku ke atas apa saja ciptaanNya . Jadi apa logiknya ketentuan takdir Allah berlaku sejak Azali , sebelum kewujudan apa saja ciptaanNya ? Kang nanti kalau Allah wujudkan malaikat dulu kemudian baru tetapkan takdirNya , nanti adalah orang yang akan menyatakan malaikat tolong Allah dalam menetapkan TakdirNya maka mereka akan ada asas nak kata malaikat tu Tuhan atau partner Tuhan ! Tapi di sebabkan Takdir Allah telah wujud sebelum kewujudan apa saja ciptaanNya maka mereka ini tak ada asas lah nak kata malaikat ada saham dalam ketentuan setiap Takdir Allah . Itu memperlihatkan bahawa kekuasaan menentukan dan mentadbirkan setiap ciptaanNya adalah kepunyaan Allah semata-mata tanpa dikongsi dengan mana-mana makhluk ciptaanNya sebab sebelum apa saja makhluk ciptaanNya wujud , TakdirNya telah sedia wujud , jadi tak ada satu pun makhlukNya yang boleh claim kata mereka ada saham Ketuhanan . Itulah bukti keesaan , kebijaksaan dan kekuasaan mutlak Allah . |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, Kau sejahterakanlah roh jasad dan iman diriku serta seluruh umat Islam, Allahumma fazna minha, Amin.
Allah S.W.T lah pencipta pentadbir Arash , Syurga dan neraka serta segala isi2nya, begitu juga 7 petala langit dan bumi dan diantaranya, peredaran malam siang, musim, planet cakerawala, pasang surut laut, degupan jantung, peredaran darah, fikiran dan hati setiap manusia, semuanya dalam pentadbiran pengetahuan Allah, berape banyak ikan kehidupan lautan, dedaun di hutan, binatang melata didaratan serta burung berterbangan, semuanya dalam pentadbiran Allah, roh jasad yang lahir dan mati juga dalam pengetahuan Allah, usaha kudrat kita, makan minum kita, sihat sakit, nafsu niat semuanya datang dari Allah, Allah lah yg beri rezki pada setiap makhluknya, dari laut daratan dan langit Allah keluarkan asbab untuk makhluknya memenuhi keperluannya dari alam roh sampailah saat kematian, Allah lah yang menjaga saat kita tidur serta jaga, dan Allah juga akan matikan kita serta bawa kepada kehidupan sebenar, maksud Allah beri kehidupan duniawi untuk kita kenal Allah, untuk cinta Allah, sesiapa yang mencintai Allah dialah kekasih Allah, Nabi2, Allah hantar untuk tunjuk bagaimana cara kehidupan yang Allah kehendaki dan berkati, setiap pergerakan Nabi adalah bertepatan dengan kehendak Allah, Nabi Muhammad S.A.W, Allah hantar sebagai penyelamat bagi seluruh umat sampai akhir zaman, percakapan perbuatan akhlak hati serta amal Nabi amat Allah sukai, malah sesiapa yang meniru ape sahaja yang dibuat oleh Nabi akan menerima kejayaan, atas maksud itulah umat ini dihidupkan dihantar dibumi ini, untuk mentauhidkan Allah beramal soleh cara baginda Nabi S.A.W, kejayaan umat ini dalam agama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|