Post time 5-6-2022 02:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nini_azmi replied at 5-6-2022 10:35 AM
Baru baca berita ni kat fb, terus iols msk forem kot ada citer lbh detail.
Kalu tak suka pun, jgn la ...
rasanya kalo kes cemburu ni bkn sbb x suka tp mungkin arwah ni yg rijek dan pembunuh x dpt terima hakikat so dr dpt kt org lain baik bunuh je so org lain pun xkan dpt..... mcm tu la speku iols...
Post time 5-6-2022 02:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bacul sangat pembunuh yg menembak mati seorang perempuan @ ibu yg sedang hamil...dia bukan lawan ko sampai ko nk tembak kat perut seorang wanita yg lemah...
Ko ingat ni perempuan ni ala Lara Croft Tomb Raider ke...
Author|Post time 5-6-2022 04:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cemburu dipercayai punca wanita mengandung ditembak mati
Nor Fazlina Abdul Rahim [email protected]
Machang: Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mengandung tujuh bulan mati ditembak di Kampung Repek di sini, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.
"Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.
"Suspek yang ditahan direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, hari ini.
Mengenai pembunuhan wanita itu, Muhamad Zaki berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi penemuan mayat atau di lokasi lain.
"Ada dua kemungkinan, (pertama) mangsa ditembak di tempat lain kemudian memandu sehingga ke lokasi penemuan mayat, atau mangsa ditembak di lokasi berkenaan.
"Polis percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sahaja," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emirah Mazlan, 26, ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan, kira-kira jam 4 petang.
Post time 5-6-2022 04:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org kata cemburu tanda sayang tp kenapa bunuh orang yg kita sayang?
Lagi kejam ko tembak dia kat perut sedangkan dia tengah mengandung kot.
Jadi baby pun ko nak bunuh gak la eh? Ko cemburu ngn baby tu ker?
Mohon hukum dia atas kesalahan membunuh 2 nyawa.
Kalau kat US tak silap nyawa baby dlm rahim pun dikira kan