|
Istilah Scan pada nama/nama ibu seseorang...
[Copy link]
|
|
pasal scan men scan ni...ni cite aku lak..penah bekawan dgn sorg pmpuan ni, mmg aku bekawan utk jadikan bini la...masa 1st dating, dia cite la..mak dia ada kebolehan men scan..dia tnjuk je gmbar balak2 dia sblm ni, mak dia x bekenan..panas katanya..
hbgn aku n dia berakhir kat situ...dia cakap leh terima aku sbg kawan je..aku agak mak dia scan gambar aku pun 'panas' gak kot...ke...mmg ayat dia nak rejek aku...hohoho |
|
|
|
|
|
|
|
al-tapahi87 posted on 8-2-2013 11:24 PM
pasal scan men scan ni...ni cite aku lak..penah bekawan dgn sorg pmpuan ni, mmg aku bekawan utk jadi ...
cube ngko pakai kete mewah..umah pulak bungalow duit juta dlm akaun bank...hilang panas mak dia..hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau xsilap aku lah..kalau silap..tolong perbetui yee..
adat jawa..kalau nama bakal isteri lebih tggi dr nama bakal suami..
nama bakal isteri atau nama bakal suami akan ditukar masa majlis akad nikah tu..
kena pilih la mana satu nak ditukarkan..isteri atau si suami..xtahu la sekarang..mereka masih menggunakan adat itu atau tidak..
petua orang tua lak..bila dah di scan nama budak lelaki ni @ perempuan ni..sebab asyik sakit @ demam masa kecik..nama akan ditukar
budak lelaki..sinonim dengan panggilan ATAN padahal nama betulnya xkena ngan nama panggilannya
budak perempuan..sinonim dengan panggilan AYU,meriam@maria padahal nama betul xsama dengan nama panggilannya..
bakal bayi diberinama awal sblm dilahirkan kedunia..
contoh..dbell la senang..
maksud nama dbell..pemegang panji perang @ panji agama ALLAH...
maksud nama bakal anak dbell pulak..dibawah naungan khalifah,muhammad rasullullah..
bila di scan..nama dbell kalah pd anak..so kena adjust sikit bg dia patuh ckap orang tua..
kalau nak tukar lah..
tp bg dumbell..sebab isteri yg bg nama tu..kira isteri jadi pelembut hatinya..
leh dengar kata orang tua..kiranya dbell xyah tukar pun xpe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tajuk thread ni teringat prog agama kat tv baru ni, bab rawatn islam, sihir etc
Pastu ust tu kata nk kenali perawat tu guna rawatan islam ke x, kalau dia minta nama ibu, itu bermakna bukan perawat islam tp gunakan unsur2 lain
Terpegun gak dgr...i think most perawat minta nama ibu kecuali berubat di darul syifa
Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam, isu penggunaan nama ibu oleh perawat nie mmg dah lama timbul. Malah aku sendiri pon tertanya-tanya jugak. Kenapa pakai nama ibu bukan nama bapa. Sampai sekarang aku pon belum dapat jawapan yang memuaskan hati. Maybe ada perawat lain yang boleh bagi penerangan yg lebih.
Kalau kita kaji balik, penggunaan nama ibu telah lama diamalkan kat Malaysia nie. Pernah tak anda dengar imam baca talkin? Mereka menggunakan nama ibu. Dari kajian seorang Prof, aku lupa nama dia sbb aku baca benda nie kat mastika lama. Penggunaan nama ibu dimulakan oleh Ulama' fekah zaman dulu. Atas sebab apa aku lupa. Selepas aku korek maklumat sikit-sikit, aku ada jumpa hadis pasal penggunaan nama ibu untuk bacaan talkin. Ada masa aku bagi hadis tu.
Dalam kaedah rawatan islam yg aku blaja pulak, penggunaan nama ibu adalah disebabkan oleh hubungan anak dengan ibu adalah lebih dekat. Jadi lebih mudah untuk kita mengesan sakit seseorang. Sebenarnya, tak guna nama ibu pun boleh. Perawat akan gunakan nama pesakit binti Siti Hawa iaitu isteri Nabi Adam. Contohnya : Aminah Binti Siti Hawa
Ada hadis yg menyokong penggunaan nama Siti Hawa selepas nama seseorang. Disini aku ceritakan bagaimana guru aku scan pesakit. Aku tak blaja dan tak amalkan scan so, aku tak penah buat. Biasanya guru aku akan hadiahkan Al-Fatihah kepada roh pesakit dan kemudian dia akan dapat jawapan. Kalau kes yg berat sikit dia akan berdoa semasa solat hajat.
Persolan yg timbul, adakah jawapan yg diterima masa scan tu dari Jin @ mmg anugerah Allah?? Aku tak pernah alami so, aku tak ada jawapan.
Jika dirujuk balik dengan guru agama, mereka mengatakan bahawa penggunaan nama ibu adalah amalan sihir. Kenapa?? Mereka menjelaskan bahawa adalah menjadi sifat Jin utk menyesatkan manusia dan memutarbelitkan manusia. Penggunaan sihir telah lama berlaku iaitu selepas malikat Harut dan Marut mengajar sihir. Ajaran sihir tu sebenarnya utk menguji manusia dan akhirnya manusia menjadi sesat ekoran hasutan jin(Iblis/Syaitan). Jin menyesatkan manusia dengan menyuruh manusia menggunakan nama ibu apabila menyihir iaitu supaya lari dari fitrah manusia yg menggunakan nama bapa. Secara tak nampaknya manusia meletakkan nasab seseorang kepada ibu bukan bapa. Info berkaitan nie aku akan lengkapkan nanti. Perlu lebih rujukan.
Guru aku berkata, semasa scan perlu banyak berzikir dalam hati dan tidak putus-putus untuk mengelakkan jawapan yang diterima diganggu oleh jin dan hendaklah sentiasa yakin bahawa Allah yang memberi jawapan bukannya makhluk. Disini yg aku nampak pertahan dari gangguan jin semasa scan. Ini hanyalah sekadar ulasan pendek. Aku akan cuba ulas lebih panjang bila ada jawapan yg lebih baik.
p/s: ulasan aku berdasarkan apa yg guru aku ajar. Tidak boleh dijadikan kayu pengukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam .
Scan dari jarak jauh ini terbatas , saya selalu diminta untuk scan macam2 dari jrak jauh dan saya selalu katakan scan jarak jauh ini terbatas.
penggunaan nama ibu atau nama bapa mengikut apa yang saya belajar ada waktu waktu tertentu yang perlukan nama ibu ada yang tidak . hal ini sukar diterangkan sebenarnya kenapa dan mengapa kerana jika diterangkan bakal akan mengundang lebih banyak persoalan .
Method scan berbeza antara satu perguruan atau aliran dengan aliran yang lain. dan dirumuskan oleh eddy 137 dengan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun penah jumpa ramai orang macamni..huhuhu.. masa first time aku di explore pun dorang guna nama gak.. siap bagi salam perkenalan..datang pada aku guna angin.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm.....apa yg nak dipeningkan, simple je kot....
Tak semua orang ada bapak tapi setiap orang ibu kandung, ibu yg melahirkan anak kedunia walaupun ada yg dikutip dari tong sampah, tangga mesjid, bus stop dan JKM. Secara x langsung lagi senang untuk proses scanning, mudah berhubung terus dgn 'kamu'....siapa 'kamu'? itu rahsia la...mana ada magician nak bagitau magic dia..kan?
contoh :
"wak...tolong tgkkan bini aku ni wak, asal mlm je mencakar, asal malam je mencakar"
"boleh..kita cuba dulu. siapa nama penuhnya?"
"peah bte buang..."
"nama maknya"
"aduh..x ingat wak"
xkan nak soh bro tu kol bini dia, tanya nama mak dia, sedangkan laki dia nak keluar rumah pun ikut tingkap.... jadi sudahnya pakai HAWA, sbb kita ni pun temurun dari dia, bukan markonah atau pun melissa..
jadi wak tu akan berkomunikasi dengan 'kamu'...dengan bahasa angin
"kamu peah bte hawa?"
"iya wak..."
"kenapa dengan kamu yg lagi 1 tu? apa masalah dia?"
"itu lah masalahnya wak...dia tu solat pun tinggal2, suami pun disepak2nya..malu aku wak..malu..sekarang ada 2-3 bomoh hantar jin nak bg dia gaduh2 dgn laki dia sampai cerai...wak. apa aku boleh buat wak...laki dia ni pun ligat wak, minum, judi, zina...2x5 je la....bla...bla...bla"
dlm situasi ini (perbualan) tiadalah didengar oleh sesiapa dan tiada rahsia yg x boleh dibongkar kecuali si kamu tu lengkap makan pakainya..
ada 2-3 mcm jenis si kamu ni dtg...
1)dimana seperti alif, tiada bengkok tiada sengetnya dan tergantung didalam tempatnya...xde apa pun yg boleh dibongkar, puith bercahaya dengan iringan angin ataupun desiran ombak yg mendamaikan..
2)bersahaja...boleh bersembang dan beritahu itu ini, segala rahsia tuan punya badan dan seisi rumah tapi bukan lah untuk digunakan mengaibkan beliau dan seisi rumah
3)dibayangi bayang2 hitam, aura jahat dan bau busuk...sentiasa menjerkah dan memaki hamun..bahasa pun dah x tau apa bahasa...
4) dan lain-lain
......Allah...cthnya mcm kita nak amik staff baru, kita interview dia tapi kita still referen dia kan? kalu kita nak buat loan, org yg nak bg loan tu kena check citos dan ccris kan..nah kau! terpampang segala hutang, siap ada akaun dipantau dibawah akta rahsia pun ada kan..
wallahua'lam....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|