Di antara banyak-banyak tempat yang saya pernah lawati (macamlah banyak sangat), saya harus akui bahawa Switzerland memang cantik. Tapi itu tidak bermakna Malaysia tidak cantik. Serupalah kalau saya kata Siti Norhaliza cantik, itu tidak bermakna Fasha Sanda tidak cantik.
Selain dari cantik, ia juga bersih dan segar. Tak hairanlah banyak produser filem Hindustan memilih Switzerland sebagai tempat penggambaran. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil semasa berkunjung ke sana pada penghujung tahun 2007.
Bergambar bersama rakan-rakan sebelum mendaki Gunung Titlis.
Dan gambar-gambar berikutnya adalah gambar-gambar kami di sekitar bandar Luzern, Switzerland di musim sejuk.
|