|
Participant in LIMA Airshow - Info Berkaitan Pesawat dan Perlatan...
[Copy link]
|
|
40# Canaletto
thanx bro, ada satu lagi opsyen, bawak khemah, pasang kat tepi pantai, awal2 pagi leh mandi laut, duit pun jimat, xyah nak sewa... lagi satu opsyen, tido dlm kete, bawak kete sendiri (rege tambang kereta utk naik feri around rm100-200 ikut jenis kereta n cc)... |
|
|
|
|
|
|
|
80,000 dijangka kunjungi LIMA '09
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Lebih 80,000 orang dijangka mengunjungi Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA '09) yang akan diadakan selama lima hari bermula 1 Disember ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, 24 negara akan menyertai pameran tersebut termasuk dari Kesatuan Eropah (EU), Australia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Poland dan Norway.
Beliau berkata, 10 ruang pameran atau pavilion telah didirikan setakat ini mewakili Belarus, Perancis, Jerman, Rusia, Korea Selatan, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat termasuk Malaysia yang mempunyai pavilion terbesar diikuti oleh Itali.
"LIMA '09 dijangka disertai 330 pemamer. Daripada jumlah itu 65 peratus merupakan pemamer antarabangsa dan bakinya wakil tempatan,'' katanya pada sidang akhbar sempena majlis menandatangani kontrak Lima '09 antara kerajaan dan para penaja di sini semalam.
Kerajaan diwakili oleh Abu Bakar manakala penaja LIMA '09 diwakili oleh Ketua Pegawai Korporat Celcom (Malaysia) Berhad, Mohamed Adlan Ahmad Tajudin; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon (M) Malaysia, Liew Sip Chon; Pengarah Perniagaan Perbankan Affin Bank Berhad, Amirudin Abdul Halim dan Naib Presiden Eksekutif, Bahagian Kerajaan, Telekom Malaysia Berhad, Datuk Kairul Annuar Mohamed Zamzam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.
Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohd. Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Udara, Lt. Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar.
Penganjur tunggal LIMA '09 adalah HWLIMA Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarah Urusannya, Ahmad Dzuhri Tan Sri Abdul Wahab.
Sementara itu Abu Bakar berkata, sebanyak 53 buah pesawat dan 71 buah kapal akan mengambil bahagian pada pertunjukan LIMA yang masuk tahun ke-10 itu.
Menurutnya, antara syarikat pertahanan dunia yang akan menyertainya adalah MBDA dari Perancis, SAAB dari Sweden dan Navantia dari Sepanyol.
Beliau berkata, pameran udara dan maritim akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sementara demonstrasi bot dan aset-aset maritim akan diadakan di Awana Porto Malai.
Selain itu, kata beliau, sepanjang pameran tersebut, Kementerian Pelancongan akan mengadakan Karnival Pelancongan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam di Awana Porto Malai dan Pekan Kuah.
LIMA yang dianjurkan dua tahun sekali sejak 1991 akan dibuka kepada delegasi dalam dan luar negara, pengunjung perniagaan serta anggota pertahanan bermula 1 Disember ini.
Pameran tersebut akan dibuka kepada orang awam pada hari terakhir iaitu 5 Disember ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by asher at 28-10-2009 13:07
SAAB dari Sweden? Gripen ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Gripen aje le tinggal....oh dengan sistem Erieye..RBS23 ka..... |
|
|
|
|
|
|
|
41# venez
Sib baik rumah dan kereta aku kat Langkawi |
|
|
|
|
|
|
|
Gripen kasi tapau 36 bijik.................... |
|
|
|
|
|
|
|
45# Canaletto
jangan tahun nih kena tido dlm C-130 dahler, hotel ada tapi asyik x sempat nak balik hotel... huk3 |
|
|
|
|
|
|
|
47# venez
ok la tu....silap2 bole balik mlm, besok pagi terbang balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
41# venez
Sib baik rumah dan kereta aku kat Langkawi
Canaletto Post at 28-10-2009 19:43
Tumpang masa LIMA nanti? Heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Kehadiran MPA TNI-AU Ke LIMA 2009 Amat Dinantikan!
Bangkok, KLS: PT DIRGANTARA Indonesia mengesahkan kepada pihak KL Security Review bahawa wujud perancangan untuk menghantar sebuah pesawat CN-235-220 MPA milik TNI-AU Ke Lima 2009.
Inilah sebahagian daripada kerja-kerja kempen promosi pesawat rondaan maritim ini kepada TUDM.
http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20091106_04.html |
|
|
|
|
|
|
|
51# jin9708
moncong aircraft ni mcm moncong itik je.... |
|
|
|
|
|
|
|
list static display LIMA 09 dah kuar ke blom? |
|
|
|
|
|
|
|
List Poremner MPSA yg pegi pun dah kuar blom??? Sapa pegi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Navy's pride to wow visitors
KUALA LUMPUR: French naval defence contractor DCNS will again make its presence felt at the Langkawi International Maritime and Aerospace exhibition this year.
In fact, its booth at the Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) is expected to be one of the main draws, thanks to the KD Tunku Abdul Rahman.
The pride of the Royal Malaysian Navy, the KD Tunku Abdul Rahman was built by DCNS and arrived here earlier this year.
The Scorpene submarine will be on display at Porto Malai and is expected to be the mainstay of the maritime display, and the run-off from the vessel's presence will likely mean more visitors to the DCNS booth at the MIEC.
DCNS is a major player on the European and world markets for value-added naval defence systems.
As a naval prime contractor, shipbuilder and systems integrator, DCNS combines resources and expertise spanning the naval defence value chain and entire system lifecycles. The company delivers innovative solutions from integrated warships to strategic systems, equipment and services.
At Lima '09, DCNS will highlight, among other things, its expertise in submarine design and construction through the Scorpene.
"Asia Pacific is a very important market for DCNS. We have a strong and growing presence here through our local subsidiaries and joint ventures with local partners," said DCNS chairman and chief executive Patrick Boissier.
At present, DCNS' customers in the Asia-Pacific region, apart from Malaysia, are India, Pakistan, Singapore, Taiwan and Thailand.
A statement by DCNS said the company promotes the vital role of modern naval defence capabilities in enhancing economic development, regional security and stability, and establishing peace and cooperation among nations in the Asia-Pacific region.
DCNS will be with 22 other French companies in the pavilion exhibiting various products, services and expertise.
The Tunku Abdul Rahman was delivered to the navy in Toulon, France, in January. A second Scorpene, the KD Tun Abdul Razak, is scheduled for delivery later this year.
Together, the two submarines make up the navy's prime minister-class vessels.
Others which operate the Scorpene are the Chilean and Indian navies. Brazil, this year, placed an order for four vessels to be delivered beginning 2015.
The Scorpene is recognised as a state-of-the-art vessel which benefits from the latest technologies developed for nuclear-powered submarines, especially when it comes to the acoustic discretion and combat systems.
The Malaysian vessels can travel for up to 45 days, making them suitable for extended ocean patrols.
On top of designing and building the Scorpene orders, DCNS was also contracted by the Malaysian government in 2002 for services ranging from logistics to crew training. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyertaan melibatkan panglima tentera laut asing teramai
94 kapal, bot sertai LIMA
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Sektor maritim Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 dari 1 hingga 5 Disember ini bakal menampilkan penyertaan terbesar dengan 94 buah kapal dan bot.
Ia boleh dianggap sebagai penutup tirai kepada sambutan ulang tahun penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-75 tahun ini.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, TLDM amat berbangga dengan penyertaan yang ditunjukkan pada LIMA tahun ini kerana ia bertepatan dengan usaha mempromosi negara.
''Dengan penyertaan 39 buah kapal dan 55 bot, ia dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjuran LIMA.
''Ia melibatkan sembilan kapal laut tentera asing daripada tujuh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, penganjuran kali ini juga menampilkan kelainan apabila orang awam dibenarkan melawat kapal-kapal seawal 29 November sehingga 5 Disember.
Katanya, pameran kali ini juga berbeza dengan sembilan penganjuran lalu kerana sebelum ini pelawat awam hanya dibenarkan melawat sektor maritim pada dua hari terakhir pameran tersebut.
''Ini memberi peluang kepada masyarakat awam, pihak media dan Ahli-ahli Parlimen melawat kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman," jelasnya.
Selain itu, katanya pameran sektor maritim itu juga akan:
n Menampilkan penyertaan panglima tentera laut asing teramai iaitu 31 orang termasuk wakil mereka.
n Menampilkan ceramah oleh tiga pensyarah bidang maritim berpengaruh dunia
n Menampilkan persembahan keupayaan TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. |
|
|
|
|
|
|
|
384 syarikat dari 24 negara sertai Pameran LIMA
BAGAN DATOH 22 Nov. – Sebanyak 384 syarikat dari 24 negara akan mempamerkan produk keluaran mereka pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 09) yang akan bermula dari 1 hingga 5 Disember ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 20 negara telah bersetuju untuk mengadakan pertunjukan statik maritim membabitkan 38 buah kapal di Awana Porto Malai.
Katanya, kira-kira setengah juta orang tempatan dijangka mengunjungi LIMA 09 dengan masuk secara percuma pada 5 Disember ini.
“Buat pertama kalinya orang ramai akan berpeluang melihat kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman pada 5 Disember ini. Namun atas sebab keselamatan, orang ramai hanya dibenarkan melihat dari luaran dan tidak dibenarkan melawat ke dalam kapal selam itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, beberapa negara akan membuat pembelian pada LIMA 09 yang membabitkan kos RM1 bilion dan ini dijangka bertambah apabila Menteri Pertahanan dan panglima tentera dari negara-negara ASEAN melihat sendiri aset-aset pertahanan yang dipamerkan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Pelancongan akan mengadakan pameran kesenian dan pertunjukan kebudayaan pada setiap malam mulai 30 November hingga 5 Disember sempena LIMA 09.
Beliau berkata, Kementerian Pelancongan juga akan mengadakan pasar malam setiap hari sepanjang LIMA 09 yang akan menjual pelbagai produk dari 14 negeri di Malaysia. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Spotlight to fall on first Scorpene submarine
2009/11/23
By Leslie Andres
KUALA LUMPUR: Next Tuesday, the biggest armada of warships and other vessels in the history of the Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (Lima '09) will be anchored off Porto Malai.
Ninety-six such vessels from nine countries have confirmed their participation -- roughly three times more than when the exhibition was inaugurated in 1991.
That year, the majority of the 30-odd vessels were anchored, not in Porto Malai, but at the Kuah jetty, and the only foreign participants were the Royal Australian Navy's (RAN) destroyer HMAS Torrens and two Indonesian high-speed patrol craft.
It is a testament to how much the maritime segment has grown that it now boasts of equal billing with the aerospace segment, attracting as wide a range of vessels as the air show attracts aircraft.
The star of this year's maritime show will, without a doubt, be KD Tunku Abdul Rahman, the first of the Royal Malaysian Navy's (RMN) mighty Scorpene submarines.
The diesel electric "boat", built by Direction des Constructions Navales Services of France and Spain's Navantia, is one of the most advanced and silent conventional submarines.
It arrived only recently, and together with KD Tun Abdul Razak, which is expected to be delivered soon and arrive home next year, will make up RMN's prime minister-class submarines.
Equipped with heavyweight torpedoes and sub-surface launched anti-ship missiles, the two submarines are to be at the frontline of the nation's maritime defence.
The KD Tunku Abdul Rahman will be joined by other surface assets from RMN, including the Lekiu-class frigate KD Lekiu, the Laksamana- class corvettes KD Laksama- na Hang Nadim and KD Laksamana Tun Abdul Jamil, and the training vessel KLD Tunas Samudera.
There will be two destroyers berthed at Porto Malai during Lima '09 -- the Republic of Korea Navy's (ROKN) ROKS Chunmugong Yi Sunshin and the United States' USS Mustin.
Both of these vessels are equipped with state-of-the-art radar systems and anti-ship and air defence missiles.
Other notable vessels, include RAN's HMAS Glenelg -- an Armidale-class patrol boat -- and the ROKN's ROKS Dokdo, an amphibious assault ship.
For visitors who are interested to have a closer look at the various vessels and warships, ferry services are provided at a nominal fee.
Lima '09, organised by HW Lima Sdn Bhd, will be held from Dec 1 to 5.
Exhibition booths for both the aerospace and maritime segments will be at the Mahsuri International Exhibition Centre. |
|
|
|
|
|
|
|
yeah...aku dapat pi LIMA free... |
|
|
|
|
|
|
|
Warghhhhhhhhh, aku tak dapat pigi ... jelessss & tak puas ati sungguh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|