|
Reply #41 medangmru's post
Kalo kapcai naked nih..aku paling suka Honda Nova Dash 125 RS..motor nih ganas giler...dahler pakai mono swing arm...enjin power giler... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #42 tossee\ catat
Fuh......single Arm ye toss....mmg hebat... |
|
|
|
|
|
|
|
peh!
tanpa sobab |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 tossee's post
ini legend ni kat land of tom yam.....apa lg toss bwak masuk ler satup kot kg ko....gunakan kemudahan yg hader... |
|
|
|
|
|
|
|
urm..suzuki 150 tu urm sgt..tak thn tgk...ak dah nmpk pum disc depan blkg yg bakal dicuri oleh rempit2 celaka pas ni...awas..nisin tu..tidak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Acong at 20-10-2008 08:40 AM
yang nie kaa?
http://w3.bikepics.com/pics/2008%5C10%5C12%5Cbikepics-1446322-800.jpg
pergh..batlax C..idaman ramai ni....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Padanan grafik garang tarikan Shogun
Oleh Mohd Razlan Salleh
PUAS... Itulah yang dapat penulis katakan selepas menunggang uji model terbaru, Suzuki Shogun 125 RR klac automatik yang dipinjamkan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, baru-baru ini.
Walaupun jenama motosikal ini kurang diminati golongan muda, kehadiran model terbaru ini menunjukkan ia mampu bersaing, malah lebih baik berbanding jentera lain sekelas dengannya.
Dilengkapi penghidup elektrik, Shogun mudah dihidupkan dan sesuai untuk penunggang wanita berkasut tinggi.
Padanan grafik garang menambahkan lagi gaya jentera terbaru ini dan pasti menjadi perhatian penunggang motosikal lain.
Sebaik pendikit minyak dipulas, kuasa yang dibekalkan cukup untuk melonjak motosikal penulis jauh di hadapan.
Shogun dilengkapi suis posisi pendikit yang memberi maklum balas segera kepada pemasa enjin untuk meningkatkan prestasi bagi pecutan lebih cepat dan kelajuan maksima disamping mengoptimumkan penggunaan bahan api.
Kejuruteraan tinggi Suzuki membolehkan enjin Shogun diberi nafas baru apabila ruang pembakaran kepala silinder direka semula dengan mengecilkan sudut injap serta bukaan injap lebih besar bagi meningkatkan kecekapan pembakaran.
Untuk pengendaliannya, Shogun RR dipadankan dengan kotak gear manual klac automatik empat kelajuan yang lancar selain pecutan jentera ini di jalan lurus mampu mencapai kelajuan melebihi 110 kmj.
Dari segi rekaan, bentuknya yang semakin meruncing termasuk pada bahagian hadapan dan belakang membolehkan ia bergerak lebih pantas dengan aliran angin lebih lancar.
Penggunaan lampu depan multi-reflektor dua rangkap dengan pancaran yang lebih luas dan terang manakala lampu brek belakang jenis LED menambahkan lagi 'seri' motosikal terbaru ini.
Paling mendapat perhatian, brek cakera pada kedua-dua roda lebih menonjol serta memberi kuasa membrek lebih cepat dan selamat.
Brek depannya bersaiz 290 milimeter (mm) adalah yang terbesar dalam kelasnya manakala brek belakang berdiameter 220 mm.
Sayangnya, model ini tidak dilengkapi ekzos Yoshimura yang terkenal dikalangan 'mat motor' tulen.
Ekzos rekaan khas itu adalah aksesori pilihan dan pembeli boleh mendapatkannya jika berminat.
Bagaimanapun, model Shogun terbaru ini menggunakan teknologi PAIR (Pulsed-secondary Air-Injection) Suzuki yang mampu mengurangkan emisi ekzos dan lebih mesra alam.
Daripada sudut keselamatan pula, Shogun dilengkapi Sistem Kunci Pusat iaitu penutup mudah pengendalian menggunakan magnet yang terdapat pada setiap hujung kunci untuk mengelakkan kecurian.
Ruang penyimpanan bawah tempat duduk sebesar tujuh liter boleh memuatkan baju hujan dan beg kecil dengan selamat.
Suzuki Shogun RR didatangkan dengan variasi enam warna pilihan iaitu New Titan Black dan kombinasi dwi-warna iaitu Autumn Red/New Titan Black, Brilliant White/New Titan Black dan Marine Blue/New Titan Black.
Berharga RM5,253.75 bagi 125 RR (tanpa insurans), Shogun adalah sebuah motosikal yang sesuai untuk tunggangan seharian tanpa berkompromi dengan kuasa, keselamatan dan penjimatan.
MODEL: Suzuki Shogun 125 RR
ENJIN: Empat lejang sejukan udara SOHC
KUASA: 124 cc
SISTEM PENGHIDUP: Elektrik dan tendang.
SUSPENSI DEPAN: Teleskopik, spring lingkaran, perendam minyak.
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun, spring lingkaran, perendam bunyi
TRANSMISI: Empat kelajuan
KAPASITI TANGKI MINYAK: 4.3 liter
HARGA: RM5,253.75 (tanpa insurans) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #53 amazed\ catat
gambo ade x? |
|
|
|
|
|
|
|
bulan ni jual LC..bulan depan pakai shogun..yea! yea! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #55 orangdalam\ catat
Errrrrrrrr...siyes ke ko ni OD.....
brapa mau tolak itu LC?? |
|
|
|
|
|
|
|
iyolah tu Od...... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #58 t@t\ catat
mekaceh bang t@t
OD, ko pasti ke motor ko tu LC? Bukan Lexur? |
|
|
|
|
|
|
|
muto Od brand niktrosood....brand baru....terhangat di pasaran..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|