CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaKiKaT sEbUaH cInTa~ TamaT

[Copy link]
Post time 15-5-2013 07:10 PM | Show all posts
Sambungan mana..cepat sikit.best.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2013 07:25 AM | Show all posts
dua ari berehat dr tgk tenet.. insyaallah ari ni momey akan smbung lg
trima kasih kerana sudi tunggu dan terus menunggu hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 09:14 AM | Show all posts
Qaliff memarking keretanya. Kemudian dia keluar dari kereta. Naufal yang sudah sampai itu hanya menunggu di kerusi rehat berdekatan. Dengan perlahan-lahan Qaliff berjalan ke arah Naufal.

"Assalammualaikum, sahabat.." Naufal memberi salam sambil memegang bahu Qaliff.

"Waalaikummussalam.." jawab Qaliff lemah lalu duduk bersebelahan dengan Naufal.

Naufal masih diam. Menunggu Qaliff yang memulakan bicara terlebih dahulu. Qaliff termenung. Kemudian dia memandang Naufal.

"Yana ngandung.." Qaliff memecah kesunyian.

"Ha?" Terlopong Naufal dibuatnya. Betul ke apa yang dia dengar?

"Kau dengan dia...??????" Naufal inginkan kepastian.

"Tu bkn anak aku tp masa aku hantar Yana balik rumah tadi, aku tak tau apa dah jadi. Bila aku terjaga, aku dah ada dalam bilik dia." terang Qaliff yang sudah buntu itu.

"Aku dah cakap dah.. Perempuan tu ada niat tak baik dekat kau. Adoii sekarang macam mana? Maknanya sekarang ni dia gunakan kau la erk untuk bertanggungjawab?"

"Masalahnya tadi lelaki mana ntah tapi aku rasa boyfriend dia kot datang marah-marah aku supaya aku tinggalkan dia dan lelaki tu ngaku anak dia..."

"Haa.. bagusla!"

"Bagus?"

"Yela! Bolehlah kau terus tinggalkan perempuan tu!"

"Tapi, macam mana dengan apa yang aku dah buat dekat dia? Maruah tu, Naufal.."

"Masalahnya perempuan tu dah mengandung dan anak dalam kandungan dia tu bukan anak kau! Sedar sikit, Qaliff!!! Perempuan tu gunakan kau! Ni mesti boyfriend dia tak nak anak tu..sebab tu dia gunakan kau!"

"Peliklah! Kalau tak nak, kenapa dia nak aku tinggalkan Yana?"

"Adoi ko ni! Boleh tak kau...."

"Aku mesti bertanggungjawab apa yang aku dah buat dekat Yana.."

"Kau ni dah kenapa, Qaliff? Kau dah kena pukau dengan Yana ke???" Naufal menepuk pipi Qaliff.

Qaliff terus merentap tangan Naufal.

"Maruah aku, Naufal.. Dan maruah dia.." Qaliff tegas dengan keputusannya.

Naufal menggelengkan kepalanya.


                                                                              ***************


Dayana ditampar, ditendang dan disebat dengan tali pinggang oleh Raziq. Dayana lemah. Berpeluh Raziq dibuatnya. Kemudian dia mengambil baju Dayana lalu dilempar ke muka Dayana.

"Pakai baju!!" jerit Raziq.

Kemudian Raziq mengambil beg pakaian lalu dimasukkan beberapa helai baju Dayana ke dalam beg tersebut.

"Nak buat apa dengan semua baju tu?" tanya Dayana lemah.

"Ikut aku! Kita kahwin di Thailand!"

"Ha? Penakut punya jantan!!" Dayana telah mencabar Raziq.

"Apa kau cakap tadi? Ulang balik.." Raziq menarik rambut Dayana kasar.

"Aku tak nak kahwin dengan kau! Kau jantan tak guna!!!!"

"Ooo dah dapat yang 'lebih sedap' aku pun kau dah tak nak yeeeee" Raziq terus menendang perut Dayana.

Dayana senak! Jantungnya berdegup laju. Kemudian darah mengalir perlahan-lahan membasahi betisnya. Raziq takut! Dia dengan serta merta terus meninggalkan Dayana sendirian. Dayana menggeletar. Dengan sedaya upaya dia cuba menguatkan semangat mengesot ke katil untuk mengambil handphonenya.

Handphone dicapai. Dia mula mendail nombor Amani tetapi panggilannya tidak dijawab. Dayana tiada pilihan. Dia terpaksa menghubungi Qaliff.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 04:51 PM | Show all posts
Di hospital..

Dayana masih berada di wad kecemasan. Qaliff dan Naufal masih setia menunggu doktor keluar dari bilik itu. Naufal memandang Qaliff. Kemudian dia tersenyum. Qaliff hairan!

"Patutlah kau tak boleh lupakan dia. Memang cantik makhluk ciptaan Allah ni kan?"

"Ni bukan masalah cantik ke tak.. Ni melibatkan perasaan.."

"Kau betul serius ke ni?"

"Bukan Qaliff namanya kalau bab-bab macam ni dia buat main-main.."

"Ok la. Kalau kau betol-betol serius, mesti kau bawak jumpa Umi dan Abi kan? Misalnya mereka tak boleh terima Yana, macam mana?"

Qaliff diam. Dia terus memandang pintu wad kecemasan itu.

"Qaliff, percayalah cakap aku. Kau boleh dapat perempuan yang lebih baik dan lebih cantik dari tu. Kau kena ingat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.." terang Naufal panjang.

Qaliff masih diam.


                                                                           ************


Haji Qarim pulang ke rumah. Umi dengan kelam kabutnya berjalan ke arah suaminya.

"Abi dapat tak hubungi Qaliff?"

"Ada.."

"Dia cakap ape?"

"Nampaknya dia serius dengan perempuan tu.."

"Kenapa Abi cakap macam tu?"

"Dia bawa perempuan tu pergi hospital. Serius katanya.."

"Yeke? Hmmm..nanti Abi cakaplah dengan Qaliff kalau perempuan tu dah sihat, minta dia bawa perempuan tu jumpa kita. Itu lebih baik kan?"

"Yelah. Eh, Umi masak ape ni? Lapar plak rasanya.."

"Umi masak nasi dagang.."

"Waaaa ni yang sayang Umi lebih ni.."

"Dah..dah. Jom makan.."

Abi dan Umi berlalu pergi bersama ke dapur. Mereka berdua mengharapkan bakal isteri Qaliff yakni bakal menantu mereka adalah dari golongan dan keluarga yang baik-baik untuk menyambung zuriat yang terbaik.


                                                                 *************


Raziq menutup pintu rumah. Kemudian dia berjalan ke arah sofa lalu duduk. Dadanya turun naik. Datin Khaty perasan.

"Nape ni, Raziq? Pucat semacam je ni.."

"Yana.."

"Kenapa dengan dia?"

Raziq tiba-tiba teringatkan Maria. Dia mula mencari Maria di dalam rumah itu. Datin Khaty bertambah hairan dengan perangai Raziq.

"Kenapa ni, Raziq? Jangan buat mummy risau boleh tak?"

"Maria mane, mummy?"

"Dia dah berambus dah! Habis semua baju dia ambil tadi.."

"Ha? Dia pergi mana?"

"Mana lah mummy tau.. Yang kau ni Raziq dah buang tabiat ke?? Tetiba tanya pasal Maria ni.."

"Mummy kena tolong Raziq.. Yana tadi habis berlumuran darah.."

"Apa yang kau dah buat kat dia?"

"Dia dengan jantan lain! Mana Raziq tak marah..Raziq pun apa lagi, sepak r perut dia.."

"Adoi.. sekarang dia macam mana?"

"Ntah. Raziq tinggal dia sorang-sorang je tadi.."

Datin Khaty menggelengkan kepalanya. Raziq sudah tidak tentu arah dibuatnya. Berani buat tetapi takut nak tanggung!


                                                                    ***************

Beberapa jam selepas itu...

Qaliff dibenarkan berjumpa dengan Dayana. Naufal hanya tunggu di luar. Wajah Qaliff yang tenang itu membuatkan Dayana cukup rasa bersalah dengan apa yang dia telah dia lakukan!

Qaliff duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil Dayana. Dayana sudah tidak dapat menahan sebaknya. Dia terus menangis. Qaliff serba salah.

"Nape, Yana?" tanya Qaliff yang masih bersabar itu.

"Yana minta maaf, abang. Yana dah khianati abang tapi abang masih bersabar dan masih tolong Yana.."

Qaliff diam. Dia duduk kembali.

"Abang, Yana bukan perempuan yang baik. Yana anak yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim. Yana memang dah lama kenal dengan Raziq. Yana ngaku Yana memang dah banyak kali terlanjur dengan dia. Dah lebih dari suami isteri dah cuma kami belum kahwin je.. Dan Raziq tu dah berkahwin. Dah ade anak dah tapi Yana masih tergilakan dia! Tapi semenjak Yana bertemu dengan abang semuanya dah berubah. Yana seperti merasakan sesuatu pada diri abang.."

Qaliff tetap mendiamkan diri. Menjadi pendengar yang baik!

"Cakap la, abang.. Yana tak boleh tengok abang diam macam ni. Yana betol-betol rasa bersalah. Maafkan Yana, abang.."

"Boleh terus terang dengan abang apa yang sebenarnya telah berlaku pagi tadi?" Qaliff bersuara.

Dayana terdiam. Patutkah dia berterus terang?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:10 AM | Show all posts
huhuhu cinta itu buta.....kerana cinta qalif buta segalanya....aduhaiiii...mcmx best je qaliff ngan yana... sbb qaliff leh dpt ngan wanita yg lebih baik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 04:51 PM | Show all posts
Semasa di dalam kereta..

Dayana dibenarkan pulang setelah kesihatan kandungannya beransur baik. Qaliff mempelawa dirinya untuk membawa Dayana pulang. Naufal pulang terlebih dahulu. Dia tidak mahu masuk campur masalah sahabat baiknya itu.

Dayana memandang jam di tangannya. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Kemudian dia memandang Qaliff. Qaliff perasan!

"Abang.." panggil Dayana lembut.

"Ya."

"Pagi tadi tak ada apa-apa pun yang berlaku antara kita. Semua tu lakonan semata-mata.."

Qaliff terus memberhentikan keretanya di simpang jalan yang agak terpencil dan sunyi itu. Kemudian dia memandang Dayana.

"Maksud Yana?"

"Tak ada apa-apa pun yang berlaku antara kita. Yana sengaja buat semua tu supaya abang bertanggungjawab menikahi Yana.."

"Kenapa Yana buat semua ni?"

"Raziq nak Yana gugurkan kandungan ni tapi Yana tak sampai hati. So, dengan cara jeratkan abang boleh abang jadi suami Yana.."

"Sampai hati Yana buat abang macam ni."

"Yana cintakan abang!"

"Bukan macam ni caranya, Yana.."

"Terimalah Yana, abang. Yana perlukan abang dalam hidup Yana.." Dayana memegang tangan Qaliff.

"Astaghfirullah.." Qaliff dengan cepat menarik tangannya semula.

"Yana nak hidup dengan abang! Yana tahu abang boleh bimbing Yana.." sambung Dayana bersungguh.

"Raziq?"

"Kalau dia sayangkan Yana, dah lama kami kahwin.."

Qaliff diam. Mereka berdua bertentangan mata.


                                                                  *******************


Datin Khaty membuka pintu bilik Raziq. Kelihatan Raziq tengah mengemas pakaiannya masuk ke dalam beg.

"Nak ke mana ni?" tanya Datin Khaty lalu duduk di atas katil.

"Nak gi europe!"

"Ha? Kenapa mesti tiba-tiba?"

"Nak mulakan hidup baru.." Raziq terus mengemas pakaiannya.

"Yana macam mana?"

"Mummy tak payah la sebut-sebut lagi nama dia.."

Datin Khaty terus mendiamkan diri. Raziq memang bertekad untuk berhijrah!


                                                                    *****************

Tok! Tok! Tok! Cermin kereta Qaliff diketuk. Dayana dan Qaliff terkejut. Kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah dan dua orang perempuan berdiri di sisi keretanya.

"Astaghfirullah.. Ya Allah.." ucap Qaliff yang sudah syak dia telah ditangkap.

"Tolong bagi kerjasama. Minta keluar dari kereta.." kata salah seorang lelaki yang berkopiah itu.

Qaliff dan Dayana keluar dari kereta. Qaliff memandang Dayana. Dayana hanya mendiamkan diri. Qaliff dan Dayana menghulurkan kad pengenalan setelah diminta.

"Apa hubungan anda berdua?" tanya lelaki itu.

"Kawan.." jawab Qaliff jujur.

"Anda berdua didapati berkhalwat! Salah duduk berdua di tempat yang gelap macam ni.. Sila ikut kami.."

Qaliff menghembuskan nafasnya. Habis la dia kena jawab dengan Abi dan Uminya. Dayana serba salah. Semua kerana dia!

"Abang.."panggil Yana.

Qaliff hanya mendiamkan diri. Langsung dia tidak pandang Dayana!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2013 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin suspen cite nie..hrp momey smbg lg yer..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Best..terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 08:15 AM | Show all posts
katakau posted on 17-5-2013 06:44 PM
Makin suspen cite nie..hrp momey smbg lg yer..hihi..

insyaallah..tgh perah otak ni nk smbung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:15 AM | Show all posts
cegitu posted on 17-5-2013 08:15 PM
Best..terima kasih

tq cegitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:42 AM | Show all posts
Setelah dijamin, Qaliff bersama Dayana keluar dari pejabat agama itu diikuti dengan Haji Qarim dan isterinya. Dayana hanya diam lalu memandang Qaliff. Qaliff juga diam seribu bahasa.

"Yana tinggal mana? Mari kami hantarkan Yana balik.." Haji Qarim yang terkenal dengan sifat yang cukup berbudi bahasa itu bersuara.

"Tak ape, Haji.. Kawan saya tengah on the way datang ambil saya.." jawab Dayana serba salah merasakan semua ini berlaku punca daripadanya.

Qaliff terus beredar menuju ke kereta tanpa berkata apa-apa. Kemudian dia terus beredar dari situ. Dayana cuba menahan sedihnya.

"Kami balik dulu ya.." ucap Haji Qarim lalu beredar bersama isterinya meninggalkan Dayana sendirian.

Bahu kanan Dayana dipegang. Dayana menoleh ke belakang. Dayana terus menangis dan memeluk erat Amani. Pelukkannya dibalas.

"Sabar, Yana.."

"Kenapa nasib aku macam ni?"

"Dah tiba masanya untuk kau berubah.."

Dayana diam.


                                                                        ******************  


Semasa di dalam kereta..

Umi memandang suaminya yang tengah memandu itu.

"Perempuan tu ke yang Qaliff tergila-gilakan sangat tu?" Umi bersuara seolah tidak berpuas hati dengan pilihan hati anak tunggal lelakinya itu.

"Budak muda macam tu la.. Kita pun pernah muda juga kan?"

"Qaliff tu budak baik, Abi.."

"Sabar.. Allah tengah menguji kita."

"Habis tu, Abi terima la kalau Qaliff nak juga perempuan tu jadi isteri dia?"

Haji Qarim diam membiarkan isterinya itu menjadi tanda tanya bagi persoalannya.


                                                                        ******************

Qaliff memandu dan terus memandu. Kenapa begitu sukar untuk dia lupakan Dayana? Tiba-tiba handphonenya berdering. Panggilan itu dijawab.

"Kau ok ke, Qaliff? Nak aku jumpa kau ke?" tanya Naufal yang sentiasa mengambil berat hal sahabatnya itu.

"Kenapa aku tak boleh lupakan dia??!!! Kenapa??!!!!!!!!" jerit Qaliff.

Naufal terkejut. Dia risau Qaliff bertindak di luar batasan.

"Sabar, Qaliff.."

Qaliff terus mematikan talian. Handphonenya di lempar ke tempat duduk belakang. Kemudian dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dihentak kepalanya di stereng kereta. Air mata jantan mula mengalir membasahi pipi.

"Maafkan Qaliff, Umi.. Abi.." Qaliff bertekad akan membawa Dayana berjumpa dengan keluarganya dan dia akan terima apa sahaja keputusan kelaurganya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 10:56 AM | Show all posts
Maria memandang anaknya, Mimi yang sedang tidur itu. Mengalir airmatanya mengenang nasib yang tiada kesudahan. Raziq menghilangkan diri. Langsung dia tidak peduli akan Maria dan anaknya itu.

"Sudah-sudah la tu Maria oii.. Mak dah penat tengok hang duk teriak siang malam.."tergur Mak Bedah lalu duduk disebelah anaknya.

"Maria masih sayangkan abang Raziq, mak.."

"Sayang apa lagu tu? Dah macam-macam dia buat hang! Kita pun ada maruah.."

Maria diam. Apa perlu dia buat? Adakah cerai adalah jalan yang terbaik?

                                                                  ************

Qaliff memarking keretanya di halaman rumah. Kemudian dia berjalan lalu duduk dikerusi di taman rumahnya itu. Jam ditangan dipandangnya. Pukul 3 pagi! Haji Qarim perasan Qaliff tengah bersendirian di taman itu.

"Qaliff.." panggil Haji Qarim sambil berjalan ke arah anaknya itu.

"Ya, Abi.." Qaliff terus mengucup tangan ayahnya.

"Qaliff boleh cerita apa sahaja dengan Abi. Abi sudi mendengarnya.." Haji Qarim memulakan perbualan.

Qaliff masih mendiamkan diri. Patutkah dia ceritakan semuanya?

"Qaliff.." sekali lagi Haji Qarim memanggilnya. Qaliff terus memandang ayahnya.

"Ntah la, Abi. Qaliff tak tau nak mulakan dari mana.."

"Kalau Qaliff rasa kurang selesa, Abi tak paksa. Lagipun Qaliff dah besar. Boleh fikir mana yang terbaik untuk diri sendiri dan kebaikan keluarga.."

"Abi.."

"Ya."

"Qaliff memang sayangkan Dayana.. Dan Qaliff nak memperisterikan dia." terang Qaliff sebelum menceritakan segalanya pada Haji Qarim.

Jangkaan Haji Qarim memang tepat! Haji Qarim mengukirkan sedikit senyuman.

"Dah lewat dah ni. Nanti kita sambung lagi perbincangan kita.." kata Haji Qarim sambil menepuk bahu Qaliff.

"Tapi Abi.."

"Pergi rehat dulu. Esok nak keje kan?"

Qaliff diam. Apakah tanda semua ini? Abi setuju atau tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 11:00 AM | Show all posts
Errrkkk adakah keluarga qaliff merestui hubungan qaliff ngan dayana....x mo laaaaaaaaaaa.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 03:06 PM | Show all posts
suria74 posted on 20-5-2013 11:00 AM
Errrkkk adakah keluarga qaliff merestui hubungan qaliff ngan dayana....x mo laaaaaaaaaaa.........

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 03:49 PM | Show all posts
Seminggu kemudian..

Posmen memberhentikan motornya betul-betul sebelah Maria. Kemudian dia menghulurkan satu sampul kecil kepada Maria. Maria mengambilnya dengan hati yang berdebar.

"Terima kasih.." ucap Maria.

Posmen itu mengukir senyuman lalu beredar dari situ. Maria berjalan ke anak tangga lalu duduk. Dikoyaknya sampul surat itu. Perlahan-lahan dibuka surat itu lalu dibaca. Airmata mula menitis satu persatu.

"Surat apa tu, Maria?" tanya Mak Bedah yang baru lepas masak untuk makan tengah hari.

Dia hairan melihat Maria menangis sambil melipat semula surat yang agak tebal itu. Mak Bedah mengusap belakang badan Maria. Maria memandang wajah ibunya. Kemudian dipeluk erat ibunya itu.

"Permohonan cerai dari Raziq.."ucap Maria dalam nada tersekat-sekat.

Mak Bedah diam. Dia cuba menenangkan anaknya itu.


                                                                        ************

Qairina mengelap pinggan-pinggan yang baru dikeluarkan dari kabinet dapur itu. Kemudian dia memandang Uminya.

"Cantik ke bakal isteri abang, Umi?" tanya Qairina lalu menyusun pingan-pinggan itu di atas meja makan.

"Jap lagi dia datang, tengok dia puas-puas!" jawab Umi acuh tak acuh sambil menghidangkan makanan tengah hari.

"Umi macam tak suke je.. Ada yang tak kene ke, Umi?"

"Memang Umi tak berkenan pun dengan perempuan tu. Abang ko tu layak dapat perempuan yang lebih baik dari tu!"

"Umi, Abi tak ajar pun burukkan orang lain depan anak-anak.." tegur Haji Qarim yang tiba-tiba muncul di dapur.

Umi terus diam. Kemudian dia memandang Qairina.

"Qaliff dah besar. Dia berhak tentukan masa depan dia.." terang Haji Qarim lagi.

"Perempuan tu menyebabkan anak kita kena tangkap khalwat, Abi.." Qairina terus memandang ibunya.

"Betul ke, Umi?"

"Sudahlah tu, Umi. Benda dah berlaku. Salah Qaliff juga berhentikan kereta ditempat gelap dan sunyi macam tu.."

"Apa kena dengan Abi ni? Abi kena pukau dengan perempuan tu ke?" Umi sedikit meninggikan suaranya.

"Astaghfirullah..bawa istighfar banyak-banyak, Umi.."

Umi mendiamkan diri. Kemudian dia berlalu pergi masuk ke dalam bilik air. Haji Qarim hanya memandang dan menggelengkan kepalanya. Qairina pula tidak sabar untuk berjumpa dengan bakal isteri abangnya itu!


                                                                                   **********

Semasa di dalam perjalanan ke rumah Haji Qarim..

Dayana yang cantik berbaju kurung itu hanya mendiamkan diri semenjak dirinya dijemput Qaliff di rumahnya tadi.

"Yana ok ke?" tanya Qaliff lembut.

"Kalau Abi dan Umi tau Yana mengandung, mesti dia orang tolak Yana mentah-mentah! Tambah pula anak ni bukan anak kita.." kata Dayana yang sudah berkaca matanya itu.

"Ini rahsia kita berdua. Tak perlu buka aib ni depan Abi dan Umi Qaliff.."

"Kenapa abang terlalu baik sangat dengan Yana? Yana bukan perempuan yang baik, abang.."

"Abang boleh tinggalkan Yana kalau abang nak tapi.. abang dapat rasa Yana jodoh abang!"

Terus Dayana menitiskan airmatanya.

"Ya Tuhanku..kenapa Kau tak temukan aku dengan Qaliff terlebih dahulu?" bisik hati Dayana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:38 PM | Show all posts
alaaaaaaaaaaaa....blh x jgn jodohkan qaliff ngan dayana....huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2013 04:40 PM | Show all posts
suria74 posted on 20-5-2013 04:38 PM
alaaaaaaaaaaaa....blh x jgn jodohkan qaliff ngan dayana....huhuhuhu

hihihi..sabar
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 05:06 PM | Show all posts
Best cerita momey ni..teruskan berkarya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 05:24 PM | Show all posts
suria74 posted on 20-5-2013 04:38 PM
alaaaaaaaaaaaa....blh x jgn jodohkan qaliff ngan dayana....huhuhuhu

tu la kannn...

tp pompuan cntik , wat perangai macm tu pon ada jga lelaki nak.. kannnnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 05:26 PM | Show all posts
momey posted on 20-5-2013 03:06 PM
jeng jeng jeng

jeng jeng jeng..

Qalif kwen dgn Maria...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list