CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: robotech

Menuju Alam Pernikahan .... (serta kisah Robo mencari cinta)

[Copy link]
Post time 16-2-2012 12:28 PM | Show all posts
Ya Allah...rasa sebak bila bace kisah cinta Mr. Robo ni...
setiap patah ayat tu...terbayang diruangan mata...
betapa indahnya cinta lepas kawen....
betapa sucinya cinta itu...
time kasih Mr. Robo krn sudi berkongsi pengalaman ini dgn kita org...
terasa ingin bercinta..tapi tak tau kpd sape harus diberikan cinta ini..
mungkin belum masanya...mungkin belum ditakdirkan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 03:06 PM | Show all posts
bestnye baca kisah2 cinta en tt...
berkobar2 lak rsnye nk khwn...
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 06:06 PM | Show all posts
As-salam

Ya Allah...rasa sebak bila bace kisah cinta Mr. Robo ni...
setiap patah ayat tu...terbayang diruangan mata...
betapa indahnya cinta lepas kawen....
betapa sucinya cinta itu...
time kasih Mr. Robo krn sudi berkongsi pengalaman ini dgn kita org...
terasa ingin bercinta..tapi tak tau kpd sape harus diberikan cinta ini..
mungkin belum masanya...mungkin belum ditakdirkan.....
adifrs Post at 16-2-2012 12:28

Cinta tu datang daripada Allah. Cuma, janganlah dilafaz cinta sebelum kahwin, takut sangat2 bila dah berbunga2, yang haram kita terlupa. Jika suka, maka bertaaruflah.

Ramai ada pengalaman kecundang dalam bercinta, termasuk saya. Sebab dengan lahir cinta di hati, kita akan diuji Allah seadanya. Adakah cinta kita pada manusia yang seorang lagi itu menyebabkan kita lupa cinta kita pada Allah, Rasulullah & pada kedua ibu bapa kita?

Cinta adik hanya untuk insan bergelar suami. Memang ada orang jatuh cinta sebelum kahwin, tapi janganlah nak isytihar segenap alam. Kenali si dia sebagai sahabat, simpan kemas2 perasaan cinta dalam sepanjang persahabatan kenal hati budi. Bila dah sah bernikah, maka luahkanlah perasaan cinta rindu dendam yang terbuku di hati.

Itulah indahnya cinta sesama insani berlandas syarie.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 06:10 PM | Show all posts
As-salam

bestnye baca kisah2 cinta en tt...
berkobar2 lak rsnye nk khwn...
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat ye...
sya_syah Post at 16-2-2012 15:06


Kisah2 tu sebagai tauladan & pedoman. Sekadar perkongsian.

Terima kasih mendoakan kesejahteraan kami suami isteri. Semoga sya_syah ketemu jodoh insan yang bertaqwa & berkekalan dari dunia hingga ke syurga.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 06:44 PM | Show all posts
Reply 45# robotech


suke sya baca...leh jd pedoman utk sya jugak...

mmg kdg2 kita diuji n diketemukan dgn org yg salah dulu

smua tu leh mematangkan diri kita dlm mencari cinta yg sebenar

pe2pun thanks jugak sbb mendoakan sya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:36 PM | Show all posts
As-salam


Cinta tu datang daripada Allah. Cuma, janganlah dilafaz cinta sebelum kahwin, takut sangat2 bila dah berbunga2, yang haram kita terlupa. Jika suka, maka bertaaruflah.

Ramai ada pengalaman kecundang dalam bercinta, termasuk saya. Sebab dengan lahir cinta di hati, kita akan diuji Allah seadanya. Adakah cinta kita pada manusia yang seorang lagi itu menyebabkan kita lupa cinta kita pada Allah, Rasulullah & pada kedua ibu bapa kita?

Cinta adik hanya untuk insan bergelar suami. Memang ada orang jatuh cinta sebelum kahwin, tapi janganlah nak isytihar segenap alam. Kenali si dia sebagai sahabat, simpan kemas2 perasaan cinta dalam sepanjang persahabatan kenal hati budi. Bila dah sah bernikah, maka luahkanlah perasaan cinta rindu dendam yang terbuku di hati.

Itulah indahnya cinta sesama insani berlandas syarie.

Wassalam.
robotech Post at 16-2-2012 06:06 PM



Waalaikummussalam...

suka saya baca tulisan mr. robo ni...berupa pesanan & nasihat..tepat menuju ke hati...
tersentak adif seketika...
kdg2 kita memang tak perasan akan kelalaian diri sendiri...

ya..cinta itu anugerah dri Allah utk kita hambaNya...
tanggungjawab kita utk menjaga & membajai cinta itu dgn cara yg diredhai olehNya...
moga cinta itu dapat memberikan kita kebahagiaan di dunia juga akhirat....InsyaAllah...

terima kasih mr. robo...segala nasihat akan saya simpan buat panduan di kemudian hari...
moga mr. robo & isteri...kekal bahagia hingga hujung nyawa...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2012 01:32 AM | Show all posts
tahniah la..tapi jgn sesekali kita lupa..
kita datang ke dunia dengan dua perkara, n akan balik nnt dengan dua perkara...
amanah dan tanggungjawab..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 09:27 AM | Show all posts
Subhanallah.. moga Allah merahmati kamu berdua...

anda telah membuka mata saya...

kerana selama ini saya juga rupanya mencari cinta insani... bukan cinta illahi.. nauzubillah..

saya berdoa.. semoga Allah menitipkan kepada saya seorang lelaki yang boleh membimbing saya mejadi isteri yang solehah, ibu yang mithali, anak yang soleh dan hamba yang taat, serta memberi kebahagiaan kepada saya dunia dan akhirat.. amin....


amat sukar untuk saya berjumpa dengan lelaki... yang berani tegur saya dan mengajak saya solat ketika sesi taaruf.. selalunya.. terbabas.. atau saya memang tgh cuti.. tapi dia.. kompem terbabas.. macam mana saya nak nilai kan itu? amat sukar.. tapi saya redha sekiranya hingga ke akhir hayat saya tiada yang bertandang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 10:56 AM | Show all posts
a very nice story tt..byk pengajaran bole doambil..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 02:48 PM | Show all posts
Indahnya bercinta selepas kahwin... betul apa yg TT tulis, sebenarnya pengalaman cinta yang lalu ada hikmah dan membuatkan kita berfikir dan jadi lebih baik.

saya pernah bercinta sekali (cinta pertama), dan itulah terakhir saya bercinta.. tapi bila mengenangkan cinta yang lepas saya menangis. betapa mudahnya saya mengungkapkan cinta kepada yang tidak halal untuk saya. dan perpisahan terjadi... antara kami tidak ada  jodoh. dan saya masih bersendiri sehingga sekarang.

bukan tidak ada lelaki hadir dalam hidup saya selepas dia, ada... tapi hati saya menolak sekerasnya bercinta sebelum kahwin. pengalaman cinta pertama lalu telah mengubah prinsip saya.. katakan tidak kepada lelaki ajnabi!! cinta, kasih saya hanya untuk yang halal bg saya.

baru2 ini, kawan saya menyuarakan hasrat untuk mengadakan taaruf antara saya dan abang kepada suaminya. saya terkejut dengan hasrat dia nak jodohkan saya dengan abg ipar dia (abg suami dia). saya kenal kawan-kawan dia, kawan2 dia kebanyakannya yang jenis bertudung labuh, tapi saya walaupun menutup aurat, tapi hijab saya masih x sempurna. saya cukup terharu dan rasa diberikan penghormatan. saya tak sangka saya yang dipilih untuk abg ipar dia..

walaupun terkejut, saya minta masa, saya perlu tenangkan diri dan istikharah. kerana sebagai perempuan, yang paling penting adalah memilih imam yang terbaik. yang terbaik dapat membimbing saya. selepas 3x solat istikharah, dan mendapat pandangan dan nasihat dari orang yang rapat dengan saya, saya membuat keputusan untuk teruskan taaruf ini. saya maklumkan kepada kawan saya dengan hanya sms, saya sedia bertaaruf.

tapi..... sehingga sekarang.. kawan saya pula senyap. saya pk +ve, dia sebagai orang tengah mungkin sedang merancang sesuatu. sejak saya memaklumkan kesediaan saya untuk bertaaruf, saya melakukan solat hajat. saya berdoa agar Allah permudahkan jalan yang saya telah pilih dan jauhkan saya dari kekecewaan.

saya percaya dan yakin, taaruf adalah jalan terbaik menuju alam pernikahan. Doakan saya dapat menempuh jalan yang saya telah pilih (taaruf) dengan redha Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 12:46 PM | Show all posts
As-salam
tahniah la..tapi jgn sesekali kita lupa..
kita datang ke dunia dengan dua perkara, n akan balik nnt dengan dua perkara...
amanah dan tanggungjawab..
cokchibor Post at 17-2-2012 01:32


Benar, kerana cinta berlandas syariat & ikhlas kerana Allah turut hadir seiring tanggungjawab & amanah-Nya kepada kita.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 12:52 PM | Show all posts
As-salam
Waalaikummussalam...

suka saya baca tulisan mr. robo ni...berupa pesanan & nasihat..tepat menuju ke hati...
tersentak adif seketika...
kdg2 kita memang tak perasan akan kelalaian diri sendiri...adifrs Post at 16-2-2012 23:36


Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kecuaian diri saya.

ya..cinta itu anugerah dri Allah utk kita hambaNya...
tanggungjawab kita utk menjaga & membajai cinta itu dgn cara yg diredhai olehNya...
moga cinta itu dapat memberikan kita kebahagiaan di dunia juga akhirat....InsyaAllah...


Sebab hadirnya cinta itu, seiring dengan amanah & tanggungjawab kita pada Allah Taala. Kita dijadikan Allah berpasang2, punya hati & perasaan yang berpandu akal bersandar Al Quran & As Sunnah. Maka fokuskan kecintaan kita pada-Nya, Rasulullah SAW dan kedua ibu bapa .... & belajar mencintai diri sendiri.

terima kasih mr. robo...segala nasihat akan saya simpan buat panduan di kemudian hari...


Sekadar mengingatkan sesama Muslim.

moga mr. robo & isteri...kekal bahagia hingga hujung nyawa...





Aminnnn. Terima kasih kerana sudi mendoakan kami.

Wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 12:53 PM | Show all posts
As-salam


Benar, kerana cinta berlandas syariat & ikhlas kerana Allah turut hadir seiring tanggu ...
robotech Post at 21-2-2012 12:46



    setuju..

n nak tambah lagi..nikmat juga disebaliknya adalah satu dugaan..semuanya adalah amanah dan tanggungjawap yang diletak pada setiap makhluk..n akan dipersoalkan nnt..semuanya hanya dipinjamkan, mungkin sesaat, mungkin sejam, sehari, setahun n so on..so, bersyukur dan redha dengan apa yang kita miliki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 01:14 PM | Show all posts
As-salam
Subhanallah.. moga Allah merahmati kamu berdua...hest Post at 17-2-2012 09:27



Alhamdulillah, terima kasih mendoakan kami. Semoga saudari Hest dipermudahkan Allah agar bertemu pasangan suami yang soleh & berkekalan bahagia dari dunia hingga ke syurga.

anda telah membuka mata saya...


Bukan saya, tetapi dengan kuasa & keizinan Allah Taala, hati nurani saudari terbuka setelah membaca kisah yang dikongsikan ini.

kerana selama ini saya juga rupanya mencari cinta insani... bukan cinta illahi.. nauzubillah..


Setiap kita punya kelemahan diri ... sebab kita insan, bukan malaikat. Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah, untuk kembali ke jalan-Nya. Kasih & sayang-Nya pada hamba-Nya yang kembali ke jalan-Nya lebih agung dari mana2 kisah cinta ciptaan insani.

Sebab itu, belajarlah mengenali Allah Taala, mencintai-Nya, mencintai Rasulullah SAW, mencintai ibu bapa kita & belajar mencintai diri kita sendiri.

Cinta yang hadir dalam hati bagi bakal jodoh / pasangan yang sudah bernikah itu anugerah Allah pada kita selagi kita mengikut syariat-Nya.

saya berdoa.. semoga Allah menitipkan kepada saya seorang lelaki yang boleh membimbing saya mejadi isteri yang solehah, ibu yang mithali, anak yang soleh dan hamba yang taat, serta memberi kebahagiaan kepada saya dunia dan akhirat.. amin....


Insya Allah, aminnnnn. Semoga saudari ketemu khalifah membimbing saudari & anak2 ke jalan-Nya, memimpin saudari dari dunia ke syurga dengan barakah sakinah mawaddah wa rahmah dari Allah Taala.

amat sukar untuk saya berjumpa dengan lelaki... yang berani tegur saya dan mengajak saya solat ketika sesi taaruf.. selalunya.. terbabas..



Sebelum berkawan, selidiki dulu asas agamanya. Sekiranya cukup solatnya, puasanya di bulan Ramadhan, si dia menunaikan zakat sebagaimana dituntut, bertanggungjawab pada keluarganya (dari segi nafkah walaupun tak sebesar mana), tutur kata & terdidik budi bahasa. Itu patut jadi pilihan & tunggak utama bagi kaum hawa dalam menilai bakal pasangan sebelum & ketika bertaaruf.


Barulah faktor sosio ekonomi menjadi faktor berikutnya.


atau saya memang tgh cuti.. tapi dia.. kompem terbabas.. macam mana saya nak nilai kan itu? amat sukar..


Bagi si dia peluang untuk berubah. Pintu taubat masih luas, ruang memperbaiki diri masih ada. Biarlah dia ikhlas berubah kerana Allah, bukan kerana kita, sebab perubahan kerana hanya pada insan hanya hangat2 tahi ayam.


Sebab kita nak seorang khalifah pilihan Allah membimbing kita sebagai pasangan, bukan seorang khadam syaitan laknatullah atau abdi nafs semata2.


tapi saya redha sekiranya hingga ke akhir hayat saya tiada yang bertandang.


Mencari pasangan yang baik2 adalah tanggungjawab kita melaksanakan Sunnah Rasulullah SAW & tuntutan biologi kita bani Adam & Hawa.

Maka kena ada niat, mesti berusaha, dan bertawakkal & kena istiqamah. Jangan cepat putus asa. Jika tiada jodoh, bukan rezeki kita, maka barulah redha. Tapi bangkit dan berusaha lagi. Kena yakin pada Allah Taala.

Wassalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 01:17 PM | Show all posts
As salam
a very nice story tt..byk pengajaran bole doambil..
blue_tulip Post at 17-2-2012 10:56


Sekadar perkongsian. Supaya jadi motivasi untuk insan lain. Ada pedoman, ada iktibar. Tapi yang penting, pada Allah kita serahkan segala2nya, bila jatuh kena bangkit semula.


Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 01:22 PM | Show all posts
As-salam



Alhamdulillah, terima kasih mendoakan kami. Semoga saudari Hest dipermudahkan Allah ...
robotech Post at 21-2-2012 13:14



    terima kasih doakan saya juga ...

insyaAllah putus asa itu tiada dalam kamus... tapi redha dalam apa jua ketentuan telah lama di dahulukan...


syukur.. sekarang mula terasa manisnya zikrullah... moga Allah tak menarik nikmat tu.. bahkan menambahkannya pada saya...dan kawan2 .. amin.... ;)

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2012 01:41 PM | Show all posts
As-salam
Indahnya bercinta selepas kahwin... betul apa yg TT tulis, sebenarnya pengalaman cinta yang lalu ada hikmah dan membuatkan kita berfikir dan jadi lebih baik. annadellia Post at 19-2-2012 14:48


Alhamdulillah. Sekurang2nya ada manfaat saya berkongsi kisah suka duka ini.

saya pernah bercinta sekali (cinta pertama), dan itulah terakhir saya bercinta.. tapi bila mengenangkan cinta yang lepas saya menangis. betapa mudahnya saya mengungkapkan cinta kepada yang tidak halal untuk saya. dan perpisahan terjadi... antara kami tidak ada  jodoh. dan saya masih bersendiri sehingga sekarang.


Pengalaman dulu mematangkan kita. Hadirnya cinta & putusnya ia ... mesti ada hikmah disebaliknya. Maka bersangka baik pada Allah Taala. Peristiwa dulu adalah ujian-Nya bagi kita.

Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Maka saya menilai kembali, kenapa saya diuji Allah dalam perhubungan lalu? Adakah kerana jahil, adakah mementingkan nafs dari akal, adakah kerana dosa2 saya terdahulu? Ataupun terlalu buta mengejar cinta seorang manusia, saya melalaikan atau cuai melaksanakan tanggungjawab saya kepada-Nya?

Sebab itu saya mampu bersangka baik dalam apa yang berlaku. Biar pahit ditanggung, pasti ada hikmah & pengajaran di sebaliknya. Perpisahan itu sekadar hanya antara 2 hati, sedangkan Allah Maha Berkuasa memisahkan kita dari hidup duniawi ke alam kematian.

bukan tidak ada lelaki hadir dalam hidup saya selepas dia, ada... tapi hati saya menolak sekerasnya bercinta sebelum kahwin. pengalaman cinta pertama lalu telah mengubah prinsip saya.. katakan tidak kepada lelaki ajnabi!! cinta, kasih saya hanya untuk yang halal bg saya.


Alhamdulillah. Sebenarnya, selain hanya doa semata2, usaha kita mencari pasangan tak terhenti sekadar menadah tangan berdoa mahupun niat sahaja.

Usaha juga datang dalam bentuk ibadah sunat seperti solat sunat hajat dengan istiqamah berterusan.

Menerusi Bait Muslim, kita boleh berusaha mencari jodoh. Sekali sekala, nilaikan muslimin di kelas usrah. Atau bertanyakan khabar melalui orang ketiga pada muslimin yang rajin bertandang jemaah di masjid / surau atau pun tak lekang menjadi ahli majlis ilmu.

baru2 ini, kawan saya menyuarakan hasrat untuk mengadakan taaruf antara saya dan abang kepada suaminya. saya terkejut dengan hasrat dia nak jodohkan saya dengan abg ipar dia (abg suami dia). saya kenal kawan-kawan dia, kawan2 dia kebanyakannya yang jenis bertudung labuh, tapi saya walaupun menutup aurat, tapi hijab saya masih x sempurna. saya cukup terharu dan rasa diberikan penghormatan. saya tak sangka saya yang dipilih untuk abg ipar dia..


Alhamdulillah, itu satu petanda yang baik.

walaupun terkejut, saya minta masa, saya perlu tenangkan diri dan istikharah. kerana sebagai perempuan, yang paling penting adalah memilih imam yang terbaik. yang terbaik dapat membimbing saya. selepas 3x solat istikharah, dan mendapat pandangan dan nasihat dari orang yang rapat dengan saya, saya membuat keputusan untuk teruskan taaruf ini. saya maklumkan kepada kawan saya dengan hanya sms, saya sedia bertaaruf.


Cara tu dah betul, tapi langkah seterusnya tak berapa betul sangat ... sebab saudari hanya bagi makluman menerusi sms sahaja. Kenapa tak telefon rakan anda tu ke, atau terus bersemuka. Janganlah terlalu malu, ingatkah saudari bagaimana Saidatina Khadijah RA merisik Rasulullah SAW menerusi orang ketiga.

Kenalah pro aktif juga.

tapi..... sehingga sekarang.. kawan saya pula senyap. saya pk +ve, dia sebagai orang tengah mungkin sedang merancang sesuatu. sejak saya memaklumkan kesediaan saya untuk bertaaruf, saya melakukan solat hajat. saya berdoa agar Allah permudahkan jalan yang saya telah pilih dan jauhkan saya dari kekecewaan.


Kita kena bersangka baik pada sahabat kita tu. Niat dia elok nak bantu kita mencari pasangan. Tapi, saudari tak boleh menunggu sahaja. Cuba bawa rakan berbincang, aturkan masa bertemu dengan bakal pasangan. Sebaik2nya, ditemani sahabat & suaminya sebagai saksi pertemuan supaya terjaga adab susila dalam sesi awal taaruf.

Cuba saudari baca bagaimana cara saya cuba mengenali isteri saya. Step by step juga. Bezanya, saya yang memulakan langkah awal. Tapi tak ada salahnya saudari yang memulakan langkah pertama dalam bertaaruf ni. Ambil contoh kisah Saidatina Khadijah RA.

saya percaya dan yakin, taaruf adalah jalan terbaik menuju alam pernikahan. Doakan saya dapat menempuh jalan yang saya telah pilih (taaruf) dengan redha Allah...


Insya Allah. Ingat, niat yang ikhlas kerana Allah, berusaha, bertawakkal serta beristiqamah. Kami doakan saudari mendapat suami yang soleh, khalifah terpilih, imam buat saudari di dunia & berterusan ke syurga.

Amin

Wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 01:47 PM | Show all posts
Cara tu dah betul, tapi langkah seterusnya tak berapa betul sangat ... sebab saudari hanya bagi makluman menerusi sms sahaja. Kenapa tak telefon rakan anda tu ke, atau terus bersemuka. Janganlah terlalu malu, ingatkah saudari bagaimana Saidatina Khadijah RA merisik Rasulullah SAW menerusi orang ketiga.
robotech Post at 21-2-2012 13:41


hurm... yup. memang tak dinafikan ada perasaan malu dalam diri saya. Saya tak kuat untuk menjadi seperti Saidatina Khadijah. Untuk makluman TT, kawan saya ni seorang yang terlalu baik dengan saya. Dan saya tak nafikan dia tahu kisah suka duka cinta saya dulu. Saya sebenarnya tak nak meletakkan sebarang harapan. Sebab tu saya mengambil keputusan untuk sms sahaja. saya redha dan pasrah walau apapun jadi selepas ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 01:48 PM | Show all posts
As-salam
setuju..

n nak tambah lagi..nikmat juga disebaliknya adalah satu dugaan..semuanya adalah amanah dan tanggungjawap yang diletak pada setiap makhluk..n akan dipersoalkan nnt..semuanya hanya dipinjamkan, mungkin sesaat, mungkin sejam, sehari, setahun n so on..so, bersyukur dan redha dengan apa yang kita miliki..
cokchibor Post at 21-2-2012 12:53


Terima kasih sudi berkongsi. Dapat juga saya jadikan peringatan bagi memperbaiki diri dalam menjalani kehidupan yang Allah pinjamkan ini.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2012 01:51 PM | Show all posts
As-salam
terima kasih doakan saya juga ...
hest Post at 21-2-2012 13:22


Sama2. Kan elok kita mendoakan sesama Muslim.

insyaAllah putus asa itu tiada dalam kamus... tapi redha dalam apa jua ketentuan telah lama di dahulukan...


Maka kita kena pandang ke depan, dan berusaha sebaik boleh dalam mencari pasangan yang diredhai.


syukur.. sekarang mula terasa manisnya zikrullah... moga Allah tak menarik nikmat tu.. bahkan menambahkannya pada saya...dan kawan2 .. amin.... ;)

terima kasih


Alhamdulillah, kepada Allah kita panjatkan kesyukuran.

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.089921 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list