CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senahsirap

Pesta Buku Antarabangsa 2010 [19-28 Mac] [PWTC] - Mesti Pegi!!

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2010 03:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 05:07 PM | Show all posts
Anda mahu buku percuma daripada PTS? Mudah sahaja. Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, 100 orang pembeli pertama di booth PTS akan menerima buku percuma setiap hari sepanjang 10 hari pesta buku itu berlangsung di PWTC. Buku-buku yang diberi percuma ini bernilai lebih kurang RM20 setiap satu.

Booth PTS akan dibuka bermula jam 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) dan jam 10 pagi - 9 malam (Jumaat, Sabtu & Ahad).
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:30 PM | Show all posts
dalam senarai dah ada buku terbitan PTS
selain novel, buku motivasi jadi pilihan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:05 AM | Show all posts
aku tak penah pegi bookfair nih .. tak berkesempatan sebab dah bertahun dok jauh dari tanahair.. nih first time nak pegi... agak2 murah yg amat ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 12:31 PM | Show all posts
nae pung x sabo tggu....ari2 kang ku jenguk book fair....opis kat dlm pwtc je.....last year confinement leave...so this year balas dendamm....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:27 PM | Show all posts
44# azradiza

buku 50 sen pun ada....

mengapa?x percaya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2010 02:03 PM | Show all posts
huhu jauhnyer nk pegi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 06:23 PM | Show all posts
47# ika_maya

air asia kan adaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 09:49 PM | Show all posts
time bila kemunculan RAM?
plan nak dptkn autograph dia la...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:03 AM | Show all posts
49# chaoyunjie


tu la...tggu en attokz masuk forum ni...
dia ni cam org kuat kelab RAM
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:50 AM | Show all posts
Mijot Sayang
Patutlah aku tersedak-sedak, rupanya ko sebut-sebut nama aku ye...iskh iskh! aku macam orang kuat kelab RAM? ish...mana ada. hehehehe~

Ok, Abg RAM biasanya akan ada di KLIBF pada weekend sahaja. Dari jam 11am-6pm. Biasanya la (sejak aku mula temankan Abg RAM dari tahun 2004 di KLIBF) mcm ni la patternnya. Jadual sebenar? Maaf, aku belum dapat lagi dari pihak Alaf21.

Untuk pengubat duka semua peminat RAM, aku 'paste' kembali emel eksklusif daripada Ramlee Awang Murshid.


Suatu ketika dahulu, ketika menoktahkan cerita Hijab Sang Pencinta, saya mengandaikan itulah pelengkap Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta), seperti mana saya noktahkan Trilogi TOMBIRUO. Namun apabila ramai yang membaca pengakhir novel Hijab Sang Pencinta, telah melahirkan rasa tidak puas hati. Seperti mana ketidakpuasan hati mereka pada Semangat Hutan, ketika saya matikan watak Amiruddin.

Saya terima SMS dan email yang menzahirkan kekecewaan mereka pada dua faktor – pertama: Saifudin dan Haryani tidak bersatu dan kedua: kenapa matikan watak Saifudin? Malah saya turut menerima email dari Perth Australia yang menyatakan rasa terkilan sangat pada pelengkap trilogi tersebut. Sebagai manusia, saya mula berfikir semula. Encik Norden (Pengurus Alaf21 waktu itu) menasihatkan saya – cukuplah untuk trilogi itu. Maknanya cerita itu kalau disambung agak dragging. Sebagai penulis saya merasa bersalah kerana menjadikan ending trilogi tersebut sebagai twist. Berikutan itu juga berulang kali saya menyatakan bahawa Saifudin atau Laksamana Sunan itu tidak mati cuma pengsan saja. Bila saya teliti pengakhir novel Hijab Sang Pencinta itu semula, memang benar Saifudin kelihatan seolah-olah ‘mati’.

Kemudian saya berusaha untuk meraih semangat untuk menjadikan Saifudin muncul semula dalam episod baru. Bagaimana pun tanpa kehadiran dua watak utama sebelum ini iaitu Dani dan Haryani. Maknanya trilogi ini berlanjutan lagi tetapi dalam new session. Pada tahun lalu, ketika mengikuti kursus ESQ di PWTC, saya meminta pada Encik Norden untuk membenarkan saya melanjutkan cerita tersebut. Encik Norden mengatakan – sememangnya ALLAH mahu kau sambung cerita itu. Ini disebabkan cerita itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran dan hati.

Akhirnya saya memulakan Cinta Sufi pada awal november tahun 2009. Hanya berehat selama seminggu sahaja selepas menyiapkan novel 9 Nyawa. Teguran dan kritikan dalam cakap-cakap menerusi SMS atau email mahu pun dalam blog, saya ambil iktibar. Saya diam dan berjenaka bukan bermakna saya tak endah. Saya ambil perhatian tetapi saya tak tunjuk cuma sesekali saja saya meluahkannya dalam blog kelab ram.

Maka fasa berjerih payah pun bermula. Pihak Alaf21 meminta saya menyiapkan untuk pesta buku 2010. Saya tak yakin dapat kejar dateline itu. Saya terus berdoa dan berdoa. Secara logik akal, semua itu tidak akan berlaku. Tetapi saya meminta kepada Yang Maha Tertinggi. Alhamdulilah...doa saya dikabulkan. Saya menghantarkan manuskrip Cinta Sufi dalam tiga peringkat. Peringkat pertama pada pertengahan bulan Januari. Peringkat kedua pada pertengahan bulan Februari dan pengakhirnya dapat ditamatkan pada 26 Februari lalu bersamaan hari Jumaat. Pada hari penghulu segala hari dan hari ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Segala puji bagi ALLAH.

Baiklah...Cinta Sufi sudah siap sepenuhnya dan dalam proses suntingan sekarang. Kalau tak ada aral...pesta buku ini adalah Cinta Sufi itu di pasaran. Sekarang tumpuan untuk screenplay Tombiruo pula. Lepas itu Rayyan Fantasi akan mula ditulis. Dalam Cinta Sufi, ada bab di Hulu Melaka yang agak sukar iaitu adegan peperangan. Selajur saya gunakan teknik lensa kamera dengan melakukan scene by scene.

Ada watak-watak sejarah yang saya fiksyenkan seperti Hang Tuah dan Hang Lekiu. Ada watak-watak mitos turut disertakan seperti Puteri Gunung Ledang dan Luna – golongan perempuan di kalangan bangsa Polip. Ada seorang kawan mencadangkan saya kembangkan bangsa Polip, maka dalam Cinta Sufi ia dirungkaikan. Begitu juga dengan siapa sebenarnya Taghut – sejarah ringkas kemunculannya.

Baiklah...mari saya ringkaskan cerita Cinta Sufi:-

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.

Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

Ramlee Awang Murshid
1 Mac 2010
03.43 petang/ Angkasapuri, Kuala Lumpur.

*kredit/apresiasi untuk Ramlee Awang Murshid & KelabRAM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:06 PM | Show all posts
makin tak sabar aku nk memborong novel...
bestnyaaa..paling tak sabar nak rembat dulu novel baru RAM + signaturenya..WAJIB..
hehehe..
cuma slalunya time kt PWTC nie aku tk brapa gemar sgt beli novel alaf21..sb aku lbh suka membeli time alaf21 wat sale kt opis dorang..30% yooo diskaun..

dengar kabar novel Abdul Rahim Awang - Salsa..novel baru akan d pasarkan..hopefully ada la..dah lama tk baca novel baru beliau..

Korang..nak tanya skit..if bleh la..
selalunya kan..berapa RM korang bajet @ habis kat PWTC?
aku slalu bajet rm400-500..korang?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:13 PM | Show all posts
Mijot Sayang
Patutlah aku tersedak-sedak, rupanya ko sebut-sebut nama aku ye...iskh iskh! aku macam orang kuat kelab RAM? ish...mana ada. hehehehe~

Ok, Abg RAM biasanya akan ada di KLIBF pada week ...
attokz Post at 4-3-2010 11:50

Rasanya selain dari RAM kan..aku pun nak jumpa ko gak ler attokz...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 02:55 PM | Show all posts
aku suka pergi kat bahagian Komik M (PTS)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:54 PM | Show all posts
xlama lagi dah ni..kena kumpul bajet dan senaraikan buku-buku yang hendak dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:26 PM | Show all posts
51# attokz


ala attokz yang ensem...
sian ko tersedak...klu tersedak minumlah air
ko setiap kali abg RAM nk kuakan buku br mesti ada ko...tu yg aku kata ko cam org kuat kelab RAM

neway tokz,nnt klu dh dpt jadual abg ram jgn lupa hebah2 kan sini...
xsabar lak nk jumpo dgn ko tokz...asik borak kt forum jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 08:30 PM | Show all posts
52# CR4Ever


aku masih study so bajet ciput jer...dlm 200-250..itu pun lelah mengumpulnya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 09:21 AM | Show all posts
Izzati Mijot
Orang kuat kelab tu macam Presiden atau founder. Aku hanyalah serangga...eh, aku hanyalah advisor kelab je. Honestly aku saje nak berkongsi pada peminat karya Abg RAM ttg info terkini. Aku berpendapat, lebih mudah jika ada berita terbaru ttg seseorang novelis yang diminati, kebetulan aku kenal rapat Abg RAM. Jadi dikesempatan itu, aku menguar-uarkan mana yang perlu.
Tentang Cinta Sufi, aku mmg tak terlibat langsung pun. Kalau boleh aku nak soh Abg RAM buat lmbat-lmbat bagi menjamin kualiti penulisan pada tahap yang lebih tinggi lagi. Tapi apakan daya, tuntutan penerbit lebih diutamakan. Hehehehe~
Nak jumpa aku nnt? Boleh saja. tp jgn la tak tegur plak. Sbb takut ramai nnt. Aku ok aje.

Christiano Ronaldo Selamanya
Bajet setiap tahun ke KLIBF aku paling minima ialah RM200. Tapi tahun lepas paling tinggi, aku belanja dekat RM2k. hahahahaha~
Samala ngn ko. Nnt kalau nampak aku, tegur la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:47 AM | Show all posts
attokz org kuat gak tuh. hehehe. saja tak mengaku je
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:48 AM | Show all posts
Nanti dapatkan lah Cerita thriller : CERMIN di booth fajar. Novel thriller dari penulis penulisan2u.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060460 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list