View: 6722|Reply: 136
|
[Tempatan]
Malas Guna KTM Komuter Punca Jalan Raya Sesak- CEO KTMB.Tapi Netizen kata kena tunggu train sejam sebabkan mereka malas nak naik komuter
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 30-5-2022 02:10 PM
Sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19 pada 1 April lalu, ramai warga Lembah Klang merungut apabila hampir semua lebuh raya dan laluan utama sesak tanpa mengira masa.
Kesesakan tersebut dikaitkan dengan sikap orang ramai yang tidak minat menggunakan pengangkutan awam yang didakwa susah dan lambat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, pengangkutan awam seperti tren komuter antara pengangkutan yang jika digunakan secara maksimum mampu membantu mengurangkan kesesakan jalan-jalan di Lembah Klang.
Menurut beliau, sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu turut memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh.
“Bagi sektor Lembah Klang, setiap hari komuter hanya membawa 21,000 penumpang sedangkan kemampuannya boleh mencapai kira-kira 40,000 penumpang.
‘Angka itu menunjukkan ruang penumpang di dalam sesebuah komuter hampir separuh kosong,” kata beliau semalam.
Kata Mohd. Rani, penduduk Lembah Klang dianggarkan berjumlah 2.5 juta orang tetapi mereka yang memilih khidmat komuter sekitar 0.6 juta sahaja dan KTMB kekurangan hampir 50 peratus penumpang setiap hari berbanding 21,000 yang menggunakan komuter.
“Kita sudah mengadakan pelbagai promosi bagi menarik perhatian orang awam untuk naik komuter bagi mengelak kesesakan jalan raya. Namun, orang ramai lebih suka memandu kenderaan sendiri.
“Jika ramai orang awam menggunakan perkhidmatan komuter, saya percaya ia dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya yang sekarang menghantui mereka,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Rani berkata, rungutan mengenai ketibaan komuter di setiap stesen yang mengambil masa lama, ia hanya boleh diselesaikan dalam masa lima tahun akan datang mengikut fasa yang sudah dirancang.
“Kami masih dalam proses mendapatkan frekuensi seperti sebelum Covid-19, kenaikan penumpang akan membebankan dari segi frekuensi selain kami juga masih beroperasi menggunakan satu landasan. .
“Frekuensi akan ditambah baik dan dijangka bakal mencapai tujuh minit setiap satu tren yang datang ke stesen berbanding sekarang sekitar 30 ke 45 minit untuk ketibaan sebuah tren,” katanya.
Untuk rekod setakat 30 April 2022, data penumpang komuter adalah seramai 2.5 juta di Lembah Klang, manakala purata penumpang sebulan adalah 0.6 juta penumpang dan purata penumpang harian adalah 21,000 penumpang.
Mohd.Rani berkata, untuk perkhidmatan pengangkutan awam komuter yang menggunakan enam set koc di Lembah Klang, pengangkutan tesebut mampu memuatkan sejumlah 856 penumpang termasuk yang duduk dan berdiri.
https://careta.my/article/malas-guna-pengangkutan-awam-punca-jalan-raya-sesak-ceo-ktmb
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sembangg....pergi la tingkatkan kekerapan train/ lrt/Komuter/MRT tuh..patutnya semua nih disatukan je...pastu buat lar stesen kat kwsn yg
ramai org duduk dan ramai org nak berurusan..
Nama CEO..nak tgk juga apa pelan strategic dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengulas lanjut, Rani berkata, rungutan mengenai ketibaan komuter di setiap stesen yang mengambil masa lama, ia hanya boleh diselesaikan dalam masa lima tahun akan datang mengikut fasa yang sudah dirancang.
5 tahun since when? Boleh tak ko jangan nak membongak nak salahkan pengguna? Ko sendiri pun dah acknowledged kenapa org tak naik komuter.. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bulan puasa haritu, kami memang guna Komuter untuk ulang-alik KL - Shah Alam.
Tren so far memang ikut jadual.
Kekerapan tren di waktu puncak tak best macam LRT ja... ~30 minit apart
Contoh:
KL Sentral ke Klang : 4:35pm 5:00pm 5:30pm 5:55pm 6:30pm |
|
|
|
|
|
|
|
ktm pon datang setiap 30minit..kalai delay, kalau full menunggu kau sejam lat situ tak naik2 |
|
|
|
|
|
|
|
"Sikap pengguna" enggan guna???
Abis tu dah ko dah identify problem lambatm apa solusi??? Mbazir duit je byr gaji ko |
|
|
|
|
|
|
|
Lohh masih lembab lagi kah komuter
10 tahun dulu pernah pergi kerja naik LRT
Senang lah sebab direct ke
Kalau komuter tu lambat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org makin bertambah.. jadual tetap mcm tu jugak. 30 minit skali… ha ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
Last guna komuter dulu masa zaman belajar 10 tahun lepas. Gigih menapak dalam 3km jalan kaki nak ke stesen bila nak jalan-jalan area KL sana dari Shah Alam. Asal naik je, dalam 5 kali pergi, confirm 3 ke 4 kali akan berhenti tengah jalan tiba-tiba. Tapi dulu-dulu best lah, takde apa nak dikejar sangat. Masa muda remaja train tu nak stop seharian pun takpe. |
|
|
|
|
|
|
|
Lohh masih lembab lagi kah komuter
10 tahun dulu pernah pergi kerja naik LRT
Senang lah sebab direct ke
Kalau komuter tu lambat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Please improve your service ist, Mr CEO. not only commuter, but intercity train, ets semua perlu improve. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku stop guna komuter sbb lembab nak mamp. |
|
|
|
|
|
|
|
Serba serbi lambat. CEO ni xreti turun padang ke tengok depan mata waktu puncak. Gaji tinggi tapi xreti keje. Bodo. |
|
|
|
|
|
|
|
jarak masa komuter ni setengah jam
bila komuter smp mmg stesen dah penuh jd beralihlah ke MRT
jarak masa pun xdelah lama sgt
dr dulu komuter mmg problem
CEO ni pun acknowledge ttg kelemahan komuter kannnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
kualiyti service pn haukk ade ati nk pggl org naik |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi Rani!!! Ko paksa skali board of directors ko tu naik komuter ni dr Seremban - Rawang.
Tgk la servis mcm sial ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
meols naik ets jurr. rasa have2 sikit |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 30-5-2022 03:32 PM
meols naik ets jurr. rasa have2 sikit
sekarang dah ada bisnes kelas, macam hauk tapi nanti nak cuba |
|
|
|
|
|
|
|
waktu peak 30 minit....huh...negara zimbabwe ke ni?
yg waktu non-peak pula sejam ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa 2 year before PKP pun dah ada notis upgrading rail komuter ni...so campur pkp dah 2 years...ni nak tambah another 5 years? so 10 tahun tak abis2 lagi upgrading huhuh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|