CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: richard303

"Assalamualaikum" atau "Salamun Alaikum"

[Copy link]
Post time 30-9-2010 09:19 AM | Show all posts
Lailat-ul Qadr dan Lailat-il Qadr tu percanggahan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 10:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 11:00
Sekarang timbul  percanggahan diantara Quran dan Hadis Bukhari.
Didalam hadis (Sahih Bukhari ) Volume 4, Book 55, Number 543: Dikatakan bahawa Adam dan keturunannya (termasuk N. Muhammad) diajar Allah untok mengucapkan “AsSalamun Alaikum”.
Tapi didalam Quran Tuhan mengajar para nabi termasuk N. Muhammad mengucapkan “Salam” dan “Salamun Alaikum”.

Jadi yg mana satu harus kita ikuti?
Quran ataupun Hadis bukhari?ramsys Post at 29-9-2010 22:10


Tak bercanggah pun, dalam hadis sahih bukhari tu pun di sebut di hadis tu Allah sendiri yang memerintahkan untuk dengar bagaimana reply malaikat dan untuk anak cucu Adam guna greeting yang Allah tunjukkan antara Nabi Adam dan Para malaikat di hadis tu , so itu perintah Allah lah .

Apabila terdapat dalam Al Quran penggunaan perkataan selain dari tu maka itu pun termasuk dalam yang dibenarkan oleh Allah lah kan, so ikut mana satu pun tak pa lah kerana Allah sendiri memerintahkan kita untuk ikut apa yang dalam Quran dan  untuk ikut apa yang di tunjukkan oleh Nabi Nya .  

Kita di perintahkan Allah untuk ikut apa yang di turunkan Allah, so firmanNya dalam Al Quran dan contoh tauladan dari Nabi di turunkan Allah ke dunia untuk menjadi ikutan so dua-dua kita ikut ok , nak guna yang dalam hadis pun boleh, nak guna yang dalam Quran pun boleh .    

Quran 33:21 Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:03 AM | Show all posts
Reply 41# mnm77

percanggahan dari segi apa ya?..tak berapa faham,,,setahu sy selepas haraf jar dibaca lailatil qadr..itu saja..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 12:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by troopze at 30-9-2010 12:57

Salam..

Islam dan Al-Quran bukan khusus untuk orang arab..  

Apabila kita membaca Al-Quran apa sebenarnya yang dituntut?.. Allah menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat kedua..Kitab Al-quran adalah petunjuk.. dan apabila kita menyebut soal petunjuk yang menjadi penting bukanlah bahasa atau siapa yang membacanya.. tetapi adalah apa yang cuba disampaikan..

Jadi apa yang dapat kita fahami apabila Allah menyuruh kita mengucapkan 'salamun alaikum'?.. Allah menyuruh kita untuk memberikan ucapan selamat atau sejahtera atau kedamaian..kepada sesiapa yang kita temui.. samada kita memberi ucapan itu dalam bahasa arab..english..melayu..tagalog..tamil..atau apa saja tidak menjadi soal.. ingat yang penting adalah petunjuk yang Allah ingin sampaikan.. Al-Quran bukan kitab bahasa arab.. Al-Quran adalah kitab petunjuk..

..jika "salamun alaikum" itu bermaksud selamat atas kamu..dan jika "assalamualaikum" bermaksud selamat atas kamu juga..maka kedua-duanya boleh saja digunapakai..bahkan saya ulangi.."selamat sejahtera".."peace be upon you"..juga tidak salah..bahkan itulah yang sebenarnya dituntut...

..berebut hak menggunakan 'salamum alaikum' atau 'assalamunalaikum'..buat orang islam jadi lawak.. most of us muslim selalu miss the point.. remember it's the message..not the language of the message..or even the messanger..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:43 PM | Show all posts
Reply 43# nickname

Saja nak tanya kepada mereka yang melihat Al-Quran sebagai 'kamus bahasa'

Macamana perubahan sesuatu kalimah tu berlaku dalam Al-Quran....

Al-Quran tu bukannya turun untuk membetulkan bahasa Arab, sedangkan ia amat dikagumi oleh sasterawan Arab suatu masa dulu hingga sekarang. Hairan orang sekarang dok pertikai penggunaan ucapan 'Salaam' tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 15:57

Apa yang saya perolehi untuk perbincangan bersama:

1. Kalimah As-Salaam (kata nama) adalah merujuk kepada nama Allah (Al-Hashr, 23).

Dari kalimah 'Salaam' ini juga terbit beberapa cara penggunaan.

Antaranya:

2. Kegunaan kalimah As-Salaamu (sebagai ucapan) untuk kesejahteraan ditujukan kepada orang yang berada pada masa sekarang:

Kepada sesiapa yang mahu menerima petunjuk (sekarang ni):

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىٰ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلۡهُدَىٰٓ
Dan kesejahteraan (As-Salaamu) itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk. (Ta-Ha, 47)


Ketika baginda Isa AS masih hidup (ketika itu bagainda berkata), diungkapkan dalam Al-Quran:

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيًّ۬ا

Dan kesejahteraan (As-Salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (Maryam, 33)


Jika kita hendak memberi salam (mestilah sekarang ni), maka contoh As-Salamu itu yang biasa digunapakai ini adalah yang biasa dari segi bahasa Arab.


3. Variasi kegunaan dari kalimah Salam seperti Salaamun juga membawa maksud yang sama, namun dalam Al-Quran, ucapan sejahtera itu ditujukan kepada Ahli Syurga (satu masa nanti):

سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡ‌ۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ

Selamat sejahtera ke atas kamu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra’d, 24)


Untuk bakal ahli Syurga, ketika diwafatkan (satu masa nanti) diucapkan oleh Malaikat:

ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ طَيِّبِينَ‌ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan “Kesejahteraan ke atas kamu” masuklah kamu ke dalam Syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan" (An-Nahl,32)


وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُہَا سَلَـٰمٌ عَلَيۡڪُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِينَ

dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan ke atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah Syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". (Az-Zumar, 73)



4. Seterusnya variasi kegunaan dari kalimah Salam ini (Salaamun) juga digunakan untuk mengelak dari terlibat dalam berbicara tentang perkara-perkara yang tidak bermanfaat:

وَقَالُواْ لَنَآ أَعۡمَـٰلُنَا وَلَكُمۡ أَعۡمَـٰلُكُمۡ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمۡ لَا نَبۡتَغِى ٱلۡجَـٰهِلِينَ
Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan ke atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil" (Al-Qasas, 53)


Wallahu a’lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2010 08:04 PM | Show all posts
salam,
..jika "salamun alaikum" itu bermaksud selamat atas kamu..dan jika "assalamualaikum" bermaksud selamat atas kamu juga..maka kedua-duanya boleh saja digunapakai..bahkan saya ulangi.."selamat sejahtera".."peace be upon you"..juga tidak salah..bahkan itulah yang sebenarnya dituntut...


Sy x ada halangan mengunakan bahasa apapun selagi ianya bermaksud “selamat atas kamu.”
Apa yg ingin diperbincangkan adalah pengunaan bahasa Quran itu sendiri. Tuhan mengunakan kalimah  “salam….” didalam Qurannya tetapi masyarakat Islam sekarang telah menambah “As” dihadapan kalimah “salam…” itu hingga berubah menjadi “AsSalam…”  Sama ada maksudnya sama ataupun tidak itu bukan persoalannya.
Tetapi siapakah yg authorized perubahan kalimah2 Quran ini?                                   Apakah kalimah “salam…” itu tidak cukup sempurna bagi kita sehingga kita terpaksa menambahnya?
Bolihkah kita beritahu pada Tuhan bahawa kalimah Qurannya tidak cukup sempurna jadi kita terpaksa menambah supaya sempurna?

Apakah kita dibenarkan menokok-tambah kalimah2 Quran?

Q10:64 (Malay) Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

Q10:64 (Picktall) Theirs are good tidings in the life of the world and in the Hereafter. There is no changing the Words of Allah that is the Supreme Triumph.

Q18:27 (Malay) Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur'an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya.

Q18:27 (Picktall) And recite that which hath been revealed unto thee of the scripture of thy Lord. There is none who can change His words, and thou wilt find no refuge beside Him

Apa yang saya perolehi untuk perbincangan bersama:

1. Kalimah As-Salaam (kata nama) adalah merujuk kepada nama Allah (Al-Hashr, 23).


Perbincangan kita ialah ucapan hormat bukan Nama atau sifat Tuhan.

2. Kegunaan kalimah As-Salaamu (sebagai ucapan) untuk kesejahteraan ditujukan kepada orang yang berada pada masa sekarang:

Kepada sesiapa yang mahu menerima petunjuk (sekarang ni):

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىٰ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلۡهُدَىٰٓ
Dan kesejahteraan (As-Salaamu) itu dilimpahkan kepada orang yang mengikuti petunjuk. (Ta-Ha, 47)


Ini x merujuk kepada ucapan hormat tapi macam doa.

Ketika baginda Isa AS masih hidup (ketika itu bagainda berkata), diungkapkan dalam Al-Quran:

وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيًّ۬ا

Dan kesejahteraan (As-Salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (Maryam, 33)


Ini juga x merujuk kepada ucapan hormat. Xkan N. Isa beri “salam” pada diri sendiri.

Kesemua ayat diatas menunjukkan ada kalimah “AsSalam” tetapi ianya x merujuk kepada cara kita beri ucapan hormat kepada sesaorang.

Dan sekiranya kita hendak membezakan ucapan hormat didunia dengan yg  diakhirat mengikut Al-Quran ianya adalah:-
Salam = didunia
Salamun Alaikum = diakhirat.
Kita masih tidak akan jumpa kalimah “AsSalam”  sebagai ucapan hormat didalam Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:47 PM | Show all posts
Tetapi siapakah yg authorized perubahan kalimah2 Quran ini?                                   Apakah kalimah “salam…” itu tidak cukup sempurna bagi kita sehingga kita terpaksa menambahnya?
Bolihkah kita beritahu pada Tuhan bahawa kalimah Qurannya tidak cukup sempurna jadi kita terpaksa menambah supaya sempurna?
ramsys Post at 30-9-2010 20:04


Kan jelas terbentang ada cara mengucapkan salam dalam hadis sahih bukhari yang saya bagi tu yang menyebut Assalamualaikum ? Kau berpendapat hadis sahih bukhari di ada-adakan manusia kah ?   Kau ni golongan anti hadis kah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 11:27 PM | Show all posts
Reply 35# nickname


    terimakasih atas post ini.

benar juga .

tp utk bersikap adil mari kita tanya kepada Quraniyun , ada tak org arab yg mempersoal masalah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:28 PM | Show all posts
Reply 36# blastoff


    terima kasih blastofff....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:02 AM | Show all posts
Reply 45# mnm77

ooo tersirat rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:08 AM | Show all posts
betul lah tuu
AL QURAN yg mula2 di mushafkan
adalah tanpa BARIS dan TITIK
dan yg ASALNYA pun
TAK BERBARIS DAN BERTITIK
MALAH.........
TAK BERHURUF
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-10-2010 11:04
Ini x merujuk kepada ucapan hormat tapi macam doa.
ramsys Post at 30-9-2010 20:04


Ucapan salam/hormat itu kan juga termasuk dalam doa sejahtera.

Ini juga x merujuk kepada ucapan hormat. Xkan N. Isa beri “salam” pada diri sendiri.


Kalau bukan ucapan selamat, habistu ucapan apa? Semoga untuk siapa?

Lihat Surah Maryam:

Dan kesejahteraan (As-salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (33) Itulah ’Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. (34)

Adakah anda membantah tentang kebenarannya?

Dan sekiranya kita hendak membezakan ucapan hormat didunia dengan yg  diakhirat mengikut Al-Quran ianya adalah:-
Salam = didunia
Salamun Alaikum = diakhirat.
Kita masih tidak akan jumpa kalimah “AsSalam”  sebagai ucapan hormat didalam Quran.


Kalau dah anggap Al-Quran tu macam kamus istilah, macam itulah jadinya kesimpulannya.

Sama jugak Al-Quran menyatakan maksudnya, jangan kata walaupun 'uff' kepada ibu bapa. So kalau ikutkan kaedah kamus istilah, hanya 'uff' sajalah yang tak boleh kata. Selainnya macam 'hoi' 'ah' 'eh' dah jadi tak salah?

Biar betul?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 11:31 AM | Show all posts
salam semua,

X perlulah sy menjawab topik ini lagi kerana sy sudahpun menyampaikan apa yg sepatutnya disampaikan dan jawab apa yg sepatutnya  dijawab.
Terpulanglah kepada kalian nak guna ucapan hormat yg kalian suka.
Sekiranya kalian fikir kalimah Allah tu tak sempurna maka tambah lah "As" didepan "Salamun.." tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:51 AM | Show all posts
Beramal terus dengan ayat-ayat alQur'an memang boleh,  kita kena melihat tafsirannya yang ditafsir dengan lebih jelas oleh ayat-ayat lain. Sebaik-baik tafsir atau pengertian ayat ialah apa yang diperinci oleh ayat-ayat yang lain.  Kalau kita merasa was-was dan tidak pasti dengan makna-makna atau lafaz alQur'an yang tidak ada ayat-ayat lain yang menjelaskan dengan lebih terperinci. Di sinilah peranan assunnah, kerana assunnahlah yang mensyarahkan alQur'an, menjelaskan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.

Dan tiadalah Kami turunkan kitab kepadamu, melainkan supaya kamu jelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan, juga untuk menjadi petunjuk hidayat dan rahmat bagi kaum yang beriman. (an Nahl: 64)

Lagi, (maksud), dan tiadalah dia (Muhammad) itu berkata-kata menurut hawa nafsunya, tiada lain yang disampaikan melainkan wahyu yang diwahyukan. (an najm)

HR Abu Daud dari al Miqdam bin Ma'adi RA katanya, RasuluLlah saw bersabda, Ingatlah sungguh aku telah diberi alQur'an dan yang serupa dengan alQur'an (assunah) selain daripada alQur'an.

HR Imam Malik (al Muwatta # 899) (maksud) Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya: Kitaballah dan sunnah Rasul-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:43 AM | Show all posts
salam,

Quran itu adalah petunjuk bagi orang2 yg beriman. Kalau mnm77 buat Quran semacam kamus memang tak dapat petunjuk lah.

Sama jugak Al-Quran menyatakan maksudnya, jangan kata walaupun 'uff' kepada ibu bapa. So kalau ikutkan kaedah kamus istilah, hanya 'uff' sajalah yang tak boleh kata. Selainnya macam 'hoi' 'ah' 'eh' dah jadi tak salah?


mnm77 bacalah Quran dengan mata hati bukan ikut suka hati. Mari sy tunjukkan bagaimana tuhan suruh kita melayan ibu-bapa kita:-

Q17:23 Waqada rabbuka alla taAAbudoo illa iyyahu wabialwalidayni ihsanan imma yablughanna AAindaka alkibara ahaduhuma aw kilahuma fala taqul lahuma offin wala tanharhuma waqul lahuma qawlan kareeman

Q17:23  "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ""ah"" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Tuhan mengajar kita untok tidak membentak dan mengucapkan kata2 yg mulia kepada ibu-bapa kita.  
Tak tahu lah sy barang kali perkataan 'hoi' 'ah' 'eh' tu kata2 mulia bagi mnm77.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2010 09:54 AM | Show all posts
Reply 55# kupia


salam,

    Kalau nak diperbincangkan tajuk  yg kupia bawakan ini buka lah thread yg baru.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 4-10-2010 10:36
Quran itu adalah petunjuk bagi orang2 yg beriman. Kalau mnm77 buat Quran semacam kamus memang tak dapat petunjuk lah.
ramsys Post at 3-10-2010 09:43


Salam...

Harapnya saudara semakin faham, jangan buat Al-Quran semacam kamus.
   
Q17:23  "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ""ah"" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Tuhan mengajar kita untok tidak membentak dan mengucapkan kata2 yg mulia kepada ibu-bapa kita.  
Tak tahu lah sy barang kali perkataan 'hoi' 'ah' 'eh' tu kata2 mulia bagi mnm77.


Boleh saudara tunjukkan kalimah 'ah' tu dalam lafaz sebenar Al-Quran yang Arab?  

Saudara, tujuan saya beri contoh di atas adalah supaya membuka minda bahawa bahasa Arab itu luas, dan juga ayat-ayat Al-Quran saling menjelaskan. Wajarkah buat kesimpulan berdasarkan satu kalimah yang diterjemahkan sebagai "Ah". Saudara pun tahu jawapannya.

Sama juga isu Salam ni,  kenapa anda tidak melihat penggunaan As-Salam dalam konteks ayat yang lain yang menerangkan?


Lihat Surah Maryam:

Dan kesejahteraan (As-salaamu) semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". (33) Itulah ’Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. (34)


Adakah "As-Salamu" ini bukan ucapan Salam seperti yang ditunjukkan dalam Al-Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 01:38 PM | Show all posts
Lama tak ke sini, sudah semakin panjang ceritanya.

Lama2 baca dan teliti baru la saya faham kenapa ada setengah pihak tu susah nak terima hujah hadis dan mentafsir mengikut pendapat yang lahir daripada akalnya, rupanya daripada golongan anti hadis. herm..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:14 PM | Show all posts
salam,

Sama jugak Al-Quran menyatakan maksudnya, jangan kata walaupun 'uff' kepada ibu bapa. So kalau ikutkan kaedah kamus istilah, hanya 'uff' sajalah yang tak boleh kata. Selainnya macam 'hoi' 'ah' 'eh' dah jadi tak salah?

Soalan mnm77 adalah "Selainnya macam 'hoi' 'ah' 'eh' dah jadi tak salah?"
Jadi jawapan saya adalah berpandukan soalan itu. Tapi sekarang mnm77 nak ubah kepada "UFF" pulak. Memang sy tak nafikan bahawa dlm Q17:23 kalimah yg digunakan adalah "UFF".
Kalau nak bincang pasal "UFF" katalah nak bincang pasal "UFF".
By the way mnm77 tahu kah apa makna "UFF" dalam bahasa Arab? Dan apa kaitannya dengan "AH" dlm terjemahan yg sy guna?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064793 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list