|
farahanafarah posted on 22-11-2012 03:00 PM
haha, jangan risau..18sx yg tidak keterlaluan rasanya...
Huhu...mana leh terlampau kan...saja jer gurau2 manja....
Dah pi masuk kelas..kang kena ketuk ketampi ngan lecturer...
|
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki mmg kalah dgn air mata pompuan
blom apa2 lg dah gabrah |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 22-11-2012 11:34 AM
Tidaakkkkkkk...bukan sy yg mulakan.... fara yg dah mention awal2 so...bersedialah...ahaks. ...
so kita nak bersedia mcm mana nie sellie
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 22-11-2012 03:34 PM
so kita nak bersedia mcm mana nie sellie
Aaaa...mmm...aaaa..mmmm....camna yek... camni aje ler kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 22-11-2012 04:08 PM
haippppppppppp lom tawen jgn cakap pasal membunuh syaiton hokeh x sesuai
tp kan sellie, ...
Mana ada kata apa2...kita speku aje...huhu....
Yg tuh dah kawin ketika belajr...itu yg nak tau status tn umah nih...adakah????
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 22-11-2012 04:20 PM
selain dr cerita tuan tanah kedaung nie, kita kena speku status dia jugak ke
org kata depends ...
tak ler...saja jer ana...huhu...abis tret tn umah wat modal kita mengata dia..ahaks... jomlah ler speku jln tn umah nih...agak2 lepas lisa dah jumpa tg dennis...rasanya minah nih bakl jd maid tg dennis kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 22-11-2012 03:36 PM
farah, akak ada pelbagai speku tp xdelah mantap mcm sellie
dan bila pikir2 semula mls lak nak me ...
alah, ok apa speku2..mana tau boleh jadi penyumbang idea nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
hamboi...kemain ana ngan sellie berspeku yerrrr...sampai tuan tanah pun kena tempias, sabor2..panjangggggg lagi citernya, heheh...tengah nak upload bab baru nih...apa yang korang baca kat sini tu, yang baik dijadikan teladanlah hendaknya dan yang buruk dijadikan sempadan..jangan diikut.... |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 22-11-2012 11:13 PM
hamboi...kemain ana ngan sellie berspeku yerrrr...sampai tuan tanah pun kena tempias, sabor2..panjan ...
Betul tuh fara....huhu...selalu citer kena ada pengajaran yea tak...
Sila sambung dgn segera ya....
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 8
Lisa menggeliat puas. Badannya terasa lenguh-lenguh tapi alas pembaringannya yang terasa empuk membuatkan dia ingin menyambung tidurnya. Kesejukan yang ketara membuatkan Lisa menarik selimut yang sudah terlondeh sehingga ke paras pinggang.
“Ah…nyamannya…” getus Lisa perlahan. Matanya dirapatkan kembali namun seketika Cuma. Bagaikan tersedar dari mimpi, Lisa terus bangkit dari pembaringan. Matanya liar memerhati sekeliling.
“Aku kat mana ni…” ucap Lisa perlahan bercampur baur dengan perasaan yang cuak dan resah yang melampau. Tadi ada perompak, lepas tu kereta besar, abang polis…lepas tu…pondan Haji Taib! Lisa sudah mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku tapi dia pelik, rasanya tadi dia masih berada dalam kereta milik mamat sombong tu tapi kenapa tiba-tiba dia boleh berada dalam bilik mewah ini. Lisa segera berdiri.
Baju yang membaluti tubuhnya masih lagi baju kurung yang dipakai saat dia melangkah keluar dari rumah Kak Som. Tiada apa yang berubah, kesan terkoyak dibahunya juga masih disitu. Lisa mundar-mandir dalam bilik mewah itu. Dia menghampiri meja kerja yang terdapat sebuah laptop berjenama Apple di situ dan mencapai 3 keping sampul surat yang masih belum digunakan. Tulisan berwarna kuning keemasan dibacanya.
“Hotel Emperor…maknanya sekarang ni aku kat bilik hotel lah. Siapa yang bawa aku ke sini?” segala persoalan yang berada dimindanya tidak mampu terjawab. Lisa menjeling laptop yang terdampar di atas meja, laptop tu tentu saja milik lelaki yang tidak diketahui namanya tadi. Apakah lelaki itu juga menginap di sini? Di bilik yang sama? Pening kepalanya memikirkan. Malas mengusutkan mindanya yang sudah sedia kusut, Lisa berlalu ke bilik air untuk membersihkan badan.
Dia sudah terlalu rimas dengan keadaannya yang melekit dengan peluh yang sudah kering. Baunya pula kalah kambing gurun.
Pancuran air yang keluar dari shower betul-betul menyegarkan tubuhnya. Setelah siap mandi dan mengelap badan, Lisa termangu-mangu. Dia sudah kehilangan beg pakaian, baju apa yang ingin dipakainya. Tak kan baju kurung yang sudah koyak rabak tadi, bau masam pula tu. Kalau pakai baju tadi serupa saja tak payah mandi. Dalam pada kusut memikir, Lisa ternampak bathrobe yang tergantung di sudut bilik air. Dia segera mencapainya dan disarungkan ke badan. Rambut yang basah dibiarkan lepas.
Lisa melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe paras lutut. Perutnya terasa sebu, dia masih belum menjamah sebutir nasi pun. Rasa lapar mula mencucuk perut. Bunyi loceng bilik hotel ditekan kedengaran. Lisa berlari ke arah pintu, teragak-agak untuk membukanya. Melalui lubang yang disediakan dipintu bilik dia mengintai. Kelihatan seorang gadis beruniform keemasan berdiri tegak dihadapan pintu bilik.
Lisa segera membuka pintu. Gadis kecil molek itu hanya tersenyum manis. Lisa membalas seadanya.
“Assalamualaikum cik…maaf mengganggu, saya ditugaskan untuk menghantar makanan untuk cik. Boleh saya masuk?” Tanya gadis yang bertag nama Ain itu sopan. Wah…rezeki…
Lisa yang terkebil-kebil hanya mengangguk sambil beranjak ke tepi untuk memberi laluan kepada Ain menolak troli yang sarat dengan makanan. Lisa mengekori dan membiarkan pintu bilik tertutup sendiri. Dia hanya memerhatikan Ain menolak troli berdekatan dengan meja berhampiran balkoni. Makanan yang dibawanya dihidangkan di atas meja tersebut. Lisa kecur liur melihat makanan di depan mata.
Dia yang sememangnya tengah kebulur terasa tidak sabar untuk menikmati juadah tersebut. Ain yang sudah selesai menguruskan kerjanya berpaling menghadap Lisa sambil memegang beg kertas berwarna hitam.
“Cik, ini ada pakaian untuk cik. Tengku minta saya beri pada cik,” Ain menghulurkan beg kertas yang dipegangnya kepada gadis cantik yang nampak agak bingung. Beg kertas itu bersambut.
Ain yang malas mahu berlama di situ segera meminta diri. Setelah hampir menolak troli keluar barulah Lisa bersuara.
“Errr…siapa yang bagi barang ni tadi?” Tanya Lisa perlahan.
Ain kerut kening. Pekak ke, tadi rasanya aku dah cakap. Ke…aku yang nyanyuk, getus hati kecil Ain namun dia tetap tersenyum sopan.
“Tengku yang bagi cik…Tengku Dennis.” Jawab Ain.
Lisa hanya mengangguk sambil tersenyum tawar. Ain segera menolak troli keluar dan tunduk hormat pada Lisa yang masih memerhati. Lisa segera kunci pintu.
“Tengku Dennis…kalau dah nama Tengku ni mesti kaya. Silap-silap anak raja. Habislah aku, tadi aku kurang ajar dengan dia, karang tak pasal-pasal kena tulah pulak.” Omel Lisa sendirian sambil tergelak, lucu dengan kata-katanya sendiri.
Bau makanan menggamit seleranya. Dia menghampiri meja. Terbuntang mata melihat makanan yang banyak dan enak-enak belaka. Ada nasi ayam, chicken chop, jus buah-buahan, pudding dan macam-macam lagi. Lisa kecur liur, dia segera duduk dan menjamu selera.
Setelah selesai menjamu selera, Lisa mencapai beg kertas yang diletakkan di atas katil sebentar tadi. Isi beg kertas itu ditarik keluar. Sepasang dress lengan pendek berbunga-bunga terlayar diruang matanya. Cantik! Kainnya sungguh lembut. Lisa segera menanggalkan bathrobe yang sejak tadi tersarung dibadannya dan menyarung dress berkenaan.
Lisa terperanjat, ingatkan dress tersebut labuh sehingga ke paras buku lali tapi malangnya hanya betul-betul berada pada paras lutut. Kalau duduk confirm akan tersingkap atas paras lutut. Hisyyy!!! Seksinya…tapi Lisa tahu, dia tidak ada pilihan lain. Dari pakai bathrobe baiklah pakai dress ni. Lisa hanya membiarkan dress itu melekat pada tubuhnya. Dress yang muat-muat ditubuhnya itu sangat sesuai dengan tubuh tinggi lampai Lisa.
Rambut yang sudah kering disikat menggunakan sikat yang disediakan pihak hotel dan disanggul tinggi menyerlahkan leher jinjangnya. Dicapai remote televisyen dan ditekan-tekan untuk mencari siaran yang menarik hati. Lisa ralit dalam dunianya.
Ain yang sedang menolak troli kosong bercakap sorang diri. Dia masih memikirkan gadis yang berada dalam bilik Tengku Dennis, bosnya itu. Adakah perempuan itu, mistress bos…hishhh! Tak mungkin..tak mungkin..hati Ain terus-terusan membuat spekulasi sehinggakan tidak sedar dia hampir melanggar troli berisi cadar dan tuala kotor yang diletakkan ditepi muka pintu salah sebuah bilik hotel.
Sergahan Yana, teman sekerja Ain menyebabkan gadis itu terperanjat. Melatah panjang Ain dengan sergahan itu. Yana ketawa kuat. Suka benar menyakat Ain yang sememangnya ratu latah itu.
“Kau dah kenapa Ain? Sebesar alam troli ni pun kau boleh nak langgar…mata letak kat mana wahai sahabatku? Dah lah tolak troli macam orang mabuk todi.” Sakat Yana sambil menolak bahu Ain dengan bahunya. Ain hanya mendengus lembut. Ditolak tubuh Yana yang menempel disebelahnya. Yana tergelak.
“Aku ni bukan apa Yana…aku tak nak bersubahat. Dosa aku ni pun tak larat aku nak pikul, so aku malas la nak pikul dosa orang lain.” Balas Ain. Yana pelik, apahal sebut pasal pikul dosa pulak ni. Buang tebiat apa si Ain ni.
“Eee..pikul-pikul dosa apa pulak ni beb? Aku tak paham lah bahasa orang asli, cuba cakap Bahasa Melayu.” Giat Yana lagi. Suka melihat wajah cemberut Ain. Ain memasamkan muka.
“Kau ni..saje buat-buat tak paham pulak. Tadi aku pergi hantar makanan kat bilik bos kita yang handsome tu, Tengku Dennis. Lepas tu kau tau siapa ada dalam bilik dia tu? Perempuan….beb…perempuan…pakai bathrobe je pulak tu! Terkejut aku, tapi nasib baik aku pandai cover line,” beritahu Ain pada Yana.
Yang terlopong. Tuala yang dipegang terlepas. Dia melompat-lompat. Panas! Panas!
“Weh! Berita hot ni weh..hot…cantik tak perempuan tu? Tinggi tak? Putih tak? Jelita tak?” Tanya Yana tidak sabar. Baginya bosnya itu patut dan perlu bergandingan dengan wanita yang jelita dan cantik mengancam. Di sikunya Ain yang masih mendiamkan diri.
Ain menjeling Yana yang tergedik-gedik semacam. Tak menyempat, banyak betul soalannya.
“Cantikkkkkkk…cantik gilaaaaa…masa aku masuk tadi dia baru lepas mandi kot, rambut dia basah lagi. Baru lepas mandi dah sah-sah la dia belum mekap. Tak mekap pun dia cantik sangat. Natural beauty lah kiranya. Kulit dia licin macam telur rebus. Berkilat je…” puji Ain teruja. Pada matanya perempuan tadi sangat cantik.
Yana bertambah teruja. Melonjak-lonjak hatinya mahu melihat perempuan yang dikatakan sahabatnya itu.
“Wah…macam gempak je..ada cantik macam aku tak?” Yana ketawa nakal sambil terpusing-pusing badannya. Ain mencebik geli.
“Kau tu muka tepung gomak! Bedak sekilo kat muka!” kutuk Ain selamba. Bulat mata Yana mendengar kutukan itu tapi akhirnya mereka sama-sama ketawa besar.
Yana terdiam. Dia terfikirkan sesuatu.
“Eh! Tadi kau kata perempuan tu dalam bilik Tengku Dennis. Siap pakai bathrobe lagi. Tengku Dennis nya ada ke tidak?” Tanya Yana kuat. Kalau Tengku Dennis ada sekali memang panaslah…perempuan dengan lelaki dalam satu bilik yang sama. Siapa nak percaya kalau cakap duduk borak-borak saja. Sudah kurangkah café kat Kuala Lumpur ini untuk dijadikan tempat berborak.
Baru Ain mahu membuka mulut. Bunyi batuk kedengaran dari belakang mereka. Ain dan Yana terkedu. Tengku Dennis! Matilah…terkulat-kulat kedua gadis itu apabila Tengku Dennis makin menghampiri tanpa senyuman.
Tengku Dennis berhenti tepat dihadapan kedua-dua pekerjanya itu.
“Saya tak nak ada sebarang gossip tentang saya kat hotel ni. Kalau saya dengar ada cerita yang tidak elok pasal saya tersebar, saya akan cari kamu berdua,” ugut Tengku Dennis. Terkebil-kebil Ain dan Yana mendengar kata-kata majikannya itu. Tengku Dennis seorang yang garang dan panas baran. Anginnya tidak kira masa, Ain dan Yana kecut perut.
“Teng…tengggkuu…kami minta maaf, kami janji kami tak akan cerita apa-apa pada sesiapa pun. Kami janji!” tutur Ain sambil tangan kanannya diangkat persis mengangkat sumpat. Yana disebelah mengangguk berkali-kali. Kelu lidah untuk berbicara, kagum dengan ketampanan bosnya itu. Badan tegap, rambut style terkini, kulit putih, mata mengancam. Ah…macam Dennis Oh. Eh..nama bos pun Dennis, wah! Kebetulan betul ni. Gumam Yana dalam hati.
Tanpa sepatah kata Tengku Dennis berlalu pergi. Ain dan yana mengeluh lega.
“Nasib baik beb…aku ingat dah nak kena pecat dah kita tadi. Fuh…lega…” ujar Yana sambil urut dada.
“Dahlah tu. Jom buat kerja.” Ajak Ain. Mereka beriringan untuk menyambung kerja. Bimbang untuk berlama-lama disitu. Silap haribulan kena sergah dengan Tengku Dennis lagi.
p/s : buat peneman yang suka tido lewat..layan lah dulu yeeeee...semoga tak mengecewakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu aje ke syg...huhu... x puas lak... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 22-11-2012 11:38 PM
Itu aje ke syg...huhu... x puas lak...
1 more lah...tak busy sangat malam ni..heheh..sat ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 22-11-2012 11:43 PM
1 more lah...tak busy sangat malam ni..heheh..sat ye...
ok, ok....one more time.... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 9
Tengku Dennis menekan punat lif untuk ke VIP floor, dimana bilik mewahnya terletak. Jam Rolex King ditangan dikerling, sudah pukul 6 petang. Apalah yang dibuat orang gila tu kat bilik. Jangan dijahanamkan bilik aku sudah.
Lif berhenti ditingkat 10, Tengku Dennis melangkah menuju ke arah biliknya. Loceng ditekan sekali. Tidak ada tanda-tanda pintu ingin dibuka. Loceng ditekan lagi, Tengku Dennis muka naik angin, sudah lenguh tangannya menekan loceng. Lantas dia menyeluk poket mencari wallet. Belum sempat kad bilik dikeluarkan pintu sudah dibuka dari dalam. Tengku Dennis terkedu, gadis yang berdiri tegak dihadapannya kelihatan lain dan luar biasa. Cantik!
‘betul ke bilik aku ni? Karang salah bilik naya je,’ tutur kata hatinya.
Lisa yang terkejut melihat Tengku Dennis di muka pintu segera bertindak menutup pintu. Tengku Dennis yang masih ragu-ragu mula yakin yang gadis tadi adalah orang gila yang didukungnya awal siang tadi. Oleh kerana Tengku Dennis dalam keadaan yang tidak bersedia, tangannya yang ingin menahan pintu dari ditutup oleh gadis itu tersepit.
Tengku Dennis menjerit kuat, Lisa terkejut lantas pintu dibuka semula. Tengku Dennis melangkah masuk dengan tergesa-gesa dan mencampakkan briefcase yang dibimbitnya tadi. Bunyi briefcase yang terkena lampu meja ditepi katil mengejutkan lisa. Pecah berderai lampu berkenaan. Lisa mula takut, menggigil tubuhnya. Awal siang tadi bukan main dia lantang berperang mulut dengan Tengku Dennis tapi selepas melihat perangai lelaki itu yang agak panas baran, Lisa jadi takut.
Tambahan pula dia dalam genggaman lelaki berkenaan. Lisa mengekori Tengku Dennis yang sudah duduk di katil. Kot hitam yang dipakainya entah dicampak ke mana. Perlahan Lisa menghampiri Tengku Dennis dan menarik tangan lelaki itu yang tersepit tadi. Entah apa yang merasuknya pun dia tidak tahu, sesuka hati pegang tangan anak teruna orang. Jari kelingking dan jari manis tangan kiri lelaki itu mula membengkak dan kebiruan. Patah ke apa ni..
Tengku Dennis hanya membiarkan. Hatinya yang panas tadi mula sejuk. Tengku Dennis pelik, biasanya kalau dia sudah naik baran memang tak ada sesiapa pun mampu menyejukkannya.
Lisa yang sedar keterlanjuran diri melepaskan tangan Tengku Dennis yang dibeleknya sedari tadi.
“Errr…encik…tangan encik tu macam teruk je. Apa kata encik pergi klinik,” usul Lisa. Tengku Dennis hanya menjeling.
“Kau punya pasal lah ni! Yang kau bodoh pergi tutup pintu tu apahal?! Takkan kau dah tak kenal muka aku ni!” tengking Tengku Dennis. Lisa yang berdiri tegak dihadapannya dipandang lama. Dress yang dipakai Lisa itu dibeli setiausahanya, dia yang menyuruh apabila melihat keadaan baju gadis itu dan tiada beg pakaian yang dibawa gadis itu.
Lisa tersentak dengan tengkingan lelaki itu. Amboi…suara macam petir. Patutnya aku hempas kuat-kuat pintu tadi biar putus terus jari tu.
“Yang encik duk jerit-jerit, tengking-tengking saya ni tak sakit tekak ke? Kalau saya dah lama kena ulcer tekak tu,” jawab Lisa selamba sambil melabuhkan punggung ke sofa berangkai 2 yang diletakkan di depan televisyen. Lenguh berdiri sejak tadi. Nak harapkan lelaki itu mempelawanya duduk memang harapanlah.
Tengku Dennis telan liur, paha gebu gadis itu yang terdedah dipandang lama. Berdebar jantungnya. Hisyyy! Mata dengan otak ni gatal sangat kenapa! Marah Tengku Dennis dalam hati. Lisa yang tidak perasankan pandangan Tengku Dennis selamba saja menonton televisyen.
Cepat-cepat Tengku Dennis melarikan matanya. 7tahun menetap di luar Negara, lebih dari itu pun matanya pernah dijamu namun kali ini perasaannya berbeza. Dia cuba menghapuskan bayangan paha gebu itu. Denyutan yang terasa di tangannya membuatkan Tengku Dennis mencapai ganggang telefon yang berada di sisi katil. Dia mahu meminta ketulan ais untuk diletakkan pada jarinya sebelum melarat.
Butang kemeja dibuka dan dicampak ke atas katil. Lisa yang memandang terkejut tapi tidak lama kerana Tengku Dennis sudah berlalu ke bilik air. Lisa berfikir, takkanlah aku nak duduk dengan dia kat dalam bilik ni. Tapi kalau aku tak ikut dia mana lagi aku nak pergi? Kat KL ni aku tak kenal sesiapa pun. Dah lah tadi kena rompak, habis duit dan beg pakaian diambil, siapa kena kejar lagi. Kalau lah tak masuk dalam kereta mamat sombong ni entah apa lah nasibnya sekarang.
Mungkin dia sudah dijadikan pelacur, tak pun diseludup ke luar Negara untuk dijadikan peminta sedekah, atau organnya di ambil dan dijual. Fuh! Ngeri…dalam pada mengelamun akan nasib hidupnya yang masih gelap. Loceng yang berbunyi nyaring mengejutkan Lisa, dia pantas bangun menuju ke pintu. Seorang lelaki yang beruniform sama warna seperti Ain yang menghantar makan untuknya lewat petang tadi berdiri tegak sambil menolak troli berisi besen kecil dan sepeket ais.
Lelaki itu tersenyum manis tapi akhirnya senyuman itu bertukar dengan rasa yang tidak percaya apabila terlihat bosnya Tengku Dennis keluar dari toilet dengan hanya bertuala yang diikat dipinggang. Sehelai lagi tuala digunakan untuk mengelap rambut. Lisa yang turut menyaksikan keadaan itu terkaku. Gila apa mangkuk ni! Tak reti-reti nak pakai baju dalam tandas ke.
“Tengku…ini ais yang tengku minta tadi,” tegur pekerja hotel berkenaan. Tengku Dennis hanya mengangguk.
“Biarkan kat situ. Awak boleh keluar. Eh, sebelum tu tolong kemaskan kaca lampu tu. Besok suruh orang tukarkan dengan yang baru,” suruh Tengku Dennis. Pekerja tersebut hanya menurut sebelum melangkah keluar. Lisa yang sedang berdiri hanya memerhati. Malu melihat keadaan lelaki itu yang hanya bertuala. Tengku Dennis dilihatnya hanya selamba menuju ke almari dan menyarung t-shirt polo Ralph Lauren dan sepasang jeans biru. Langsung tidak ada perasaan malu terhadap Lisa. Dah biasa barangkali.
Lisa pejam mata. Takut ternampak apa yang tak sepatutnya. Tengku Dennis ketawa apabila melihat aksi gadis yang masih tidak diketahui namanya itu. Dia melabuhkan duduk di atas katil sambil dibawa sekali besen kecil yang sudah diisi ais. Sebelah tangannya direndam ke dalam ketulan ais tersebut. Matanya tidak lepas dari memandang wajah gadis dihadapannya.
“Siapa nama kau?” soal Tengku Dennis. Wajah Lisa yang masih terpejam matanya dipandang. Rasa nak tergelak ditahan.
“Sudah-sudahlah pejam mata tu, ada cita-cita nak jadi orang buta ke? Tadi jadi orang gila, sekarang nak jadi orang buta pula? Aku dah pakai baju, dah tak separuh bogel. Tak payah lah kau risau,” tutur Tengku Dennis selamba.
Lisa yang mendengar tersenyum malu. Matanya dibuka, berbalam-balam pandangannya. Selepas seketika barulah pandangannya jelas. Dapat dilihat ‘Tengkujuh’ sedang elok bersandar pada kepala katil sambil sebelah tangannya terendam dalam besen berisi ais. Lisa mencebik.
Tengku Dennis yang melihat gadis itu hanya diam, bertanya sekali lagi.
“Siapa nama kau?” Tanya Tengku Dennis sambil bangun dari katil dan menuju ke arah Lisa yang berdiri tegak sambil menundukkan kepala menyembunyikan wajahnya. Tengku Dennis tersenyum melihat gelagat gadis itu. Lisa masih tidak menjawab soalan lelaki itu, dia blur. Tak terkeluar apa perkataan pun dari mulutnya.
“Aku tanya apa nama kau!” Tengku Dennis mula berang, dipaut dagu gadis itu kasar. Lisa mula meronta, dia takut. Tidak sangka Tengku Dennis sekasar itu.
“Naaamaa…nama saya Lisa. Lepaslah! Sakit tau tak!” marah Lisa. Sengal pipinya. Tengku Dennis segera melepaskan. Dia menjarakkan dirinya dari gadis itu.
“Tak kan tu je nama kau. Nama penuh apa?!” tengkingnya lagi. Saja nak buat garang, kalau berlembut nampak macam tak dengar cakap saja.
Lisa terkejut dengan tengkingan itu.
“Nur Mellisa binti Azhar!” jerit Lisa kembali. Ingat dia je ada mulut nak jerit-jerit. Orang lain pun ada lah. Lisa jeling Tengku Dennis.
“Amboi…melawan…” Tengku Dennis berjeda. “Aku nak keluar, kau ada nak kirim apa-apa?” Tanya Tengku Dennis lembut kembali. Lisa berfikir.
“Ada…ermmm…ermmm…saya nak beli barang peribadi,” ucap Lisa malu-malu. Merah mukanya. Aduh! Macamana nak cakap ni.
“Barang peribadi? Apa benda pulak kau ni. Kalau dah gila tu gila jugak lah,” marah lelaki itu. Lisa mencebik.
“Saya nak beli sotong kering…” ujar Lisa malu. Sumpah! Muka dia rasa kebas macam tak ada hidung, mulut, mata dan segalanya.
Tengku Dennis bertambah pelik. Sejak bila sotong kering jadi barang peribadi pulak.
“I still don’t get it okay…cakap terang-terang sikit boleh?” Lisa tarik nafas sedalamnya.
“Saya nak beli bra dan yang seangkatan dengannya…” tutur Lisa sejelas mungkin. Hampir tidak terkeluar suaranya menanggung malu.
Tengku Dennis termalu sendiri. Dia tergelak kecik untuk menutup rasa malu.
“Kalau macam tu kau ikut aku lah, aku mana tau nak beli benda macam tu. Jomlah, nanti lambat tutup pulak kedai jual ‘sotong kering’ kau tu,” usik Tengku Dennis.
Dicapai kasut berjenama Gucci yang sudah sedia didalam almari lantas disarung ke kaki. Lisa yang masih berdiri tegak dipandang.
“Kau tunggu apa lagi? Nak tunggu aku dukung macam tadi?” soal Tengku Dennis sambil berdiri.
“Encik…dukung saya tadi? Masa bila?” Tanya Lisa bingung.
“Habis tu, kalau aku tak dukung kau bawak masuk dalam bilik ni, kau ingat ada pari-pari yang toing toing kan kau, lepas tu sedar-sedar je kau dah kat atas katil. Macam tu?” soal Tengku Dennis kembali.
“Dah lah, cepat! Aku dah lambat ni!,” ajak Tengku Dennis.
Lisa hanya mengekori lelaki itu yang laju menapak menghala ke arah lif untuk turun ke lobi.
“Hello Bob, kau naik motor dengan Adam. Aku nak keluar shopping,” arah Tengku Dennis melalui handphone nya. Lisa hanya memerhati. Lif sudah sampai ke tempat yang dituju. Tengku Dennis melangkah keluar, Lisa masih mengekori.
Mulut Lisa terlopong saat Tengku Dennis menekan remote keretanya. Tidak berkelip mata Lisa.
“Gila! Mamat ni tokey dadah ke apa…” ujar Lisa perlahan.
“I heard that,” balas Tengku Dennis. Enjin Ferrari F430 dihidupkan, pintu sebelah penumpang dibuka, ditolak tubuh Lisa supaya masuk ke dalam. Kemudian pintu kereta ditutup dan Tengku Dennis bersandar di situ. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak dan dicucuh api, asap rokok disedut dan dihembus beberapa kali. Rokok dihisap sekadar untuk membuang masa sementara menunggu enjin kereta panas.
Puntung rokok dicampak dan dipijak dengan kasut. Bob dan Adam sudah bersedia dengan motor masing-masing. Tengku Dennis jarang keluar tanpa pengawal peribadinya tambahan pula dengan status jutawan muda yang disandangnya, sudah pasti ramai yang berniat tidak elok terhadapnya. Tengku Dennis memberi isyarat pada pengawal peribadinya tanda dia sudah bersedia untuk gerak. Bunyi ngauman enjin Ferrari menarik perhatian beberapa orang yang berada di luar lobi hotel.
Lisa diam tidak berkutik disebelah Tengku Dennis. Dia tidak ada sesiapa di sini, nak atau tak nak dia terpaksa percayakan Tengku Dennis.
p/s : apa pendapat anda? |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 22-11-2012 11:49 PM
ok, ok....one more time....
okay dah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|